Category Archives: Perniagaan Internet

Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm

podcast21.pngLama pulak tak update Tip Satu Mini minggu ni! Terlalu sibuk… ish. So, saya “back date” kan entry ni… kiranya tip saya hutang minggu ini lah ok? 🙂

Kali ini rakaman seterusnya podcast saya di BFM89.9fm, mengenai “Promoting Your Service on The Internet” 🙂

Kiranya secara keseluruhan dah 1 jam 20 minit dah podcast saya. Rugi bagi siapa tak ikuti… ilmu free ni 🙂
Semoga anda mendapat manfaat!

Podcast 5: Selling Your Service on The Internet – Irfan Khairi (22 min) latest.gif

Podcast 4: Selling Information Online – Irfan Khairi (16 min)

Podcast 3:
Affiliate Program – Irfan Khairi (15 min)

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min)

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)

Bulan May ini saya akan kendalikan 3 Workshop Jutawan Internet di 3 lokasi iaitu KL (2/4), Kota Kinabalu (16/4) dan Kuching (23/4). “Pelajari Cara memulakan perniagaan Internet dari Rumah dalam Masa 7 Hari” di Workshop Jutawan Internet. Bagi yang berminat lawati http://www.rahsiainternet.com untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm

podcast21.pngSetiap minggu pada hari Rabu pukul 1 tengah hari, saya menjadi tetamu BFM (Business FM) dalam siri Toolkit: Internet marketing. Bagi anda yang selalu terlepas rancangan ini, berikut adalah podcast terbaru saya di BFM89.9fm, mengenai “Selling Information Online” 🙂

Semoga anda mendapat manfaat!

Podcast 4: Selling Information Online – Irfan Khairi (16 min) latest.gif

Podcast 3:
Affiliate Program – Irfan Khairi (15 min)

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min)

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)
.
Coming soon: Selling your services on the Internet!

Bagi anda yang ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dengan lebih mendalam, boleh sertai Workshop Jutawan Internet yang akan diadakan dalam masa terdekat. Klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran secara online 🙂

Permudahkan laman web perniagaan Internet anda

Laman web yang canggih manggih does not work. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, permudahkan segala-galanya.

  • permudahkan pelawat mendapat info
  • permudahkan pelawat membuat belian
  • permudahkan pelawat menghubungi
  • permudahkan pelawat mencari jawapan kepada soalan mereka
  • permudahkan apa sahaja…

Keep it simple!

Ramai yang fikir, lagi canggih manggih laman web, lagi hebat pulangannya. Tetapi, di Internet, ianya tidak benar. Keep it simple. Sesuatu yang simple/straight forward itulah yang lebih berkesan di Internet.

Tahukah anda pada tahun 2001, search engine paling hebat adalah Yahoo dengan 60% pengguna Internet menggunakannya. Dan Google pula pada masa itu hanya mencapai 14% pengguna Internet? (Ketika itu Google.com di tempat yang ke-8 search engine popular di bawah Yahoo, MSN, AOL, Lycos, Infoseek, Netscape & Excite)

Fast-forward 8 tahun kemudian pada hari ini, Google telah mengambil alih sebagai enjin pencari paling popular dengan lebih 60% pengguna Internet menggunakannya manakala Yahoo pula nombor-2. kebanyakan nama-nama search engine yang lain sudah tidak lagi kelihatan.

Sebabnya? Google MEMUDAHKAN carian. Google kept it simple!

ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan dalam masa terdekat sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Podcast: Irfan Khairi @ BFM89.9

podcast21.pngPodcast terbaru saya di BFM adalah mengenai program affiliate. Minggu depan insyaallah saya akan uploadkan pula terbaru iaitu “Internet Presence for the Service Industry”. Yang ni saya rasa best and banyak info untuk semua! Baru live siang tadi…:)

So, berikut podcast-podcast terkumpul saya di BFM!

