Siapa tengok berita di TV9 tadi? Sebentar tadi berita TV9 ada menemuramah saya mengenai perniagaan Internet.
Saya amat berterima kasih kepada pihak media oleh kerana memberi peluang perniagaan Internet dipaparkan di media sejak kebelakangan ini. Ini akan menambahkan lagi kredibiliti arena perniagaan Internet di Malaysia. Kali ini, Berita TV9 pula.
Kali ini, saya ditemuramah tentang ramai menganggap perniagaan Internet ini terlalu mudah, dan boleh goyang kaki sahaja. Lebih daripada 90% perniagaan Internet gagal oleh kerana kekurangan promosi.
Anda di Tip Satu Minit ketahui cara mengelakkan ini – www.CaraPromosi.com
Perniagaan Internet, sama seperti perniagaan bukan Internet. Anda tidak boleh lakukan sambil lewa sahaja. Bukan mudah untuk mencapai apa yang saya capai- namun, ianya tidak mustahil dan memerlukan banyak usaha.
Apa yang lebih menarik lagi tadi, bukan setakat saya sahaja keluar TV, malah usahawan Internet lain juga dipaparkan. Iaitu bekas peserta Workshop Jutawan Internet, Razzi Rahman daripada HalalGelatine.com!
Kali ini, saya extra happy oleh kerana anak murid juga turut dapat masuk berita atas kejayaannya! Tahniah to Razzi Rahman. Rujuk testimonial Razzi sebelah kanan page ini pada tahun lepas – kini masuk berita pula!
Sebenarnya, sejak 2 tahun lepas, salah satu target saya adalah untuk memaparkan lebih ramai usahawan Internet di media – ini akan menambahkan lagi keyakinan terhadap perniagaan Internet.
Ada juga perancangan untuk memaparkan Internet Marketer Malaysia di media. Namun, sehingga kini belum ada rezeki lagi.
Insyaallah, saya akan sentiasa mempromosikan industri perniagaan Internet di Malaysia supaya ianya makin meluas dan lebih ramai boleh mendapat rezeki daripada perniagaan Internet 🙂
Bagi mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan Internet, sertai Workshop Jutawan Internet dan ketahui bagaimana Razzi Rahman berjaya dalam perniagaan Internet menjual barangan local ke tahap global!