Category Archives: Tip Perniagaan

Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm

podcast21.pngLama pulak tak update Tip Satu Mini minggu ni! Terlalu sibuk… ish. So, saya “back date” kan entry ni… kiranya tip saya hutang minggu ini lah ok? πŸ™‚

Kali ini rakaman seterusnya podcast saya di BFM89.9fm, mengenai “Promoting Your Service on The Internet” πŸ™‚

Kiranya secara keseluruhan dah 1 jam 20 minit dah podcast saya. Rugi bagi siapa tak ikuti… ilmu free ni πŸ™‚
Semoga anda mendapat manfaat!

Podcast 5: Selling Your Service on The Internet – Irfan Khairi (22 min)Β latest.gif

Podcast 4: Selling Information Online – Irfan Khairi (16 min)

Podcast 3:
Affiliate Program – Irfan Khairi (15 min)

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min)

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)

Bulan May ini saya akan kendalikan 3 Workshop Jutawan Internet di 3 lokasi iaitu KL (2/4), Kota Kinabalu (16/4) dan Kuching (23/4). “Pelajari Cara memulakan perniagaan Internet dari Rumah dalam Masa 7 Hari” di Workshop Jutawan Internet. Bagi yang berminat lawati http://www.rahsiainternet.com untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Menambahkan keuntungan #2: Menambahkan conversion rate

Tip lepas untuk menambahkan keuntungan adalah dengan cara menambahkan pasaran. Bila kita tambahkan pasaran ke market yang baru, maka, jumlah prospek pun bertambah. Prospek bertambah = pelanggan bertambah = keuntungan bertambah.

Tapi, satu lagi perkara yang patut kita lakukan dalam waktu yang sama juga adalah tambahkan conversion rate pelanggan kita.

money.jpgConversion rate bermaksud nisbah prospek yang menjadi pembeli. Contohnya, kalau perniagaan Internet, dalam 100 pelawat, berapa yang membeli? Mungkin sorang membeli. maka, nisbahnya adalah 100:1

Kalau perniagaan konvensional, mungkin di kira daripada jumlah orang yang masuk kedai anda. Katalah anda mempunyai SPA. Sehari, 50 prospek masuk ke SPA anda dan bertanyakan perkhidmatan anda. Daripada 50 tu, berapa yang membeli perkhidmatan anda? Mungkin 10… maka, nisbahnya adalah 5:1

Sekiranya anda menjalankan perniagaan insurans, berapa ramai yang mendaftar untuk insurans anda bagi setiap prospek yang anda jumpa sehari? Kata lah anda jumpa 5 prospek sehari. Dan yang mendaftar adalah 2 orang. Maka, nisbah adalah 5:2.

Langkah #1

Ketahui conversion rate atau nisbah prospek:pelanggan untuk perniagaan anda. Ini adalah penting supaya kita tahu sama ada perniagaan kita efektif atau tidak. Contoh seperti 100:1, 5:1 dan 5:2 diatas.

Langkah #2

Tingkatkan conversion rate, iaitu daripada 100 pelawat laman web, boleh tak dapatkan 4 pelanggan? Daripada 5 prospek yang masuk kedai anda, boleh tak ubahkan 3 menjadi pelanggan? Daripada 5 prospek yang anda jumpa, boleh tak ubahkan 3 mendaftar.

Jadi, mengikut contoh di atas, nisbah prospek:pembeli menjadi 100:3, 5:3 dan 5:2.

Bila kita berjaya tingkatkan conversion rate, maka, kita akan mendapat untung yang lebih pada jumlah pelanggan yang sama. Dengan hanya menambah conversion rate, keuntungan pun bertambah.

