Mentor Jutawan


rich.jpgSekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

ps: “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di radio24 hari ini saya ceritakan tentang perniagaan Internet. Tiada ikon jemputan kali ini sperti minggu lepas… sambungan edisi “Jutawan Internet bhg II”. Beberapa tip perniagaan yang belum pernah saya dedahkan, ada saya kongsikan ;) Sekiranya anda ingin mengikuti, anda boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my (ulangan jam 12tgh mlm nanti)

pps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah 12hb April 2008. Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan Internet, anda juga perlu mengambil langkah sepantas kilat!

Pendapat Anda? [19] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts

  • Dua hari lepas dalam program bual saya, “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 saya berkesempatan menemubual Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di Malaysia- kebanyakan majalah yang anda lihat di kedai2 mamak tu, karangkraf lah yang punya… mereka juga menerbitkan buku dan akhbar…

    Memang seronok berbual dengan Dato Hussamuddin, seorang yang sangat-sangat low profile! Patutlah ramai staff karangkraf sayangkannya…

    Tip yang saya ingin kongsikan dengan anda yang saya dapat dari Dato Hussamuddin adalah, FOKUS amat penting dalam perniagaan.

    Memang saya pernah sebut tentang focus, tetapi, selepas berbual dengan Dato, baru saya faham sepenuhnya…

    Dato Hussamudin hanya memiliki perniagaan Karangkraf sahaja. Beliau focus sepenuhnya… saya persoalkan juga, mengapa tidak buka perniagaan lain? Dan beliau berkata, fokus adalah amat penting dalam perniagaan untuk memastikan kejayaan.

    Saya juga turut tanya tentang diversify, dan beliau setuju, diversify juga penting, tetapi, sekiranya ingin diversify, pastikan ia kena mengena dengan perniagaan utama.

    Sebagai contoh, Karangkraf juga membuka sebuah syarikat percetakan- Ultimate Print.

    Contoh yang diberikan adalah, sekiranya Ultimate Print tidak mempunyai pelanggan, dengan hanya mencetak majalah & buku Karangkraf sahaja, sudah boleh hidup.

    Namun begitu, kini Ultimate Print juga adalah syarikat percetakan terbesar di Malaysia.

    Sehingga kini, Dato Hussamuddin hanya fokus kepada industri penerbitan sahaja dengan Karangkraf & Ultimate Print. Dan keduanya menjadi syarikat gergasi di Malaysia!

    Jadi, sekiranya anda hendak memulakan perniagaan baru, pastikan ianya berkaitan dengan perniagaan asal dan keduanya saling membantu sesama sendiri seperti sayrikat penerbitan dan syarikat percetakan!

    ps: Sebut tentang Karangkraf, teringat saya artikel saya untuk majalah NUR & Maskulin bulan ini tak siap lagi! ;)

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cara menjadi kreatif dan menjana idea
  • Lompat si katak lompat…
  • Iklan di laman web menjadi tidak efektif
  • Tidak semua menjadi

  • Hari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.

    dfk3.jpg

    Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!

    DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan ;)

    Pengumuman hari ini:

    Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.

    Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!

    Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.

    Tip hari ini, pesanan DFK kepada semua:

    Terlalu banyak peluang perniagaan sebagai PIONEER (pertama sekali dalam pasaran- rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) di Malaysia.

    DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!

    Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!

    Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!

    Pendapat Anda? [35] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi- artis motivator Telaga Biru
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Pengambaran VCD/DVD “OK, Let’s Talk!”
  • Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  • Minggu lepas, saya berkesempatan bersama Dato Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai, Chef Li- penulis buku “Jutawan Senyap”. Sudah lama saya nak berjumpa Chef Li, minggu lepas, rezeki saya dapat bersamnya dalam program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

    Agak menarik dalam buku Jutawan Senyap, ia menyebut tentang ukuran “kesederhanaan” di Malaysia pada pendapatnya iaitu…

    Pendapatan antara RM15,000-RM20,000

    Mungkin tanggapan pertama anda adalah… RM15,000 sederhana? Kalau RM1,500 okay lah jugak! :)

    Cuba fikirkan sejenak.

    Sekiranya anda menganggap RM2,000 atau RM3,000 sebagai sederhana, tidakkah itu menghadkan kejayaan anda? Sekiranya anda meletakkan RM10,000 atau RM20,000 tidakkah ia akan memberi satu benchmark yang baru untuk anda?

