Teknik promosi sekiranya modal terhad

Sekiranya modal kita kurang atau budget kita kurang, bagaimanakah cara terbaik untuk promosi perniagaan kita?

Ikut dua langkah ini dan anda akan berjaya maksimakan pulangan promosi perniagaan anda pada kos yang rendah…

  • Langkah #1: Tentukan sasaran pasaran anda. Kecilkan pasaran anda kepada satu market sahaja. Who are the BEST target market for your products & services? Luangkan lebih banyak masa di sini.
  • Langkah #2: Ulang mesej promosi anda berkali-kali pada sasaran tersebut. Ulang-ulang dan ulang pada sasaran yang sama-sama dan sama!

Untuk berjaya mendapat pasaran yang besar, langkah pertama adalah untuk memasuki fikiran pasaran anda. Ini dapat dilakukan dengan mengulangi mesej yang sama berkali-kali.

Ianya akan mengambil masa yang lama untuk memasuki fikiran pasaran anda sekiranya modal anda adalah kurang, namun, dengan kesabaran dan ketekunan melakukan promosi yang sama, mesej perniagaan anda akan memasuki fikiran target market terbaik anda lambat laun!

5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Minggu lepas saya kumpulkan 5 tip Kewangan daripada FB saya untuk tatapan blog di sini. Kali ni, saya kumpulkan 5 tip motivasi pula!
Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan ;)

Berikut adalah antara 5 tip motivasi TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :

Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!

Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in…san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api

Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

Sekiranya anda berada di Kuala Terengganu atau Kuantan, sertai saya hujung minggu ini. Saya akan berada di KUALA TERENGGAN. Grand Continental Hotel, Sabtu 30hb Oktober, 2.00 petang – 6.00 petang & KUANTAN. Grand Continental Hotel Ahad 31hb Oktober, 2.00 petang – 6.00 petang sempena jelajah satu Malaysia Anda Layak Berjaya mengendalikan “Bicara Santai”. Sekiranya anda ingin sertai secara percuma, hantarkan SMS kepada 017-3935 364 “LOKASI (seperti di atas) “. Penyertaan adalah percuma!

Seminar Rahsia 3K: Kejayaan, Kebahagiaan & Kekayaan

Suka saya war-warkan Seminar Rahsia 3K yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini. Untuk beberapa minggu yang lepas, saya & Abang Abu menjalankan sesi Bicara Santai untuk memperkenalkan Seminar Rahsia 3K dan alhamdulillah kini, akan menyertai seramai 180 peserta (kurang 20 untuk penuhkan tempat!)

Terima kasih tak terhingga bagi anda yang menyertai Bicara Santai saya & Abang Abu di Cititel & Vistana Hotel- memang riuh dibuatnya!

3k_pic.jpg

Seminar 3K akan dikendalikan oleh saya sendiri, Abang Abu, dan IronLady Datuk Dr Maznah Hamid di PWTC Kuala Lumpur pada hari Ahad 24hb Oktober ini (9.00 pagi – 6.00 petang)! Kami sasarkan 200 peserta, dan kini hanya 20 tempat sahaja tempat perlu dipenuhi. Sekiranya anda berminat, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda!

Apa yang anda akan pelajari dari kami bertiga…

  • Menyediakan diri ke arah mencipta kejayaan
  • Menyelami bakat dan potensi diri dan bagaimana membangunkannya
  • Membina keyakinan, kekebalan dan kepintaran diri dan emosi anda!
  • Melipat gandakan keuntungan perniagaan anda dengan membina jenama
  • Strategi menggandakan pelanggan perniagaan 4 kali ganda!
  • Sistem pengurusan wang secara mudah dan paling efektif!
  • Memupuk minda dan personaliti  ‘MAGNET WANG’ seperti JUTAWAN!

Bagi sesi saya, saya akan sampaikan sesuatu yang amat penting dalam perniagaa dan kaedah yang paling hebat untuk bersaing dengan pesaing kita, iaitu – MEMBINA JENAMA secara offline dan juga online!

logosss.gif
Perniagaan kecil-kecilan harus belajar dari perniagaan besar dalam membina jenama!

.

Zaman ini, dengan terlalu banyak pesaingan, setiap perniagaan perlu membina jenamanya tersendiri. Sesi saya akan mendedahkan kepada anda dari bagaimana hendak memulakan perniagaan, sehingga cara membina jenama perniagaan anda! Tidak kira sama ada perniagaan anda adalah perniagaan besar, sederhana atau kecil, jenama adalah satu “guarantee” kejayaan perniagaan anda!

Saya akan sampaikan:

  • Langkah pertama memilih perniagaan untuk diri anda
  • Kaedah memilih nama, logo, slogan dan warna perniagaan supaya jenama anda mudah dikenali
  • Ketahui rahsia JENAMA, iaitu strategi perniagaan yang paling penting pada zaman ini
  • Cara bersaing menggunakan jenama anda dan mendapat pelanggan lebih daripada pesaing anda
  • Bagaimana menggunakan Internet untuk menggandakan jenama anda denagn mudah, murah & pantas
  • Pelajari cara menggunakan media majalah, surat khabar, radio & TV dalam meningkatkan jenama
  • Kaedah melancarkan jenama perniagaan anda sendiri… yang pastinya takkan gagal!
  • … dan banyak lagi!

