Tiru, ciplak dan copy… semua sama

Oleh kerana kita masyarakat Malaysia selalu terdedah dengan barangan ciplak disekeliling kita (dari vcd, dvd, jam tangan, baju dan sebagainya!), penyakit “ciplak” ada di merata-rata termasuk perniagaan Internet.

Ada yang tiru: contoh, ada Tip-Satu-Minit perniagaan Internet, ada pula Tip-Dua-Minit perniagaan Internet (contoh sahaja! kalau anda cari tak jumpa pun 🙂 )

Ada yang ciplak: contoh, memberi ebook secara percuma dimana ebook tersebut dijual oleh usahawan lain.

Ada yang copy: contoh, teks dari laman RahsiaInternet.com di copy and paste ke laman web sendiri.

Tiru, ciplak dan copy, semuanya lebih kurang sama sahaja. Di sini saya bukan nak sentuh perkara di atas ni betul/salah. Sebab saya pasti anda pun tahu betul atau salah! tak perlu tanya 🙂

Tanya pada diri anda sendiri, kalau orang buat pada anda (tiru, ciplak atau copy hasil kerja anda), boleh tak?

Tetapi, isu yang saya nak bangkitkan adalah ini!

Jangan tiru, ciplak atau copy sebab ianya hanya menjatuhkan kredibiliti anda. Saya pernah melihat usahawan-usahawan yang meniru daripada sesuatu laman web. Perniagaan usahawan itu dah bagus dah. Idea pun bagus. Business model pun bagus. Tetapi, sayang seribu kali sayang… kenapa pula perlu tiru dari laman web lain? 🙁

Ia hanya menjatuhkan kredibiliti seseorang itu sebagai usahawan. Dan kredibiliti, sekali kalau dah jatuh, memang susah nak dinaikkan kembali.

Pendapat saya, buat penat sahaja! perniagaan semua dah cun. Tapi, mungkin kerana sifat terdesak atau tidak confident, membawa mereka meniru, ciplak dan copy!

Be creative! Jangan takut mencipta konsep/idea/teks sendiri, kerana itulah tanda-tanda usahawan yang berjaya 🙂

Wealth, Success & Love

A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said “I don’t think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat.”

“Is the man of the house home?”, they asked.

“No”, she replied. “He’s out.”

“Then we cannot come in”, they replied. In the evening when her husband came home, she told him what had happened.

“Go tell them I am home and invite them in!” The woman went out and invited the men in.

“We do not go into a House together,” they replied.

“Why is that?” she asked.

One of the old men explained: “His name is Wealth,” he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, “He is Success, and I am Love.” Then he added, “Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home.”

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. “How nice!”, he said. “Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!”

His wife disagreed. “My dear, why don’t we invite Success?”

Their daughter was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: “Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!”

“Let us heed our daughter’s advice,” said the husband to his wife. “Go out and invite Love to be our guest.”

The woman went out and asked the 3 old men, “Which one of you is Love? Please come in and be our guest.”

Love got up and started walking toward the house. The other 2 also got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success: “I only invited Love, Why are you coming in?”

The old men replied together:

“If you had invited Wealth or Success, the other two of us would’ve stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!

Moral of the story:

Penuhi hidup anda dengan penuh kasih & sayang. Kekayaan & kejayaan akan menyusuli kemudian…

Teknik “Halo” dalam perniagaan

Mungkin anda pernah melihat teknik ini di pawagam seperti…

  • “From the creator of X-men” atau…
  • “From the director of Crouching Tiger, Hidden Dragon”

Mungkin juga anda pernah lihat di buku…

  • “From the best-selling author of Da Vinci Code”
  • “From the mega-best-selling author of Chicken Soup For The Soul”

Teknik ini dipanggil teknik “Halo”. Di mana ia menggunakan nama kejayaan sebelum ini untuk memberi kredibiliti kepada produk atau perkhidmatan baru.

Sekiranya anda berjaya mencipta sesuatu yang hebat dan mendapat sambutan, gunakan teknik “Halo” untuk menaikkan jualan produk atau perkhidmatan akan datang.

