Monthly Archives: December 2006

Hari pertama: Memilih produk untuk dijual

minggu71.gifSambungan dari posting “Minggu Memulakan Perniagaan Internet”… langkah pertama adalah untuk mendapatkan produk.

Antara langkah yang paling penting adalah langkah memilih produk. Teramat penting oleh kerana produk yang salah atau tidak mempunyai permintaan hanya akan merugikan anda.

Ada berbagai-bagai cara untuk memilih produk yang mempunyai permintaan, tetapi, favourite saya adalah dengan cara tradisional yang simple- bertanya!

Dengan “bertanya” kepada target market kita, kita akan tahu apa yang diperlukan. Melalui pertanyaan, maka, jawapan yang saya dapat adalah, masalah utama yang sering timbul oleh usahawan Internet adalah – PROMOSI!

Oleh itu, cabaran saya pada minggu ini adalah untuk mencipta produk yang dapat membantu PROMOSI sesebuah laman web ๐Ÿ™‚

Walaupun kaedah “bertanya” tidak glamour dan tidak canggih, namun bertanya bagi saya adalah cara terbaik mengetahui sesuatu masalah oleh kerana ia memaksa pihak yang ditanya untuk fikir secara kritikal dalam memberi jawapan secara spontan.

Mungkin anda boleh bertanya target market anda tentang masalah yang ada dalam industri anda untuk anda ciptakan penyelesaian.

Kini saya sudah mendapat idea produk. Langkah seterusnya kita sambung hari Isnin. Selamat bercuti!

ps: Cabaran 7 hari tidak termasuk hari minggu ok ๐Ÿ™‚ kita kira 7 hari bekerja…

Bersihkan pendapatan perniagaan Internet

Assalamualaikum,

Cuma peringatan buat usahawan Internet beragama Islam, bersihkan pendapatan dari perniagaan Internet (dan juga bukan Internet) anda dengan membayar zakat pendapatan tahun ini. Dah nak masuk tahun 2007 ni azam baru mungkin hendak menambahkan pendapatan… tetapi, pendapatan tahun 2006 jangan lupa untuk bersihkan! ๐Ÿ™‚

… ingatlah baik-baik tidak berkurang harta disebabkan zakat & sedekah… ~Hadis Nabi

2 kaedah mengira zakat pendpaatan:

  • 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun jika pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab… atau
  • 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu jumlah pendapatan kasar daripada semua sumber setahun ditolak perbelanjaan perbelanjaan asasi setahun dan bakinya melebihi daripada nisab.

Insyaallah, pendapatan 2006 menjadi berkat, pendapatan 2007 pula berganda.

ps: Malam nanti kita sambung minggu memulakan perniagaan internet.

Minggu Memulakan Perniagaan Internet

Oleh sebab Strategy X tertunda buat seketika, perancangan produk RahsiaInternet pun tergendala. Bila tergendala, perlu ada plan B. [klik di sini]

Mulai hari ini, sini saya ingin membawa anda kepada proses membina sebuah perniagaan Internet. Dalam masa 1 minggu ini, saya akan menulis, sambil setup sebuah perniagaan Internet dan membuat catatat di Tip-Satu-Minit supaya anda dapat melihat prosesnya.

minggu7.gifMinggu ini juga, kita ulang kaji kembali tip-tip yang pernah saya tulis di sini. Apabila ada point penting, saya akan linkkannya ke tip yang berkaitan dengan point tersebut untuk bacaan lanjut ok? ๐Ÿ™‚

Jadi, matlamat kita adalah, dalam masa seminggu dari sekarang, kita siap sebuah perniagaan Internet from scratch. Semoga yang ingin memulakan perniagaan Internet dapat mengambil pengajaran dari proses ini.

So, let’s start…

Melalui buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, saya menggariskan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Iaitu:

  1. Mempunyai sesuatu untuk dijual
  2. Membina laman web
  3. Kebolehan menerima bayaran
  4. Promosi! Promosi! Promosi! (Paling penting!)
    Langkah Pertama: Mempunyai Sesuatu Untuk di Jual…
    Memandangkan Strategy X kita simpan dahulu sehingga waktu sesuai, apa yang boleh dijual dalam masa terdekat ini? Sudah tentu, satu lagi produk informasi (seperti buku RJJIT, SOIMR dan Manual Langkah 1-2-3).

