Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI

Hari ini saya menjadi personality astro!

awanilogo.gifPagi tadi berlangsungnya pelancaran sebuah saluran baru di astro, iaitu AWANI. Sebuah saluran yang khas untuk berita, informasi dan isu semasa yang akan bermula siaran pada hari Khamis 6hb September ini. Astro AWANI: “Gerbang Dunia Kita”

Astro membuka saluran baru dan memberi peluang saya mengendalikan satu segmen tip-tip kewangan peribadi melalui rancangan “WW – Wacana Wanita” yang di hostkan oleh Dang Suria. Saya sebagai host diberi slot khas setiap minggu yang diberi nama…

…”WW- Bersama Dr Irfan Khairi”. Konsep segmen saya adalah seperti album motivasi pertama saya, “Wang & Anda”. (bukan Tip Satu Minit seperti anda menyangka!)

onair.jpg
Personality-personality Astro Awani

Majlis pelancaran berlangsung pagi tadi pukul 11 pagi di Palace of Golden Horses. Berikut, adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk  pembaca Tip Satu Minit. Sekiranya ingin maklumat lanjut, insyaallah malam ini di berita Astro, akan terdapat liputan.

Susulan daripada mesej saya semalam…

Coverage akan dilakukan oleh media
Sudah pasti, liputan meluas akan dibuat oleh media! Astro melancarkan saluran baru.

Mungkin satu lagi berita baik untuk usahawan-usahawan Internet :)
Seperti saya kata, tiada kena mengena secara langsung dengan industri Internet, tetapi, dengan saya di dalam industri media, sedikit sebanyak dapat mempromosikan perniagaan Internet yang sebenar secara tidak langsung (bukan skim-skim cepat kaya online!). Mana tahu, lepas ini usahawan Internet lain akan menyusuli? 🙂

Salah satu matlamat saya tercapai!
Salah satu matlamat saya tahun ini adalah mengendalikan segmen saya sendiri! (sebenarnya rancangan TV, tetapi, segmen TV is a good start!)

vshape.jpg
Personality-personality Astro Awani

Dengan “WW- Bersama Irfan Khairi”, saya berpeluang berkongsikan tip-tip kewangan peribadi dan psikologi kewangan. Dalam kata lain, “Wang & Anda”

Pelancaran “sesuatu” yang menggegarkan ESOK!

Pengumuman mengenai satu pelancaran yang akan di adakan esok.

Pelancaran apa? Perlu tunggu esok! 🙂

Mungkin anda terfikir pelancaran Cayalah!com? Bukan!

Yang pastinya…

  • Coverage akan dilakukan oleh media
  • Mungkin satu lagi berita baik untuk usahawan-usahawan Internet 🙂
  • Salah satu matlamat saya tercapai!

Nak tahu pelancaran apa, perlu masuk Tip Satu Minit esok. Jawabnya, dapat lagi lah saya ucapan tahniah dari anda 😉

*Tip bonus: Dalam mempromosi atau mengumumkan sesuatu yang baru, ciptakan tanda tanya seperti yang saya lakukan di atas. Orang ramai akan menunggu dan terfikir-fikir, apakah pelancaran esok? Boleh di aplikasikan kepada pelancaran perniagaan juga…

Agak-agaknya pelancaran apa ya? Sesiapa yang pertama memberi jawapan yang tepat dapat hadiah!

Artikel sempena Merdeka

ind50.gifTerfikir saya untuk menulis sedikit mengenai kemerdekaan, tetapi, tidak datang idea pula. Kemudian, teringat saya pada satu artikel saya yang baru-baru ini keluar dalam majalah Maskulin.

Bagi yang tidak tahu, saya merupakan penulis tetap untuk majalah Maskulin (Motivasi Dr.Irfan) dan juga NUR terbitan Karangkraf (Ruang Bisnes). Artikel ini teringat saya mengenai kemerdekaan- walaupun tidak secara langsung. Terfikir tentang pemimpin-pemimpin yang memeperjuangkan kemerdekaan 50 tahun lalu sudah pasti menerima pelbagai tentangan pihak penjajah! 

Artikel mengenai kejayaan dan apa yang datang bersama kejayaan bertajuk “Tidak semuanya indah apabila berjaya”.