Podcast 3: Affiliate Program – Irfan Khairi (15 min) latest.gif

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min)

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)
.
Minggu depan (Rabu) saya akan kongsikan tentang “Selling information online” pula…. Boleh dengar secara live di BFM 89.9FM (Lembah Klang only) jam 1 tengah hari.

ps: Kalau anda di KL mesti anda juga seperti saya selalu nampak iklan-iklan BFM di belakang teksi seperti “Break Faster, Macha!”, “Bribe Free Malaysian” & “Bodek Free Minutes”… very creative advertising!

pps: Saya akan terbang ke Kuching, Sarawak hujung minggu ini untuk mengendalikan talk perniagaan Internet (Sabtu) dan juga Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had (Ahad) di Grand Margherita Hotel, Kuching.

IK Podcast @ BFM89.9fm

podcast21.pngMinggu lepas saya ada letakkan Podcast saya di Tip Satu Minit, tapi tah kenapa, dapat ramai orang kata sejak masukkan podcast tu di blog, ramai tak dapat access blog ni… so, saya dah keluarkan Podcast tersebut sementara cari, apa masalahnya…

Sementara itu, untuk mendengar podcast saya di BFM, yang kini dah ada 2 siri, boleh dengar secara terus di laman web BFM. Di bawah saya sertakan linknya untuk Siri 1 dan juga Siri 2 🙂

Enjoy!

Podcast 1: The Importance of an Internet Presence – Irfan Khairi (20 min)

Podcast 2: Starting an Internet Business – Irfan Khairi (25 min) latest.gif
.
Minggu depan (Rabu) saya akan kongsikan tentang program Affiliate pula. Boleh dengar secara live di BFM 89.9FM (Lembah Klang only) jam 1 tengah hari.

Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinan

Bila menjalankan perniagaan perkhidmatan, perhubungan pertama (first contact) adalah penting. Dan waktu paling penting sekali adalah minit pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Bak kata Mat Salleh…

First impression lasts forever

Di sini lah penampilan & keyakinan kita memainkan peranan penting.

Penampilan:

Bagi mereka yang “kureng” sikit bab-bab dressing (macam saya 🙂 ), nasihat saya, dapatkan majalah-majalah lifestyle yang berada di pasaran. Bagi lelaki, majalah MASKULIN is good dan bagi wanita, majalah NUR is good too. Keduanya mempunyai sisipan grooming & fashion. So, ini yang anda perlukan untuk memperbaiki penampilan diri anda.

Bakal pelanggan akan lebih yakin dengan penampilan yang lebih menarik oleh kerana first impression lasts forever!

Keyakinan:

Di sini, malu-malu kucing takkan menjadi. So, kena buang perasaan malu tu dan ctunjukkan keyakinan diri. Sekiranya anda “kureng” bab keyakinan berdepan dengan pelanggan, nasihat saya adalah untuk anda rajin practice. Practice di hadapan cermin apa yang anda hendak katakan pada pertemuan pertama. Sediakan beberapa “skrip” yang berkaitan dengan keadaan. Practice bercakap… practice senyum di cermin. Kalau anda malu practice bersendirian dihadapan diri anda… apatah lagi hendak berdepan dengan orang bukan?

Dengan penampilan & keyakinan yang tinggi, pastinya kita akan memberi good first impression kepada prospek kita. Dan lebih dekat prospek itu akan menjadi pelanggan 🙂

Boleh tak anda berikan juga tips penampilan & keyakinan… so, dapat bantu sesama kita 🙂 Tinggalkan tip anda di sini!

Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

Salah satu cara terbaik untuk menambahkan pelanggan perkhidmatan kita adalah referal (recommendation) dari profesional yang lain.

Kita sering fikirkan recommendation datangnya daripada pelanggan-pelanggan sedia ada. Memang betul!

Tetapi, kita juga perlu ada sekumpulan profesional yang saling recommend produk dan perkhidmatan masing-masing.