5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi

Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan 😉

Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;):

Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit 😉

PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

    Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

3 ikon usahawan kongsi rahsia

Keratan Berita Harian hari ini….

ikdmaa.jpg
IK, Datuk Maznah (Iron Lady) & Abang Abu (Mekanik Wang)

3 ikon usahawan kongsi rahsia

Seminar 3K beri peluang 300 peserta selami bakat, potensi majukan diri

KUALA LUMPUR: Tiga ikon usahawan tempatan akan berkongsi idea dan pengalaman kejayaan mereka dalam Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) yang akan diadakan di sini, pada 24 Oktober ini.

Mereka ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr Maznah Hamid; jutawan internet, Dr Irfan Khairi dan pakar motivasi kewangan, Abang Abu yang lebih dikenali dengan panggilan “˜mekanik wang”™.

Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) dicetuskan melalui buku tulisan Maznah menggunakan tajuk sama, akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), disusuli klinik keusahawanan yang diikuti interaksi langsung peserta dengan tiga usahawan terbabit.

Seminar itu yang dijangka dihadiri 300 peserta bertujuan membongkar rahsia kejayaan dengan menyelami bakat dan potensi diri, membina keyakinan serta melipatgandakan keuntungan perniagaan melalui pembinaan jenama.

“Setiap individu, tidak kira ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) atau mereka yang kurang bernasib baik berpotensi berjaya. Apa yang penting bagi mereka adalah memilih bidang perniagaan bersesuaian dengan nasihat dan tunjuk ajar betul,” kata Maznah di sini, semalam.

Maznah berkata, seminar itu terbuka kepada semua pihak termasuk golongan artis yang sentiasa berdepan dengan masalah kewangan terutama ketika zaman populariti mereka menurun selain sektor korporat yang boleh menaja golongan tidak bernasib baik seperti ibu tunggal dan OKU menyertai seminar itu.

Bayaran dikenakan cuma RM350 setiap peserta berbanding RM1,000 yang dikenakan bagi seminar seumpamanya.

ps: Saya juga ingin mengalu-alukan anda untuk turut serta memeriahkan lagi majlis ilmu ini bersama kami bertiga. Bawa ahli keluarga bersama oleh kerana Seminar3K adalah cara santai! Walaupun santai, tetapi mesej yang kami ingin sampaikan adalah amat serius untuk membina kejayaan diri.

Perniagaan perlu tambah nilai untuk berjaya

valueadded.gifSememangnya dalam perniagaan saya sering mengatakan untuk kita mulakan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN (demand). Ia adalah lebih mudah menjalankan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN oleh kerana pelanggan yang akan mencari anda!

Namun begitu jangan lupa juga dengan PENAWARAN (supply). Sekiranya PERMINTAAN tinggi, ianya tidak semestinya sesuatu yang bagis sekiranya PENAWARAN juga tinggi. Dalam konteks ini, ertinya PERSAINGAN.

Tidak kira betapa tinggi permintaan perniagaan itu, sekiranya persaingan adalah terlalu tinggi, maka masih lagi sukar mencari keuntungan.

Zaman ini, PENAWARAN atau persaingan adalah amat tinggi tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan. Satu cara untuk menangani keadaan persaingan terlalu tinggi, adalah dengan cara ADD VALUE atau menambah nilai produk dan perkhidmatan anda.

Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan nilai produk dan perkhidmatan anda. Antara cara-caranya adalah:

  • Ketika raya hari tu, ramai yang menjual kuih raya (Penawaran tinggi), tetapi, ada satu peniaga kuih raya ni, menambah nilai kuih rayanya dengan menyediakan dalam bekas yang amat cantik dan kelihatan mahal untuk dijadikan sebagai “gift”!
  • Di kawasan perumahan saya, ada beberapa gerai menjual nasi lemak berlauk bungkus pagi-pagi. Semua lebih kurang sama sahaja, tetapi, satu gerai tu memberi tambahan nilai dengan cara menyediakan barisan untuk beratur… so, tak la terjadi orang potong q macam gerai2 lain.
  • 7-11 memberi penambahan nilai kepada pelanggan-pelanggan dengan cara membuka 24jam sehari.

Belajar dari perniagaan di sekeliling anda. Cuba lihat apakah penambahan nilai yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan? Kongsikan pendapat anda sekiranya terfikir penambahan nilai yang dilakukan oleh mana-mana perniagaan 😉

The 4-minute Mile… benteng di minda

Sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit difikirkan mustahil!

Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!

Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!

Apa yang telah terjadi?

Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-buku motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil, maka, ia sememangnya mustahil.

Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian tersebut.

Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama “The 4-minute Mile”. Ia merupakan satu titik sebuah anjakan paradigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidup kita.