Contoh…

Strategy X… daripada penulis buku terlaris Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar!” 🙂

Tetapi, untuk memastikan teknik halo ini memberi efek maksimum, pastikan ia digunakan pada kejayaan yang hebat. Sekiranya digunakan pada sesuatu yang tak hebat, maka, efeknya tidak akan menjadi. Tambahan, mungkin jualan pula akan kurang!

Perniagaan Internet… perlu 3 bulan (Magic Number)

Saya ada mendapat email dari bekas peserta Workshop Jutawan Internet iaitu Razzi Rahman pemilik halalgelatine.com hari ini. Amat teruja saya dengan emailnya yang mengatakan perniagaan Internetnya yang menjual gelatin halal kini mendapat sambutan hebat dari serata dunia.

Pelanggannya kini menjangkau United Kingdom, USA, Canada, Germany, New Zealand, Indonesia, Brunei dan banyak lagi! Dan beliau menjual produk! (yang perlu penghantaran pos)

Teringat saya pada mulanya apabila beliau (Razzi Rahman… dulu penyanyi, kini usahawan Internet!) memulakan perniagaan Internet, beliau sering menghubungi kami pada peringkat awal oleh kerana risau tiada pelanggan untuk sebulan dua yang pertama.

Nasihat saya adalah, dalam apa jua perniagaan Internet, secara purata, ia mengambil masa 3 bulan untuk mendapat pulangan yang memberangsangkan. Somehow, magic numbernya adalah 3 bulan.

Bekas peserta workshop yang lain juga mendapati ini adalah benar… selepas usaha 3 bulan, baru mendapat pulangan yang baik melalui perniagaan Internet!

Ia mengambil masa untuk perniagaan Internet anda dilawati, dikenali, kemudian, baru pelawat membeli.

Ambil langkah demi langkah oleh kerana perniagaan Internet bukan skim cepat kaya. Bina perniagaan anda dengan penuh semangat dan tanpa putus asa… dan tunggu the magic number 3 bulan untuk memihak kepada anda! 🙂

 

Langkah pertama PENTING dalam perniagaan

Langkah pertama dalam perniagaan adalah  mesti-mesti dan mesti jalankan penyelidikan! (market research)

Apabila memulakan apa jua jenis perniagaan ataupun mencipta produk atau perkhidmatan untuk dijual, langkah pertama saya adalah menjalankan penyelidikan. Soalan yang paling penting saya perlu pastikan mendapat jawapan adalah…

“Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?”

Seringkali saya melihat seseorang memulakan perniagaan tanpa menyelidik pasaran terlebih dahulu. Terus dapatkan apa sahaja produk yang dijumpa, kemudian, terus cuba menjualnya pada satu harga yang ditetapkan sama ada melalui Internet atau bukan Internet. Cara ini adalah SALAH dan saya tidak syorkan.

Dan kesilapan yang paling ketara adalah, tidak menjalankan penyelidikan oleh kerana “menganggap” atau “assume” pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan yang didirikan!

Penyelidikan pasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Saya sering mengambil masa berbulan-bulan untuk penyelidikan perniagaan sebelum memulakan apa sahaja perniagaan. Buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Workshop Jutawan Internet dimulakan selepas berbulan-bulan menyelidik pasaran untuk memastikan jualan yang maksimum (bukan main tangkap muat je tau :))

Strategy X yang akan dilancarkan tidak lama lagi juga adalah selepas berbulan-bulan menyelidik pasaran dan permintaan.

Jangan mulakan perniagaan sekiranya anda tidak menyelidik pasaran anda terlebih dahulu. Menyelidik pasaran adalah aktiviti yang agak membosankan oleh kerana tidak dapat lihat wang masuk! Namun, ianya amat penting untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan wang masyuk 🙂 

Meja kemas, semua pantas!

Sini ada satu tip pengurusan masa. Bunyinya simple, tetapi agak efektif oleh kerana ramai yang telah memanfaat dalam bab pengurusan masa.

Tipnya adalah…

kemaskan meja dan sekeliling tempat anda kerja. Dengan meja yang kemas dan tidak serabut, fikiran juga menjadi kemas dan tidak serabut.

Ini memberi produktiviti kepada kita dan boleh mempercepatkan segala urusan kita di tempat kerja tersebut. Bila sekeliling kemas, kerja pun turut kemas. Satu tip pengurusan masa!

