Category Archives: Tip Perniagaan

Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1

Pagi tadi pelancaran Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah!. Sesak juga PWTC di buatnya. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Dato’ Seri Mohamed Khaled ternampak saya buat pertama kali ketika itu, terus sebut “Eh, ni yang jutawan Internet tu kan?”. Wah… boleh tahan juga! 🙂

Esok sesi saya adalah pada jam 3.30-5.30pm di PWTC

Sekiranya berminat, datanglah ke Gerak Usahawan- banyak yang anda boleh pelajari daripada pameran-pameran yang disediakan.

Daripada hendak menyertai MLM, hendak menyertai franchais, hendak mencipta franchais, hendak mendapatkan pinjaman bank, atau grant… macam-macam ada. Bagi usahawan & bakal usahawan, Gerak Usahawan adalah bantuan kerajaan dalam mempromosi keusahawanan. Pameran & booth bermula pada jam 9.30 pagi. Slogannya pun “Keusahawanan kerjaya pilihan!”

Sesi saya, saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan juga cara memulakan perniagaan Internet. Apa yang saya akan ceritakan esok, hanyalah “pengenalan kepada perniagaan Internet”- jadi, yang advance-advance takde diceritakan :). Khas untuk membuka mata mereka yang masih belum mengetahui perniagaan Internet. Berikut adalah antara isi kandungan talk saya esok…

  • Membina minda usahawan jutawan
    Alang-alang hendak jadi usahawan, baik jadi usahawan jutawan! Tetapi, apa yang diperlukan untuk jadi usahawan jutawan?
  • Kehebatan perniagaan Internet
    Bagaimana perniagaan Internet dapat membantu usahawan. Kekuatan perniagaan Internet di Malaysia, Asia dan juga pasaran Islam!
  • Nak jual apa online?
    Soalan cepu emas ramai yang tidak tahu jawapannya. Nak jual apa online? 🙂

Jumpa di sana! Keusahawanan kerjaya pilihan 🙂

PANAS & SEJUK dalam setahun

Dalam perniagaan, sebagai usahawan, kita perlu menjangka pasaran perniagaan kita pada keadaan pasaran yang akan berubah mengikut musim. Musim yang dimaksudkan ini, adalah musim jangka pendek (bukan trend).

Contoh:

  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika cuti sekolah. Sesetengah perniagaan mendapat lebih keuntungan dari cuti sekolah.
  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika bulan puasa (dah dekat ni!). Sesetengah perniagaan pula mendapat lebih keuntungan ketika puasa (seperti gerai Ramadhan).
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan yang lebih pada hujung bulan apabila pengguna menerima gaji!
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan pada hujung tahun apabila pengguna menerima bonus!
  • Sesetengah perniagaan akan menjangka penurunan keuntungan ketika cuti umum seperti cuti raya dan sebagainya…

Tip Satu Minit:

Ambil calander setahun, dan tandakan di dalam kalender tersebut minggu-minggu yang PANAS (warna merah) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan yang lebih. Dan tandakan juga di kalender minggu-minggu yang SEJUK (warna biru) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan kurang.

Melalui kalender PANAS & SEJUK ini, anda dapat melihat trend keuntungan perniagaan anda.

  • Cipta strategi bagaimana anda boleh memaksimakan keuntungan bila musim perniagaan PANAS.
  • Ubah strategi perniagaan ketika musim perniagaan SEJUK untuk mencari keuntungan baru ketika keuntungan perniagaan dijangka menurun- contoh, menjalankan perniagaan sampingan baru.

Sebagai usahawan, perhatikan musim perniagaan PANAS & SEJUK dalam satu tahun dan adjust strategy anda untuk memaksimakan keuntungan bagi keseluruhan tahun 🙂

Sesiapa boleh beri contoh? 

