Category Archives: Tip Perniagaan

Formula yang pasti menjadi

Saya amat suka dengan movie animasi seperti Toy Story, Finding Nemo, Cars, Monster’s Inc, Wall-E dan lain-lain daripada syarikat PIXAR. Pixar mempunyai satu formula yang pasti menjadi untuk perniagaan mereka (perniagaan bikin filem).

pixar.jpg

Formulanya adalah…

Karakter di tempat asal > karakter sesat > karakter ingin kembali ke tempat asal

Hampir kesemua movie Pixar menggunakan konsep formula ini…

  • Toy Story: Mainan (Buzz Lightyear) yang sesat di ingin mencari jalan pulan ke angkasa lepas
  • Finding Nemo: Anak ikan sesat dan bapanya ingin cari jalan membawa pulang anaknya (nemo)
  • Cars: Kereta racing yang sesat di sebuah pekan Radiator Springs dan ingin pulang ke perlumbaan
  • Monster’s Inc: Budak kecik yang sesat di alam monsters dan dibantu oleh 2 monster untuk kembali ke dunia benar
  • Wall-E: Robot sesat di angkasa dan kemudian bantu manusia pulang ke bumi

Kesemuanya menggunakan formula yang sama. Formula yang dijumpai oleh PIXAR untuk sebuah movie animasi yang berjaya.

Dalam perniagaan juga, anda perlu mencari satu formula yang yang pasti menjadi untuk perniagaan anda.Apabila anda telah jumpa formula tersebut, anda hanya perlu ulangi formula itu dalam keadaan-keadaan yang berbeza dan segala usaha anda pasti akan menjadi 🙂

Tahukah anda Pixar juga adalah syarikat Steve Jobs (Apple). Beliau apabila di Apple berjaya membawa Apple mencapai kejayaan yang amat hebat… dan di Pixar juga melakukan perkara yang sama. Beliau mempunyai “formula” perniagaannya tersendiri!

Adakah anda mempunyai formula yang pasti menjadi untuk perniagaan anda? 🙂

ps: Tak lama lagi filem Pixar terbaru “UP” akan ditayangkan… cuba kita perhatikan kot-kot menggunakan formula yang sama 🙂

Klik-Klik: Izzul Baby Gift

Mulai hari ni saya akan buat satu ruang baru di tip satu minit ni untuk memaparkan laman-laman web perniagaan Internet tempatan disertakan temubual pendek pemilik laman web tersebut. Tujuannya:

  • Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
  • Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
  • Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri 🙂

Untuk klik-klik pertama ini, suka saya paparkan Izzul Baby Gift dan temubual bersama pemilik, Ezril Jamil

izzul.gif

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Izzul Baby Gift adalah lelaman khas bagi sesiapa yang inginkan kelainan untuk masalah mencari hadiah untuk si kecil atau si ibu yang baru melahirkan. Lelaman ini dicipta kerana terdapat kesukaran saya mendapat kan hadiah yang unik untuk teman saya satu ketika dulu. lelamana ini adalah hasil dari perkongsian perniagaan dengan Isteri yang gemar kepada barang-barang kanak-kanak. Ia juga dituju khas untuk anak kami Izzul Haq.

Terdapat banyak barang2 yang dihasilkan dengan tangan untuk memberi sentuhan istimewa kepada pengguna seperti diaper cakes, baby bouquet, baby basket, barang seperti apparel dan diaper bag exclusive telah dibawa masuk dari US. Diaper bag kami antara yg pertama di Asia dan terkenal dikalangan artis seperti Jeniffer lopez, matt damon,P.diddy dan lain2.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Kami memulakan perniagaan kami pada tahun 2008. Isteri saya telah mengikuti seminar Ik di golden landmark (Singapura) satu ketika dulu.Dia terus jatuh cinta dengan perniagaan internet. Tarikh tak ingat.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Antara kebaikan ialah kita tidak payah bersua muka dengan pelanggan ketika mempromosikan produk kita.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Satu cara paling efektik yang pernah saya lakukan ialah mempromosikan di majalah Manja.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Tips ialah lakukan apa yang diajar oleh yang berjaya seperti IK dengan bersungguh sungguh. Jangan cut corners. Nasihat saya ialah jangan putus asa sebab perniagaan internet seperti perniagaan biasa juga.

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan saya ialah untuk kembangkan lagi perniagaan saya dan ada perancangan untuk membuka lagi satu lelaman untuk produk lain pula.