Dalam artikel ini saya menyebut tentang konsep “Inverse Paranoid”. Iaitu tip terakhir saya ingin kongsikan dengan anda yang saya kongsikan juga di Gerak Usahawan 2007!

Klik di sini untuk artikel sepenuhnya 

Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan ke-50 🙂

Continue reading Artikel sempena Merdeka

Alang-alang jadi usahawan…

Masih lagi tip Gerak Usahawan…

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang jadi usahawan, biar jadi USAHAWAN JUTAWAN!

  • 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Itu semua tahu 🙂
  • 74% jutawan di dunia adalah daripada bidang perniagaan!
  • Kebanyakan perniagaan yang berjaya kini, bermula sebagai perniagaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, termasuk, Micorsoft, Dell, Body Shop, Selangor Pewter, Irfan Khairi Sdn Bhd dan banyak lagi!

Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.

Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjdai usahawan jutawan!

Keusahawanan adalah kerjaya pilihan. Dan alang-alang menjadi usahawan, biar jadi usahawan jutawan!

Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia

Antara tip-tip saya bentangkan semalam tentang peluang perniagaan Internet terutama untuk kita di Malaysia (juga Singapura & Brunei), ketika Gerak Usahawan 2007 adalah…

  • Jumlah pengguna Internet Asia adalah lebih tinggi daripada jumlah pengguna Internet Amerika Syarikat dan juga Eropah. Bagi setiap 5 orang pengguna Internet di dunia, 3 daripadanya adalah pengguna Internet Asia! (Sumber: IWS)
  • Statistik ini memberi peluang perniagaan Internet bagi usahawan Internet Malaysia oleh kerana lokasi Malaysia yang sangat strategik di tengah-tengah Asia. Ia memudahkan penghantaran produk dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos penghantaran.
  • Jumlah pengguna Internet di Malaysia kini adalah seramai 14 juta pengguna. Sementara jumlah pengguna Internet sedunia adalah seramai 1.2 billion pengguna! (Sumber: IWS). Majoriti pengguna Internet sedunia memahami Bahasa Inggeris.
  • Laman web perniagaan Internet berbahasa Malaysia juga mempunyai pasaran yang luas oleh kerana pasaran boleh menjangkau pengguna Internet Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Statistik menunjukkan bahawa 20 juta penduduk dunia menggunakan bahasa Malaysia. (Sumber: CIA)

wmap.jpg

Ingin saya quote Pak Lah ketika pelancaran Gerak Usahawan mengenai keusahawanan…

Mengenai peluang besar dalam bidang keusahawan, Perdana Menteri menegur golongan yang tidak berfikiran jauh supaya menilai dan mengambil kesempatan daripadanya dan tidak hanya tertumpu untuk mencari kerja makan gaji.

Katanya, Malaysia yang makmur dan pantas membangun membentangkan banyak peluang perniagaan, cuma ramai yang kurang menggunakan akal dan malas hingga peluang itu tidak dapat dimanfaatkan.

“Rasulullah sendiri menyatakan bahawa sembilan daripada 10 bahagian rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Semuanya bergantung kepada usaha kita,” katanya. (sumber: Berita Harian)

Perniagaan Internet adalah satu pilihan dalam memulakan perniagaan! Sekiranya berminat untuk menyertai Workshop Jutawan Internet, klik sini!

Esok saya akan beri lagi tip yang dikongsikan 🙂

Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 2

 

hadirin.jpg

Alhamdulillah Gerak Usahawan 2007 tadi berjalan dengan lancar. Hadirin usahawan & bakal usahawan ada juga 700-800 orang! Wow… banyaknya. Semoga semuanya dapat manfaat daripada talk saya 🙂

Antara yang menarik terjadi:

  • Sesi saya dimulakan lewat sedikit 4.00pm (sepatutnya 3.30pm)oleh kerana sesi-sesi sebelum saya terlewat. Namun, ramai sanggup menunggu dengan penuh sabar sesi saya… sesi penutup! Terima kasih atas sokongan semua 🙂
  • Full house dewan besar tu sampai ramai yang perlu berdiri untuk masa 1 jam setengah!
  • Sebuah klip berita TV9 dimainkan menunjukkan kejayaan perniagaan Internet oleh salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet. Menjual produk Halal dari Kelantan ke seluruh dunia!
  • Bersemangat membuat pesembahan punya pasal, saya sampai berdiri atas meja VIP! Nasib baik VIPnya takde!
  • Lepas talk, berpeluang berjumpa bakal-bakal usahawan yang bersemangat! 🙂

iks.jpg

Juga, sesi bersama saya tadi di siarkan di TV3 Buletin Utama 🙂 Saya pun tak sempat tengok sebab masih dalam kereta on the way balik rumah dari PWTC! Terima kasih kepada TV3

