Setelah 7 hari berhempas pulas mengerjakan CaraPromosi.com, alhamdulillah siap juga… untuk melihat sales copy akhir, sila ke CaraPromosi.com. Seperti biasa, sales copy akan berubah mengikut keputusan jualan.
Sesuatu sales copy tidak pernah siap 100%. Ia pasti berubah untuk mendapatkan pulangan paling maksima. Seperti sales copy Workshop Jutawan Internet, sehingga hari ini saya masih fine tune kannya untuk mendapat conversion rate (nisbah pelawat menjadi pembeli) yang paling maksima.
Proses memulakan perniagaan Internet berjaya dijalankan, daripada memilih produk, sehinggalah siap laman web.
Tetapi…
Belum masanya untuk pelancaran lagi! 🙂 Kenapa tidak?
Dari pengalaman saya, hari terbaik untuk memperkenalkan laman web baru adalah hari ISNIN. Ini adalah kerana, pelawat lebih cenderung membuat keputusan membeli dalam masa satu minggu. Sekiranya di lancarkan pada hari ini atau esok, hari minggu Sabtu & Ahad akan menghilangkan “momentum” keputusan membuat belian. (Salah satu strategi timing)
Jadi, pelancaran akan dijadualkan pada hari Isnin! 🙂 Pembaca Tip Satu Minit kena bersabar lagi…
Harga?
Ramai yang menunggu… agak-agaknya, berapa harga ebook 101 Cara Promosi. Akan diumumkan pada hari Isnin juga. Tetapi jangan risau, tidak melebihi RM100. Untuk pelancaran beberapa hari juga akan diberi diskaun. Tapi, perlu cepat dapatkan pada hari diskaun, oleh kerana mungkin 2-3 hari selepas pelancaran, akan pergi ke harga sebenar.
Harga ditetapkan mengikut kriteria yang saya berikan tempoh hari:)
Terima kasih banyak-banyak kepada pembaca & penyumbang Tip Satu Minit, memang kewujudan 101 Cara Promosi adalah usaha bersama dari langkah pertama, sehingga ke akhir.
Kadang kala, bila membantu orang lain memulakan perniagaan, memang mudah (seperti anda membantu saya). Tetapi, bila time hendak memulakan perniagaan sendiri, terasa susah!
Harapannya, anda juga dapat memulakan perniagaan Internet anda sendiri (bagi yang belum ada) kerana tahun 2007 ini, perkembangan perniagaan Internet akan menjadi lebih pesat di Malaysia 🙂
Jangan lupa hari Isnin pelancaran CaraPromosi.com. Ada discount hebat untuk 2-3 hari. Oh ya… peserta-peserta Workshop Jutawan Internet akan dapat discount untuk 101 Cara promosi- tiada deadline! Tidak perlu bayar harga penuh sampai bila-bila 🙂