    Di Malaysia sudah ramai yang berpendapatan lebih dari RM15,000MEMANG RAMAI! dari golongan koprat, profesional dan juga ahli perniagaan. Lebih ramainya adalah ahli perniagaan!

    Mulai hari ini, letakkan satu bench mark baru dalam minda anda- anggap bahawa pendapatan sederhana adalah RM15,000 di Malaysia!

    Sekarang, tidakkan anda rasa anda perlu berusaha lagi? ;)

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Parkinson’s Law dalam kewangan
  • Dapatkan pulangan yang tertinggi
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet
  • Irfan Khairi & Perniagaan Internet

  • Hari ini saya bersama seorang jutawan muda- Nadhir Abdul Rahman! memang muda… lagi muda dari saya tu! :) Pemilik sebuah syarikat MSC status di Cyberjaya: StarFusion Sdn Bhd.

    Hari ni, saya terlupa bawak camera pula ke studio Radio24… tak dapat lah bergambar dengan Nadhir :( jadi, ni gambar daripada newspaper cutting Nadhir ketika memenangi anugerah berprestij “Young Entreprenur Award DPPMS 2006 di Singapore…

    nadhir.jpg

    Banyak tips yang diberikan oleh Nadhir tadi, terutama dalam bidang ICT. Nadhir seorang yang amat dynamic dan excellent dalam softskills. Satu tip dari Nadhir tadi adalah, dengan SKILL dan EXPERTISE sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan.

    Apa yang lebih penting adalah SOFT SKILLS! Terutama dalam bidang ICT.

    Cerita yang menarik yang dikongsikan oleh Nadhir tadi adalah, pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau hanya ada $2,000 sahaja dalam pocket. Dan cara memulakan perniagaan adalan membeli printer second-hand dan cetak sendiri brochure-brochure perniagaan. Kemudian, beliau sendiri menghantar dari rumah ke rumah brochure tersebut!

    Tip saya & Nadhir hari ini adalah, untuk menjadi usahawan yang berjaya, pada peringkat awal, tak perlu lah glamer-glamer :)  Roll up your sleeves and get your hands dirty! Anda perlu lakukan leg-work ketika awal penglibatan… habuan anda akan terima di masa hadapan :)

    Dulu Nadhir hantar sendiri brochure-brochure yang dicetak sendiri guna printer second hand… kini mempunyai aset berjuta! :) Respect!

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Program TV “Menjana Impian”
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • “JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali
  • Jutawan siapa?

  • Bagi yang mengikuti program radio saya malam tadi, sudah pasti teruja dengan tetamu jemputan “Jutawan! bersama Irfan Khairi”- Abang Abu!

    Mungkin ramai tak kenal Abang Abu di Malaysia, tapi Abang Abu memang cukup terkenal di Singapura! Famous Abang Abu ni… bukan setakat hebat berniaga sahaja (berbagai bagai perniagaan!)… berlakon pun dia jugak di Singapura :)

    abu_irfan_poster_small2.jpg

    Abang Abu adalah insan yang bertaggungjawab membawa Workshop Jutawan Internet ke Singapura. So, saya amat berterima kasih pada Abang Abu. Tapi apa yang lebih menarik mengenai Abang Abu adalah sikapnya yang sentiasa positif dan sedia menerima dan berkongsi idea!

    Setiap kali saya ke Singapura, pasti saya akan dapat idea baru perniagaan, dan bersama-sama Abang Abu akan melancarkannya! Kalau 5 kali ke Singapura, maknanya ada 5 idea baru lah yang akan kami usahakan. The ideal business partner!

    Satu tip dari Abang Abu semalam yang saya ingin kongsikan hari ini kepada anda adalah…

    Semua orang perlukan ABU! :)

    Eh, bukan maksudnya semua perlukan Abang Abu (but not a bad idea juga :) )… tetapi maksud ABU adalah…

    • A - Always
    • B - Beleive in…
    • U - You!

    Berpegang pada konsep A-B-U, setiap kali saya dapat idea baru, saya akan terus melancarkannya sebab saya percaya ia akan menjadi!

