What a week! Satu minggu telah berlalu selepas acara Revolusi Perniagaan Internet, acara 2 hari yang kongsikan tips dan strategi terkini perniagaan Internet di KLCC Convention Center.

Alhamdulillah, sambutan yang amat hebat telah diterima dan insyaallah akan lahirnya lebih ramai usahawan-usahawan Internet tempatan dalam pelbagai bidang.
Secara peribadi, saya amat teruja mengendalikannya, sampai guling-guling atas pentas 😉 ….

Peserta pun amat berpuas hati bersorak…

Tapi bukan setakat bergembira sahaja. Most of the time, memanglah saya sampai kan perkara-perkara yang serius…



Dalam serius pun, perlu ada masa untuk hiburan serba sedikit… me, Pagi Band (Razzi Rahman & Tyzo SuriaFM) & JD (emcee ketika prelude) menghiburkan peserta dengan lagu tema Revolusi Ku versi akustik… 😉

A special thanks to our emcee, AB Shaik yang diterbangkan dari Singapura untuk bersama saya mengendalikan Revolusi perniagaan Internet- dalam permainan dan lawak disampaikan, tersirat mesej-mesej perniagaan yang amat penting perlu diikuti…

Jadi, tamatnya Revolusi Perniagaan Internet yang pertama minggu lepas. Atas permintaan dan sambutan yang amat hebat, insyaallah akan dijalankan Revolusi Perniagaan Internet ke-dua beberapa bulan lagi…

Bagi peserta Revolusi Perniagaan Internet yang pertama, kesemuanya telah menerima RevolusiCard, iaitu satu Advantage card yang mempunyai macam-macam kelebihan… jangan lupa aktifkan RevolusiCard anda dengan melawati URL di belakang kad tersebut untuk mendapatkan kesemua kelebihan tersebut.
Juga, selama tiga bulan ini, saya akan bersama mereka yang menyertai Revolusi Coaching untuk bekerja bersama-sama membangunkan perniagaan Internet masing-masing. Revolusi Coaching adalah bantuan dan bimbingan secara online selama 3 bulan dalam memulakan perniagaan Internet mereka yang pertama!

It was a great 2 days event… dan saya pun dah tamat cuti berehat seminggu 😉 Terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Revolusi Perniagaan Internet, media partner yang memberi sokongan, MPH BOOKSTORES, RADIO24, MAJALAH JUTAWAN, MAJALAH SOLUSI dan MAJALAH MASKULIN. my wife and kids for the support, krew-krew Revolusi yang banyak membantu dan terutama sekali kepada peserta-peserta Revolusi Perniagaan Internet yang sugguh sporting dan happening! Thank u so much for the wonderful event! 😉
ps: Untuk klip Youtube yang diambil secara Live di Revolusi Perniagaan Internet, lawati http://www.youtube.com/watch?v=ILfeye2KiUg