Cayalah!com- pelan perniagaan short-cut

Wah… macam-macam tekaan bagi domain name Cayalah!com sejak hari Jumaat lalu. Tetapi, tiada satu pun yang hampir 🙂 Jadi, ini jawapannya…

Cayalah!com sebenarnya adalah “web design ‘face-lift’ service”!

cayalahsmall1.gifKONSEP:
Konsep yang akan digunakan oleh Cayalah!com adalah perkhidmatan mereka cipta laman web perniagaan Internet ber kos rendah. Idea ini saya sudah simpan agak lama dah, cuma tidak tahu hendak menggunakan pendekatan bagaimana. Sehingga lately ni mendapat ilham daripada AirAsia- menggunakan harga rendah kepada pelanggan dengan mengurangkan kos di mana yang boleh.

MASALAH:
Dalam mencari idea memulakan perniagaan, apa yang saya sering nasihatkan adalah mencari “masalah”, kemudian, berikan penyelesaian. Masalah yang sering saya lihat kini adalah perniagaan Internet mula mendapat sambutan di Malaysia, cuma, apabila melihat laman web usahawan Internet, ianya kurang profesional dari segi reka cipta. Ini memberi tanggapan tidak profesional, lalu, mengurangkan keyakinan dan kredibiliti sesuatu laman web itu dan mengurangkan jualan 🙁

Laman web yang tidak profesional akan mengurangkan peluang jenama sesuatu perniagaan itu meningkat!

PENYELESAIAN:
Cayalah!com adalah, ia berkonsepkan website “face-lift” di mana sasaran pelanggan adalah mereka yang sedia memiliki laman web, tetapi, ianya tidak begitu berjaya oleh kerana tidak kelihatan profesional. Cayalah!com akan memberi sentuhan “face-lift” dan mencipta laman web yang lebih profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.

KELAINAN:
Kelainan adalah penting dalam sesuatu perniagaan. Pelanggan akan terdiri daripada mereka yang sedia mempunyai laman web, tetapi tidak profesional. Apa yang Cayalah!com akan lakukan adalah memberi diskaun kepada mereka yang sedia mempunyai laman web.

Bayangkan, konsep trade-in handphone. Di mana, anda trade-in handphone lama, dan tambah sedikit sahaja untuk handphone baru.

Oleh sebab pelanggan telah membelanjakan wang dan juga masa untuk menyiapkan laman web pertama, Cayalah!com akan take this into consideration, dan memberi potongan harga untuk redesign laman web tersebut. Juga, bagi mereka yang telah membeli produk-produk Rahsia Internet.com, akan mendapat diskaun lagi- terutama pembeli CD Rom Langkah 1-2-3, kami memberi 100% diskaun dari harga belian CD tersebut (RM50) oleh kerana Cayalah!com akan mengambil alih kerja-kerja membina laman web.

Jadi, kenapa nama yang dipilih adalah Cayalah!com?

Harapan saya adalah, selepas team design Cayalah!com mengubah laman web anda menjadi laman web yang lebih profesional, anda akan kata CAYA-LAH!

Jadi, itu lah asal usul nama yang dipilih 🙂

Apa-apa pun, terima kasih atas idea-idea bernas anda pada posting yang lepas. Banyak idea yang boleh digunakan kembali. Cayalah untuk anda juga 😉

Bila akan dilancarkan? Very soon… insyaallah minggu ini. Diskaun untuk pesanan-pesanan awal!

Tip Satu Minit…

Short-cut dalam menyediakan pelan perniagaan Internet adalah seperti mana saya lakukan di atas. KONSEP-MASALAH-PENYELESAIAN-KELAINAN. Sering kali, saya akan mulakan idea perniagaan dengan cara ini. Ia akan memberi gambaran yang lebih jelas, dalam waktu yang amat singkat!

Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan (seperti idea perniagaan yang telah diberikan sejak Jumaat lalu) cuba susun semula dalam format KONSEP-MASALAH-PENYELESAIAN-KELAINAN ini! Anda akan mendapat lebih banyak idea 🙂

Cayalah domain name ni!