    Bagi mereka yang terlepas rancangan Jutawan semalam, don’t worry, insyaallah rakaman akan disediakan tak lama lagi- di Malaysia dan juga Singapura! Salah satu tembual yang anda MESTI ikuti!

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jadualkan hari anda
  • Bicara perniagaan bersama Irfan Khairi, Billi Lim & Abang Abu
  • Kalau tak buat… berdosa
  • Perbelanjaan membesarkan anak

  • Hari ini “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemuramah seorang jutawan yang telah gagal berkali-kali- Billi Lim!

    Tak sabar ke studio Radio24 hari ini untuk menemuramahnya!

    Ramai antara kita sering gagal… hari ini, saya akan cungkilkan RAHSIA KEGAGALAN dari Billi Lim. Bagaimana hendak menukarkan KEGAGALAN menjadi KEJAYAAN.

    Jadi, jangan lupa, temujanji kita di Radio24 93.9FM dari 3pm-5pm atau secara streaming di www.radio24.com.my.

    Kalau hendak telefon ketika temubual tersebut, dial: 03-26927939

    Jangan lupa temu janji kita di JUTAWAN! dan juga WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani 11.30pagi ini. Saya akan sampaikan tip mengenai INSURANS ;)

    Pendapat Anda? [27] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?
  • Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Bicara perniagaan bersama Irfan Khairi, Billi Lim & Abang Abu
  • Gagal dalam perniagaan

  • Hari ini di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemubual seorang tycoon pengiklanan & penjenamaan, jutawan jenama, Spencer Wing. Bagi anda yang tidak mengenalinya, inilah orangnya yang dibayar BERJUTA RINGGIT oleh Petronas, Tourism Malaysia, Tenaga Nasional, Multimedia Development Corp (MDC) tujuan membina jenama yang hebat!

    Topik hari ini yang akan dibincangkan adalah topik yang AMAT penting dalam perniagaan- tidak kira untuk perniagaan besar ataupun perniagaan kecil! Buktinya, sebut sahaja NAMA mana-mana jutawan, sudah pasti anda akan dapat mengingati JENAMA jutawan tersebut- betul kan?

    Anda patut harapkan, pesaing-pesaing anda TIDAK mendengar program hari ini oleh kerana program hari ini akan dapat melonjakkan jenama perniagaan anda ke aras yang baru! 

    Jadi jangan lupa, hari ini pukul 3.00pm - 5.00pm bersama saya di Radio24 93.9FM atau secara streaming di www.radio24.com.my ”JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”! Cayalah!

    Jangan lupa juga, nanti ketika “Jutawan”, anda boleh call-in dan bertanyakan apa sahaja soalan berkenaan membina jenama yang hebat! Kali ini saya sendiri & Spencer Wing akan menjawabnya! So, bagi yang belum savekan nombor keramat ni, lakukan sekarang: 03-26927939

    ps: Bagi yang masih ingat, tahun lepas saya ada membuat dokumentari di UK & France bertajuk “Strategy X”… ingat tak? Khas untuk anda hari ini, “Strategy X” sebenarnya adalah Strategy MEMBINA JENAMA YANG HEBAT! dan itulah yang saya akan cungkilkan dari Jutawan jenama, Spencer Wing!

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 90% of success is “showing up”
  • Pelancaran buku perniagaan Internet
  • Perniagaan yang tukar nama
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan

  • Semalam berlangsungnya “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” kali ini saya dapat bersama Azizi Ali. Dan di sini gambar kenangan bersamanya di studio Radio24.

    azizi_irfan_poster_small1.jpg

    Bagi yang terlepas, jangan lupa dapatkan rakaman apabila siap nanti! Rugi siapa tak dengar- terlalu banyak info yang di kongsikan! Gambar di atas untuk print juga akan disediakan!

    Sebagai tambahan, berita Radio24 juga telah dikurangkan untuk membolehkan lagi banyak info dikongsikan selama 2 jam rancangan “JUTAWAN!” mulai Khamis baru ini. Yes :)

    Tip hari ini, amati dan hayati pesanan Azizi Ali:

    Life is too short to be ordinary!

    Jangan lupa untuk terus menyokong “JUTAWAN!”. Selamat bercuti! :)

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jutawan siapa?
  • Matlamat “Jutawan!”
  • Bersama Azizi Ali hari ini!
  • Rancangan JUTAWAN - popular!