Cara menambahkan conversion rate? Fokus kepada:

  • Pastikan sasaran adalah bertepatan
  • Menambahkan nilai dan manfaat produk & perkhidmatan anda
  • Memperbaiki cara anda menutup jualan/memujuk pelanggan

ps: Sekiranya berminat mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah dalam masa 7 hari, sertai kami di http://www.rahsiainternet.com/workshop

Menambahkan keuntungan #1: Cari pasaran baru

Semalam di Radio24 saya kongsikan 3 cara menambahkan keuntungan. Untuk 3 hari ni, saya akan kongsikan ketiga-tiganya… hari ni kita mulakan tip#1, iaitu Mencari pasaran baru

Dalam perniagaan, kita mesti selalu menambahkan prospek kita. Salah satu kaedahnya adalah dengan mencari pasaran baru untuk produk atau perkhidmatan kita yang sedia ada.

Sekiranya anda dapati produk dan perkhidmatan anda kini berjaya di sesuatu pasaran, apa kata kembangkan pasaran tersebut. Bukan mencari pasaran yang segalanya berbeza… tetapi…

Cari demografi yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pasaran yang berjaya itu, tapi, mungkin di tempat lain.

Contoh kes study:

Sejak 2005, Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan hangat di Kuala Lumpur… sampai sekitar 2007 tak silap baru Workshop dijalankan di luar KL. Itu pun setahun 2-3 kali. Masuk 2009, sebulan 2-3 kali pula Workshop di jalankan di luar KL.

Pada bulan depan May, kami akan menjalankan workshop di Kuala Lumpur, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Jadi, mereka yang berada di Sabah & Sarawak juga berpeluang menyertai workshop perniagaan Internet ini.

Workshop Jutawan Internet menggunakan tip hari ini, iaitu mencari pasaran baru.

Tak kira apa pun perniagaan anda, anda perlu mencari lebih ramai prospek di pasaran-pasaran baru untuk berkembang. Kalau menjual nasi lemak, sebelum ini di pejabat-pejabat… apa kata anda dapatkan pasaran baru di Kilang. Kalau ada kedai dobi sebelum ini hanya mendapat pasaran pelajar-pelajar universiti, apa kata, approach juga pasaran profesional yang takde masa nak cuci baju. Kalau ada perkhidmatan catering yang selama ni membuat catering majlis perkahwinan di KL sahaja, buka satu lagi cawangan di JB.

Dalam kata yang lain, untuk mencari pasaran baru, tanya pada diri anda sendiri, bagaimana perniagaan anda boleh membuka cawangan lain? (cawangan perniagaan! jangan fikir cawangan lain lak…:))

Esok lusa saya akan tuliskan Menambahkan keuntungan #2 pula…

Harga Printer lagi murah dari harga Katrij?

Nak dibuatkan cerita, printer kat rumah saya ni rosak… so, saya pergi ke kedai komputer untuk beli printer. Sebab selalu print documents sahaja, so, beli yang murah je…

Belek punya belek, last-last, decide beli printer ni HP2560 harga RM118

hp.jpg

Dah beli printer, kena la beli katrij kaler & hitam putih. kalau tak, nak print macam mana… So, perlu beli katrij yang ni…

hpcart.jpg

Harga katrij? RM120 untuk warna & hitam/putih….

Aik? Printer RM118… Katrij untuk print RM120? Lagi mahal katrij dari printer! pandai betul HP… macam batu cincin πŸ™‚

Anyway… keadaan ini adalah salah satu strategi perniagaan juga.

Maksudnya, pihak HP tidak cuma mengira keuntungan pada jualan pertama, iaitu printer sahaja. Tetapi, pihak HP telah mengira keuntungan jangka masa panjang- katrij-katrijnya. Dengan memberi produk pertama pada harga murah, mereka dapat menarik lagi ramai pembeli dan keuntungan dijangka akan terima dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, kata la saya gunakan printer ini selama 3 tahun. Setiap bulan (untuk memudahkan pengiraan) saya perlu ganti kedua katrij. Oleh itu, selama 3 tahun, harga katrij sahaja adalah RM4320 (RM120 x 36bulan). Tambah harga printer (RM118), jumlah jualan keseluruhan jangka hayat printer ni adalah RM4438

So… kiranya not bad lah jualan RM4438 untuk HP. Bukan setakat RM118 harga printer sahaja!

