November 2006
Monthly Archive
Thu 30 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[14] Comments
Sekiranya modal kita kurang atau budget kita kurang, bagaimanakah cara terbaik untuk promosi perniagaan kita?
Ikut dua langkah ini dan anda akan berjaya maksimakan pulangan promosi perniagaan anda pada kos yang rendah…
- Langkah #1: Tentukan sasaran pasaran anda. Kecilkan pasaran anda kepada satu market sahaja. Who are the BEST target market for your products & services? Luangkan lebih banyak masa di sini.
- Langkah #2: Ulang mesej promosi anda berkali-kali pada sasaran tersebut. Ulang-ulang dan ulang pada sasaran yang sama-sama dan sama!
Untuk berjaya mendapat pasaran yang besar, langkah pertama adalah untuk memasuki fikiran pasaran anda. Ini dapat dilakukan dengan mengulangi mesej yang sama berkali-kali.
Ianya akan mengambil masa yang lama untuk memasuki fikiran pasaran anda sekiranya modal anda adalah kurang, namun, dengan kesabaran dan ketekunan melakukan promosi yang sama, mesej perniagaan anda akan memasuki fikiran target market terbaik anda lambat laun!
Pendapat Anda? [14] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kebarangkalian berjaya dalam promosi…“Teaser” sebagai teknik promosi perniagaanAntara strategi & teknikADA idea tetapi TIADA modal
Wed 29 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[59] Comments
Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?
Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?
So why? why? why?
Pendapat Anda? [59] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi LimSegan letak harga!Alang-alang jadi usahawan…
Tue 28 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[22] Comments
- Einstein was 4 years old before he could speak.
- Iassc Newton did poorly in grade school and was considered “unpromising. “
- When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into a field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
- F.W. Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he “didn’t have enough sense to close a sale.” Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
- Michael Jordan was cut from his high school basketball team.
- A newspaper editor fired Walt Disney because he “lacked imagination and had no original ideas.”
- Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
- Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)
A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.
Untuk menjawab persoalanan beberapa hari lepas (topik bertemu Adi Putra)…
Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistemewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.
Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan “hint” dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada pada anda?
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kenapa tidak ada keyakinan diri?Anda sebagai CEO syarikat andaKerja untuk diri sendiriUpah atau beri hadiah kepada diri sendiri
Mon 27 Nov 2006
Dalam menjual apa sahaja, cara yang paling efektif untuk jangka masa panjang adalah dengan mengimplementasikan 2 langkah pengiklanan. Iaitu…
- Soft-sell
- Hard-sell
Langkah pertama adalah Soft-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang memperkenalkan bakal pelanggan kepada produk atau perkhidmatan yang diniagakan. Sebagai contoh, business card, brochure, iklan dalam surat khabar, iklan melalui Internet dan lain-lain. Soft-sell adalah lebih kepada mengingatkan atau membina jenama sesuatu perniagaan.
Langkah kedua pula adalah Hard-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang lebih agresif dalam meminta bakal pelanggan membuat pesanan. Sebagai contoh, leaflet yang mengandungi borang untuk dihantar balik, iklan akhbar yang mempunyai borang pesanan, sales-letter laman web, dan lain lain.
Soft-sell dan Hard-sell diperlukan oleh kerana cara untuk menembusi fikiran bakal pelanggan perlu dilakukan secara berperingkat oleh kerana kesedaran dan psikologi manusia dalam membuat keputusan membeli juga adalah secara berperingkat.
Contoh mudah soft-sell dan hard-sell diimplementasikan dalam perniagaan Internet adalah, Tip Satu Minit (Soft Sell) dan RahsiaInternet.com (Hard-sell). Contoh konsep ini digunakan untuk perniagaan bukan Internet pula adalah menghantar brochure/information pack kepada bakal pelanggan (soft-sell), kemudian follow up dengan temu janji untuk menunjukkan demonstrasi (hard-sell).