    Dalam memilih produk untuk dijual di Internet, pertama sekali, saya sering meminta anda untuk melakukan sesuatu yang anda benar-benar minat [klik di sini]. Sesuatu yang anda sedia pakar. Dalam keadaan ini, kepakaran RahsiaInternet.com adalah dalam perniagaan Internet. Oleh itu produk yang akan dicipta adalah berkaitan dengan perniagaan Internet.

    Kedua, cari permintaan terlebih dahulu sebelum menciptakan sesuatu untuk dijual. Untuk mencari peluang perniagaan yang berjaya, perniagaan itu perlu menyelesaikan sesuatu “masalah” [klik di sini]. Jadi, jawapan saya perlu cari adalah… apakah masalah yang sering timbul dalam perniagaan Internet?

    Tip hari ini adalah: Untuk memulakan perniagaan Internet, cari peluang perniagaan yang anda minat (mungkin industri anda) dan kedua, cari masalah-masalah yang timbul dalam industri tersebut yang anda boleh selesaikan dalam bentuk produk (atau perkhidmatan)

    Agak-agaknya, apa masalah yang sering timbul dalam perniagaan Internet?

Penundaan Strategy X

Kalau dilihat counter di atas ni, menunjukkan tak berapa lama lagi Strategy X akan dilancarkan. Namun, ingin saya umumkan bahawa terdapat penundaan Strategy X.

Mengapa?

Sebenarnya di sini satu strategi perniagaan saya perlu implementasikan yang pernah saya bincangkan sebelum ini, iaitu: Timing

Buat waktu ini, oleh kerana kandungan Strategy X yang agak baru terutama dalam arena perniagaan Malaysia, ianya bukan waktu yang sesuai untuk melancarkannya lagi. Timing adalah penting dalam perniagaan. Sekiranya produk keluar terlalu cepat sebelum pasaran memahaminya, jualan akan kurang. Sekiranya produk keluar terlalu lewat, jualan juga akan kurang akibat persaingan.

Tahukah anda bahawa buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar & Secrets of Internet Millionaires Revealed BUKAN merupakan buku perniagaan Internet pertama di Malaysia? Ramai yang menyangka ianya buku pertama yang keluar. Namun, oleh kerana saya menggunakan strategi “timing” dalam perniagaan, buku tersebut keluar tepat pada masa permintaan perniagaan Internet bertambah.

Bagaimana hendak mengetahui “timing” yang sesuai? Bagi saya, pengalaman banyak mengajar mengenai timing. Boleh dikatakan- “business sense”. Tetapi, segalanya bermula dengan banyak melakukan penyelidikan dan pantauan permintaan.

Peka kepada trend semasa

Sekiranya anda belum memulakan perniagaan lagi dan merancang untuk memulakan perniagaan, tetapi tiada idea untuk memulakan perniagaan apa , fikirkan trend semasa (fuh… habis nafas menyebutnya) :).

Trend semasa berubah selalu. Ia merupakan berita baik kepada usahawan-usahawan yang inovatif untukย  mengambil peluang perniagaan mengikut trend pada ketika itu.

Bila menyebut trend, mungkin ramai akan fikirkan golongan muda-mudi. Namun, “trend” bukan setakat itu sahaja.

Terdapat trend penggunaan handphone, trend mencantikkan halaman rumah, trend mencantikkan interior rumah, trend membaca buku kewangan, trend menonton wayang gambar seram, trend menjaga kesihatan, trend menjadi pengguna bijak, trend mengitar semula barang buangan, trend memakai fashion berwarna hitam dan sebagainya…

Perhatikan trend-trend disekeliling kita di Malaysia kini dan fikirkan bagaimana anda boleh take advantage of the trend dan menjadikannya idea perniagaan.

Apakah trend-trend yang sedang berlaku ketika ini di Malaysia? Mungkin anda boleh sertakan idea perniagaan sekali.

Kejayaan NizalTalk! – Komunikasi Efektif

logo1.gifSemalam buat pertama kalinya Irfan Khairi Sdn. Bhd. mengendalikan Program NizalTalk! – Komunikasi Efektif.

Wow… alhamdulillah, program dijalankan dengan berjaya dan kami dapat kumpulkan beberapa ribu ringgit untuk membantu Yayasan Ilham Budi (Embun Hidayah) iaitu Yayasan yang ditubuhkan oleh Nizal Mohammad sendiri.

