Category Archives: Tip Perniagaan

Promosi berterusan dalam perniagaan MIBO

Kita sedia tahu bahawa promosi adalah kunci utama dalam perniagaan. Begitu juga dengan “membina jenama”. Salah satu kekuatan MIBO yang saya kira memang menarik adalah…

Kekuatan MIBO #3

Promosi yang berterusan daripada principal. Produk dan perkhidmatan MIBO adalah sedia mempunyai permintaan yang tinggi seperti Streamyx, Maxis, Celcom & Astro dan perkhidmatan kewangan Citibank, Ambank dan RHB. Kesemuanya adalah jenama ICT & kewangan paling hebat di Malaysia.

Melalui MIBO, anda sudah tidak perlu mempromosikan produk-produk anda oleh kerana produk2 tersebut sudah sedia dipromosikan secara berterusan. Syarikat-syarikat tersebut membelanjakan beratus juta RM setiap tahun untuk membina jenama mereka.

Dengan membeli lesen MIBO, anda hanya mendapatkan subscribtion sahaja… tak perlu promosi besar-besaran di seluruh Malaysia. Anda hanya perlu promosikan perkhidmatan pendaftaran anda sahaja- modal yang diperlukan adalah minima.

Oleh kerana produk-produk di bawah MIBO adalah berpermintaan tinggi dan mempunyai permintaan yang sedia ada, maka, untuk mendapatkan pelanggan adalah jauh lebih mudah daripada produk lain yang tidak dikenali.

Contoh 1:

Sekiranya seseorang ingin mendapatkan Streamyx, anda hanya perlu memberi borang aplikasi sahaja. Ini kerana anda tidak perlu lagi mempromosikan Streamyx.

Oleh kerana Kekuatan MIBO #2 adalah aliran pendapatan berganda, SEKIRANYA pelanggan tidak mahu Streamyx, anda boleh berikan borang Celcom Broadband! Celcom juga adalah nama yang sedia di kenali… begitu juga dengan Maxis 3G dan juga Izzi4G yang baru meningkat naik…

Contoh 2:

Begitu juga dengan aplikasi kad kredit… di mana anda tidak perlu lagi memperkenalkan Citibank, Ambank dan RHB oleh kerana ketiga-tiga adalah badan kewangan yang dikenali dan sering dipromosikan.

Tip tambahan…

Ada juga yang tanya… produk2 di atas, sudah mempunyai persaingan yang tinggi. Bagaimana nak hidup?

Jawapannya adalah… memang produk-produk diatas mempunyai persaingan yang tinggi. Tetapi, tahukah anda mengenai permintaannya? Demand & supply…

Kalau kita lihat Straamyx sahaja, tahukah anda penetration broadband di Malaysia kini hanya 3% sahaja!

Ya… masih ada terlalu banyak lagi ruang untuk mendapatkan pelanggan. Sedangkan di Korea, Hongkong & Singapura, penetration broadband adalah dalam lingkungan 80%– dalam keadaan ini juga permintaan masih lagi tinggi dan dapat melahirkan ramai jutawan ICT.

Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah yang sedia mempunyai permintaan tinggi dan permintaan akan terus bertambah dalam tahun-tahun yang akan datang…

so, ulang kembali #3 kekuatan MIBO:

Kekuatan MIBO #1:

Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!

Kekuatan MIBO #2:

Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut! Ini memberi aliran pendapatan berganda!

Kekuatan MIBO #3:

Promosi yang berterusan daripada principal. Produk dan perkhidmatan MIBO adalah sedia mempunyai permintaan yang tinggi seperti Streamyx, Maxis, Celcom & Astro dan perkhidmatan kewangan Citibank, Ambank dan RHB. Kesemuanya adalah jenama ICT & kewangan paling hebat di Malaysia.

Esok saya akan ceritakan mengenai kos membeli lesen MIBO pula, dan bagaimana sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut dan ingin membeli lesen dan mulakan perniagaan keusahawanan MIBO…

Perniagaan & tanggungjawab sosial

Adakah perniagaan anda mempunyai tanggungjawab sosial? Perniagaan tidak semestinya 100% melihat keuntungan semata, tetapi juga perlu mempunyai tanggungan sosial. Dengan mempunyai tanggungjawab sosial pada perniagaan anda, ia juga memberi jenama unik pada perniagaan anda.

