Wah… macam-macam tekaan bagi domain name Cayalah!com sejak hari Jumaat lalu. Tetapi, tiada satu pun yang hampir 🙂 Jadi, ini jawapannya…
Cayalah!com sebenarnya adalah “web design ‘face-lift’ service”!
KONSEP:
Konsep yang akan digunakan oleh Cayalah!com adalah perkhidmatan mereka cipta laman web perniagaan Internet ber kos rendah. Idea ini saya sudah simpan agak lama dah, cuma tidak tahu hendak menggunakan pendekatan bagaimana. Sehingga lately ni mendapat ilham daripada AirAsia- menggunakan harga rendah kepada pelanggan dengan mengurangkan kos di mana yang boleh.
MASALAH:
Dalam mencari idea memulakan perniagaan, apa yang saya sering nasihatkan adalah mencari “masalah”, kemudian, berikan penyelesaian. Masalah yang sering saya lihat kini adalah perniagaan Internet mula mendapat sambutan di Malaysia, cuma, apabila melihat laman web usahawan Internet, ianya kurang profesional dari segi reka cipta. Ini memberi tanggapan tidak profesional, lalu, mengurangkan keyakinan dan kredibiliti sesuatu laman web itu dan mengurangkan jualan 🙁
Laman web yang tidak profesional akan mengurangkan peluang jenama sesuatu perniagaan itu meningkat!
PENYELESAIAN:
Cayalah!com adalah, ia berkonsepkan website “face-lift” di mana sasaran pelanggan adalah mereka yang sedia memiliki laman web, tetapi, ianya tidak begitu berjaya oleh kerana tidak kelihatan profesional. Cayalah!com akan memberi sentuhan “face-lift” dan mencipta laman web yang lebih profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.
KELAINAN:
Kelainan adalah penting dalam sesuatu perniagaan. Pelanggan akan terdiri daripada mereka yang sedia mempunyai laman web, tetapi tidak profesional. Apa yang Cayalah!com akan lakukan adalah memberi diskaun kepada mereka yang sedia mempunyai laman web.
Bayangkan, konsep trade-in handphone. Di mana, anda trade-in handphone lama, dan tambah sedikit sahaja untuk handphone baru.
Oleh sebab pelanggan telah membelanjakan wang dan juga masa untuk menyiapkan laman web pertama, Cayalah!com akan take this into consideration, dan memberi potongan harga untuk redesign laman web tersebut. Juga, bagi mereka yang telah membeli produk-produk Rahsia Internet.com, akan mendapat diskaun lagi- terutama pembeli CD Rom Langkah 1-2-3, kami memberi 100% diskaun dari harga belian CD tersebut (RM50) oleh kerana Cayalah!com akan mengambil alih kerja-kerja membina laman web.
Jadi, kenapa nama yang dipilih adalah Cayalah!com?
Harapan saya adalah, selepas team design Cayalah!com mengubah laman web anda menjadi laman web yang lebih profesional, anda akan kata CAYA-LAH!
Jadi, itu lah asal usul nama yang dipilih 🙂
Apa-apa pun, terima kasih atas idea-idea bernas anda pada posting yang lepas. Banyak idea yang boleh digunakan kembali. Cayalah untuk anda juga 😉
Bila akan dilancarkan? Very soon… insyaallah minggu ini. Diskaun untuk pesanan-pesanan awal!
Tip Satu Minit…
Short-cut dalam menyediakan pelan perniagaan Internet adalah seperti mana saya lakukan di atas. KONSEP-MASALAH-PENYELESAIAN-KELAINAN. Sering kali, saya akan mulakan idea perniagaan dengan cara ini. Ia akan memberi gambaran yang lebih jelas, dalam waktu yang amat singkat!
Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan (seperti idea perniagaan yang telah diberikan sejak Jumaat lalu) cuba susun semula dalam format KONSEP-MASALAH-PENYELESAIAN-KELAINAN ini! Anda akan mendapat lebih banyak idea 🙂