Baru-baru ini first time saya berpeluang menaiki Firefly… sebelum ni naik Air Asia sahaja π
Sebelum Firefly, ramai yang bandingakan Air Asia & MAS… sebenarnya, perbandingan tersebut tidak adil. Kerana Air Asia & MAS keduanya adalah kategori yang berbeza… pernah saya menulis tip perniagaan mengenai Air Asia vs MAS di sini…
So, sekarang, mula lah perbandingan Air Asia & Firefly… persaingan yang amat interesting terutamanya ketika ekonomi merundum. Sebab nya…
- Ketika tak gawat pun, industri penerbangan adalah industri yang susah nak buat duit…
- Harga tiket Air Asia & Firefly kini sudah lebih kurang sama. So, nak bersaing harga dah semakin payah…
- Ketika gawat, local syarikat/business trip juga akan revert kepada low cost airlines…
So, apa ynag buatkannya interesting adalah, kini, Air Asia & Firefly terpaksa bersaing pada satu elemen yang sering kali saya tekankan- JENAMA! atau BRANDING!
- Air Asia melaungkan slogan “Now Everybody can Fly!”… manakala Firefly pula melaungkan “Your Community Airline!” erkk! in my opinion, Air Asia menang pada slogan… apa maksud “Your Community Airline”? 1 markah untuk air asia…
- Mesej yang di sampaikan oleh Firefly adalah “Why go so far? Fly from Subang… LCCT 68km, Terminal 3 0km”. Bravo atas mesej penjenamaan tersebut! π Firefly menggunakan kelemahan LCCT iaitu “JAUH” sebagai perbandingan dalam penjenamaan. Dalam kes ini, LCCT tak bleh bersaing kerana… nak buat camno? Tak boleh nak dekatkan dah LCCT tu…
- Iklan Firefly kini seakan-akan Air Asia… warna pun lebih kurang sama, font pun lebih kurang sama, offer pun lebih kurang sama… mengakibatkan sedikit confusion untuk mencapai pasaran Air Asia… hmmm… a bit risky.
Persaingan Air Asia & Firefly dapat memberi berbagai-bagai pengajaran kepada kita sebagai usahawan. Nasihat saya, perhatikan kedua-dua low cost airlines dan study strategi masing-masing! Banyak boleh dipelajari…
Tip hari ini: Strategi bersaing yang amat hebat yang dilakukan oleh kedua-dua airlines ini adalah- bersaing pada sesuatu yang pesaing tidak boleh lawan. Contoh: Firefly menekankan lokasi yang dekat… pastinya Air Asia tidak boleh lawan pada lokasi. Juga, jangan bersaing pada harga… kerana sampai satu point, anda dan juga pesaing tidak akan mendapat keuntungan yang baik π
ps: nak lagi interesting, Idris Jala patut pakai cap Firefly macam Tony pakai cap Air Asia… lagi hebat persaingan! π
pps: Saya sokong yang mana- Air Asia or Firefly? Saya sokong airlines yang mana sponsor flight saya! ha ha… (hint to Tony)