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, tidak kira anda ingin menjual apa, klik di sini untuk maklumat lanjut! 🙂

Slogan perniagaan anda

Selain daripada logo, dalam proses memberi jenama kepada perniagaan anda adalah- berikannya slogan perniagaan!

Slogan adalah kata-kata yang memberi gambaran menyeluruh kepada perniagaan anda dalam beberapa perkataan sahaja.

Slogan yang terbaik adalah slogan yang memberi perbezaan perniagaan anda dan perniagaan pesaing-pesaing anda. Slogan juga perlu “straight to the point”  dan memberi impak kepada mereka yang membaca.

Kini banyak slogan yang agak lemah oleh kerana peniaga tidak memikirkan kesan slogan perniagaan. Berikut adalah contoh slogan-slogan yang kurang berkesan & bersifat general

“We are #1 in customer service”
“Your one stop computer shop”
“Quality is our #1 priorty”
“Your IT solutions”

Slogan yang terbaik adalah yang unik, spesifik, dan memberi impak supaya orang ramai ingin menggunakan produk dan perkhidmatan anda:

“When it absolutely, definitely need to be there” ““ Fedex
“The Original Jeans” ““ Levi”™s
“Pizza in 30 minutes or FREE” ““ Dominos Pizza
“There’s Hertz, and not exactly” – Hertz
“MH for Malaysia Hospitality” – Malaysian Airlines

Pastikan anda mempunyai slogan perniagaan!

Strategi Bisnes IK2- seminar percuma esok!

Minggu lepas Peoplepreneur Community telah mengendalikan seminar percuma bersama Mentor Jutawan, Dato Dr Azman Ching di Cititel Hotel, Midvalley. Saya juga turut hadir sebagai speaker jemputan. Memang FULLHOUSE! Bagi yang hadir, pastinya terhibur disamping mendapat permata-permata hebat dari mentor jutawan Dato Dr Azman Ching!

Bagi yang tak dapat hadir, berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil…

az-q.jpg
Pendaftaran percuma… ramai yang hadiri!

az-azman.jpg
Dr Azman Ching yang penuh dengan semangat
menyampaikan sesi motivasi perniagaan

az-ik.jpg
Saya menyampaikan tip & strategi perniagaan
(15 minit je… speaker jemputan 🙂 )

az-prev.jpg
Jefri dengan preview Peoplepreneur Biz School

Sekiranya anda hadir, pastinya berbagai-bagai motivasi dan tips anda terima daripada Dr Azman Ching. Saya sendiri teruja setiap kali mendengar ceramah beliau. bagi yang tidak dapat hadir, next time kalau ada peluang sebegini dengan Dr Azman Ching, jangan lepaskan!

Satu nasihat penting dari Dr Azman Ching pada malam itu adalah…

Di zaman ini, ekonomi adlaah seperti harimau yang mengejar kita. Sekiranya kita terlambat, pastinya kita di makan oleh harimau tersebut. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu pantas dalam apa sahaja!

Sekiranya anda terlepas peluang ini… ada satu lagi seminar percuma Mentor Jutawan yang akan diadakan pada hari esok. Kali ini, bukan bersama Dr Azman Ching, tetapi sesi talk bersama saya pula. Tajuknya: Strategi Bisnes IK2 yang akan mendedahkan…

  • Strategi dari ZERO menjadi JUTAWAN
  • Perkara penting sebelum memulakan apa sahaja perniagaan untuk menjaminkan KEJAYAAN
  • Strategi MEMBINA JENAMA perniagaan anda supaya anda dapat “MEMUSNAHKAN” PESAING!
  • Bagaimana menggunakan Internet untuk MENGGANDA 2x keuntungan apa jua jenis perniagaan!
ik2-blog2.jpg
Jangan jeles! Gambar saya macam watak dalam cerita Heroes! 🙂 (Thanks to RazziRahman.com for the graphic above).

.
Keterangan lanjut & tempahan tempat.

“Strategi Bisnes IK2
Kelolaan Peoplepreneur Community
Speaker: Irfan Khairi
Tarikh: Selasa, 23hb Jun 2009
Waktu: 8.00mlm – 10.30mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA

.
Jumpa anda di sana! Pastinya anda akan mendapat beberapa strategi perniagaan baru yang anda boleh terus mengaplikasikannya dan kuasa dua kan keuntungan perniagaan anda 🙂

Tip perniagaan Superman

Blog ni, tip satu minit kini sudah berumur 3 tahun… sering kali saya sendiri baca kembali tip-tip lama sejak 2006 untuk mencari idea-idea baru untuk perniagaan- kiranya untuk refresh kan memory. Sedang membaca posting lama-lama tadi… terdapat satu idea pula untuk memuatkan ruang “tip arkib” di sini… iaitu, tip-tip yang saya pilih sendiri (hand picked) yang saya rasa amat berharga untuk diulang siar… so, dari masa ke semasa, saya akan upkan posting lama yang saya namakan “tip arkib”. Enjoy!

tiparkib.gif(June 2006) Demam Superman Returns pun bermula! Dan sebenarnya, ada satu tip perniagaan boleh kita ambil dari Superman (banyak tip perniagaan dari Superman sebenarnya!)

