ADA idea tetapi TIADA modal

Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut.

Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan…

Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal!

Sebenarnya, idea yang hebat tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Kebanyakan idea-idea hebat dipasaran pada hari ini dimulakan bukan menggunakan modal sendiri.

Idea yang hebat sudah pasti akan berjaya menarik dana dari pihak-pihak tertentu seperti:

  • sponsor
  • institusi kewangan
  • kerajaan
  • orang ramai.

Microsoft di mulakan tanpa menggunakan wang Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat sponsor & funding oleh kerana ia adalah idea yang hebat.

Irfan Khairi Sdn Bhd di mulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dua tahun lalu, dan diterbitkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga hari ini.

Betul… saya tidak gunakan pun wang simpanan saya- hanya menggunakan wang pusingan 🙂

Jadi, sekiranya anda mempunyai idea hebat, bukakan minda anda bahawa, idea yang hebat tidak memerlukan modal. Idea yang hebat, dapat MENARIK MODAL dengan sendiri!

Mulai hari ini, jangan jadikan modal sebagai alasan tidak mengimplementasikan idea kita. Lihat disekeliling dan bukakan fikiran bagamana untuk meneruskan idea anda.

ps: Kalau ada idea hebat tetapi, tidak berjaya menarik modal? Mungkin idea tersebut tidak hebat… takut-takut kita yang syok sendiri 🙂

Gold award di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC

Pada hari Ahad 6hb lepas, buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar telah menerima Gold Award di pesta buku antarabangsa KL, PWTC. Thanks to all! 🙂 🙂 🙂

Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat hadir sesi penerimaan anugerah tersebut :(- terpaksa diwakilkan. Terima kasih kepada Azizi Ali & TrueWealth Sdn Bhd oleh kerana menerbitkan buku pertama saya dan mencapai jualan yang amat hebat sejak 2 tahun lalu.

Agak terkilan juga Pesta Buku KL tahun ini saya tidak sempat langsung menjenguk dan memberi sokongan kepada rakan-rakan penulis yang lain oleh kerana schedule saya yang amat ketat sejak dua menjak ini.

Terima kasih atas usahawan-usahawan Internet dan juga bakal usahawan Internet yang telah mendapatkan buku RJJIT (tak kira bila). Kalau anda tak beli, takde lah dapat Gold Award ni. Penghargaan ini saya akan abadikan sebagai kenangan manis sokongan anda kepada saya dalam industri ini.

Bagi anda yang belum memiliki Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, boleh dapatkannya di http://www.rahsiainternet.com/buku (Azizi Ali pesan, beli banyak lagi, mana tahu boleh dapat Platinum award pula tahun depan!)

ps: Dah dua hari tulis berita sahaja… insyaallah esok saya tulis tip satu minit balik! 😉

Masuk Rancangan Masakan pula!

Tahun ni banyak menerima jemputan TV. Semalam pengambaran untuk segmen seterusnya Aura Rasa sebagai selebriti jemputan rancangan memasak bersama Chef Harun (chef muda yang mula meningkat naik). Pengambaran dilakukan di studio Wayang Tinggi di KL bersama host  Norish Karman (NK).

Merasa pula saya masuk rancangan memasak. Chef Harun memasakkan mee bandung muar, air sirap bunga Telekang dan bubur keledek. Menu yang basah untuk saya as a speaker yang selalu bercakap siang malam untuk mengurangkan kekeringan tekak.

Jadi, untuk anda yang sering berkomunikasi dalam career, perlu pemakanan yang basah. Banyak lagi point-point menarik, perlu tunggu rancangan.

Juga bertemu Dr Hazil, dan beliau kirim salam pada pengunjung Tip Satu Minit.

Aura Rasa akan menemui anda hujung bulan ini. Untuk maklumat lanjut, rujuk petikan Harian Metro 29hb April di sini…

Terima kasih to Wayang Tinggi Production dari krew, director Mr Azmi dan producer Sis Mawar for the help dan juga segala ilmu yang dikongsikan, Mana lah tahu, ada rezeki boleh saya mulakan production company sendiri pula selepas publishing company 🙂

Continue reading Masuk Rancangan Masakan pula!

Antara strategi & teknik Part 2

Memang banyak cara kita mendefinasikan STRATEGI & TEKNIK semalam. Komen anda banyak membantu. Bagi mereka yang ingin gambaran yang lebih luas, lihat posting semalam! 🙂

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK adalah, Teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?”, “WHERE?”, “WHEN?” dan “WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategy adalah dengan siapa kita patut network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun dari sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

Walaupun kedua-duanya penting, tetapi, TEKNIK boleh dikatakan dipelajari melalui teori, manakala STRATEGI di pelajari melalui pengalaman (atau daripada mereka yang berpengalaman).

