Category Archives: Tip Perniagaan

Workshop Komunikasi Efektif Nizal Mohammad (TV3)

Pendaftaran untuk Workshop “Nizal Talk” kini dibuka. Daftar hari ini untuk menempah tempat anda πŸ™‚

logonizal1.gif

Antara topik yang akan dibentangkan…

  • Menghilangkan malu, segan dan yang sewaktu dengannya dalam berkomunikasi πŸ™‚
  • Berbual dengan siapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja!
  • Penggunaan suara yang efektif
  • “Public speaking” & cara menghilangkan gemuruh ketika “public speaking”
  • Menangkap minat orang ramai dengan apa yang anda ingin sampaikan
  • Memberi komen secara efektif
  • Skill dalam negotiating (berunding)
  • Komunikasi dalam menjayakan perniagaan
  • Komunikasi dalam menjayakan kerjaya
  • … dan banyak lagi!

ps: Saya sendiri masih belum tamat berguru dengan Nizal. Masih banyak kekurangan! Nanti di Workshop Nizal Talk, boleh saya ulang kaji.

Blog perniagaan Internet

Sejak setahun dua yang lepas, blog (Web Log) telah menjadi satu trend di Internet. Contoh blog adalah Tip Satu Minit Ini πŸ™‚

Walaupun terdapat banyak blog peribadi yang menyuarakan pendapat individu, namun, blog bertemakan perniagaan adalah agak kurang. Sekiranya anda mempunyai perniagaan, bina sebuah blog bertemakan perniagaan anda. Blog bertemakan perniagaan akan dapat membantu dari segi…

  • Memberi maklumat dan info baru dan terkini. Untuk menambahkan jualan perniagaan anda, anda memerlukan pelawat yang berulang ke laman web anda. Blog dapat menarik pelawat berulang dengan memberi fresh contents dan menambahkan lagi jualan sesuatu perniagaan Internet.
  • Memberi suara yang lebih personal dan tidak formal untuk dikenali pelawat dan bakal pelanggan. Pelawat lebih mudah mendekati perniagaanyang dikenali. Blog bertema akan dapat mengenalkan pelawat kepada industri blog tersebut.
  • Memberi pautan (links) yang berguna sebagai maklumat tambahan kepada pelawat.

Esok saya akan berikan beberapa tip blog perniagaan Internet…

Perniagaan Internet yang tiada persaingan

Baru-baru ini, ada rakan saya tanya saya soalan yang agak menarik. Simple, tetapi menarik. Soalannya:

Do you start a business that has many competitors, some competitors, or no competitors at all? (Adakah anda mulakan perniagaan yang sedia ramai pesaing, tidak ramai pesaing, atau tiada pesaing langsung?)

Jawapan saya adalah- saya sering mulakan perniagaan yang tiada persaingan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet).

Tahun lepas ketika buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet dikeluarkan, saya keluarkannya oleh kerana tiada persaingan. Apabila saya memulakan Workshop Jutawan Internet, ia adalah kerana tiada persaingan (workshop berbahasa Malaysia), CD Rom Langkah 1-2-3 juga tidak mempunyai persaingan ketika ia mula keluar. Produk Strategy X yang akan datang juga tiada persaingan (sebab itu perlu keep a secret dulu!).

Di Malaysia, masih banyak ruang-ruang perniagaan Internet yang belum ada persaingan lagi.

Sebagai contoh terdekat ini adalah Seminar Komunikasi Efektif Nizal Mohammad– tidak mempunyai persaingan walaupun ramai pakar komunikasi di Malaysia (yang lain tiada online presence, cuma offline). Laman web akan dilancarkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

Buka fikiran dan lihat bagaimana perniagaan bukan Internet di Malaysia boleh di bawa ke Internet dan mendapatkan keadaan tiada persaingan! Dan apabila tiada persaingan, anda akan menjadi pertama memasuki fikiran pengguna! Rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60 πŸ™‚

Perniagaan dan komunikasi

Komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan & kerjaya. Sama ada cara kita bercakap dengan boss kita, staff kita, pelanggan kita atau teman sekerja yang lain.

Anda perasan tak bahawa CEO company, selalunya adalah mereka yang hebat berkomunikasi? Mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat adalah mereka yang efektif dalam berkomunikasi? Dan nama-nama ikon perniagaan seperti Donald Trump, Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick (Bodyshop) kesemuanya amat bijak apabila memberi public speaking (komunikasi).

Jawapannya adalah, ianya bermula dengan kebolehan berkomunikasi dengan efektif. Komunikasi yang akan membawa seseorang itu menjadi CEO, komunikasi yang efektif yang akan membawa seseorang itu berpangkat tinggi, serta komunikasi yang efektif juga membawa nama ikon perniagaan bersama perniagaan mereka kepada kejayaan.

Di negara barat, amat jarang kita temui orang yang pemalu, atau segan dalam berkomunikasi. Ini adalah kerana, sejak sekolah lagi mereka dididik mengenai kominikasi berkesan. Di Malaysia pula, ramai yang pendiam, pemalu dan penyegan oleh kerana kebudayaan Malaysia.