Apabila filem Superman Returns mula digembar-gemburkan dan disiarkan di panggung wayang, anda perasan tak di kedai VCD seperti Speedy mengeluarkan balik stok-stok lama VCD Superman I, II dan II dan meletakkannya di rak-rak hadapan kedai tersebut?

Tipnya adalah, produk baru akan menaikkan semula jualan produk-produk lama anda. Sekiranya anda mempunyai stok lama sesuatu produk yang kini susah untuk dijual, perkenalkan produk baru dan promosi sekali produk yang lama.

Dengan mengeluarkan produk baru, bukan sahaja jualan produk tersebut akan naik, tetapi, produk-produk lama juga akan turut naik. Dengan mengimplementasikan tip ini, anda dapat meraih keuntungan yang lebih dari stok-stok lama (yang kini mungkin tiada siapa yang membeli).

Ramai peniaga membuat kesilapan apabila mengeluar produk baru, mereka bagaikan menyorok produk-produk lama!

Siapa boleh berikan contoh senario ini dalam perniagaan sekeliling kita selain Superman? (termasuk Batman, Spiderman, X-Men dan adik beradiknya…) 🙂

Satu siri produk dalam perniagaan

trans.jpgMungkin movie yang ramai sedang tertunggu-tunggu tak lama lagi adalah Transformers, Revenge of The Fallen. kalau anda tak tunggu pun, saya tunggu 🙂

Baru saja saya melawat Toys R Us, dan bermacam-macam robot transformers kini berada di pasaran… berpuluh-puluh.

Anak saya juga sukakan Ben-10, di Toys R Us, semua siri alien Ben 10 ada… berpuluh-puluh gak alien dia.

Tak lama dulu, ‘craze’ Pokemon juga melanda satu dunia dengan beratus-ratus siri ‘Pocket Monsters’ berada di pasaran…

Transformers, Ben-10 & Pokemon mempunyai persamaan dalam strategi perniagaan mereka. Iaitu, menciptakan satu “siri” untuk produk-produk mereka…

Dengan menciptakan sebaris siri seperti robot transformers, alien ben 10 & monsters pokemon. Mencipta siri untuk perniagaan anda akan menggalakkan “collectors” yang pasti akan membeli seluruh siri produk anda.

Boleh kah anda mencipta satu “siri” untuk produk atau perkhidmatan anda?

Contoh mudah adalah buku saya Siri RahsiaInternet.com yang kini mempunyai 2 siri (Rahsia Jutawan Internet Terbongkar & Soal Jawab Perniagaan Internet) manakala Siri Nota Jutawan pun mempunyai 2 siri (Nota Motivasi & Nota Perniagaan). Kini saya sedang menghabiskan siri ke-3 iaitu Nota Jutawan: Nota Kewangan (coming soon!).

So, bagaimana pula dengan anda? Ciptakan siri produk anda tersendiri & galakkan “collectors” untuk siri-siri anda…

Boleh kah anda lihat strategi ini digunakan di sekeliling anda?

Lakukan sesuatu yang baru… hari ini

Sekiranya anda lakukan sesuatu yang sama setiap hari, pastinya keputusan yang anda terima juga adalah sama.

Lebih payah lagi, sekiranya dalam perniagaan, bukan ini yang terjadi. Kerana, dalam perniagaan, sekiranya kita lakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, lama ke lamaan keputusan yang di alami akan menurun.

Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat yang paling sering kita alami (dan sering kali tidak sedar) adalah tabiat tidak mengubah diri dan sentiasa dalam zon selesa sahaja.

Berhenti sebentar dan cermin diri sendiri dan perniagaan kita:

  • Apakah sesuatu yang *BARU* patut kita lakukan?
  • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut kurangkan?
  • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut 100% berhenti dari terus melakukan?

Orang-orang berjaya adalah mereka yang sanggup berhenti melakukan apa yang kurang menjadi dan lakukan sesuatu yang baru- walaupun sekiranya ia bermakna perlu menghadapi risiko baru dan mungkin menghadapi kegagalan baru.

