Ok, produk sudah ada, laman web sudah ada, sales copy (belum siap)… langkah seterusnya adalah…
Langkah #3: Kebolehan Menerima Bayaran
- Menerima bayaran boleh dilakukan secara tradisional seperti Bank in, Check dan Wang Pos/Kiriman Wang, atau…
- Secara online iaitu menggunakan kad kredit (WorldPay atau 2checkout) atau online banking (Maybank2u atau CIMB Click).
Di sini saya tak tulis cara2 menerima bayaran oleh kerana dalam buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar & CD Rom Langkah 1-2-3 sudah ada caranya langkah demi langkah.
Tetapi apa yang ingin dibincangkan hari ini adalah, bagaimana hendak menetapkan harga produk atau perkhidmatan anda.
Sedar atau tidak, meletakkan harga adalah satu strategi perniagaan. Kita tahu strategy 4P dalam perniagaan iaitu, Product, Place, Price & Promotion.
Mengapa PRICE diletakkan seiringan dengan PROMOTION & PRODUCT yang kita sedia tahu kepentingannya dalam perniagaan?
Jawapannya adalah, strategi meletakkan harga adalah sama pentingnya dengan memilih produk serta melakukan promosi!
Sekarang anda tahu betapa pentingnya meletakkan harga dengan tepat kan?
Ok, sebelum meneruskan, ada baiknya anda rujuk tip menetapkan harga- klik di sini
Ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam meletakkan harga. Antaranya adalah:
- Industri
Rujuk harga produk dan perkhidmatan di dalam industri tersebut. Dalam kes ini, ebook-ebook berkaitan perniagaan Internet lain yang berada di pasaran, berapa harganya? Ada yang letak RM30, RM40, RM50, RM80…Soalan: “Cara Promosi” patut diletakkan pada harga berapa dibandingkan dengan ebook yang sedia ada di pasaran?
- Nilai produk
Yang ini agak subjektif. Apakah nilai yang diberikan di dalam Cara Promosi.Di dalam Cara Promosi, salah satu cara (daripada 101 cara)yang akan ditunjukkan adalah mengiklan melalui Radio. Tip yang saya berikan adalah bagaimana anda dapat menjimat beribu-ribu ringgit dalam pengiklanan di radio.
Sebagai contoh, sebelum saya mengetahu cara ini, saya membayar radio RMX,XXX sebulan untuk iklan. Kini dengan mengetahui teknik ini, saya hanya membayar 30% sahaja dari jumlah tersebut sebulan!
Teknik ini dan banyak lagi teknik menjimat belanja promosi ada didedahkan di dalam Cara Promosi. Bukan setakat itu sahaja, malah, teknik-teknik untuk menjadikan cara promosi anda lebih efektif.Soalan: Berapakah nilai maklmat-maklumat ini kepada seseorang usahawan Internet?
- Positioning
Di sini adalah konsep yang agak kompleks sedikit. Bagaimanakah hendak membezakan produk dan keluaran (dalam kes ini) “Irfan Khairi” dengan produk-produk yang lain.Sebagai contoh, Workshop Jutawan Internet harga dekat RM800. Buku RJJIT around RM40, CD Rom Langkah 1-2-3 pula RM50.
Juga, produk keluaran “Irfan Khairi” di bandingkan dengan produk keluaran lain.
Buat masa ini, kita pertimbangkan 3 aspek ini dulu. Ada banyak lagi aspek…
Sekarang saya ingin tanya kepada anda. Pada pendapat anda, berapakah harga Cara Promosi patut diletakkan dengan mempertimbangkan 3 aspek di atas. 🙂
haa… saya beri peluang anda pembaca Tip Satu Minit yang mencadangkan harga 🙂