Buku terbaru IK: Nota Jutawan, Nota Perniagaan

Alhamdulillah, buku terbaru saya Nota Jutawan, Nota Perniagaan kini berada di pasaran! So, boleh pakat beli ramai-ramai πŸ™‚

Siri kedua “Nota Jutawan” kali ini fokus kepada tips-tips perniagaan. Seperti siri pertama (Nota Jutawan Nota Motivasi- klik di sini), buku ini penuh dnegan gambar-gambar dan ilustrasi menarik untuk menjadikan bacaan dan pemahaman tersangatlah mudah (dan menghiburkan)


Petikan dari belakang buku:

Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Siber, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi.

Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan.

Buku penuh warna warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik!

So, beli, jangan tak beli πŸ™‚ Boleh beli secara online di bawah… atau dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran. Kalau beli secara online, first 50 copies ada tandatangan πŸ™‚

  • Harga buku: RM30.00
  • Pengendalian & penghantaran: RM5.00
  • Jumlah: RM35.00

====================

(1) PEMBAYARAN KAD KREDIT

Klik pada button di bawah. Sebagai langkah keselamatan, penghantaran buku akan dilakukan ke alamat yang tertera di kad kredit sahaja.

====================

(2) PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING

  • Bank: CIMB
  • Nombor Akaun : 1253-0013642-05-7
  • Nama: Irfan Khairi Sdn. Bhd.
  • Nombor pendaftaran syarikat: 719344P
  • Jumlah bank-in: RM35.00

Selepas membuat bayaran, sila email info@rahsiainternet.com dengan tajuk Email: “Nota Perniagaan” bersamaan:

  • Nama
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor transaksi (PENTING)
  • Alamat untuk menghantar buku anda
  • Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
  • Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)

Anda hanya perlu minta

Kadang kala, bila kita perlukan sesuatu bantuan dari seseorang atau pihak untuk perniagaan kita, kita hanya perlu MINTA sahaja. Jangan malu/segan, just MINTA. Ada yang takut-takut nak minta sesuatu, kerana segan, atau malu, atau takut “nanti tak dapat!”. Pendapat saya…

  • Kalau tak minta, jawapannya adalah 100% takkan dapat punya.
  • Kalau minta, jawapannya menjadi 50%-50% mungin dapat bantuan tersebut atau mungkin tidak dapat. Tetapi, kebarangkalian dapat sudah bertambah berbanding dengan tak minta langsung πŸ™‚
  • Kalau minta, disamping memberi sesuatu kembali sebagai manfaat pada orang yang diminta, jawapannya sudah 70% anda akan dapat apa yang anda minta!

So, lain kali perlukan bantuan, jangan malu atau segan untuk meminta bantuan. Hendak lebih hebat dan menambahkan kebarangkalian mereka akan membantu anda, berikan sebab dan manfaat kepada mereka dan bukan hanya mengharap mereka 100% membantu anda sahaja πŸ˜‰

Cinta Strawberry 3 bulan

Apa bestnya being financially free?

Bagi saya bukan “material” things yang kita ada tetapi, bagi saya adalah “TIME” atau masa yang terluang πŸ™‚ Dah lama saya tak update ruang Reality di blog ni, so posting saya kali ini dibawah tajuk Reality pula…


Cinta Strawberry 1 day old!

Atas permintaan ramai, ramai yang nak tengok gambar terbaru my baby girl, Cinta Strawberry… maklumlah, kat blog ni, Strawberry ada ramai auntie & uncle angkat cyber πŸ™‚ So, bagi yang follow ruang ni, pasti ingat Cinta dilahirkan pada 8/8/08. Bagi yang nak refresh balik, boleh klik sini untuk posting/gambar pada hari kelahirannya.

Kini, Strawberry dah 3 bulan lebih, dan sejak seminggu dua lepas, dia dah pandai senyum-senyum & main-main. So, ini gambar dia tengah senyum khas untuk aunties & uncles cyber πŸ™‚

Cinta Strawberry – Smiling happily 3 bulan!

Seperti saya sebutkan sebelum ni, the best thing about being financially free & kerja dari rumah adalah, kita ada banyak masa dengan keluarga, especially kids! Masa anak pertama dulu, saya masih kerja full time dengan syarikat… so, kerja pagi, balik lewat petang. Dan selalu miss time-time my first child growing dari baby…

Alhamdulillah, bila dah buat full time perniagaan Internet, dah tak miss lagi dah sebabkan financially free memberi “time”. Dan time is much-much better than material πŸ™‚

Kelakar juga for the past few weeks ketika menjalankan Workshop Jutawan Internet, ramai dok mencari Cinta Strawberry- memang saya selalu bawak pun pergi workshop (time break), dan bila Cinta sampai, ramai kerumun tengok dia. Kalah papa dia… lagi glamour baby dari kita! πŸ™‚

====================

Workshop Perniagaan Internet akan datang:

Klik di sini

Mengubahkan hobi menjadi perniagaan

Semalam, saya di jemput ke MHI TV3 untuk berkongsikan bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan hobi kepada perniagaan Internet, tetapi, tidak sempat saya berikan semalam oleh kerana waktu yang terhad. Oleh itu, saya mengambil peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh πŸ˜‰

Bahagian 1:
Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekaun PAUSE. Tunggu sampai loading habis penuh, baru tekan PLAY balik πŸ™‚

Bahagian 2:

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, “Boleh ke?”

Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan– anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet membolehkan ini dilakukan… hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungio penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen MLM yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

====================

Bagi yang berminat mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet, daripada rumah:

SertaiΒ Workshop Jutawan Internet.Β Klik di sini

Cara mudah dalam membina jenama perniagaan anda

Nama anda, jenama anda!

Dalam perniagaan, satu tip untuk memudahkan anda dalam membina jenama perniagaan:

Namakan perniagaan anda dengan nama anda!

Contoh: Irfan Khairi Sdn Bhd / atau Irfan Khairi Design / Irfan Khairi Arts

Mengapa?

  1. Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik.
  2. Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
  3. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia- dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Cuba anda senaraikan 10 jenama-jenama barangan mewah yang anda kenali. Mercedes, Loreal, Armani, Yves Saint lauren, Versace dan sebagainya… besar kemungkinan hampir semuanya adalah “Nama” pengasas (atau nama seseorang)!

Tak salah menggunakan nama yang bukan nama anda. Tip ini hanya untuk memudahkan orang mengingati jenama anda, gunakan nama anda dalam perniagaan! πŸ™‚

IK sebagai duta Impian, U-Mobile

2 minggu lepas, 25hb October,berlangsungnya majlis tandatangan MOU & sidang media saya sebagai duta program perniagaan Impian, di JW Marriott Kuala Lumpur. Berikut adalah beberapa gambar yang di ambil bagi mereka yang tak sempat datang…

signing.jpg
Majlis tandatangan MOU
banner.jpg
Tandatangan banner dengan Mr Allen Lee
speech.jpg
Memberi sepatah dua kata
media.jpg
Sidang media takkan lengkap sekiranya tiada pihak media!
(saksikan klip ini di bawah)
band.jpg
Tak lupa juga persembahan band kami! Rugi tak tengok saya main πŸ™‚
(sedang upload ni juga…)

In a nutshell, Impian adalah program perniagaan berkos rendah, untuk sesiapa sahaja mendapat lesen pengedar U-Mobile. Kan sekarang ni, mana-mana pun ada iklan U-Mobile… so, dengan menyertai Impian, anda boleh mendapat lesen mengedarkan U-Mobile.

Yang bestnya, bukan sekadar menjual top-up U-Mobile sahaja (menjual topup pun sebenarnya tak banyak pulangan), tetapi, anda boleh turut mengedarkan lesen pengedaran tersebut untuk mendapatkan pulangan yang maksima.

Sebagai tambahan, terdapat 11 aliran pendapatan yang akan diterima oleh ahli Impian.

Ada banyak lagi maklumat mengenai program Impian, U-Mobile ini. Sekiranya anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, sertai taklimat percuma yang akan diadakan pada 13hb ini (Khamis) jam 8.00malam di CitiTel hotel, Midvalley. Inyaallah saya juga akan berada di sana untuk kongsikan satu dua tip mengenai Impian!

Taklimat Impian, U-Mobile
Masuk: Percuma
Tarikh: Khamis 13hb November 2008
Waktu: 8.00 malam – 10.30 malam

Sekiranya ingin menghadiri, sila lakukan tempahan tempat dengan cara menelefon atau SMS 016-6966644 dengan nama-nama yang akan hadir.

*Saya juga adalah duta MIBO (Malaysian Independant Buisiness Ownership), dan sebagai perbandingan, untuk menyertai Impian adalah jauh lebih murah dari MIBO. Dengan RM500 pun dah boleh sertai program Impian.

Cita-cita Obama sejak sekolah rendah!

obama.jpgMungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu πŸ™‚ begitu juga rakan2 Obama yang lain…

Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! πŸ™‚

Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda

Hujung minggu ini buat pertama kali saya akan kendalikan Workshop Mini (separuh hari) Pelanggan Tanpa Had. Khamis lepas, saya ada kongsi beberapa tip di WW Astro Awani mengenai bagaiamna ANDA boleh menambahkan prospek dan pelanggan perkhidmatan anda dengan menggunakan Internet sahaja.