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Gerak Usahawan 2007 semoga ia dapat manfaatkan masyarakat Malaysia tentang Keusahawanan Kerjaya Pilihan.

Bagi mereka yang tak berkesempatan menyaksikan persembahan saya semalam, esok saya akan tulis sedikit tips yang saya kongsikan kepada lebih 700 peserta gerak Usahawan 🙂

Jumpa lagi!

ps: Workshop Jutawan Internet Hanya 3 tempat kosong.

Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1

Pagi tadi pelancaran Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah!. Sesak juga PWTC di buatnya. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Dato’ Seri Mohamed Khaled ternampak saya buat pertama kali ketika itu, terus sebut “Eh, ni yang jutawan Internet tu kan?”. Wah… boleh tahan juga! 🙂

Esok sesi saya adalah pada jam 3.30-5.30pm di PWTC

Sekiranya berminat, datanglah ke Gerak Usahawan- banyak yang anda boleh pelajari daripada pameran-pameran yang disediakan.

Daripada hendak menyertai MLM, hendak menyertai franchais, hendak mencipta franchais, hendak mendapatkan pinjaman bank, atau grant… macam-macam ada. Bagi usahawan & bakal usahawan, Gerak Usahawan adalah bantuan kerajaan dalam mempromosi keusahawanan. Pameran & booth bermula pada jam 9.30 pagi. Slogannya pun “Keusahawanan kerjaya pilihan!”

Sesi saya, saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan juga cara memulakan perniagaan Internet. Apa yang saya akan ceritakan esok, hanyalah “pengenalan kepada perniagaan Internet”- jadi, yang advance-advance takde diceritakan :). Khas untuk membuka mata mereka yang masih belum mengetahui perniagaan Internet. Berikut adalah antara isi kandungan talk saya esok…

  • Membina minda usahawan jutawan
    Alang-alang hendak jadi usahawan, baik jadi usahawan jutawan! Tetapi, apa yang diperlukan untuk jadi usahawan jutawan?
  • Kehebatan perniagaan Internet
    Bagaimana perniagaan Internet dapat membantu usahawan. Kekuatan perniagaan Internet di Malaysia, Asia dan juga pasaran Islam!
  • Nak jual apa online?
    Soalan cepu emas ramai yang tidak tahu jawapannya. Nak jual apa online? 🙂

Jumpa di sana! Keusahawanan kerjaya pilihan 🙂

Luar majalah, dalam majalah

compile-mag.jpgBulan ini saya menjadi cover majalah perniagaan Apprentice– edisi merdeka! Best jadi cover majalah ni untuk publisiti, yang  tak bestnya adalah masa time nak beli majalah di kedai mamak, nanti mamak tu jeling-jeling saya 🙂

Berita baik juga, bekas peserta Workshop Jutawan Internet, juga ada menulis untuk majalah ini, Irwan Dahnil. Namanya ada tertulis di bawah nama Azizi Ali dan atas nama Billi Lim. Keep up the good work!

Tip hari ini…

Membeli iklan di dalam majalah adalah salah satu cara promosi. Apa yang baiknya mengenai iklan di majalah adalah, anda mendapat market yang targeted.

  • Ini kerana, setiap majalah mempunyai golongan pembacanya yang setia. Berdasarkan tema majalah tersebut seperti perniagaan, laman rumah, memancing, silat, keluarga, wanita, lelaki, kereta dan sebagainya… pengiklan dapat mengsasarkan iklan tepat pada pasaran yang ingin ditumpukan, tidak seperti surat khabar yang lebih bersifat umum.
  • Majalah juga sering dijadikan koleksi untuk beberapa lamanya oleh kerana amat jarang orang membuang majalah (tidak seperti surat khabar). Selagi majalah di simpan, selagi itu juga iklan anda akan terkandung dalam majalah itu.
  • Ilklan di dalam majalah adalah murah berbanding iklan akhbar, tv & radio. Murah + Tepat pada sasaran = Cara Promosi yang kos efektif!

