Hari ini masuk hari ke-enam Minggu Memulakan Perniagaan Internet. Setakat ini, berikut telah dilakukan:
- Pemilihan produk – Produk informasi mengenai Promosi (Masalah utama usahawan Internet)
- Pembikinan Laman Web & mendapatkan Domain Name CaraPromosi.com
- Pembinaan isi kandungan laman web atau Sales Copy
- Meletakkan cara-cara bayaran dan berbincang mengenai harga. Harga 101 Cara Promosi akan diumumkan ketika dilancarkan dalam beberapa hari lagi.
Untuk melihat update laman web, sila ke http://www.CaraPromosi.com
Hari ini pula perlu mengemaskini lagi produk informasi 101 Cara Promosi dan mengemaskini lagi sales copy di CaraPromosi.com. Sekiranya anda perasan, saya mengambil masa paling lama pada penyediaan produk dan isi kandungan laman web.
Seterusnya, untuk memaksimakan transaksi bagi setiap pelawat (conversion rate), dua lagi faktor yang kita belum abil kira. Iaitu faktor “FREE GIFT!” dan “BACK-END” product.
Free gift adalah satu daya tarikan yang boleh menutupkan suatu jualan (close the sale). Free gift juga memberi produk yang dijual bertambah nilainya. For example, rujuk Workshop Jutawan Internet http://www.rahsiainternet.com/workshop yang memberi pelbagai free gift untuk menarik peserta.
Back end product pula merupakan barangan jualan tambahan untuk memaksimakan keuntungan. Kita sedia mengetahui bahawa ianya lebih mudah dan murah mendapatkan pelanggan sedia ada daripada pelanggan baru. Oleh itu, pembeli 101 Cara Promosi adalah lebih mudah membuat belian yang seterusnya melalui produk Back-end.
Pada stage ini, ada 2 soalan perlu ditanya sebelum meneruskan pembinaan perniagaan Internet…
- Apakah free gift yang boleh diberi sebagai daya penarik? dan…
- Apakah back-end produk yang boleh dijual sejurus selepas pelawat membeli 101 Cara Promosi?
Kedua soalan ini adalah penting untuk memaksimakan keuntungan sesuatu transaksi. Jangan lupa, make an “offer you can’t resist”
ps: nanti bila siap semua, saya juga akan umumkan keuntungan yang dapat melalui project 7 hari kita ini. Harapannya untuk anda dapat melihat setiap langkah yang di ambil dari awal sehingga mendapat keuntungan. Mudah-mudahan anda juga dapat mulakan perniagaan Internet anda sendiri mengikuti langkah yang diberikan 🙂