All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Tulis… jangan tak tulis!

Sejak saya menulis di ruang motivasi majalah MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja (ini lah angan-angan Mat Jenin modern). Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!Sama dengan tujuan matlamat anda… anda ingin menggenggamnya! 

Senyuman dalam perniagaan

Ketika berniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba kekedai anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai anda, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi.

Senyuman juga bukan sahaja apabila bersemuka. Di telefon juga, berikan senyuman. Ini adalah kerana, pelanggan anda dapat “mendengar” senyuman tersebut dan akan merasakan anda adalah peniaga yang mesra.

Cuma, perniagaan Internet sahaja tidak perlu senyum. Nanti apa pula orang kata apabila melihat anda tersengih-sengih di depan komputer! 😀

 

Matlamat yang realistik

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai. 🙂

Yakin dengan diri sendiri!

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub! anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai! anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Bagaimana hendak meningkatkan keyakinan anda? Mainkan lagu di atas tadi berpuluh-puluh kali di dalam kepala anda!;) Katakan kepada diri anda sendiri berkali-kali bahawa “You can do it!”

Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

Sekiranya anda belum lagi mengambil peluang Internet untuk mempromosi perniagaan anda, lakukannya sekarang!

Ini adalah kerana, memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!

Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi pioneer dalam industri mereka akan pasti mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar di Malaysia, anda tahu siapa anda patut jumpa- the real expert! 🙂

Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi?

Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho dan lain-lain.

Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat diperlukan untuk mencapai kejayaan! 🙂

Bagi saya sendiri juga, masih memerlukan bantuan & motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang! Doa-doakan saya ok?

Nama Perniagaan Anda

Dalam menamakan perniagaan anda, pastikan nama perniagaan anda mempunyai kaitan dengan fungsi perniagaan anda.

Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan anda juga bertindak sebagai strategi promosi perniagaan anda. Nama yang efektif adalah apabila nama perniagaan anda disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut diketahui. 🙂

Tangga kejayaan… tangga yang betul?

Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?”

Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah.

Di sini lah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi, sebenarnya terperangkap di dalam kejayaan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu… tangga kejayaan yang mana satu  perlu anda panjat? Usah memburu kejayaan yang hasilnya tidak bermakna kepada anda sendiri. 😉

Idea perniagaan ada dalam diri anda!

Ramai yang berjumpa dengan saya sering tanya. Idea perniagaan apa yang perlu dimulakan?

Tidak perlu mencari jauh-jauh. Cuba lihat dalam diri anda sendiri. Cuba lihat dalam industri anda. Anda mungkin mempunyai idea yang bernilai berjuta ringgit di dalam fikiran anda. Ramai antara kita sering mempunyai idea produk atau perkhidmatan bermain-main di kepala setiap hari, tetapi kita pula yang sering membunuhnya dengan tidak yakin dengan potensi diri sendiri atau idea sendiri.

Cuma, tak lama kemudian, seseorang dengan idea yang sama mengambil langkah pertama memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut… dan dia pula yang menjana berjuta ringgit!

Yakin dengan diri sendiri. Oleh kerana sekiranya anda tidak yakin dengan kebolehan anda sendiri, siapa pula yang akan yakin dengan anda? 😉

Ubahkan Diri Anda

Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pelu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu.

Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk menjadi kaya. Kejayaan kewangan amat sukar untuk dicapai sekiranya kita hanya menumpukan pada waktu kerja 8 jam sehari. Kajian pada golongan yang berjaya dari segi kewangan menurut buku The Millionaires Next Door menunjukkan waktu yang mereka fokus pada kerja-kerja yang penting dan produktif secara purata adalah antara 60 hingga 70 jam satu minggu. Kebanyakan yang mencapai status jutawan memberi tumpuan bekerja secara produktif yang lebih lama- melebihi 80 jam seminggu!

Maaf, tiada short-cut di sini 🙂