Tip hari ini adalah untuk anda fikir sejenak, adakah kelemahan dalam bidang komunikasi yang menghalang kejayaan anda? Sekiranya ya, maka, ingat kembali tentang prinsip jungle tracking yang kita pernah bincangkan *klik di sini. πŸ˜‰ (bagi saya suatu ketika dahulu, komunikasi adalah kelemahan utama saya)

ps: beberapa hari lagi, laman web Saudara Nizal Mohammad (TV3) akan dilancarkan berkaitandengan cara anda boleh menjadi efektif dalam komunikasi. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi. Sila rujuk posting semalam πŸ™‚

“Teaser” sebagai teknik promosi perniagaan

Teaser adalah satu teknik promosi. Tahukah anda apakah itu teaser? Lihat di atas ini!

“Strategy X akan menemui anda dalam masa XX hari XX jam XX minit XX saat lagi!”

Industri perfileman sering menggunakan strategi ini dengan memberi teaser berbentuk klip dari sebuah filem, dan pada akhirnya menulis “Coming soon!” seperti teaser Spider-Man 3 di sini!

Tujuan teaser adalah ingin mewujudkan perasaan “ingin tahu”. Psikologi manusia mengatakan bahawa manusia seringkali ingin mengetahui sesuatu yang disorokkan. Teaser memainkan peranan dalam menyentuh bahagian psikologi manusia ini.

Agak-agaknya, apa perasan anda sejak kebelakangan ini apabila saya menggunakan teaser mengenai Strategy X? Adakah ianya berkesan? :)

Gunakan teaser sebagai salah satu teknik promosi anda untuk mewujudkan perasaan ingin tahu dan bakal-bakal pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan produk anda.

ps: Sini satu lagi teaser untuk anda. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, saya akan dedahkan “secret weapon” saya bagaimana saya yang pada asalnya pendiam dan pemalu, kini berdiri di mana saya berada.

Ada seseorang yang membantu saya, dan anda berpeluang untuk mendapat bantuan beliau juga untuk berjaya dalam semua aspek perniagaan (dan juga kerjaya)! beliau juga telah membantu ramai personaliti terkenal Malaysia. Selama ini saya keep this a secret!

Sebelum, Kini dan Selepas…

Harap anda masih ingat lagi salah satu cara memaksimakan keuntungan perniagaan anda dalah dengan menjual produk tambahan melalui up-selling atau back-end product. Sekiranya tidak ingat, boleh merujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar Bab 30.

Soalannya, bagaimana hendak menentukan apakah produk atau perkhidmatan tambahan yang boleh anda jual untuk memaksimakan keuntungan?

Jawapannya agak mudah- kenakan formula Sebelum, Kini dan Selepas

Iaitu, tanya pada diri sendiri (atau bakal pelanggan):

  • Sebelum menggunakan produk anda, apa yang diperlukan?
  • Ketika (kini) menggunakan produk anda, apa yang diperlukan?
  • Selepas menggunakan produk anda, apa yang diperlukan?

Contoh, sekiranya anda menyediakan perkhidmatan mereka cipta business card;

  • Sebelum menggunakan business card, pelanggan mungkin memerlukan sebuah logo. Oleh itu, anda boleh turut menjual perkhidmatan reka cipta logo.
  • Ketika menggunakan business card, pelanggan mungkiin memerlukan tempat menyimpan business card (business card holder)- yang jenis cantik tu… bukan yang plastic. Anda boleh turut menjual business card holder.
  • Selepas habis menggunakan business card, sudah tentu pelanggan memerlukan business card lagi. Oleh itu, sediakan diskaun untuk pesanan seterusnya!

Itu lah formula mudah Sebelum, Kini dan Selepas! Sekarang, klik pada “comments” dan cuba aplikasikan formula ini kepada produk atau perkhidmatan anda! πŸ™‚ (sekiranya anda belum memulakan perniagaan, cuba juga dengan mengaplikasikannya pada idea perniagaan anda akan datang)

ps: Sekiranya anda memerlukan business card, lawati laman web Hj Hayat di www.my-name-card.com yang merupakan salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet!Β 

Perniagaan Internet -bersaing dengan syarikat besar

Internet membolehkan perniagaan kecil-kecilan bersaing dengan syarikat besar. Sebagai tambahan, syarikat kecil, mempunyai peluang untuk berjaya yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat besar.

Mengapa?

Ini adalah kerana kebiasaannya keuntungan sesuatu perniagaan bukan bersandarkan kepada kecanggihan teknologi yang ada. Tetapi, oleh kerana kebolehan sesuatu perniagaan itu membina perhubungan (relationship) dengan pelanggan dan bakal pelanggan dengan lebih mudah (seperti Tip Satu Minit ini!).

Kebanyakan pengguna yang inginkan produk, perkhidmatan atau maklumat yang spesifik (niche) akan mencari perniagaan kecil yang pakar berbanding dengan perniagaan koprat besar yang pakar.