Mungkin personally bagi saya the best part dalam memulakan perniagaan- tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet adalah dalam memilih nama perniagaan!

Memilih nama perniagaan memerlukan kreativiti dan imaginasi supaya jenama kita mudah dikenali seperti RahsiaInternet.com, Tip Satu Minit, 101 Cara Promosi dan Workshop Jutawan Internet

Saya pernah menulis tip: Nama Perniagaan Anda untuk anda namakan perniagaan mengikut jenis perniagaan anda. Juga, dalam 101 Cara Promosi juga saya sebut ini sebagai satu cara promosi.

Tidak lama lagi, RahsiaInternet.com akan memulakan sebuah laman web baru. Dan kali ini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain name yang tidak ada kaitan dengan perniagaan (atau hampir ada). 

Terdapat juga strategy menggunakan nama yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan yang dilakukan seperti: Google.com, Yahoo.com, Amazon.com dan Boo.com. jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ini.

Menggunakan strategy nama yang tidak ada kaitan dengan perniagaan (atau hampir ada kaitan), cara terbaiknya adalah menggunakan perkataan yang memberi impak emosi!

Sebagai contoh:

  • Google – memberi emosi seperti perkataan yang agak funny bunyinya!
  • Yahoo – memberi emosi gembira seperti sorak “Yahoooo!”
  • Amazon – memberi emosi kawasan yang besar, hutan yang besar atau sungai yang panjang!
  • Boo – memberi emosi kena takut/terkejut “Booo!”

Suka saya mengumumkan satu lagi penambahan dalam keluarga RahsiaInternet.com! Tidak lama lagi, akan dilancarkan…

Caya tak domain name yang saya pilih? “Cayalah” oleh kerana “Caya-lah! adalah satu slang yang seringkali digunakan (silap-silap anda pun pernah guna). Nasib baik tiada siapa yang beli lagi domain name ni 🙂

Soalan teka-teki: Untuk anda di pagi-pagi jumaat ini, teka teki sedikit. Agak-agaknya, Cayalah! ni laman web mengenai apa? Cuba teka! 😉

Anggap ini sesi menjana idea. Sekiranya anda mempunyai laman web bernama CayaLah, apa yang anda lakukan? Saja untuk suka-suka… mana tahu, kita dapat generate lebih banyak idea yang bernas di sini!

Kitar hidup produk 2 tahun

Ianya dikatakan kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun.

Ya, 2 tahun sahaja!

Sekiranya begitu, bagaimana pula dengan tip Perubahan musim dalam perniagaan yang mengatakan ia biasanya mengambil 3 tahun untuk mendapat keuntungan yang lumayan?

Di sini kita boleh mengambil pelajaran daripada Microsoft dan produk “Windows”. Oleh kerana kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun (mereka mengetahuinya!), maka, sebab itu Windows keluar dalam beberapa versi… dari Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows Me, Windows Xp dan kini Windows Vista!

Kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun secara purata*. Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh mengubahkan produk anda untuk “refresh” semula kitar hidupnya… untuk berterusan lagi 2 tahun!

*Secara kasar, produk IT/Teknologi seperti Windows, kitar hidup adalah lebih singkat berbanding dengan produk lain.

Selain dari contoh Windows di atas, boleh kah anda namakan contoh produk/jenama lain yang juga memperbaiki kitar hidupnya? (banyak!)

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah pada hari Ahad ini! Berminat? Lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop

Perniagaan Internet bermodalkan RM20,000!

Anggap perniagaan Internet anda bermodalkan RM20,000!

Memulakan perniagaan Internet memerlukan kos yang amat rendah- kurang dari RM200 pun sudah boleh memulakan perniagaan Internet. Di ambil kira, bayaran bulanan untuk web hosting (sewa tapak kedai kita) dalam RM20 sebulan pun boleh menjalankan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, ianya adalah satu kelemahan apabila kos rendah, kita sering tidak mengambil endah atau berikan tumpuan yang kurang terhadap perniagaan kita.

