Pagi tadi pelancaran Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah!. Sesak juga PWTC di buatnya. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Dato’ Seri Mohamed Khaled ternampak saya buat pertama kali ketika itu, terus sebut “Eh, ni yang jutawan Internet tu kan?”. Wah… boleh tahan juga! 🙂
Esok sesi saya adalah pada jam 3.30-5.30pm di PWTC
Sekiranya berminat, datanglah ke Gerak Usahawan- banyak yang anda boleh pelajari daripada pameran-pameran yang disediakan.
Daripada hendak menyertai MLM, hendak menyertai franchais, hendak mencipta franchais, hendak mendapatkan pinjaman bank, atau grant… macam-macam ada. Bagi usahawan & bakal usahawan, Gerak Usahawan adalah bantuan kerajaan dalam mempromosi keusahawanan. Pameran & booth bermula pada jam 9.30 pagi. Slogannya pun “Keusahawanan kerjaya pilihan!”
Sesi saya, saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan juga cara memulakan perniagaan Internet. Apa yang saya akan ceritakan esok, hanyalah “pengenalan kepada perniagaan Internet”- jadi, yang advance-advance takde diceritakan :). Khas untuk membuka mata mereka yang masih belum mengetahui perniagaan Internet. Berikut adalah antara isi kandungan talk saya esok…
- Membina minda usahawan jutawan
Alang-alang hendak jadi usahawan, baik jadi usahawan jutawan! Tetapi, apa yang diperlukan untuk jadi usahawan jutawan?
- Kehebatan perniagaan Internet
Bagaimana perniagaan Internet dapat membantu usahawan. Kekuatan perniagaan Internet di Malaysia, Asia dan juga pasaran Islam!
- Nak jual apa online?
Soalan cepu emas ramai yang tidak tahu jawapannya. Nak jual apa online? 🙂
Jumpa di sana! Keusahawanan kerjaya pilihan 🙂