Kurangkan animasi di laman web anda. Lebih kurang 10 tahun lalu, ketika saya menuntut di university di UK, saya telah menghantar kerja laman web yang disiapkan. Lecturer saya Mr Collin, memberi komen kepada satu kelas bahawa konsep laman web yang saya lakukan adalah salah. Walaupun nampak cantik, tetapi ianya salah.
Sebab utamanya adalah laman saya mengandungi animasi. Ketika itu, laman web kerja saya, saya meletakkan logo yang berputar (beranimasi) untuk “mencantikkan” lagi laman web.
Bengang juga dengan lecturer sebab bagi saya, memang cantik laman yang saya buat tu. Jadi, saya pun persoalkan lecturer saya tu “But, it looks great!” memuji kerja sendiri kat lecturer. Darah muda lah katakan… nakkan conflict saja :).
Katanya, dari segi penggunaan (usability), animasi menarik fokus pelawat daripada membaca laman web kita.
Pada mulanya (sehingga beberapa tahun kemudian), saya tidak menerima alasannya.
Sehinggalah saya berkecimpung dalam perniagaan Internet, baru saya tahu maksud lecturer saya itu.
Animasi sebenarnya menarik perhatian pelawat laman web perniagaan kita daripada matlamat utama laman web, iaitu, MEMBUAT BELIAN!
Animasi menghilangkan fokus dan juga menganggu pelawat. Animasi termasuk, GIF animation, flash animation dan juga favourite ramai, teks bergerak.
Bagi mereka yang masih baru membina laman web, sudah past mengalami masalah seperti saya 10 tahun yang lalu. Iaitu, memikirkan, lagi banyak animasi, lagi banyak benda bergerak, maka lagi cantik. Sebenarnya, lagi banyak animasi, lagi hilang tumpuan pembaca!
Buang segala animasi di laman web anda (termasuk iklan). sekiranya anda hendak juga meletakkan animasi, hanya satu animasi sudah memadai. Laman web anda akan kelihatan lebih profesional.
Untuk rujukan kembali, laman web perniagaan Internet anda perlu…
- Kurangkan penggunaan text style yang pelbagai
- Tidak menggunakan banyak warna
- Tidak mengandungi banyak iklan
- … dan kini, Tiada lagi animasi!
Dalam erti kata lain, laman web yang efektif mengandungi elemen “Less is more!” 🙂