Category Archives: Tip Perniagaan

Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Apa yang dimaksudkanĀ mengikut pendapat saya:

  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
  3. Cash transaction only šŸ™‚Ā 

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkanĀ lagi dan menjadi antaraĀ strategy anda dalam menjalankan perniagaan šŸ˜‰Ā 

Dengan ini, saya pun buka satu kategori baru dalam Tip Satu Minit: 9/10 iaitu tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?

Semoga Tip PerniagaanĀ 9/10 dapat memberi manfaat kepada anda!

Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?

By now, semua tau harga minyak naik. Malam tadi, saya lalu petrol station, dan lihat punyalah panjang orang ramai queue untuk memenuhi tangki minyak. Siapakah yang akan mengeluh dengan kenaikan harga minyak? Sudah pastinya mereka yang berpendapatan sederhana/rendah.

Harga minyak naik 40%, gaji tak pula naik 40% kan?

Adakah memenuhi tangki minyak will fix the problem? Semestinya tidak… katakan full tank kita RM100… queue lama-lama pun paling banyak pun, kita jimat RM40 je bila minyak kita habis dan isian seterusnya adalah RM140 pulak. Ia hanyalah quick fix atau penyelesaian sementara sahaja.

Then, apakah penyelesaian jangka panjang?

Di sinilah saya ingin menyebut kembali tip saya betul-betul 1 tahun lepas. June 2007, saya menulis:

Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah!

Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat!

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi!

Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?

Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time”Ā untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.

Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji”Ā kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti!

Nampaknya keadaan ini semakin menjadi nyata. Inilah waktu terbaik untuk fikirkan tentang memulakan perniagaan…

Antara perniagaan yang boleh dimulakan oleh ramai antara kita adalah perniagaan Internet. Saya sering kata, kita menjalankan perniagaan Internet, bukan semestinya bermatlamatkan untuk jadi jutawan. Saya sendiri selalu mengaku, ia bukanlah perkara yang mudah untuk menjadi jutawan melalui apa perniagaan pun. Perlu banyak usaha! (tak mustahil)

Tetapi, memadai sekiranya perniagaan Internet kita boleh menjana pendapatan RM2,000-RM5,000 sebulan. Fikirkan keadaan ekonomi anda sekiranya boleh menjana extra pocket money 2-3 ribu sebulan. Tidakkah itu membantu anda & keluarga anda? pastinya harga minyak naik 40%, kita pun tak mengeluhĀ šŸ™‚

ps: Memulakan perniagaan Internet dari rumah tidak memerlukan modal yang tinggi. Saya tidak pasti mengapa ada antara kita melabur sehingga RM5,000-RM10,000 untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah. Memulakan perniagaan Internet kecil-kecilan dari rumah berkos kurang dari RM500 pun dah kautim (termasuk payment gateway). Dan itulah yang saya tunjukkan di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut

Jutawan “modern” tak seperti jutawan dulu-dulu

Kalau disebut “JUTAWAN”, sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher, hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya…

Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku “Millionaires Next Door”, zaman sekarang, di kala keadaan ramai “Jutawan modern”, perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja.

Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu)

Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan.

“For the rich, it”ā„¢s not about getting more stuff. It”ā„¢s about having the freedom to make almost any decision you want,”Ā

-T. Harv Eker, penulis “Secret of Millionaires Mind

Bila kita jadi jutawan kelak… apa kata kita jadi jutawan “modern” yang lebih menjurus kepada konsep “kesederhanaan” dalam Islam šŸ™‚

IK Back Home!

Malam tadi selamat tiba di KL selepas talk di Brunei dan workshop di Sabah. Seronok betul dapat jumpa orang-rang Brunei- mereka memang peramah. Begitu juga seronok menjalankan Workshop Jutawan Internet Sabah peserta very friendly & sporting.

Berita baiknya- insyaallah atas permintaan ramai, Workshop Jutawan Internet akan dijalankan di BRUNEI pula!

ikfaris.jpgSelepas setahun Workshop Jutawan Internet memasuki pasaran Singapura, kami akan melebarkan sayap ke Brunei pula pada bulan Ogos ini. Hari tu dah survey dah hotel bersama organizer (yang memberi kepercayaan kepada kami), dan memilih Empire Hotel, Brunei untuk menjalankan workshop.

Gambar sebelah bersama Mr.Faris, organizer Workshop Jutawan Internet, Brunei. Ketika melawat Empire Hotel… 7 star hotel lagi tu!

So lepas ini, bagi mereka yang ingin mengikuti Workshop Jutawan Internet, boleh mengikuti di…

KUALA LUMPUR – SINGAPORE – BRUNEI

Tip hari ini:

Teringat saya first time menjalankan workshop jutawan Internet di KL pada tahun 2005. Malam sebelum talk, memang tak dapat tidur kerana “takut” & “nervous”. Tetapi, saya paksakan juga.

Dalam melakukan apa sahaja untuk pertama kali, sememangnya anda perlu PAKSA diri anda. Apabila kita memaksakan diri, kita memaksa keluar dari zon selesa kita (comfort zone). Memang tiadaĀ cara lain untuk keluar dari comfort zone melainkan MEMAKSAĀ DIRI.

Alhamdulillah, bermula tahun 2005 saya takut hendak mengendalikan my first workshop, kini Workshop Jutawan Internet mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Singapura & Brunei.

So, next time bila anda melakukan sesuatu untuk pertama kali, PAKSA DIRI! šŸ™‚

Irfan Khairi di Brunei

Sebabkan post lepas berbunyi sedikit negatif, hari ini saya nak “balance”kan dengan posting positif pula.

brunei.gifHari ini saya berada di Brunei, baru tiba semalam. Alhamdullah, kini saya mendapat kepercayaan kerajaan &Ā semi kerajaan Brunei untuk membuat talk motivasi bertajuk “Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri”. Pertama kali saya dijemput ke Brunei di bayar oleh kerajaan Brunei- banyak juga mereka bayar. Maklumlah, negara kaya raya šŸ™‚

Seronok first time buat talk di sini dan mereka amat appreciateĀ profesional speakersĀ sehingga flight pun sponsorĀ business class, hotel pun 5 star. Terasa macamĀ selebritiĀ barat pula šŸ˜‰

Tip hari ini saya nak berikan khas kepada mereka yang ingin menjadi motivators/professional speakers sebagai kerjaya seperti saya, Bro Kamal Affendi, Dr Tengku Asmadi (dari posting lepas). Tak kiralah, motivator/speaker bidangĀ apa. Untuk berjaya sebagaiĀ speaker, pegang kepada 3 tip berikut:

  • Fokus pada satu bidang sahaja,Ā terutamanya bidang yang andaĀ minat dan mempunyai pengalaman. Sebagai contoh, topik talk saya berkisar KEJAYAAN & JUTAWAN- ini menjadikan anda “pakar” dalam satu bidang!
  • Gunakan style anda tersendiri- Be Original!Ā tidak perlu terikut-ikut cara pakar motivasi/speaker lain. Sebagai contoh, gaya saya agak santai & bersahaja, cara pakaian ada sikit “rock” & tak formal, dan cara penjelasan menggunakan pengalaman sendiri- ini menjadikan anda unik!
  • Pastikan anda boleh “connect” dengan audience. Caranya adalah, jangan cuba muatkan terlalu banyak point dalam waktu yang singkat. Ini akan menghilangkan connection orang ramai dengan anda. Speaker-speaker baru sering melakukan kesilapan ingin menyampaikan banyak informasi dalam waktu yang singkat. Sebagai professional speaker, LESS IS MORE!

Dengar-dengar cerita hari ni 1,500Ā rakyat BruneiĀ akan dengar talk saya. Selamat menjadi profesional speaker & semoga lebihĀ maju industri motivator & profesional speaker Malaysia! šŸ™‚

Bagi anda, apa yang anda ingin lihat pada seorang motivator / professional speaker?

Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mata

camera.jpgDalam perniagaan Internet, tiada pertemuan 4 mata. Ia menjadi sedikit sukar untuk menimbulkan “kepercayaan” oleh kerana orang ramai sudah biasa dengan jual beli di hadapan mata.

Cara mengatasi ini agak mudah. Jawapannya- gambar, gambar & lagi gambar!

Oleh kerana punca utama orang tidak beli online adalah kerana tiada pertemuan 4 mata, maka, anda perlu lakukan simulasi pertemuan 4 mata. Perbanyakkan gambar yang berkenaan- gambar produk, gambar kedai (jika ada), gambar pemilik perniagaan, gambar pemberi testimonial, gambarajah, dan apa sahaja gambar.

