Sekiranya anda belum memulakan perniagaan lagi dan merancang untuk memulakan perniagaan, tetapi tiada idea untuk memulakan perniagaan apa , fikirkan trend semasa (fuh… habis nafas menyebutnya) :).
Trend semasa berubah selalu. Ia merupakan berita baik kepada usahawan-usahawan yang inovatif untuk mengambil peluang perniagaan mengikut trend pada ketika itu.
Bila menyebut trend, mungkin ramai akan fikirkan golongan muda-mudi. Namun, “trend” bukan setakat itu sahaja.
Terdapat trend penggunaan handphone, trend mencantikkan halaman rumah, trend mencantikkan interior rumah, trend membaca buku kewangan, trend menonton wayang gambar seram, trend menjaga kesihatan, trend menjadi pengguna bijak, trend mengitar semula barang buangan, trend memakai fashion berwarna hitam dan sebagainya…
Perhatikan trend-trend disekeliling kita di Malaysia kini dan fikirkan bagaimana anda boleh take advantage of the trend dan menjadikannya idea perniagaan.
Apakah trend-trend yang sedang berlaku ketika ini di Malaysia? Mungkin anda boleh sertakan idea perniagaan sekali.