Terima kasih kepada yang menghadiri- kesemuanya sporting-sporting belaka. Yayasan Ilham Budi amat berterima kasih dengan sumbangan anda.

Saya sendiri rasa seronok dapat melihat para peserta mempelajari teknik-teknik komunikasi dan teknik-teknik menghilangkan malu/gemuruh. Ketika Nizal menjadi personal coach saya dalam bidang komunikasi, kami melakukan secara private- saya sorang sahaja. Tapi, di NizalTalk!, lagi seronok sebab dapat melakukan latihan-latihan beramai-ramai.

Saya doakan peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebaiknya. Nasihat saya, banyak-banyak practice. Practice makes perfect. Mungkin bila practice rasa janggal sedikit, tetapi, practice banyak-banyak kali- nanti komunikasi efektif menjadi sebati dengan diri kita sendiri.

Last but not least, terima kasih kepada yang sentiasa memberi sokongan kepada Irfan Khairi Sdn Bhd. Kami akan sentiasa berusaha membawa kaedah-kaedah kejayaan kepada anda. Ramai juga peserta workshop & pembaca Tip-satu-Minit (serta yang sering bagi komen) dapat kita jumpa di NizalTalk.

Peserta Workshop Jutawan Internet Sabtu lepas juga, thanks for your support. Just a reminder- jangan hilang momentum. Cuba mulakan sesuatu… mungkin mulakan blog supaya dapat teruskan momentum dan membina satu perniagaan Internet yang berjaya!

Penghalang antara kita dan apa kita mahu…

nizalsmaller.gifTip kali ini bukan dari saya, tetapi dari Nizal mentor untuk Program NizalTalk! – komunikasi efektif.

Pesanan dari Nizal:

“Hanya satu sahaja menjadi penghalang antara kita dengan apa yang kita mahu di dalam hidup kita iaitu – keazaman untuk mencuba dan keyakinan bahawa ia boleh terlaksana!”

Semoga pesanan Nizal ini menjadi pedoman buat masa yang akan datang kepada semua.

Saya baru dapat melihat final draft untuk NizalTalk! and I must say, it is very good! Mesti tidak kering gusi dibuatnya para peserta ๐Ÿ™‚ Bukan sahaja itu, isi kandungannya juga akan turut memberi inspirasi & motivasi kepada anda untuk menjadi insan yang lebih berjaya dengan penambahan ilmu komunikasi efektif.

Menjadi Mentor Jutawan

Saya baru pulang daripada Fraser’s Hill untuk mengendalikan program Millionaires MBA (Massive Bank Account) sebagai Millionaire’s Mentor bersama beberapa international speakers yang lain.

Walaupun saya sering diundang sebagai speaker jemputan untuk topik kekayaan, kali ini agak luar biasa sedikit oleh kerana…

…ramai antara peserta (tertutup kepada 15 penyertaan sahaja- a very elite group) sudah sedia jutawan, namun masih menuntut ilmu lagi untuk menjadi lebih berjaya! Yuran kursus ini adalah >RM15,000… sebab tu yang hadir pun dah kaya raya ๐Ÿ™‚

Pengajaran yang amat penting boleh di ambil di sini. Orang berjaya yang bergelar jutawan pun masih melabur mendalami ilmu kekayaan untuk menjadi lebih berjaya. Mereka yang sedia berjaya masih menuntut untuk menambahkan kejayaan.

Ada orang sanggup melabur >RM15,000 untuk ilmu. Ada juga orang yang tak sanggup melabur sedikit pun untuk ilmu.

Anda bagaimana?

Cuba sesuatu yang baru- explore!

Manusia adalah insan yang mempunyai “habit”– sering mengulangi perkara-perkara yang sama.

Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.

Dari masa ke semasa, pecahkan habit anda oleh kerana ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba sesuatu yang baru. Walaupun habit simple seperti memesan makanan lain, ia akan memberi a sense of “exploration” kepada diri anda.

Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja makan gaji, apa kata pecahkan habit itu dengan membuat perancangan sebuah perniagaan. Buat perancangan sahaja… jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus ๐Ÿ™‚

Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda kita untuk explore sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa adalah langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan.