Ada istilah ni yang berbunya:
Passion is more important than brains & talent
Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:
Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat 🙂 Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.
Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.
Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.
Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.
Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! 🙂
Selamat bercuti!
=====
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Workshop Perniagaan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.