Saya pernah memulakan perniagaan bukan Internet (offline) beberapa tahun lalu bermodalkan RM40,000. Wow… memikirkan wang yang dilaburkan sebanyak itu, setiap detail kita akan tumpukan perhatian. Setiap hari tidak mengenal cuti kita akan usahakan perniagaan kita. Kesemua kerja-kerja “leg work” yang sukar juga kita akan lakukan ke hulu dan ke hilir. Tekanan yang diberikan adalah amat tinggi! Belum dikira sewa tapak perniagaan adalah RM1,500 sebulan (tak masuk kos overhead elektrik, aircond, air, internet, insurance dan sebagainya). Nak membayar staff lagi!

Oleh sebab wang yang dilaburkan adalah besar, dan bayaran bulanan adalah tinggi, 100% usaha dan tenaga dicurahkan untuk perniagaan kita tu 24 jam sehari!

Tapi, bila perniagaan Internet, modal yang diperlukan adalah rendah- (harga sekali beli barang-barang dapur di TESCO sahaja). Sewa bulanan amat rendah (sekali bawa keluarga makan di McDonalds). Overhead pun tiada – tolak bayaran bil2 asas rumah sahaja… tekanan pun tiada 🙂

Untuk memberi daya motivasi yang maxima dalam menjalankan perniagaan Internet, anggap bahawa modal yang anda keluarkan digandakan 100x!

Kalau modal RM200, ertinya, anggap bahawa anda telah melaburkan RM20,000! Bayar bulanan web hosting yang RM20 sebulan, anggap anda membayar RM2,000!

Sekarang, anda akan dapat merasai tekanan dalam menjalankan perniagaan. Sudah pasti anda akan sedaya upaya mengusahakan perniagaan Internet anda untuk mencapai kejayaan dalam masa yang terdekat 😉

ps: Ingin memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari? sertai Workshop Jutawan Internet. Tempat semakin terhad!

Rahsia membina jenama

Ramai juga yang email saya & tinggalkan komen di Tip Satu Minit untuk saya berikan cara-cara membina JENAMA yang hebat!

Membina jenama adalah satu topik yang sering disalah tafsirkan. Topik jenama adalah antara topik yang paling kurang dibincangkan, walaupun ianya adalah antara topik paling penting dalam perniagaan.

Membina jenama yang KUAT perlu mempunyai TEMA. TEMA, tidak semestinya niche, USP, slogan, atau tajuk. TEMA adalah “overall concept”.

  • Seperti memasuki McDonalds, TEMA yang dimainkan adalah “Keseronokan”
  • Seperti Hard Rock Cafe, TEMA keseluruhan adalah “Muzik”
  • Seperti Haagan Dazs, TEMA keseluruhan adalah “Kemewahan”

Untuk membina jenama yang kuat, langkah pertama adalah:

  1. Kenal pasti pasaran anda. Siapakah golongan pembeli produk & perkhidmatan anda…
  2. Ciptakan satu TEMA untuk memenuhi golongan pembeli produk & perkhidmatan anda!

Jenama, bukan sekadar nama atau warna sahaja, tetapi, lebih kepada…

…TEMA dan PERSONALITI perniagaan anda.

Apakah karakter perniagaan anda? Apakah perasaan yang anda ingin pelanggan rasai apabila menyebut nama perniagaan anda? Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh perniagaan anda (bukan mesej perniagaan, tetapi mesej yang berkaitan dengan perasaan).

Cuba saya sebut beberapa nama, boleh kah anda sebutkan apakah tema yang disampaikan? Apakah perasaan yang disampaikan? (Latihan ni 🙂 untuk mengasah fikiran anda mengenai jenama)

  • BodyShop?
  • The Simpsons?
  • Pepsi?
  • Ali Cafe?
  • Petronas Menara Berkembar?
  • Irfan Khairi?
  • Jalur Gemilang?
  • Mickey Mouse
  • Kancil
  • Mercedes

Perasan tak di mana setiap nama di atas memberi “perasaan” melalui tema yang disampaikan. Membina jenama yang kuat perlu memberi “perasaan” kepada pelanggan!