Bertemu Adi Putra- Genius Malaysia

adiputra.jpgHari ini agak istemewa sekali oleh kerana saya berpeluang bertemu salah seorang insan yang dari dulu lagi saya ingin berjumpa- Adik Adi Putra.

Lahir pada Januari 27hb 1999, Adi mempunyai anugerah kebijaksanaan yang amat luar biasa. Perjumpaan bersama Adi di Bandar Utama, di rumah Yayasan Ilham Budi.

Tip hari ini, bagi saya, setiap insan di dunia mempunyai keistemewaan tersendiri. Insan seperti Adi, dapat mencungkil keistemewaannya pada umur yang amat muda.

Dalami diri sendiri dan cuba cari dimanakah keistemewaan yang ada pada anda. Percaya bahawa anda mempunyai kekuatan yang istemewa yang hanya menunggu masa untuk anda menjumpainya!

Perjumpaan dengan Adi, terasa sedikit sebak oleh kerana dapat melihat anugerah kebijaksanaannya. Selepas solat Maghrib, Adi sendiri meminta Imam untuk menjalankan solat sunat syukur secara berjemaah.

Irfan Khairi in Kick-Start reality TV!

Beberapa hari lepas saya ada sebut tetang sebuah program Realiti-TV terbaru yang saya terlibat. Rancangan tersebut adalah Realiti-TV popular TV3: Nescafe Kick-Start! Kini Kick-Start masuk musim ketiga. Kali ini saya diberi kepercayan menjadi judge bersama Azah (bekas pengacara 3R) dan Weng Keong (judge dari season 1 & season 2).

kickstart

Siang tadi shooting untuk Kick-Start episode 1, tidak lama lagi, ia akan disiarkan di TV3. Atas adalah gambar kami bertiga…

kslogo.gifTip hari ini ada berkaitan dengan pengalaman saya hari ini. Hari ini dalam 30 peserta membuat persembahan di hadapan kami. Walaupun ramai yang bersedia… namun, ada beberapa yang tidak prepare dengan bahan atau info untuk dipersembahkan. Persembahan adalah amat penting terutama dalam temuduga, persembahan profesional ataupun dalam berunding.

Dalam persedian untuk melakukan sesuatu persembahan, berapa banyak persediaan perlu dilakukan?

Speaker pakar ternama Brian Tracy mengatakan, untuk setiap 1 minit persembahan profesional, perlu ambil masa 1 jam untuk bersedia. Ertinya, untuk menyediakan persembahan 10 minit, perlu membuat persiapan 10 jam untuk menjadikan persembahan anda mantap dan tidak terkalah!

Secara keseluruhan, saya amat teruja dengan peluang dapat bertemu anak-anak muda yang bercita-cita besar. Walaupun dari beribu penyertaan, hanya 8 akan di ambil untuk siri-siri seterusnya, namun harapan saya, cita2 penyertaan yang lain tidak pudar.

4 daripada 8 penyertaan di atas akan diberi RM30,000 untuk menjalankan impian mereka, manakala daripada 4 tersebut, seorang akan dipilih menjadi juara dan mendapat hadiah RM150,000.

Seronok dapat melihat anak2 muda yang bebas berfikir tentang “dream career” mereka. Mungkin adakalanya kita juga perlu berfikir seperti anak-anak muda! 🙂

Workshop Komunikasi Efektif Nizal Mohammad (TV3)

Pendaftaran untuk Workshop “Nizal Talk” kini dibuka. Daftar hari ini untuk menempah tempat anda 🙂

logonizal1.gif

Antara topik yang akan dibentangkan…

  • Menghilangkan malu, segan dan yang sewaktu dengannya dalam berkomunikasi 🙂
  • Berbual dengan siapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja!
  • Penggunaan suara yang efektif
  • “Public speaking” & cara menghilangkan gemuruh ketika “public speaking”
  • Menangkap minat orang ramai dengan apa yang anda ingin sampaikan
  • Memberi komen secara efektif
  • Skill dalam negotiating (berunding)
  • Komunikasi dalam menjayakan perniagaan
  • Komunikasi dalam menjayakan kerjaya
  • … dan banyak lagi!

ps: Saya sendiri masih belum tamat berguru dengan Nizal. Masih banyak kekurangan! Nanti di Workshop Nizal Talk, boleh saya ulang kaji.