Category Archives: Tip Perniagaan

SoHo: Small office / Home office

soho.jpgSoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. MIBO juga adalah SoHo.

Saya telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 1999 lagi dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. (*gambar sebelah bukan SoHo saya… SoHo saya lagi semak! 🙂 )

Dato Dr Azman Chin pernah beritahu saya tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:

Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.

atau…

Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.

Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan.

So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!

ps: Sekiranya anda ingin memulakan SoHo perniagaan Internet, Sertainya sekarang! Tajuk: “Cara Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam masa 7 Hari!” Klik sini untuk keterangan lanjut.

pps: Minggu ini saya ingin mulakan minggu SoHo… so, tip2 minggu ini berkaitan dengan SoHo!

Sepantas kilat!

rich.jpgSekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

ps: “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di radio24 hari ini saya ceritakan tentang perniagaan Internet. Tiada ikon jemputan kali ini sperti minggu lepas… sambungan edisi “Jutawan Internet bhg II”. Beberapa tip perniagaan yang belum pernah saya dedahkan, ada saya kongsikan 😉 Sekiranya anda ingin mengikuti, anda boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my (ulangan jam 12tgh mlm nanti)

pps: Workshop Jutawan Internet terdekat masih lagi dibuka. Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan Internet, anda juga perlu mengambil langkah sepantas kilat!

Buang masa sahaja membaca buku

Susulan dari post saya semalam… tip hari ini: 

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM 😉

Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

Berapa peratus untuk promosi perniagaan?

Sekiranya anda menjalankan perniagaan (tak kira perniagaan Internet atau bukan Internet), berapa peratuskah keuntungan anda dilabur balik untuk promosi perniagaan?

  • 10%?
  • 20%?
  • 30%?

Menurut J Conrad Levinson, pakar perniagaan ‘Guerrilla’, sebaiknya anda melabur 20% keuntungan perniagaan anda kembali kepada promosi. Kalau untung RM5,000 terus laburkan RM1,000 untuk tujuan promosi mengembangkan perniagaan. 

Anda bagaimana?

Kalau tiada telefon atau mentol?

Cuba anda fikikan…

  • Sekiranya Alexander Graham Bell tidak menciptakan telefon, bagai manakah keadaan kita kini? Adakah kita berkomunikasi menggunakan asap?
  • Sekiranya Thomas Edison tidak menciptakan lampu mentol, adakah malam-malam kita akan menggunakan pelita untuk menerangi?
  • Sekiranya Wright Brothers tidak mencipta kapal terbang, adakah sehingga kini kita akan menggunakan kapal laut sahaja ke luar negara?

Sudah tentunya tidak!

Sejarah menunjukkan bahawa, apa sahaja idea dan ciptaan akan timbul pada waktu yang sama. Sekiranya Alexander G Bell tidak mencipta telefon, sudah tentu di satu tempat lain di dunia, seseorang akan mencipta telefon. Sekiranya Thomas E tidak mencipta lampu mentol, sudah tentu seseorang lain akan menciptakannya. Sekiranya Wright Brothers tidak mencipta kapal terbang, tahukah anda, pada waktu yang sama di France, sekumpulan orang sedang membina kapal terbang juga (dan mereka tidak tahu mengenai usaha Wright Brothers juga membina kapal terbang).

Apa yang saya ingin sampaikan hari ini adalah, sekiranya anda mempunyai satu idea yang baik. Mungkin satu ciptaan, atau idea perniagaan… atau model perniagaan… apa sahaja idea pada ketika ini…

Ketahui, somewhere out there, orang lain juga mempunyai idea yang sama pada masa yang sama.

Aplikasikan pemikiran ini apabila anda mendapat idea. Sekiranya tiada Tony Fernandez, adakah maksudnya tiada Air Asia? Saya rasa tidak… pasti ada orang lain yang akan menubuhkan syarikat penerbangan low cost. Sekiranya tiada Irfan Khairi, adakah perniagaan Internet tidak mendapat sambutan di media? Saya pasti tidak… pasti ada orang lain yang boleh membawa perniagaan Internet ke media dan mendapat perhatian satu Malaysia.

Ianya bergantung kepada anda untuk merialisasikan idea tersebut supaya anda yang mendapat tempat pertama sebagai peneraju dan anda yang mendapat pasaran yang lebih besar!