Cuba anda fikirkan perniagaan lain yang menggunakan strategi ini? Bolehkah anda menggunakan strategi ini untuk menggandakan keuntungan perniagaan anda?

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo (Small Office Home Office)…

Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas πŸ™‚

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…

Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai “untung perniagaan” bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil “gaji tetap” dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra…

Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan… jangan dicuri!

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…

Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah, memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat… semuanya dekat sampai mengujakan kita untuk relax. Nasihat saya… perlu mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu sekian-sekian… untuk melakukan sekian kerja… πŸ™‚

Kalau menjalankan perniagaan SoHo…

Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak. Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara… berbagai bagai bisnes serentak.

Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. Mat Salleh kata, don’t be jack of allΒ  trades and master of none. Fokus-fokus & fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu perniagaan sehingga berjaya.

Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm

podcast21.pngSetiap minggu pada hari Rabu pukul 1 tengah hari, saya menjadi tetamu BFM (Business FM) dalam siri Toolkit: Internet marketing. Bagi anda yang selalu terlepas rancangan ini, berikut adalah podcast terbaru saya di BFM89.9fm, mengenai “Selling Information Online” πŸ™‚

Semoga anda mendapat manfaat!

Podcast 4: Selling Information Online – Irfan Khairi (16 min) latest.gif

Podcast 3:
Affiliate Program – Irfan Khairi (15 min)

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min)

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)
.
Coming soon: Selling your services on the Internet!

Bagi anda yang ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dengan lebih mendalam, boleh sertai Workshop Jutawan Internet yang akan diadakan dalam masa terdekat. Klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran secara online πŸ™‚

Permudahkan laman web perniagaan Internet anda

Laman web yang canggih manggih does not work. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, permudahkan segala-galanya.

  • permudahkan pelawat mendapat info
  • permudahkan pelawat membuat belian
  • permudahkan pelawat menghubungi
  • permudahkan pelawat mencari jawapan kepada soalan mereka
  • permudahkan apa sahaja…

Keep it simple!

Ramai yang fikir, lagi canggih manggih laman web, lagi hebat pulangannya. Tetapi, di Internet, ianya tidak benar. Keep it simple. Sesuatu yang simple/straight forward itulah yang lebih berkesan di Internet.

Tahukah anda pada tahun 2001, search engine paling hebat adalah Yahoo dengan 60% pengguna Internet menggunakannya. Dan Google pula pada masa itu hanya mencapai 14% pengguna Internet? (Ketika itu Google.com di tempat yang ke-8 search engine popular di bawah Yahoo, MSN, AOL, Lycos, Infoseek, Netscape & Excite)

Fast-forward 8 tahun kemudian pada hari ini, Google telah mengambil alih sebagai enjin pencari paling popular dengan lebih 60% pengguna Internet menggunakannya manakala Yahoo pula nombor-2. kebanyakan nama-nama search engine yang lain sudah tidak lagi kelihatan.

Sebabnya? Google MEMUDAHKAN carian. Google kept it simple!

ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan dalam masa terdekat sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Air Asia vs Firefly

Baru-baru ini first time saya berpeluang menaiki Firefly… sebelum ni naik Air Asia sahaja πŸ™‚

Sebelum Firefly, ramai yang bandingakan Air Asia & MAS… sebenarnya, perbandingan tersebut tidak adil. Kerana Air Asia & MAS keduanya adalah kategori yang berbeza… pernah saya menulis tip perniagaan mengenai Air Asia vs MAS di sini

airasia-firefly.gif

So, sekarang, mula lah perbandingan Air Asia & Firefly… persaingan yang amat interesting terutamanya ketika ekonomi merundum. Sebab nya…

  • Ketika tak gawat pun, industri penerbangan adalah industri yang susah nak buat duit…
  • Harga tiket Air Asia & Firefly kini sudah lebih kurang sama. So, nak bersaing harga dah semakin payah…
  • Ketika gawat, local syarikat/business trip juga akan revert kepada low cost airlines…

So, apa ynag buatkannya interesting adalah, kini, Air Asia & Firefly terpaksa bersaing pada satu elemen yang sering kali saya tekankan- JENAMA! atau BRANDING!