Berikut adalah klip dari You Tube saya dah upload πŸ™‚

Sedikit maklumat tambahan susulan tip2 saya di atas:

1: Saya mention blog boleh menambahkan prospek sehingga 300-400 (atau lebih) prospek sehari. Tetapi, hakikatnya kebanyakan blog diluar sana pelawat tidak sampai 50 orang pun sehari. Jadi, blog masih perlu dipromosikan!

2: Laman web social networking seperti Facebook boleh menjadi platform menambahkan pelanggan. TETAPI, 90% yang menggunakan facebook untuk menambahkan pelanggan melakukan kesilapan, sehingga ianya menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri, dan bukan menambahkan kredibiliti. Kredibiliti apabila jatuh, ianya amat sukar untuk naikkan semula.

3: Suka saya ulang kembali 4 perkara penting dalam mendapatkan prospek dan pelanggan untuk perkhidmatan kita: Tambahkan kredibiliti >> Tambahkan keyakinan >> Bina perhubungan >> Promosi perkhidmatan

Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan dan ingin ketahui strategi bagaimana anda boleh menambahkan bilangan prospek dan pelanggan anda setiap hari (tanpa had!), kita jumpa di Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had pada hari Sabtu, 8hb November ini.

Tajuk: Pelanggan Tanpa Had
Tarikh: 8hb November 2008
Waktu: 8.45-1.00
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Mesej perniagaan diulang enam kali

Di Internet, anda perlu mengulangi mesej perniagaan anda berkali-kali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda. Six until it sticks… atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam”! πŸ™‚

Oleh kerana terdapat pelbagai perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan terdapatnya di Internet, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.

Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual. Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulang mesej perniagaan sekurang-kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli. πŸ™‚

Jadi, ingat formula ini:

Enam sehingga terbenam!

Bagaimana hendak mengulang mesej sehingga 6 kali (atau lebih) di Internet? Antara jawapannya adalah menggunakan blog seperti blog Tip Satu minit IrfanKhairi.com ini. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog di mestikan!

tanpahadlogo.gifDi Workshop Mini “Pelanggan tanpa Had” pada Sabtu, 8hb November 2008, saya akan menunjukkan berbagai kaedah & strategi perniagaan Internet bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk perkhidmatan anda. Antara kaedahnya adalah “Enam sehingga terbenam” ini.

Lagu sebagai menaikkan motivasi & beri inspirasi

I’m sure anda pun tahu bahawa elemen elemen seni seperti lagu, art, theater, lakonan dan sebagainya boleh memberi impak motivasi dan inspirasi kepada kita. Mungkin pernah terjadi!

Tip satu minit hari ni: I suggest anda dengar lagu-lagu berbentuk motivasi dan selami liriknya sekali πŸ™‚ Antara lagu yang sering kita dengar…

  • Fikirkan boleh! (Metropolitan)
  • Gemuruh (Faizal tahir)
  • I believe I can Fly (R. Kelly)
  • Faith of The Heart (Russell Watson – Start Trek Enterprise soundtrack)
  • We Are The Champions (Queen)

Baru baru ini saya berpeluang berjumpa komposer Zul Mahat dan juga Johan Nawawi kerana mereka hadir memberi sokongan persembahan band saya di majlis pelancaran Impian hari Sabtu lepas (sebenarnya mereka nak tengok Hujan di Planet Hollywood, tapi sempat meluangkan masa melihat kami juga!)

Untuk memendekkan cerita panjang… sekarang ni saya, razzi rahman & muz dalam proses merakam album single! Yes, Zul mahat akan buat lagu dan saya akan menulis lirik. Performed by our very own band.

razzising1.jpg
Razzi Rahman, myself & Capt Muz

*Dengar-dengar cerita, rakaman akan di buat di studio M.Nasir, Luncai Emas*

Harapannya, lagu ni akan menjadi antara lagu-lagu “motivasi” seperti di atas. Jangan main-main… IK lepas ni ada album! Baru la artist πŸ˜‰

So, khas untuk anda… sebahagian lirik yang saya telah tulis (nanti saya kasi dengar melody juga ok?)

Looking back
To the times I had
I never knew I’d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me…

I will fight
Everytime I fall
And one night
You’ll see me standing tall…

I’m reaching for the sky
I’ll raise the stakes, I’ll make mistakes,
But I do it my own way…

I’m reaching for the stars
I’m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me….

Tu je buat masa ni… yang lain secret! πŸ™‚ Also, saya tulis lagu in English dulu… yang BM pun insyaallah ada.

razzising2.jpg
Persembahan “Gemuruh” versi akustik di JW Marriot!


So, watch out untuk project saya yang ini. It will be fun! Dan semestinya… lagu berbentuk ROCK!

Anda ada tak lagu2 yang motivasi favourite?