Kenapa tidak anda yang jadi pencetus pertama dan menjadi peneraju idea anda sendiri! 😉

=================== 

PENGUMUMAN:  Program NizalTalk! oleh pengacara terkenal, Nizal Mohammad. Pelajari teknik komunikasi efektif! 80% kejayaan perniagaan adalah dalam komunikasi. Bagi anda yang terlibat dalam perniagaan atau ingin melibatkan diri dalam perniagaan, pastikan anda ketahui bagaimana hendak berkomunikasi dengan efektif. Program satu hari yang menghiburkan- pasti anda tidak kering gusi :)

Tajuk: NizalTalk!
Penyampai: Nizal Mohammad
Tempat: De”â„¢Palma, Ampang.
Waktu: 9.00am – 6.00pm
Tarikh: Sabtu 15hb March 2008 (ESOK!)

 

Keselamatan perniagaan Internet

Hari ini saya ditemuramah mengenai perniagaan Internet di MHI TV3…

Kali terakhir saya di MHI sudah lama… hampir 3 tahun lepas! WOW… begitu pantas masa berlalu.

Isu yang dikupaskan hari ini adalah keselamatan perniagaan Internet

Di MHI dimainkan juga beberapa klip responden mengenai transaksi Internet dan kebanyakan daripada mereka berasa ragu-ragu tan tidak yakin dengan transaksi di Internet.

Bagi yang menonton tadi, tahulah jawapan saya dan beberapa point yang diberi…

Terima kasih juga kepada pemanggil-pemanggil telefon yang menyokong perniagaan Internet- antaranya pembaca blog ini 🙂

Tetapi, apa pendapat anda pula? Mengapa ada segelintir yang tidak yakin dengan transaksi online, dan bagaimana hendak membuang rasa tidak yakin itu?

ps: Klik di sini untuk menyertai Workshop Jutawan Internet.

90% of success is “showing up”

Ramai yang tertarik dengan topik “jenama” lepas, hari ini satu lagi tip penjenamaan.

Ada satu quote popular dari pelakon komedi terkenal, Woody Allen. Katanya, 90% daripada kejayaan adalah dengan hanya “showing up”. Dalam erti kata lain, sering berada di tempat-tempat tertentu!

90% of success is showing up!

Ada benarnya pesanan ini dari segi penjenamaan perniagaan. Bila kita “show up” kita menjenamakan diri kita- kita membiasakan diri kita dilihat oleh orang lain (iklan). Personalti kita juga akan dilihat oleh orang lain. Kita dapat komunikasikan jenama kita dengan orang lain. Dan penjenamaan pula adalah…

…gabungan pengiklanan, personaliti dan komunikasi

Sekiranya terdapat sidang / conference berkaitan perniagaan anda- show up! Sekiranya terdapat aktiviti melibatkan perniagaan anda- show up! Sekiranya terdapat majlis berkaitan dengan perniagaan anda- show up! Apa sahaja, anda perlu show up! 🙂

Dan bila dah show up, tak boleh la malu-malu kucing pulak… perlu bijak berkomunikasi dengan orang sekeliling.

ps: Esok jam 7.00pagi, saya akan berada di MHI TV3! Ini pun hasil “showing up” dan teknik komunikasi yang berkesan= penjenamaan!

Bila jenama perniagaan Internet berbeza…

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, jangan samakan cara pengiklanan jenama perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet.

Jenama perniagaan bukan Internet mendapat pengiklanan dari segi produk (atau kedai) yang boleh dilihat orang ramai.

Contoh, Coca-cola boleh dilihat di kedai-kedai… showroom NAZA boleh di lihat di tepi jalan raya… Colgate boleh dilihat apabila kita berus gigi…

Apabila dilihat, ia menjadi pengiklanan.

Tetapi, jenama perniagaan Internet TIDAK BOLEH DILIHAT di kedai, tepi jalan raya ataupun apabila kita membuat sesuatu kerja. Jenama perniagaan Internet hanya boleh dilihat apabila seseorang MEMILIH untuk pergi ke sesuatu laman web tersebut seperti jenama RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com

Oleh itu, pendekatan perniagaan Internet untuk memaksimakan keuntungan adalah mempunyai “JENAMA” sedia ada didalam fikiran orang ramai.