Sebab itu dalam peperangan, pengatur strategi adalah general yang berpengalaman dan bukan yang pakar dalam teknikal perang.

Strategi adalah amat penting untuk membezakan anda dengan pesaing. Ini kerana, ramai orang sedia tahu teknik-teknik perniagaan Internet, tetapi, tidak ramai yang arif dalam strategi perniagaan.

Strategy is looking at things in a bigger picture!

Nasihat saya adalah untuk anda lihat perniagaan anda atau perancangan perniagaan anda in a bigger picture. Draftkan satu strategy yang lengkap. Sebabkan ramai usahawan Internet terlalu menumpukan kepada teknik tanpa mementingkan strategi, maka, amat sukar untuk bersaing oleh kerana rata-rata ramai sudah memahami teknik. Dan kesemuanya menggunakan teknik yang sama 🙂

Antara strategi & teknik

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.

Strategy & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatan secara rata saya dapati amat fahami teknik-teknik perniagaan Internet. Namun, kekurangan adalah pada strategy perniagaan.

Sejak 2 tahun lepas sehingga kini, saya banyak menggunakan & mengimplementasikan strategy perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategy perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satu patut di utamakan?

Mari kita berbincang…

ps: topik penting… harapnya, ramai yang turut beri pandangan! 🙂

Buka fikiran

Semalam saya berpeluang memberi taklimat mengenai perniagaan Internet kepada beberapa ahli perniagaan yang berjaya. Mereka telah lama berkecimpung dalam perniagaan, namun, taklimat yang saya beri semalam mengenai perniagaan Internet membuka fikiran mereka kepada era perniagaan yang baru.

Ramai antaranya ingin membawa perniagaan mereka yang sedia ada ke Internet. Bagi saya, mereka telah membuka fikiran ke era perniagaan baru.

Tetapi bila difikirkan dari sudut yang berbeza, apa salahnya juga sekiranya usahawan Internet membawa perniagaan mereka ke era perniagaan tradisional.

Sekiranya ada ebook, ianya boleh menjadi buku yang dijual di kedai-kedai. Sekiranya ada blog, ianya juga boleh menjadi buku atau seminar secara tradisonal. Sekiranya menjual produk di Internet, apa salahnya juga membuka atau menyewa gerai sementara di pusat-pusat membeli belah. Dan berbagai cara lagi…

Buka fikiran kedua-dua jenis perniagaan- perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet. Keduanya mempunyai keuatan masing-masing. Untuk maximize keuntungan perniagaan, gunakan kedua-duanya sekali- seperti yang saya sering lakukan.

Kick-Start & Gedik Santai

Semalam (Ahad) saya keluar TV dua kali. Sekali jam 11 pagi untuk siaran live Nescafe Kick-Start final TV3. Dan sekali lagi jam 5 petang untuk rancangan Gedik Santai TV3 (rakaman). Di bawah beberapa screen shots bagi mereka yang terlepas…

ksf1.jpgKick-Start Final berjalan dengan lancar bermula 11 pagi. Tahniah kepada pemenang Joo Nee memenangi RM150,000 (+RM30,000). Juga tahniah kepada finalist yang lain Derek, Ninie & Ashveen juga telah memenangi RM30,000 untuk memulakan (kickstart) impian masing-masing. Saya percaya Derek, Ninie & Ashveen walaupun tak menang the grand prize, akan terus mencapai cita-cita mereka dengan semangat & sikap mereka tunjukkan. Kalau ikutkan saya, saya nak keempat-empatnya menang. Satu yang saya takkan lupa adalah janji mereka berempat untuk terus mengejar impian mereka. So, I am looking forward to Malaysian 1st Yoga Magazine (with CD) “HatiYoga”, Legal Aid Mobile Clinic and also Malaysian bred opera & carnatic singer.