Perniagaan yang tidak menyampaikan “perasaan” melalui tema kepada pelanggan, sukar menjadi jenama yang hebat. 

ps: perasaan, bukan perasan! 🙂

Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!

Lihat semula gambar di bawah. Bagaimana Planet Hollywood & Hard Rock walaupun sebelah menyebelah, keduanya berjaya mendapat pelanggan yang tinggi?

hrph1.jpg

Ini kerana, persaingan yang berlaku BUKAN pada “mencari KELEMAHAN dan ciptakan kelainan”. Seperti saya sebut di atas, sekiranya kita cari KELEMAHAN, pesaing juga akan berusaha MEMPERBETULKAN KELEMAHAN TERSEBUT.

jawapan kepada soalan semalam adalah mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING!

  1. Contoh, kekuatan Hard Rock Cafe adalah pada MUZIK. Hard rock menggunakan MUZIK sebagai tema restaurantnya. Itu adalah KEKUATAN pada Hard Rock dari dulu hingga kini. Untuk bersaing, Planet Hollywood mengetahui KEKUATAN tersebut, dan mencipta tema FILEM. Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan Hard Rock cafe, nak bersaing dengan mengubah jadi Hard Film Cafe?

  2. Contoh, kekuatan KFC adalah pada fast food berkonsepkan ayam. AYAM adalah KEKUATAN KFC dari dulu hingga kini. Fast food seperti McDonalds mengetahui kekuatan ini, lalu mencipta kelainan dengan membuka restaurant bertemakan BURGER. Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan KFC, nak bersaing dengan mengubah jadi KFB (Kentucky Fried Burger??)?

  3. Contoh, kekuatan Baskin Robbins adalah pada konsep FUN & COLORFUL ICE-CREAM. Ice-cream dicipta 32 perisa berkonsepkan COLORFUL & FUN. Dengan perisa apple, rainbow, strawberry dan sebagainya yang menarik. FUN & COLORFUL adalah kekuatan Baskin Robbins dari dulu hingga kini. Untuk bersaing, Haagan Dazs mengetahui KEKUATAN ini, lalu mencipta ice cream yang kaya dengan perisa, pekat, mahal, prestige dan sebagainya yang berkaitan pada kemewahan.  Apabila mencipta KELAINAN DARI KEKUATAN, pesaing tidak boleh buat apa apa. Bak kata, takkan Baskin Robbins, nak bersaing dengan mengubah jadikan kesemua ICE CREAM FUN & COLORFULnya jadi mahal & prestige?

nampak tak konsep ini? 🙂

Sekiranya “mencari KELEMAHAN dan mencipta KELAINAN”, pesaing juga boleh memperbetulkan KELEMAHAN mereka- seperti harga rendah, kualiti rendah, penghantaran lambat dan lain-lain. Tetapi, sekiranya “mencari KEKUATAN dan mencipta  KELAINAN” daripada KEKUATAN tersebut, pesaing tidak boleh ubah KEKUATAN MEREKA!

Perniagaan besar-besaran dan berpengalaman ramai yang tahu keadaan ini dan menggunakan strategi ini, iaitu “mencipta kelainan dari KEKUATAN pesaing”. Sebab itu, persaingan mereka adalah cara sihat. Mereka berjaya mencapai pasaran yang berbeza, walaupun industri yang sama. Sama-sama dapat bersaing dan mendapat keuntungan yang berganda, walaupun dilokasi yang sama seperti 3 contoh diatas!

Perniagaan kecil-kecilan tetap menjadi kecil apabila bersaing pada kelemahan pesaing.

Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak!

Nota: PERTANDINGAN DI BAWAH… ada hadiah untuk dimenangi 🙂 

Susulan dari tip semalam iaitu menggunakan strategi pesaing, ramai mungkin terfikir cara terbaik sekiranya untuk bersaing adalah “mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan”. Dari segi teori, mungkin ianya benar. Tambahan, selalu kita dengar nasihat, cari kelemahan pesaing, dan kita lakukannya sebagai kekuatan, betul?