Pendapat Anda? [10] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cara paling efektif dalam pengiklananBila jenama perniagaan Internet berbeza…SoHo: IK di KosmoHari #5: Meletakkan harga ebook Cara Promosi
Sat 25 Nov 2006
Hari ini agak istemewa sekali oleh kerana saya berpeluang bertemu salah seorang insan yang dari dulu lagi saya ingin berjumpa- Adik Adi Putra.
Lahir pada Januari 27hb 1999, Adi mempunyai anugerah kebijaksanaan yang amat luar biasa. Perjumpaan bersama Adi di Bandar Utama, di rumah Yayasan Ilham Budi.
Tip hari ini, bagi saya, setiap insan di dunia mempunyai keistemewaan tersendiri. Insan seperti Adi, dapat mencungkil keistemewaannya pada umur yang amat muda.
Dalami diri sendiri dan cuba cari dimanakah keistemewaan yang ada pada anda. Percaya bahawa anda mempunyai kekuatan yang istemewa yang hanya menunggu masa untuk anda menjumpainya!
Perjumpaan dengan Adi, terasa sedikit sebak oleh kerana dapat melihat anugerah kebijaksanaannya. Selepas solat Maghrib, Adi sendiri meminta Imam untuk menjalankan solat sunat syukur secara berjemaah.
Pendapat Anda? [32] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kesitemewaan diri sendiri“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!Komunikasi budak Mat Salleh vs budak MalaysiaPenggambaran “Aura Rasa”, RTM
Fri 24 Nov 2006
Beberapa hari lepas saya ada sebut tetang sebuah program Realiti-TV terbaru yang saya terlibat. Rancangan tersebut adalah Realiti-TV popular TV3: Nescafe Kick-Start! Kini Kick-Start masuk musim ketiga. Kali ini saya diberi kepercayan menjadi judge bersama Azah (bekas pengacara 3R) dan Weng Keong (judge dari season 1 & season 2).

Siang tadi shooting untuk Kick-Start episode 1, tidak lama lagi, ia akan disiarkan di TV3. Atas adalah gambar kami bertiga…
Tip hari ini ada berkaitan dengan pengalaman saya hari ini. Hari ini dalam 30 peserta membuat persembahan di hadapan kami. Walaupun ramai yang bersedia… namun, ada beberapa yang tidak prepare dengan bahan atau info untuk dipersembahkan. Persembahan adalah amat penting terutama dalam temuduga, persembahan profesional ataupun dalam berunding.
Dalam persedian untuk melakukan sesuatu persembahan, berapa banyak persediaan perlu dilakukan?
Speaker pakar ternama Brian Tracy mengatakan, untuk setiap 1 minit persembahan profesional, perlu ambil masa 1 jam untuk bersedia. Ertinya, untuk menyediakan persembahan 10 minit, perlu membuat persiapan 10 jam untuk menjadikan persembahan anda mantap dan tidak terkalah!
Secara keseluruhan, saya amat teruja dengan peluang dapat bertemu anak-anak muda yang bercita-cita besar. Walaupun dari beribu penyertaan, hanya 8 akan di ambil untuk siri-siri seterusnya, namun harapan saya, cita2 penyertaan yang lain tidak pudar.
4 daripada 8 penyertaan di atas akan diberi RM30,000 untuk menjalankan impian mereka, manakala daripada 4 tersebut, seorang akan dipilih menjadi juara dan mendapat hadiah RM150,000.
Seronok dapat melihat anak2 muda yang bebas berfikir tentang “dream career” mereka. Mungkin adakalanya kita juga perlu berfikir seperti anak-anak muda!
Pendapat Anda? [21] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nescafe Kick-Start Finale LIVENescafe Kick-Start mula disiarkan!IK dulu dan kini di TVTidak terlalu banyak warna
Thu 23 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[17] Comments
Pendaftaran untuk Workshop “Nizal Talk” kini dibuka. Daftar hari ini untuk menempah tempat anda
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran…
Antara topik yang akan dibentangkan…
- Menghilangkan malu, segan dan yang sewaktu dengannya dalam berkomunikasi
- Berbual dengan siapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja!
