Maksima pulangan melalui program affiliate

Affiliate program adalah salah satu cara menjana pendapatan sampingan melalui laman web anda.

Sekiranya anda menyertai suatu program affiliate, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pulangan yang maksimum melalui affiliate link anda adalah dengan memberi review/testimonial/pendapat anda sendiri keatas produk yang anda promosikan.

Sebaiknya, anda pernah menggunakan produk yang ingin dipromosikan. Namun, sekiranya anda tidak pernah menggunakannya, maklumat anda perlu berdasarkan berita, reputasi dan kredibiliti.

Mempromosikan affiliate adalah lebih efektif dengan memberi maklumat/informasi mengenai produk tersebut. Informasi akan memberi pelawat laman anda dalam keadaan “ingin membeli”. Apabila mereka klik pada link anda dan tiba ke laman web utama, mereka kini sudah dalam keadaan “bersedia untuk membeli”!

Fikirkan bagaimana caranya untuk meletakkan pelawat anda dalam keadaan “ingin membeli”- dan bukan sekadar meletakkan banner sahaja dan mengharap pelawat anda akan klik dan membuat belian.

Juga, jangan lupa tip Iklan yang pasti menarik pelanggan!

Menulis matlamat… menulis lagi!

Semua tahu saya sering tekankan untuk anda tulis matlamat anda. Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut. Sudahkah anda menulis matlamat anda? Saya pasti sudah 🙂

Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.

Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Agaknya bila kali terakhir anda tulis semula matlamat anda? 🙂

Apa yang anda fikirkan?

Ralph Waldo Emerson menulis “Seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkan pada kebanyakan masa”. Apa yang anda fikirkan kebanyakan masa?

Mereka yang berjaya memikirkan kejayaan, memikirkan matlamat dan cara mencapai matlamat tersebut dan memikirkan pulangan yang akan diterima sekiranya matlamat tercapai.

Berhenti sebentar dan tanya pada diri sendiri. Pada hari ini, apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Mulai sekarang, fikirkan kejayaan dan matlamat anda pada kebanyakan masa. Penuhi hari-hari anda dengan apa yang anda inginkan di dalam fikiran. Anda akan menjadi apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Selamat bercuti!

Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

Untuk menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan anda sekiranya mereka pada asalnya menggunakan produk dan perkhidmatan pesaing anda adalah, gunakan teknik kuasa tiga.

Kuasa tiga bermaksud anda perlu mendapatkan 3 sebab mengapa produk atau perkhidmatan anda adalah lebih baik dari apa yang sedia ada di pasaran.

Sebagai contoh, produk anda lebih tahan lama, lebih murah dan penghantaran dilakukan dengan lebih cepat (3 sebab). Menggunakan teknik kuasa tiga dapat menarik pelanggan dari pesaing anda dengan lebih mudah.

Tip Satu Minit adalah lebih padat, lebih straight-forward dan lebih praktikal dari laman web yang lain. Itulah teknik kuasa tiga! 😉

Irfan Khairi & Perniagaan Internet

Tip berbentuk cerita kali ini…

Ramai yang tanya saya… Irfan Khairi ni pakar perniagaan Internet ke, pakar perniagaan offline ke, atau motivator kejayaan?

Begini ceritanya… sejak berumur 18 tahun, saya amat berminat dengan topik kejayaan, motivasi dan pembangunan diri. Semua wang saya laburkan untuk membangunkan diri sendiri (bukan bangun dari duduk). Self-development kata mat salleh.

Kejayaan saya dalam perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet adalah hasil “eksperimen” keatas diri sendiri apa yang saya belajar sejak berumur 18 tahun dalam bidang kejayaan dan pembangunan diri (diri saya sendiri sebagai bahan ujian).

Untuk berjaya, tidak kira dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet, MLM, insurans, dalam bidang hartanah, hiburan, atau apa sahaja bidang anda… yang perlu didahulukan adalah ilmu kejayaan.

Mungkin anda juga mengetahui pakar-pakar dalam industri tertentu seperti perniagaan, hiburan, komunikasi dll tetapi, mereka tidak berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan (mungkin berpendapatan sederhana sahaja). Di sinilah contoh kelemahan ilmu kejayaan diimplementasikan pada bidang sendiri.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan pereka grafik yang amat handal dalam designing. Kalau diikutkan, designnya mungkin 10 kali ganda lagi power dari design saya (Contoh design saya adalah blog ini dan www.rahsiainternet.com). Namun, pendapatannya sederhana sahaja. Beliau tidak mempunyai ilmu kejayaan untuk membawa bakatnya ke paras yang lebih tinggi. (Walaupun ingin berjaya)

Satu lagi contoh, saya juga ada seorang kawan rapat pakar perniagaan Internet. Kepakarannya amat advance dalam mengoptimasikan search engine (SEO), mencari niche menggunakan tools online yang canggih, menggunakan pelbagai kaedah advance Internet marketing yang saya sendiri tidak gunakan… namun, pendapatannya sederhana sahaja. (Walaupun ingin berjaya).