Cuba fikirkan, bukankah kalau kita mempunyai kelemahan, kita juga akan memperbaiki kelemahan tersebut? Ketahui bahawa pesaing anda juga adalah bijak seperti anda!

Contoh, sekiranya pesaing jual pada harga mahal, kita bersaing dengan harga murah. Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing turut turunkan harga? Anda boleh menurunkan harga, mengapa tidak pesaing?

Contoh lagi, sekiranya pesaing melakukan penghantaran lambat (2-3 hari), kita lakukan untuk penghantaran cepat-24 jam! Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga mengubah penghantaran kepada 24 jam? Anda boleh lakukan 24 jam, mengapa tidak pesaing?

Contoh tambahan, sekiranya kualiti produk pesaing kurang, anda sediakan produk yang berkualiti tinggi.Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga turut “improve” kualiti produk mereka? Anda boleh menyediakan produk berkualiti tinggi, mengapa pula pesaing tidak lakukan yang sama?

Adakah mencari kelemahan pesaing dan jadikannya kelainan jawapannya? Bagi saya tidak. Ini kerana apa sahaja kelemahan pesaing yang anda boleh tangani, pesaing juga boleh melakukan yang sama.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu rahsia strategi bersaing dalam perniagaan. Sudah bersedia?… tunggu… saya mahu dengar pendapat anda dulu.

Jadi, siapa tahu jawapannya? Sekiranya bersaing melalui “menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, apa jawapan yang sebenar? Perlu jelaskan dengan sokongan sekali!

Siapa tahu jawapannya? Teka teki bisnes ni… Peluang mengasah skill perniagaan anda😉 

Siapa yang betul/tepat, saya akan kasi hadiah SPECIAL. Ni perlu fikir advance sedikit ni… saya rasa ramai yang tak terfikir. 🙂 Hadiah menanti pemenang!

Anybody? (kalau salah atau kurang tepat, tak mengapa… janji cuba. Berfikir adalah cara terbaik dalam mendapat ilmu baru!) 

Mengguna strategi pesaing

  • Di mana ada McDonalds, di situ juga ada KFC
  • Di mana ada Haagan Dazs, di situ juga ada Baskin Robbins
  • Di mana ada Hard Rock Cafe, di situ juga ada Planet Hollywood
hrph.jpg

Di mana ada perniagaan,di situ ada pesaingan. Strategi yang digunakan di sini adalah mengikut langkah pesaing. Bila pesaing utama menjalankan perniagaan di sesuatu tempat, perniagaan kedua akan menyusuli menggunakan strategi yang sama.

Dalam perniagaan, mengikut strategi pesaing adalah strategi yang sering digunakan. Tidak perlu penat membuat penyelidikan pasaran, gunakan strategi pesaing sahaja yang telah membuat penyelidikan pasaran. Menjimatkan masa & kos!

Tapi, meniru pesaing, ada kelemahannya. Jadi, sebelum meniru strategi perlu juga fikirkan…

Apa akan jadi sekiranya strategi pesaing itu salah, dan kita mengikut sahaja?

Apa akan jadi sekiranya pada pandangan mata, kita ingatkan kita sudah meniru strategy pesaing, tetapi pada perkara dalaman yang tidak boleh dilihat, kita tidak tahu apakah strategi rahsianya, dan menjadikan strategi yang ditiru tidak menjadi?

Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing meniru strategi anda? Di samping itu, menggandakan keuntungan perniagaan anda sendiri?

Jawapannya ada dalam gambar di atas! (… dan juga di Workshop Jutawan Internet)

ps: Workshop Jutawan Internet adalah terakhir pada harga promosi. Selepas ini, harga Workshop akan datang dinaikkan lagi. Bagi yang berminat menyertai pada harga promosi terakhir, klik di sini.