Dalam perniagaan, untuk bersaing, sesuatu perniagaan itu perlu melakukan sesuatu yang baru, atau mengimplementasikan idea yang baru sebelum dilakukan oleh pesaing.

Pelanggan perniagaan anda mengenali 250 orang lagi!

Menurut Joe Girard, seorang pemegang World Record sebagai “Jurujual Terbaik di Dunia” (tak percaya boleh search Google), secara purata, seseorang itu kenal 250 orang yang lain.

Konsep yang digunakannya untuk menjadi jurujual yang baik, adalah menganggap, setiap jualan yang dilakukannya bukan hanya kepada 1 pelanggan sahaja, tetapi, kepada 250 orang yang dikenali oleh 1 pelanggan tersebut.

joe_girard.jpgDengan ini, sebagai usahawan, apabila menjual, perlu memberi yang terbaik kepada 1 pelanggan oleh kerana, bakal-bakal pelanggan yang mungkin boleh diterima adalah lebih daripada 1 sahaja… ada 250 lagi orang lain yang mengenali pelanggan ini.

Fikirkan apabila membuat jualan produk atau perkhidmatan anda dengan TERbaik, pelanggan anda akan menyampaikan perkhidmatan anda yang TERbaik itu kepada kenalan-kenalannya yang lain. Mana tahu, berpuluh atau beratus pula pelanggan anda akan dapat daripada 1 pelanggan ini! Ingat, setiap pelanggan anda mengenali 250 orang lain- nasihat Joe Girard, jurujual Terbaik di Dunia!

Program loyalty dalam perniagaan

Yang ni saya tak tahu bahasa Malaysia nya “Loyalty Programs”… any ideas?

Dalam perniagaan, kos untuk mendapatkan pelanggan baru, adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Maksudnya, untuk mendapat pelanggan baru, kita perlu melakukan promosi baru, yang memakan kos tinggi. Tetapi, untuk menarik pelanggan sedia ada dalam membeli produk atau perkhidmatan kita semula, kosnya adalah lebih rendah.

Satu kaedah dalam menarik pelanggan sedia ada kita adalah dengan mewujudkan loyalty program…

Contoh loyalty program:

  • Kad Mesra yang kita guna di stesen minyak Petronas. Bila selalu menggunakan kad Mesra tersebut di Petronas, kita mendapat bonus
  • Di The Chicken Rice Shop, kalau kita order kids meal, mereka akan chop pada satu card ni, dan kalau dapat 8 chop, dapat 1 free meal
  • Di SPA juga sering menggunakan strategi ni, selepas maybe 5 sesi spa, kita dapat 1 sesi percuma

Boleh tak anda aplikasi kan “loyalti program” seperti ini untuk perniagaan anda dalam menggalakkan lebih ramai pelanggan mengulangi pembelian mereka. Kerana…

Kos mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapatkan pelanggan sedia ada

Hmm… loyalty program = “program ganjaran” dalam bahasa Malaysia?

Bolehkah anda berikan lagi contoh-contoh loyalty program/program ganjaran yang anda pernah temui?

Talk IK PENUH!

BERITA TERKINI: Talk percuma hari JUMAAT 5hb pun dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!

Talk preview pada Khamis 4hb ini dah 100% penuh. Bagi anda yang dah hantar email semalam, tunggu reply dari Krew Rahsia Internet ok? Kami akan reply kepada email anda untuk confirm tempat.

Berita baiknya, oleh kerana permintaan yang amat tinggi, RahsiaInternet.com akan buat satu lagi talk percuma/sesi bersama saya pada keeseokan harinya: JUMAAT 5hb JUNE 2009 di waktu & tempat yang sama.

  • Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
  • Tarikh: Khamis 4hb June 2009 PENUH!
  • Tarikh: Jumaat 5hb June 2009 PENUH
  • Waktu: 8.00malam – 10.00malam
  • Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
  • Masuk: PERCUMA
  1. Bagi anda yang dah hantar email semalam, untuk datang yang sesi hari Khamis, tunggu reply confirmation email ok?
  2. Kami akan bagi tau sama ada anda sempat masuk yang Khamis atau tidak. Kalau tidak, kami akan book kan yang hari Jumaat punya- akan diberitahu dalam email dan juga krew kami akan call anda hari ini.
  3. Sekiranya anda belum lagi buat booking untuk talk percuma ini, dan ingin sertai yang JUMAAT punya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY-JUMAAT
BERITA TERKINI: Talk percuma hari JUMAAT 5hb pun dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!