Oleh itu, sekiranya anda risaukan persaingan dari syarikat besar- jangan takut. Perniagaan kecil-kecilan mempunyai berbagai-bagai advantage!

PS: Untuk mengetahui teknik dan cara lain untuk bersaing dengan syarikat besar, Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara-caranya. Maklumat lanjut di sini.

Hits – kesilapan dalam mengira pelawat

Mr.A: Berapa pelawat laman kau dapat sehari?

Mr.B: Laman web aku sehari sampai 1,000 hits!

Mr.A: Wow… banyak tu…

Ni contoh kesilapan yang sering berlaku pada mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet. Kedua Mr.A dan Mr.B tersalah konsep.

Hits bukan bermakna jumlah pelawat. Hits dikira sebagai berapa kali web hosting anda menjalankan aktiviti untuk memaparkan laman anda kepada seorang pelawat.

Sebagai contoh, sekiranya satu laman anda hanya teks sahaja dan tiada gambar, sekali pelawat masuk, ia akan di kira sebagai 1 hit.

Tetapi, sekiranya satu laman anda mempunyai teks dan 19 gambar, apabila seorang melawat laman anda, web hosting akan menjalankan aktiviti untuk mendapatkan kesemua file sebanyak 20 kali (1 teks 19 gambar). Ini akan dikira sebagai 20 hits, walaupun hanya seorang melawat laman anda.

Ini bermaksud sekiranya 50 orang melawat laman anda sehari, ianya akan dikira sebagai 1,000 hits sehari!

Oleh itu, pengiraan yang lebih tepat adalah UNIQUE VISITORS atau PAGE VIEWS (unique visitors + pelawat yang datang berulang kali). Jangan mengira HITS.

Untuk menjejak pelawat laman web perniagaan Internet, kami menggunakan StatCounter.com. Free je…

Perniagaan Internet & billionaires

Perniagaan Internet telah melahirkan satu generasi eCEO yang bukan sahaja kaya, tetapi muda. Antaranya adalah…

Michael Dell; Dell COmputers
Tedd Waitt; Gateway Computers
David Filo; Yahoo!
Jery Yang; Yahoo!
Jeff Bezos; Amazon.com
Pierre Omidyar; eBay
Rob Glaser; RealNetworks
Jeff Skoll; eBay
Vinny Smith; Quest Software
Monte Zweben; Blue Martini Software

Kesemua nama di atas adalah antara yang menjadi BILLIONAIRE pada usia awal 30-an (bukan setakaht jutawan… tetapi bilionair!) Kesemuanya mempunyai persamaan iaitu, mengsasarkan pasaran sedunia. Perniagaan Internet membolehkan anda menjalankan perniagaan sedunia untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.

Sekiranya rakyat Malaysia mengikuti saranan kerajaan menjadi Malaysia/Melayu GLOKAL, mana tahu suatu hari nanti nama orang kita juga turut tersenarai πŸ™‚

Pada ketika ini, terdapat 1 billion pengguna Internet sedunia! πŸ™‚ Perniagaan Internet di Malaysia masih ditahap baru, namun, peluang ini perlu diambil untuk menjadi perintis (pioneer) industri anda untuk menjadi pertama memasuki fikiran pengguna (rujuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60- antara bab yang paling penting dalam buku saya. Baca berulang kali… ramai tak perasan kepentingannya!- kaitkan bab ini dengan nama-nama diatas).

UntukΒ maklumat lanjut: Workshop perniagaan Internet.

Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru

Terdapat ramai usahawan-usahawan yang inovatif dan mencipta sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan yang baru untuk pasaran (belum terdapat di pasaran lagi). Kebiasaannya mereka akan fikirkan, sejurus selepas produk dan perkhidmatan dikeluarkan di pasaran, orang ramai akan berpusu-pusu membeli produk dan perkhidmatan baru tersebut dan perniagaan mereka akan terus berkembang maju.

Namun, sekiranya anda tergolong dalam kumpulan mencipta sesuatu yang baru untuk pasaran perniagaan, anda perlu mengetahui statistik ini…

  • 2% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru serta merta.
  • 12% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru selepas setahun ianya di dalam pasaran
  • 22% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru selepas dua tahun ianya di dalam pasaran
  • 64% lagi akan terus tunggu dan lihat sehingga waktu yang sesuai!

Mencipta sesuatu yang baru untuk pasaran perlu lebih banyak kesabaran dan ketabahan untuk menunggu orang ramai menerima produk dan perkhidmatan tersebut.

Perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet yang memasarkan sesuatu keluaran yang baru perlu mempunyai modal yang mencukupi untuk menanggung perniagaan buat satu jangkamasa yang panjang.

Secara psikologi, ini adalah kerana orang ramai akan berasa lebih was-was dengan produk atau perkhidmatan yang baru dan akan mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

Bolehkah anda memberi contoh produk/perkhidmatan yang mengalami/pernah mengalami keadaan ini?