Fikirkan sasaran pengguna perniagaan anda dan senaraikan apakah majalah-majalah di kedai yang menepati sasaran anda.

Up to date, sudah 3 majalah saya menjadi cover. Lepas ni, boleh la apply kat majalah Vogue jadi model pulak 🙂 Teringat pula time gambar saya keluar dalam filem Nana Tanjung!

ps: Workshop Jutawan Internet. Signup & pelajari strategi menguasai pasaran Internet Malaysia untuk industri anda seperti bekas-bekas peserta Workshop. Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran.

Tidak semua menjadi

Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi. Diri saya sendiri juga begitu 🙂 Tahun ini, 2 perancangan perniagaan saya yang pernah sebut di Tip Satu Minit tidak menjadi. Iaitu…

  1. Strategy X (klik di sini)
    Dokumentari perniagaan di mana 40% di rakam di UK. Strategy X adalah sesuatu yang penting, tetapi, sehingga kini, timing untuk keluarkannya masih belum tepat. Pasaran masih belum bersedia 🙁
  2. E-commerce Academy (klik di sini)
    Perancangan yang agak besar juga ni antara salah satu azam saya tahun ini. Tetapi, makin banyak yang dilakukan untuk memulakan academy ini, makin sukar dan banyak halangan. Tidak seperti yang saya sangka- panjang cerita! 🙁

Kedua projek ini saya batalkan buat masa ini… modal dan usaha yang dikeluarkan pun burn. 🙂

Seperti kita semua ketahui, gagal sekali dua, bukan bermakna selamanya… walaupun 2 perancangan besar saya tidak menjadi untuk tahun ini, bermacam-macam lagi peracangan yang menjadi pada tahun ini 🙂

Pengajaran? Lakukan banyak perkara! Mat salleh kata, don’t put all eggs in one basket. Cuba bina aliran pendapatan berganda dari berbagai-bagai arah.

Sekiranya satu idea tidak menjadi, anda mempunyai 10 lagi idea lain. Sekiranya 1 perniagaan gagal, anda mempunyai 5 lagi perniagaan yang berjaya.

Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yang terus berjaya & mereka yang terus gagalan adalah…

Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha! 😉

PANAS & SEJUK dalam setahun

Dalam perniagaan, sebagai usahawan, kita perlu menjangka pasaran perniagaan kita pada keadaan pasaran yang akan berubah mengikut musim. Musim yang dimaksudkan ini, adalah musim jangka pendek (bukan trend).

Contoh:

  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika cuti sekolah. Sesetengah perniagaan mendapat lebih keuntungan dari cuti sekolah.
  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika bulan puasa (dah dekat ni!). Sesetengah perniagaan pula mendapat lebih keuntungan ketika puasa (seperti gerai Ramadhan).
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan yang lebih pada hujung bulan apabila pengguna menerima gaji!
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan pada hujung tahun apabila pengguna menerima bonus!
  • Sesetengah perniagaan akan menjangka penurunan keuntungan ketika cuti umum seperti cuti raya dan sebagainya…

Tip Satu Minit:

Ambil calander setahun, dan tandakan di dalam kalender tersebut minggu-minggu yang PANAS (warna merah) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan yang lebih. Dan tandakan juga di kalender minggu-minggu yang SEJUK (warna biru) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan kurang.

Melalui kalender PANAS & SEJUK ini, anda dapat melihat trend keuntungan perniagaan anda.

  • Cipta strategi bagaimana anda boleh memaksimakan keuntungan bila musim perniagaan PANAS.
  • Ubah strategi perniagaan ketika musim perniagaan SEJUK untuk mencari keuntungan baru ketika keuntungan perniagaan dijangka menurun- contoh, menjalankan perniagaan sampingan baru.

Sebagai usahawan, perhatikan musim perniagaan PANAS & SEJUK dalam satu tahun dan adjust strategy anda untuk memaksimakan keuntungan bagi keseluruhan tahun 🙂

Sesiapa boleh beri contoh?