Contoh yang baik adalah The Bodyshop yang diasas kan oleh Anita Roddick yang mempunyai tanggunjawab sosial “kehijauan bumi” dan recycle! Dengan mempunyai tanggung jawabsosial tersebut, ia membina jenama perniagaan The Bodyshop dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan menggalakan recycle (seperti penggunaan botol plastik dan juga penggunaan bag kertas).

Yayasan Al-Bukhari adalah satu contoh terbaik di Malaysia!

Bolehkah anda namakan lagi perniagaan lain yang mempunyai tanggungan sosial yang telah menjadi trademark atau jenama perniagaan tersebut?

Anda baca lagi tak?

read.jpgTip mudah pagi Isnin ini…

Saya pasti anda rajin membaca buku-buku motivasi, perniagaan & kewangan. Tetapi, anda ulang baca tak?

Sering kali saya akan baca sebuah buku itu 2-3 kali dan dapati, selepas membaca kali kedua, ada banyak tip-tip dan points yang saya terlepas pandang. Lagi banyak idea-idea baru akan datang apabila mengulangi bacaan buku.

Contohnya, anda perasan tak sekiranya anda menonton wayang/movie kali ke-dua, anda akan lebih memahami cerita dan lebih memahami dialog-dialog dan plot cerita tersebut. Ini kerana, kali ke-dua akan menenangkan anda dan anda bersedia dengan apa yang bakal akan terjadi. Oleh itu, anda boleh fokus pada dialog-dialog dengan lebih terperinci.

Begitu juga apabila membaca. Kali pertama, anda tidak tahu isi kandungan buku tersebut. Tetapi apabila kali kedua, anda sedia maklum isikandungan buku tersbeut, minda anda akan lebih terbuka dengan idea-idea baru dan strategi-strategi baru yang didedahkan!

So, apa kata anda ulang baca buku-buku yang sedia dalam koleksi anda hari ini!

JUTAWAN! Waktu baru, hari baru :)

Berita baik bagi anda yang sering terlepas program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” oleh kerana waktu siaran yang tidak sesuai (Khamis pukul 3 petang)…

Kini “JUTAWAN!” telah mendapat slot PRIME TIME baru iaitu setiap JUMAAT pukul 8 malam!

Jadi, bagi anda yang terlepas, jangan risau lagi oleh kerana, JUTAWAN kini akan keudara setiap JUMAAT 8 malam. So, tiada lagi alasan untuk lepaskan 🙂

Special untuk anda yang terlepas siaran-siaran yang lalu, malam ini akan disiarkan sedutan ulangan “The Best of Jutawan” daripada 3 ikon jutawan- Jurulatih Jutawan, Azizi Ali! Jutawan MLM, Dato Dr Azman Chin! dan juga Jutawan yang pernah gagal, Billi Lim!

Mulai minggu ini, “JUTAWAN!” tidak lagi disiarkan pada hari Khamis 3 petang, tetapi JUMAAT 8 malam… hari ini adalah hari pertama siaran.

 


Setiap Jumaat | 8.00pm | Radio24 | 93.9FM

 

Tip hari ini, sedikit berkaitan dengan berita diatas…

Ketika pengiklanan di media cetak atau media siaran, dapatkan “PRIME TIME” (waktu terbaik) atau “PRIME SPOT” (tempat terbaik) untuk iklan anda.

  • Prime time di TV adalah waktu malam (waktu orang ramai di rumah). Prime time radio adalah pagi, petang dan malam (waktu orang ramai dalam kereta dan di rumah).
  • Majalah dan surat khabar pula menggunakan PRIME SPOT… ia merujuk kepada muka pertama (kulit) di hadapan belah dalam majalah dan juga muka terakhir majalah. Bagi akhbar pula, iklan yang diletakkan di mukasurat pertama.
  • Pengiklanan Perniagaan Internet ada tak Prime spot? Sudah tentu… banner yang terletak di bahagian atas sekali adalah Prime spot bagi perniagaan Internet 🙂

Jangan lepaskan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” bermula malam ini di PRIME TIME, Radio24 (93.9FM) atau secara streaming di www.radio24.com.my 8.00mlm setiap Jumaat!

Perniagaan yang memeningkan

Sering saya jumpa usahawan yang berjaya tidak kira yang dah jutawan ataupun yang belum jutawan, sering mengeluh bahawa menjalankan perniagaan amat memeningkan kepala dan memenatkan minda! Preassure beb… stress… semuanya ada.