Bagi saya, tidak kira siapa yang menang, kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan saya amat gembira & bangga dengan usaha & outcome keempat-empat peserta yang ditunjukkan. Technically, tiada yang kalah oleh kerana kesemuanya dapat memulakan dan meneruskan impian mereka dengan wang tajaan RM30,000 (banyak tu) 🙂

ksf2.jpgBeberapa pihak saya ingin mengucapkan terima kasih (not in any order), firstly Nescafe/Nestle oleh kerana sponsor such a great program and also memberi peluang kepada saya jadi judge untuk season-3 ini. Popiah Pictures crew (production house) for being very professional- mudah bekerja dengan mereka (a shout out to Ping, Director and Anne, producer, congratulations on the new baby boy) and also giving me the opportunity to share the experience with you all. My fellow judges Weng Keong & Azah for making the whole experience a fun experience. Cheryl Samad- great host! It was great to get to know so many amazing people throught the whole experience. Also the participants! Ashveen, Derek, Ninie, Sam, Joo Nee, Salwa, Deja and Shawn.

Tip Satu Minit:

Sebenarnya kita tidak perlu menang any competition untuk capai impian kita. Sememangnya, kalau ada wang RM, boleh membantu. Tetapi, yang lebih penting adalah semangat & usaha. Ilmu dan pengalaman memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai apa sahaja cita-cita.

gss1.jpgNext, pada pukul 5 petang pula rancangan Gedik Santai ditayangkan. A very fun program! Rakaman telah dilakukan bulan lepas. Topik yang diperbincangkan adalah “High Mentainance”. Host, Kak Engku & Shira dan tetamu lain adalah Syafinaz & Zahida Rafiq (high mentainance) dan saya (low mentainance). Terima kasih kepada TV3 atas jemputan tersebut.

Sebenarnya nothing wrong dengan high mentainance. Ianya bergantung kepada industri… dalam Gedik Santai saya sebut:

Takkan saya yang kerja depan komputer di rumah nak melaram. Nanti apa pula orang rumah kata… buang tabiat ke ni? 🙂

gss2.jpgCertain industries memerlukan high mentainance- seperti hiburan, perniagaan dan banyak lagi. Pakaian kita akan menggambarkan personality kita. Saya selalu pakai simple adalah kerana personality saya yang agak simple. Tip Satu Minit:

Ada masanya kita perlu high mentainance untuk memenuhi keadaan. Sebagai contoh, apabila saya ingin bertemu dan berunding dengan orang-orang penting, saya perlu juga pakai coat & tie. Tak boleh la saya pakai sweater yang ada hood macam di Nescafe KickStart! Macam budak nakal je, nak buat business macam mana? 🙂

Insyaallah akan datang ada beberapa lagi appearance saya di TV. Saya akan announcekan bila tiba masa.

Nescafe Kick-Start Finale LIVE

kslogo.gif

Jemputan ke Nescafe Kick-Start final pada hari esok di Menara PGRM di Cheras. Jemputan beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

Tempat: Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras
Waktu: 10.00 pagi (jemputan). Shooting bermula 11.00

Ada free gifts dari pihak penganjur (Nescafe)!

Bagi mereka yng ingin melihat bagaimana shooting live dijalankan di hadapan audience, jemput-jemputlah datang 🙂 . Setting ala-ala Akademi Fantasia- 3 judge duduk kat meja di depan.

Nescafe Kick-Start ditayang secara langsung di TV3 pada pukul 11.00 pagi.

Tidak terlalu banyak warna

crayons.jpgTip perniagaan Internet berkaitan dengan laman web kali ini. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, had kan penggunaan warna.

Sering kali bagi mereka yang baru-baru berjinak hendak membina laman web perniagaan Internet sendiri menggunakan pelbagai warna di laman web tersebut. Terlalu banyak warna akan memberi kesan TIDAK profesional.

Introduce only a few main colors. Contoh, RahsiaInternet.com dan Tip Satu Minit menggunakan merah & hitam sebagai warna utama. CaraPromosi.com menggunakan merah & orange sebagai wana utama.

Kadang kala, kita membina laman web, terasa cantik apabila memasukkan pelbagai warna. Sebenarnya, terlalu banyak warna akan mengganggu pelawat (distracting).

Sekiranya warna yang dicetak, kesannya tidaklah begitu ketara. Tetapi, untuk laman web perniagaan Internet, ianya menjadi lebih ketara oleh kerana monitor komputer memancarkan warna menggunakan cahaya.

Kuncinya, kurangkan warna untuk memberi kesan profesional! 🙂

PS: Ahad ini pukul 11 pagi TV3, Nescafe Kick-Start Finale LIVE. Jumpa di TV! Sebut tentang Nescafe Kick-Start, mereka juga menggunakan dua warna utama iaitu merah dan putih 🙂