- Penggunaan suara yang efektif
- “Public speaking” & cara menghilangkan gemuruh ketika “public speaking”
- Menangkap minat orang ramai dengan apa yang anda ingin sampaikan
- Memberi komen secara efektif
- Skill dalam negotiating (berunding)
- Komunikasi dalam menjayakan perniagaan
- Komunikasi dalam menjayakan kerjaya
- … dan banyak lagi!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran…
ps: Saya sendiri masih belum tamat berguru dengan Nizal. Masih banyak kekurangan! Nanti di Workshop Nizal Talk, boleh saya ulang kaji.
Pendapat Anda? [17] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Komunikasi budak Mat Salleh vs budak MalaysiaPerniagaan dan komunikasiKejayaan NizalTalk! - Komunikasi EfektifDapatkan bantuan pakar
Wed 22 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[19] Comments
Seronok juga membaca perbincangan semalam mengenai budak Mat Salleh vs budak Malaysia. Banyak response yang berguna dan boleh pelajari sama sama. Dari sistem pendidikan di salahkan… sampai la keyakinan, tak confiden
Apa apa pun, kesemua komen amat dihargai dan ada betulnya.
Namun, satu angle yang agak interesting ketika saya bertanya pada Nizal soalan yang sama, jawapannya adalah…
Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri.
Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!
Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.
Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?
Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi? Itulah self-concius!
Pendapat Anda? [19] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Komunikasi budak Mat Salleh vs budak MalaysiaCara menjadi kreatif dan menjana ideaJadualkan hari andaPerniagaan dan komunikasi
Tue 21 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[36] Comments
Malam tadi saya bertemu dengan Nizal Mohammad (TV3) untuk berbincang sedikit mengenai bakal seminar komunikasi efektif yang akan diadakan. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi efektif (amat penting dalam perniagaan).
Saya ada tanya satu soalan yang sering saya fikirkan…
Kenapa di TV, kalau kita tengok budak-budak mat salleh kalau di interview, mereka nampak natural. Tidak takut-takut dengan camera. Mereka amat sporting dan memberi response yang baik…
Tetapi, apabila melihat budak-budak Malaysia terutamanya apabila di interview di TV, bagaikan takut-takut… malu sedikit, dan adakalanya hendak menyorok dan tidak memberi response yang lancar?
Jawapan Nizal adalah…
Eh… sebelum dengar jawapan Nizal, apa pendapat anda?
Mengapa situasi di atas berlaku dimana budak mat Salleh yang di interview selalunya sporting dan budak Malaysia selalunya takut-takut? (walaupun keduanya tidak berpengalaman dalam interview)
ps: Bagi mereka yang telah menyuarakan minat mereka tentang seminar komunikasi efektif oleh Nizal Mohammad, insyaallah tak lama lagi akan kami umumkan laman webnya. Maklumat yang telah diterima adalah ia akan diadakan pada 24hb Disember di De Palma Hotel, Ampang (dekat dengan Ampang Point). Sesiapa yang berminat, sila email info@rahsiainternet.com dengan tajuk “Nizal Seminar”.
Pendapat Anda? [36] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia part IICara menjadi kreatif dan menjana ideaJadualkan hari andaPerniagaan dan komunikasi
Mon 20 Nov 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[4] Comments
Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…
- Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya
- Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita
- Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan.
Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemiiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran positif yang akan dapat memberi keuntungan).
Pendapat Anda? [4] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?Bila kena kutuk, apa nak buat?Berbelanja ke arah pendidikan - Osman AffanBila orang kata TAK BOLEH!
Sat 18 Nov 2006
Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.
3 tip blog…
- Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.
- Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini
- Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.
*Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi kandungan mungkin tidak jauh berbeza!
Pendapat Anda? [13] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kuasa tiga untuk menarik pelangganIklan yang pasti menarik pelangganBlog perniagaan InternetTabung Yayasan Ilham Budi
— Next Page »