Utamakan ilmu kejayaan terlebih dahulu, kemudian, aplikasikannya ke dalam bidang anda. Di situ anda akan mendapat pulangan yang lumayan.

ps: Sebab itu juga apabila membuat tip satu minit ini, saya perlu menulis tip kejayaan dan tip perniagaan untuk mengimbangkannya. Tip perniagaan 100% tanpa tip kejayaan untuk membantu dalam implementasi, tidak akan menjadi. Jangan lupa juga ilmu Agama- lagi penting dari segala ilmu 🙂

Memiliki perkataan

Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil– saya sendiri boleh membuktikannya 🙂 Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda.

Tip kali ini: miliki perkataan.

Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau dua perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh:

“Fast food” – kita akan teringat McDonalds pertama
“Pizza” – kita akan teringat Pizza Hut pertama
“Pizza Delivery” – kita akan teringat Dominos pertama
“Ubat gigi” – kita akan teringat Colgate pertama
“Overnight delivery” – kita akan teringat FedEx pertama
“Seluar jeans” – Kita akan teringat Levi’s pertama
“Jutawan Internet” – Kita akan teringat … ? 🙂

Satu cara untuk memiliki perkataan dan menjadi pertama yang difikirkan adalah dengan menjadi pertama sekali di dalam industri tersebut. Menjadi pioneer.

Sering kali sekiranya anda menjadi pioneer dalam industri anda, anda akan menjadi yang pertama sekali diingati dan akan dikaitkan dengan perkataan tertentu.

Berita baiknya adalah, perniagaan-perniagaan yang memiliki perkataan di atas bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan sahaja!

Apa lagi contoh perniagaan-perniagaan yang sering kita kaitkan memiliki perkataan?

PS: Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mengetahui teknik dan strategi dalam memiliki perkataan supaya dapat memberi daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing anda.

Minda separuh sedar (Subconcious Mind)

Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.

Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).

Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.

Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.

Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…

Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.

Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!

Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Semakin banyak scam (penipuan) tidak kira di perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet kini. Bagaimana hendak tahu sama ada ianya SCAM ataupun bukan?

SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT 🙂

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, banyakkan bertanya- be curious!

  1. Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibilit dan reputasi? Ataupun dirinya menyorok disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.
  2. Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang? Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.
  3. Adakah bukti-bukti ditunjukkan? Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.

    Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Saya tahu oleh kerana saya juga pereka grafik dan sedia maklum teknik-teknik manipulasi gambar ini.

    Dalam topik yang sama juga, testimonial juga boleh direka sendiri. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidik mencari jawapan- berhati-hati, ianya mungkin scam. 

Di atas adalah 3 soalan favourite saya untuk mengingatkan kita tentang scam. Masalahnya SCAM ini, adalah ianya menjatuhkan kepercayaan orang ramai tentang peluang-peluang perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Namun, para pengguna di zaman ini secara rata-ratanya adalah lebih bijak, peka dan lebih sophisticated. Semakin bijak anda sebagai pembeli, maka, lebih mudah anda menghidu SCAM.

Ada berbagai-bagai lagi sudut perlu dilihat. Apa kata anda kongsikan pendapat anda atau pengalaman anda supaya sama-sama dapat manfaat dan tidak terjerat dengan SCAM.

editor: nama syarikat atau individu yang boleh diimplikasikan ianya scam tidak boleh disebut.

Gandakan kejayaan anda

Mencapai kejayaan adalah umpama satu pertandingan lumba lari yang sengit. Dalam lumba lari, katakan pemenang tempat pertama mendapat hadiah yang bernilai 5 kali ganda lebih dari pemenang tempat ke-dua.

Adakah ini bermaksud pemenang pertama adalah 5 kali lebih laju dari pemenang tempat ke-dua?

Tentunya tidak!

Begitu juga dengan mencapai kejayaan. Untuk mencapai kejayaan, tidak bererti anda perlu lebih baik 5 kali ganda atau 10 kali ganda dari mereka di sekeliling anda.

Anda cuma perlu mencari kelebihan pada diri anda sendiri supaya anda dapat menandingi mereka didalam industri anda. Dengan kelebihan tersebut, anda akan mendapat pulangan 5 kali ganda atau 10 kali ganda lebih dari mereka disekeliling anda.

Cari kelebihan pada diri anda sendiri, atau belajar ilmu-ilmu baru supaya anda mendapat sedikit kelebihan yang akan memberi anda pulangan yang berkali-kali ganda.

PS: Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan bagaimana anda dapat gandakan kejayaan perniagaan Internet anda.

Marketing Mix

Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2?

Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi.

Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad bisnes (5) dan brochure (5), sebenarnya anda tidak akan dapat 10 pelanggan, tetapi lebih dari itu- mungkin 15, mungkin 20, mungkin 30… mungkin lebih!

1 + 1 dalam kaedah promosi tidak menjadi 2.

Inilah yang dipanggil marketing mix. Cari marketing mix apakah yang terbaik untuk perniagaan anda. Eksperimen! Dengan menggabungkan beberapa marketing mix yang terbaik bagi perniagaan anda, anda dapat melipatkali gandakan pelanggan anda!