2 tip:

  • Bila mengambil gambar (produk atau pemilik), biarlah kelihatan profesional. Pastikan gambar terang. Tip mudah adalah, ambil gambar di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari. Matahari adalah the best light source untuk gambar!
  • Walaupun gambar adalah jawapannya, jangan terlalu banyak gambar sehingga melambatkan laman anda dibuka. Pilih gambar yang bersesuaian dan terbaik sahaja. Juga, pastikan gambar anda semuanya di-compresskan 70-80% JPEG compression adalah bagus.

Selamat bergambar dalam perniagaan internet!

Air Asia vs MAS

Sebelum ini, Air Asia terkenal dengan harga penerbangan rendah. Kini, MAS pula memperkenalkan harga penerbangan murah dibawah FireFlyz…Ā  Apa yang terjadi kini adalah, persaingan harga. Sudah pasti MAS lambat laun akan menggunakan strategi Air Asia juga!

Kini, apabila Air Asia vs MAS, siapa yang untung?

Pada pendapat saya, yangĀ untung adalah Singapore Airlines kerana memberi fokus kepada penerbangan eksklusif dan layanan istemewa šŸ˜‰ Singapore Airlines adalah antara jenama hebat penerbangan dunia.

Oh ya, pelanggan juga untung kerana dapat penerbangan pada harga rendah- serta pilihan antara Air Asia & MAS lagi tu! Yipee!

Tip Satu Minit:Ā Jauhkan daripadaĀ terlibat dalam perang harga. Ia hanya merugikan anda. Ciptakan keunikan sendiri dan kelainan sendiri- anda dapat membentuk “harga” anda sendiri.

Walaupun ianya tidak salah menggunakan strategi “harga rendah” dalam perniagaan anda, ketahui bahawa strategi harga rendah mempunyai pelbagai kelemahan seperti:

  • Pesaing juga akan merendahkan harga
  • MengurangkanĀ untung untuk mempromosikan perniagaan semula
  • Menjadikan jenama anda lemah

Menjadikan jenama lemah? Yes! Kalau kita sebut barangan “berjenama” atau barangan “branded” tidakkah ianya merujuk kepada barangan mahal?

Jadi, sekiranya anda ingin mewujudkan jenama hebat, jauhkan dariĀ menurunkan harga šŸ˜‰

ps: Tip ini bukan sekadar untuk anda yang berminat untuk buka syarikat penerbangan sendiri- Perniagaan kecil-kecilan juga boleh guna tau! šŸ˜‰

Bagaimana hendak menjadi popular?

Dalam perniagaan, menjadi popular adalah satu keuntungan. Perniagaan seperti Bodyshop, Microsoft & McDonalds semuanya mendapat keuntungan daripada populariti pengasasnya- Anita Roddick, Gates & Ray Crock.

Tip kali ini khas untuk mereka yang ingin menjadi “popular” dalam perniagaan masing-masing. Mungkin terbaik untuk motivator, trainer, penulis buku, IM, dan perniagaan apa sahaja yang mengetengahkan diri sendiri pemilik perniagaan.

Soalan ini adalah untuk menjawab soalan rakan penulis saya, beliau bertanya: Saya dah tulis 8 buah buku… mengapa saya tak sepopular Irfan yang baru menulis 2 buah buku?

Anda hendak tahu?

1: Keluar dari mainstream
Anita Roddick keluar dari mainstream ketika memulakan perniagaan di mana bahan-bahan kecantikan sering kali berkaitan dengan barangan ujian saintifik dan menggunakan perubatan modern, Anita Roddick memulakan perniagaan kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

2: Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan
Bill Gates & Microsoft tidak lari dari kontroversi ketika permulaan Microsoft. Siapa tidak ingat perang Microsoft & Netscape? Sesuatu yang mengejutkan akan membuka mata orang ramai. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila perancangan Microsoft adalah untuk monopoly OS sedunia.

3: Sampaikan mesej yang sama
Apakah mesej anda? Terlalu banyak mesej berlainan akan mengelirukan orang ramai dan orang sukar mengingati anda. Ray Crock menciptakan mesej “kegembiraan” (good time, good place) berpuluh tahun dulu dan mesej tersebut digunakan sehingga hari ini di McDonalds tanpa ditukar! Sampaikan mesej yang sama berulang-ulang kali!