Contoh, baru-baru ini saya membeli rumah dari seorang agent hartanah. Agent hartanah tersebut mempunyai satu kumpulan referal profesional seperti…

  • Peguam (untuk mengendalikan soal undang-undang berkaitan rumah pelanggan)
  • Bank (untuk mengendalikan pinjaman bank pelanggan)
  • Financial Advisor (untuk menasihatkan tentang investment pelanggan)

Dengan mempunyai satu kumpulan referal professional seperti ini, ia bukan sahaja memudahkan kerja agent hartanah tersebut, tetapi juga kumpulan profesionalnya juga akan sering menghantar pelanggan kepadanya untuk melipatkali gandakan pelanggan!

Kiranya satu keadaan win-win!

So, dalam menambahkan pelanggan perkhidmatan anda, bukan sahaja fikirkan referal dari pelanggan, dari orang ramai… tetapi juga golongan profesional-profesional lain yang berkaitan dengan industri anda untuk melipat kali gandakan pelanggan.

Dapatkan kumpulan referal profesional untuk perkhidmatan anda! 🙂

Gambar profesional di laman web perniagaan Internet

Salah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai pada laman web kita adalah dengan memuatkan gambar-gambar dalam laman web.

Tetapi, berhati-hati kerana meletakkan gambar yang tidak berkualiti, ataupun tidak profesional sebenarnya akan menjatuhkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap sesuatu laman web pula!

Di sini satu contoh asas fotografi yang anda boleh gunakan untuk produk laman web anda: “Latar belakang yang bersih”

bagbg.jpg

Nampak tak perbezaan kualiti gambar yang diambil dengan hanya memahami asas fotografi? Pastinya gambar berlatar belakang bersih memberi impak yang lebih kepada produk anda!

Tip ini di ambil dari ebook “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” oleh Noorizam Sabran (Ijam)

Berita baiknya adalah, Ijam, salah seorang Apprentice program Online Mentoring RahsiaInternet.com telah menyediakan ebook percuma ini untuk anda memahami 33 Asas penting fotografi untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih cantik & profesional.

Sekiranya anda ingin pelajarinya, dapatkan ebook percuma ini dari sini: “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi”

Thanks to Ijam for a great free product!

Bukan setakat gambar untuk laman web anda sahaja, melalui ebook percuma ini, anda juga dapat ambil gambar-gambar anda bersama keluarga yang lebih profesional gitu! 🙂

So, download the free ebook untuk mendapat tip-tip fotografi untuk perniagaan Internet anda 🙂

Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini

Dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet, promosi adalah amat-amat-amat penting. Kita pun tahu 94% kegagalan perniagaan adalah kerana tidak melakukan promosi.

Promosi perlu dilakukan secara berterusan- non stop. Sekiranya kita berhenti promosi, maka, keuntungan pun akan berhenti juga. Bererti, kalau kita rasa perniagaan kita sudah hebat oleh kerana kita dah melakukan promosi, sekiranya kita berhenti promosi… mungkin sebulan dua akan datang, keuntungan pula akan kurang.

Dalam kata lain, keuntungan kita hari ini adalah hasil promosi kita dua bulan lepas!

Jadi, kalau kita berhenti promosi hari ini, ia pastinya akan menganggu keuntungan kita akan datang.

Ada yang tanya… business IK dah hebat. IK tak perlu promosi pun, ramai pelanggan.

Jawapan: Betul ke saya tak perlu promosi? Selang 2 hari, saya tulis blog… selang seminggu saya tulis newsletter RahsiaInternet… Setiap bulan saya tulis artikel untuk beberapa majalah. Tak lupa pula radio & TV promotion 🙂

So, if perniagaan saya pun, saya promosi hampir every day untuk berjaya, perniagaan anda juga perlu promosi everyday untuk berjaya 🙂

Jangan lupa, promosi should be non-stop! 🙂

Bersama Irfan Khairi siri 01 @ WW Astro Awani

Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!

Soalan kali ini merangkumi:

  • Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
  • Menjadikan taska sebagai perniagaan
  • Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
  • Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan

Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan 🙂

Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) – juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah 🙂

Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)