  • “Jutawan! bersama Irfan Khairi” hari ini, saya akan berbual bicara dengan jutawan yang tidak perlu pengenalan lagi- Azizi Ali, mllionaire’s coach! Jadi, jangan lupa temujanji kita pukul 3pm-5pm di Radio24 (93.9FM) atau bagi yang diluar Selangor, ikuti di http://www.radio24.com.my (saya diberitahu, kalau guna browser Firefox tak dapat hubungi- saya tak pasti)

    Hari ini saya akan banyak tanyakan tentang “Minda Jutawan” kepada Azizi Ali oleh kerana mindset jutawan adalah yang paling penting sebelum seseorang itu boleh mencapai kejayaan kewangan- lebih-lebih lagi yang mengimpikan jutawan. Juga, apakah rahsia sebenar JUTAWAN! akan dibongkarkan :)

    Ini siri “Jutawan!” yang ke-2. Minggu lepas kita bersama Jutawan MLM Azman Chin berkongsikan strategi-strategi menjadi Jutawan terutama dalam MLM.

    Pagi ini juga saya akan berada di Astro Awani (saluran 123) untuk “WW-bersama Irfan Khairi” pukul 11.30am. Hari ini saya saya berikan tip “Minda Usahawan Berjaya”. So, ikuti saya di TV & Radio!

    Jangan lupa, nanti ketika “Jutawan”, anda boleh call-in dan bertanyakan apa sahaja soalan! Kali ini saya sendiri & Azizi Ali akan menjawabnya! So, bagi yang belum savekan nombor keramat ni, lakukan sekarang: 03-26927939

    Bila lagi nak online bersama saya & Azizi! Pertama kali saya & Azizi digandingkan di media! Susah macam mana pun soalan anda, pasti kami akan jawab- so, call… jangan tak call!;)

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi di Astro pula!
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • “JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

  • Yes!!! Alhamdulillah program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” berjalan dengan lancar. Saya yang nervous bercampur teruja bercampur gembira mengendalikan rancangan tersebut amat berpuas hati! Azman Chin was a great guest and I’m sure I will be calling him again!

    Soalan-soalan yang saya sediakan adalah untuk mencungkil jawapan-jawapan yang bernas dari Dr Azman Chin untuk membantu pendengar memahami strategi-strategi bagaimana untuk menjadi jutawan!

    Sebagai ole-ole, ini gambar kenang-kenangan saya & Dr Azman Chin bersama kata-kata semangatnya.

    Tip hari ini, selami kata-kata semangat Azman Chin. :)

    azman_irfan_poster_small.jpg

    Tiga bantuan daripada anda saya perlukan!

    1. Oleh kerana matlamat saya untuk jadikan program “Jutawan! bersama Irfan Khairi” sebagai antara program radio paling popular di Malaysia, semestinya saya perlukan bantuan dan sokongan anda! Sekiranya anda mempunyai blog, moga dapat umumkan mengenai program baru ini… boleh guna gambar diatas untuk blog anda.
    2. Mungkin ada antara anda yang inginkan gambar diatas ni sebagai poster motivasi/inspirasi, nanti krew saya akan uploadkan hi-resolution punya so, boleh print cantik. Gambar2 dan kata-kata semangat dari jutawan-jutawan yang lain juga akan dibuat sebagai poster untuk di print- percuma sahaja (gambar-gambar ini juga adalah gambar hiasan di pejabat Irfan Khairi Sdn Bhd!)
    3. Bagi mereka yang dengar program “JUTAWAN!” semalam, saya minta anda tuliskan testimonial boleh tak? Apa pendapat anda tentang rancangan ini? Apa pendapat anda mengenai soalan-soalan yang saya tanya? Apa pendapat anda tentang saya sebagai peneraju? (considering ini first time saya jadi penyampai radio!) Testimonial anda akan digunakan untuk promosi program “JUTAWAN!” semoga ia menjadi sukses! Tinggalkan testimonial di ruang comments!

    Terima kasih daun keladi! :)

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Satu siri produk dalam perniagaan
  • IK Podcast @ BFM89.9fm
  • Nota Jutawan: Nota Perniagaan
  • Buku terbaru IK: Nota Jutawan, Nota Perniagaan

  • « Previous PageNext Page »