Ada kalanya saya juga rasa begitu. Memang pening kepala 😉

Namun begitu, megapa teruskan juga perniagaan sekiranya perniagaan ini amat memeningkan dan memenatkan minda? Adakah anda juga rasa begitu? Apa pendapat anda?

Rancangan JUTAWAN – popular!

Pejam celik pejam celik, program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” sudah berlangsung selama sebulan!

Seperti matlamat saya bulan lepas, alhamdulillah, kini program JUTAWAN menjadi antara program yang paling popular di Radio24! Oleh sebab itu, Radio24 kini telah memberi peluang rancangan JUTAWAN! disiarkan pada PRIME SLOT 🙂

Klik di sini untuk membaca matlamat saya mengenai program JUTAWAN! 

Mulai bulan ini, JUTAWAN! bukan lagi berlangsung pada setiap hari Khamis pukul 3.00pm. Waktu baru program JUTAWAN adalah pada setiap hari Jumaat bermula 8.00 malam!

5 ikon jutawan telah bersama saya di JUTAWAN sejak bulan lepas. Seronok saya mengendalikan rancangan ini dan dapat mencungkil strategi jutawan-jutawan Malaysia- sehingga saya sendiri telah mempelajari pelbagai perkara dan berjaya menambahkan pendapatan- betul!

Tip hari ini adalah untuk anda aplikasikan apa yang diajar oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Adakalanya saya fikir saya sudah mengetahui banyak strategi perniagaan dan strategi membuat wang. Tetapi, apabila saya membuka fikiran pada idea-idea baru daripada ikon-ikon jutawan, ternyata saya salah! Saya berjaya menambahkan pendapatan saya!

Terlalu banyak cara menjana pendapatan di Malaysia ini. Buka fikiran dan hormati semua jenis perniagaan- tidak kira perniagaan Internet, perniagaan MLM, perniagaan ICT, perniagaan insurans, hartanah, jualan, mail order, perniagaan berbentuk gerai, menjual kosmetik, perniagaan konvensional membuka kedai, membuka booth… dan banyak lagi.

Hormati perniagaan oleh kerana dengan menghormati semua jenis perniagaan (asalkan ianya perniagaan halal!), fikiran kita akan lebih terbuka pada idea-idea baru menjana pendapatan dan menjadikan pendapatan kita tiada hadnya! 😉

Fasa PERTAMA dalam perniagaan

Terdapat 3 fasa dalam perniagaan tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet…

Fasa pertama…

Perniagaan bermula. Sering kali bermula dengan cita-cita, minat & passion! Usahawan memulakan perniagaan di peringkat awal. Selalunya, pada fasa ini, seorang diri, atau satu team kecil dalam memulakan perniagaan. Usahawan perlu roll up their sleeve and do the work! Kadang kala sehingga 24jam sehari mengendalikan perniagaan!

Oleh kerana minat & passion, kerja dapat di lakukan dengan sempurna… namun, berita buruknya, pada fasa pertama perniagaan, statistik menunjukkan lebih daripada 90% perniagaan GAGAL!

Walaupun fasa pertama adalah kecil, bukan bermakna keuntungan juga adalah kecil. Ada juga jutawan di lahirkan di fasa pertama perniagaan.

Ketika umur 21-25, saya bersama isteri berdua mengerjakan perniagaan Internet, dari pagi sampai ke malam. Makan Internet, minum Internet & tidur Internet. Alhamdulillah, pendapatan melebihi RM1juta. Walaupun dalam fasa pertama perniagaan. (Perniagaan Internet pertama saya adalah perkhidmatan. Oleh itu, tidak boleh menjadikannya automatic/auto pilot).

Namun begitu, fasa pertama mempunyai kelemahan yang amat ketara. Walaupun wang boleh diperolehi, adakalanya lumayan! Tetapi, usahawan akan terikat dengan perniagaan! Dalam erti kata lain, Financially Free, tetapi bukan Time Free. Tiada atau kurang masa bebas! 

… bersambung untuk penyelesaian esok.