Sekiranya anda ingin jadi popular, pastikan anda (1) keluar dari mainstream, (2) ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan (3)sampaikan mesej yang sama berulang kali.

Sebenarnya hendak menjadi popular dalam perniagaan, tidak jauh bezanya menjadi popular sebagai seorang selebriti/artis. Suka saya memberi contoh antara penyanyi favourite saya kini, Faizal Tahir:

  • Keluar dari mainstream: Apabila ROCK Malaysia (dan juga Indonesia) sering dikaitkan dengan band/berkumpulan, Faizal Tahir muncul dnegan ROCK SOLO (sesuatu yang tidak baru di US!)
  • Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan: Siapa yang ikuti industri hiburan, pasti ingat stunt “Superman” Faizal Tahir šŸ™‚
  • Sampaikan mesej yang sama: ROCK-ROCK-ROCK-SUPERMAN-SUPERMAN-SUPERMAN

Saya dah agakĀ Faizal Tahir menang besar AIM dan Planet Muzik baru-baru ini.

Dengan 3 maklumat & contoh di atas, bagaimana saya, IK boleh dikenali sejak 3 tahun lalu? Kiranya cuba anda jadikan saya sebagai kes study…

ps: IK pun rock juga! šŸ˜‰

Permudahkan… simplify!

Untuk memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, anda TIDAK memerlukan beribu-ribu ringgit atau berpuluh ribu ringgit.

Start small. Keep it simple.

Ketika saya di UK 10 tahun lalu, saya antara konsultan yang mencipta “Grid For Learning”. Sebuah jaringan pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah di Britain. Project tersebut amat complex dan melibatkan berjuta pounds (duit syarikat). Tetapi, tidak juga saya jadi jutawan.

Apabila saya berhenti sebagai consultant dan menjalankan perniagaan Internet yang kecil dan simple, di situ I made my first million.

Tip hari ini adalah, dalam perniagaan Internet, simplifykan segalanya. Anda tidak perlu tahu “latest technology” sekiranya anda tidak faham oleh kerana kebanyakan orang juga tidak faham dengan “latest technology”. Permudahkan pengalaman pelawat laman web anda. Permudahkan bahasa yang digunakan di laman web. Permudahkan cara bayaran pelanggan anda. Permudahkan cara pelanggan menghubungi anda. Ingin grafik canggih-canggih dan animasi teks terbang sana sini di laman web anda? Lupakan sahaja kerana ianya merumitkan pelawat. Permudahkan… permudahkan… permudahkan!

At the end of the day, keep it simple! (but professional)

Untung perniagaan tidak berganjak

Kadang kala dalam perniagaan, kita akan tiba satu point di mana, keuntungan perniagaan kita sama sahaja. Contoh, keuntungan setiap bulan adalah dalam lingkungan RM20,000 sahaja… nak sampai RM30,000, tak dapat! Usaha kuat macam mana pun, keuntungan di sekitar RM20,000… kemudian RM23,000… kemudian turun semula RM21,000… dan seterusnya!

Pernahkah ianya terjadi pada anda? Sudah pastinya ia pernah terjadi pada saya…

Jawapan untuk menangani keadaan ini adalah, bayangkan satu piramid/segi tiga. Anda telah mencapai bahagian tertinggi piramid tersebut. Untuk naik lagi tinggi, sudah tak boleh. Jadi, apa perlu buat?

Jawapannya adalah mudah- besarkan tapak piramid tersebut! Apabila anda besarkan tapak piramid tersebut, sudah tentu, piramid boleh naik lebih tinggi.

Dalam perniagaan pula, maksudnya adalah, anda perlu menambah bilangan “tangan” dalam perniagaan anda. Anda telah sampai ke limit keuntungan anda dan sukar naik lebih tinggi. Oleh itu, anda perlu bantuan orang lain untuk membesarkan perniagaan anda. Bila menambah pekerja, atau partner / rakan niaga, ia seperti membesarkan lagi tapak perniagaan anda.

Keuntungan anda akan melepasi limit anda dan kini, mengikut contoh di atas, sekiranya tambahkan bilangan pekerja untuk diagihkan kerja atau tambahkan rakan niaga, keuntungan tidak lagi mustahil meningkat sehingga RM30,000… Rm40,000 dan seterusnya!