  1. Air Asia melaungkan slogan “Now Everybody can Fly!”… manakala Firefly pula melaungkan “Your Community Airline!” erkk! in my opinion, Air Asia menang pada slogan… apa maksud “Your Community Airline”? 1 markah untuk air asia…
  2. Mesej yang di sampaikan oleh Firefly adalah “Why go so far? Fly from Subang… LCCT 68km, Terminal 3 0km”. Bravo atas mesej penjenamaan tersebut! πŸ™‚ Firefly menggunakan kelemahan LCCT iaitu “JAUH” sebagai perbandingan dalam penjenamaan. Dalam kes ini, LCCT tak bleh bersaing kerana… nak buat camno? Tak boleh nak dekatkan dah LCCT tu…
  3. Iklan Firefly kini seakan-akan Air Asia… warna pun lebih kurang sama, font pun lebih kurang sama, offer pun lebih kurang sama… mengakibatkan sedikit confusion untuk mencapai pasaran Air Asia… hmmm… a bit risky.

Persaingan Air Asia & Firefly dapat memberi berbagai-bagai pengajaran kepada kita sebagai usahawan. Nasihat saya, perhatikan kedua-dua low cost airlines dan study strategi masing-masing! Banyak boleh dipelajari…

Tip hari ini: Strategi bersaing yang amat hebat yang dilakukan oleh kedua-dua airlines ini adalah- bersaing pada sesuatu yang pesaing tidak boleh lawan. Contoh: Firefly menekankan lokasi yang dekat… pastinya Air Asia tidak boleh lawan pada lokasi. Juga, jangan bersaing pada harga… kerana sampai satu point, anda dan juga pesaing tidak akan mendapat keuntungan yang baik πŸ™‚

ps: nak lagi interesting, Idris Jala patut pakai cap Firefly macam Tony pakai cap Air Asia… lagi hebat persaingan! πŸ™‚

pps: Saya sokong yang mana- Air Asia or Firefly? Saya sokong airlines yang mana sponsor flight saya! ha ha… (hint to Tony)

Podcast: Irfan Khairi @ BFM89.9

podcast21.pngPodcast terbaru saya di BFM adalah mengenai program affiliate. Minggu depan insyaallah saya akan uploadkan pula terbaru iaitu “Internet Presence for the Service Industry”. Yang ni saya rasa best and banyak info untuk semua! Baru live siang tadi…:)

So, berikut podcast-podcast terkumpul saya di BFM!

Podcast 3: Affiliate Program – Irfan Khairi (15 min)Β latest.gif

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min)

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)
.
Minggu depan (Rabu) saya akan kongsikan tentang “Selling information online” pula…. Boleh dengar secara live di BFM 89.9FM (Lembah Klang only) jam 1 tengah hari.

ps: Kalau anda di KL mesti anda juga seperti saya selalu nampak iklan-iklan BFM di belakang teksi seperti “Break Faster, Macha!”, “Bribe Free Malaysian” & “Bodek Free Minutes”… very creative advertising!

pps: Saya akan terbang ke Kuching, Sarawak hujung minggu ini untuk mengendalikan talk perniagaan Internet (Sabtu) dan juga Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had (Ahad) di Grand Margherita Hotel, Kuching.

Kerja susah vs kerja mudah

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahajaΒ  dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian… lakukannya juga! πŸ™‚