Esok saya akan menceritakan fasa 2 perniagaan, kemudian fasa 3 perniagaan yang merupakan puncak kejayaan sesuatu perniagaan! 😉 

Jenama… jenama… dan lagi jenama! (3x)

Berita Jenama #1:
Semalam siri “Jutawan! bersama Irfan Khairi” memang penuh dengan maklumat! Berikut adalah gambar saya & Spencer!

spencer_irfan_poster_small1.jpg

Seronok juga semalam kendalikan program dalam dwi-bahasa/rojak. Terasa macam Ryan Seacrest- jenama penyampai radio & host hebat! (perasan Ryan Seacrest) 🙂

Berita Jenama #2
Workshop Jutawan Internet adalah jenama yang telah saya bawa ke luar Malaysia. Esok, (17hb Nov 07) Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Singapura untuk kali yang ke-3! Insyaallah workshop juga akan dijalankan di Brunei pada awal 2008 nanti. Dengan kekuatan Internet, ianya adalah lebih mudah untuk membawa jenama Malaysia ke luar Malaysia.

Ingin menyertai workshop perniagaan Internet #1 paling laris dan pelajari cara membawa jenama anda keluar Malaysia? Sertai kami sekarang.

Berita Jenama #3 🙂 🙂 🙂

Yang ini memang best! Sekali lagi salah satu MATLAMAT BESAR saya untuk tahun 2007 tercapai!

Yang ini saya sendiri excited… insyaallah dalam masa dua tiga minggu lagi, saya akan menjadi duta jenama (brand spokesperson) untuk sebuah produk/perkhidmatan! Haa… produk apa? Ni secret lah- Takkan “Ali Cafe” kut 😉 Nanti akan diumumkan apabila siap hitam putih nanti. Insyaallah akan mendapat coverage media sekiranya semuanya berjalan lancar. Seperti biasa, saya perlukan sokongan padu anda! 😉

Sedikit pembayang: produk/perkhidmatan yang akan melahirkan lebih ramai usahawan ICT… dan harapan saya secara peribadi melahirkan lebih ramai jutawan ICT! Produk/perkhidmatan yang disokong oleh sebuah syarikat multi-million dollar & sebuah bank tempatan! 🙂 Hebat ni… tapi biar lah rahsia untuk sementara… 😉

3 berita jenama di atas menunjukkan betapa pentingnya membina jenama! 😉

Buang orang tengah dalam perniagaan

 

tgh1.jpg

 

Satu strategi untuk anda mengurangkan kos perniagaan anda dan juga menambahkan keuntungan adalah dengan membuang “orang tengah”.  

Lihat perniagaan anda. Bolehkah anda mengurangkan “orang tengah”? Sekiranya anda mendapatkan stok daripada agent stok (orang tengah), bolehkah anda mendapatkan stok terus daripada pembekal? Atau, lebih baik, terus daripada pengilang! Ataupun, mungkin anda adalah pembekal, bolehkah anda menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui pengedar (orang tengah)?

Perniagaan Internet, perniagaan mail order dan juga perniagaan MLM adalah antara perniagaan yang secara modelnya telah sedia membuang orang tengah.

Tahukah anda, Michael Dell menjadi BILLIONAIRE dalam masa 3 tahun sahaja kerana berjaya mencipta model perniagaan menjual komputer dengan membuang “orang tengah”?

Mengejar peluang perniagaan

Adakah peluang perniagaan datang pada saya dengan sendiri? memang selalu peluang perniagaan datang kepada saya- tetapi, kebanyakan yang datang pada saya tidak begitu menarik atau berbaloi untuk difikirkan.

Sering kali, saya sendiri memaksa diri sendiri mencari dan mengejar peluang perniagaan!

Antara kita, ada yang suka menunggu peluang datang kepada mereka. Menunggu bila tibanya “big break”. Menunggu segalanya disuapkan.

Tetapi, apa yang membezakan mereka yang mencapai kejayaan cemerlang, adalah mereka mengejar peluang perniagaan. Mereka mencipta peluang sendiri. Mereka mencari dan menangkap peluang yang sering kali BUKAN di depan mata.

Sekadar contoh: 

Adakalanya kami mendapat email dari pembaca bertanyakan, “Bila nak buat seminar di Klang? Kalau anda lakukan seminar di Klang, saya pasti akan hadiri!”. Klang dan KL bukan jauh sangat bang! 🙂

Ada juga pembaca yang sanggup menaiki bas dan bermalam dalam bas dari Kelantan atau Perlis ke KL untuk menghadiri seminar. Alhamdulillah, sehingga kini, ramai yang melalui pengorbanan sebegini telah berjaya!

Anda tergolong dalam golongan yang mana? Adakah anda lebih suka tunggu peluang perniagaan datang kepada anda? Atau adakah anda suka berlari mengejar peluang perniagaan?