  • Contoh, bila sebut buku, jenama Amazon.com tertera di fikiran.
  • Bila sebut search engine, Google tertera di fikiran
  • Bila sebut bunga, Blooming.com.my tertera di fikiran
  • Bila sebut perniagaan Internet, Irfan Khairi tertera di fikiran (harapnya lah! 🙂

Sematkan jenama anda didalam fikiran pengguna. Oleh kerana jenama perniagaan Internet, tidak boleh dilihat.

ps: Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara bagaimana jenama perniagaan Internet anda boleh mendapat keutamaan dalam fikiran pengguna. Klik di sini untuk keterangan lanjut. 

Banyak perniagaan atau satu sahaja?

Dua hari lepas dalam program bual saya, “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 saya berkesempatan menemubual Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di Malaysia- kebanyakan majalah yang anda lihat di kedai2 mamak tu, karangkraf lah yang punya… mereka juga menerbitkan buku dan akhbar…

Memang seronok berbual dengan Dato Hussamuddin, seorang yang sangat-sangat low profile! Patutlah ramai staff karangkraf sayangkannya…

Tip yang saya ingin kongsikan dengan anda yang saya dapat dari Dato Hussamuddin adalah, FOKUS amat penting dalam perniagaan.

Memang saya pernah sebut tentang focus, tetapi, selepas berbual dengan Dato, baru saya faham sepenuhnya…

Dato Hussamudin hanya memiliki perniagaan Karangkraf sahaja. Beliau focus sepenuhnya… saya persoalkan juga, mengapa tidak buka perniagaan lain? Dan beliau berkata, fokus adalah amat penting dalam perniagaan untuk memastikan kejayaan.

Saya juga turut tanya tentang diversify, dan beliau setuju, diversify juga penting, tetapi, sekiranya ingin diversify, pastikan ia kena mengena dengan perniagaan utama.

Sebagai contoh, Karangkraf juga membuka sebuah syarikat percetakan- Ultimate Print.

Contoh yang diberikan adalah, sekiranya Ultimate Print tidak mempunyai pelanggan, dengan hanya mencetak majalah & buku Karangkraf sahaja, sudah boleh hidup.

Namun begitu, kini Ultimate Print juga adalah syarikat percetakan terbesar di Malaysia.

Sehingga kini, Dato Hussamuddin hanya fokus kepada industri penerbitan sahaja dengan Karangkraf & Ultimate Print. Dan keduanya menjadi syarikat gergasi di Malaysia!

Jadi, sekiranya anda hendak memulakan perniagaan baru, pastikan ianya berkaitan dengan perniagaan asal dan keduanya saling membantu sesama sendiri seperti sayrikat penerbitan dan syarikat percetakan!

ps: Sebut tentang Karangkraf, teringat saya artikel saya untuk majalah NUR & Maskulin bulan ini tak siap lagi! 😉

Siapa nama dia?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi adalah penting dalam perniagaan. Tahukah anda perkataan apa yang paling penting dalam komunikasi?

Pakar perniagaan mengistilahkan bahawa komunikasi adalah “kom-YOU-nikasi”. Perkataan paling penting adalah YOU atau AWAK… atau lebih tepat lagi, NAMA seseorang itu.

NAMA seseorang itu adalah perkataan yang paling sedap didengari oleh seseorang. Untuk hebat dalam perniagaan, anda perlu hebat dalam komunikasi. Dan untuk hebat dalam komunikasi, anda perlu memupuk tabiat menyebut NAMA seseorang itu.

Apabila anda diperkenalkan dengan seseorang, cuba hafal namanya dan sebutkan namanya dalam perbualan. Mereka akan merasakan anda mengambil berat tentang mereka dan lebih mesra dengan anda- amat penting dalam perniagaan!

Berikut beberapa tip sekiranya anda jenis selalu terlupa nama orang yang baru diperkenalkan:

  1. Dapatkan nama orang itu, dan dalam perbualan, sebutkan namanya beberapa kali dalam perbualan dengannya
  2. Selepas meninggalkan seseorang itu, ulang sebut namanya seorang diri beberapa kali.
  3. Sekiranya anda takut lupa namanya, tulis namanya pada kertas untuk rujukan sepanjang hari.

Saya teringat pertama kali bertemu dengan Dato Dr Fadzilah kamsah. Memang Dato hebat dalam menggunakan nama seseorang. Sepanjang perbualan dengan Dato, beliau sering menggunakan nama “Irfan” beberapa kali membuatkan kita merasa mesra dengannya!

Satu tip perniagaan secara halus 😉