Klik-Klik Perniagaan Internet: HalalGelatine.com

Hari ini di ruang Klik Klik perniagaan Internet, saya ingin kongsikan, salah satu perniagaan Internet daripada peserta saya yang awal- sejak tahun 2006 lagi! Ya, cepat rasanya masa berlalu. Saya mula menjalankan seminar perniagaan Internet sejak 2006 sehingga kini.

Sejak 2006 saya menjalankan seminar perniagaan Internet, bukan sekadar ramai peserta sahaja, tetapi juga dapat ramai kenalan-kenalan rapat, termasuk bro Razzi Rahman yang sehingga kini became my good buddy.

Razzi Rahman berpengalaman dalam menjalankan perniagaan secara offline bertahun-tahun di KB Mall menjual produk kesihatan dan pemakanan halal dikedainya. Bila mendengar tentang kehebatan Internet boleh menjangkau pelanggan sehingga serata dunia, Razzi terus mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya melalui online untuk menambahkan keuntungan mendapat pelanggan seluruh dunia!

Sekiranya anda sedia menjalankan perniagaan, apa kata ambil kesempatan perniagaan Internet untuk menggandakan lagi pendapatan anda dan mencapai pelanggan luar negara seperti kisah kejayaan HalalGelatine.com!

Dan sekiranya anda memerlukan produk gelatine HALAL untuk bahan masakan anda, kini anda tahu bagaimana hendak mendapatkannya!


HalalGelatine.com

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Saya menganggap, laman web perniagaan saya HalalGelatine.com adalah seperti satu kedai runcit online yang halal dan paling berjaya sekali!

Saya panggil ia Runcit kerana gelatin ini selalunya dijual dikedai-kedai runcit, mini market atau di bahagian barangan dapur jika di pasaraya besar. Tetapi saya menjualnya secara online ke seluruh dunia.

Halal kerana, serbuk gelatin yang digunakan untuk membuat puding, jeli, kek, coklat dan berbagai agen pengikat ini asalnya dari bahan yang halal, iaitu dari tulang lembu, kerbau dan kambing BUKAN khinzir! Dan disembelih oleh orang Islam di kilang yang tidak bercampur dengan binatang-binatang lain yang haram dimakan oleh orang Islam. Serta diiktiraf oleh Majlis agama Islam Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Seingat saya, pada akhir 2006! setelah saya menghadiri Workshop Rahsia Internet yang dikelolakan oleh Irfan khairi, saya tidak dapat tidur lena semenjak hari itu hahaha! Semuanya kerana berbagai-bagai idea yang terpancul dalam kepala saya ni.

Well, nasib baiklah saya mendapat bimbingan lanjutan dari IK sehingga saya begitu fokus kepada satu idea sahaja, iaitu halalgelatine.com

It takes me about 2 months tanpa jualan, namun selepas itu saya mendapat banyak pesanan dari seluruh Amerika dan United Kingdom!paling mengejutkan saya, apabila mendapat order dari Jepun, German, Switzerland, Denmark dan berkali-kali dari Paris.

Dan kini saya amat bersyukur, Alhamdulillah, even orang bukan Islam pun sudah membuat pesanan dengan saya kerana mementingkan “Halalan Toyibun” yang bermaksud hygine food! 😉

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Kebaikan perniagaan Internet yang paling saya suka ialah apabila produk halal gelatin saya dapat dijual ke seluruh dunia, walau saya hanya berada di kampung saya Kota Bharu, Kelantan. Kadang-kadang saya menggeleng kepala sorang-sorang dan tersengih dengan keajaiban ini!whatever it is Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH swt.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Dalam masa yang sama, saya juga adalah seorang penulis dan saya sangat minat menulis, jadi salah satu cara yang saya lakukan untuk mempromosi laman web saya adalah saya banyak menulis artikel dan submit artikel itu ke EZINE.COM

Hasilnya, artikel-artikel saya serta resipi-resipi menggunakan halal gelatin telah tersebar keseluruh dunia. Teknik ini dan banyak lagi saya pelajari dari Workshop Jutawan Internet kelolaan sifu saya, Irfan Khairi!

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Paling penting, buat keputusan hari ini juga untuk bertindak memilih produk apa yang anda mahu jual. Atau apa sahaja minat anda, sesuatu yang anda paling suka, yang boleh dijadikan perniagaan.

JANGAN sesekali mahu melakukan kesemuanya, sure takkan jadi. Pilih satu dan focus on it! Kemudian jangan menoleh ke belakang lagi.

Dan yang penting juga adalah dalami perniagaan Internet sebaiknya daripada mereka yang sudah berpengalaman dan telah melahirkan ramai usahawan Internet di Malaysia seperti sifu IK!

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Menambahkan lagi produk-produk yang menggunakan halal gelatine.

Dan yang paling penting, mengekalkan info-info tentang pemakanan halal dan terus menulis artikel tentangnya seterusnya mempromosi ke seluruh dunia agar syarikat saya Nur Halalgelatine Resources terus dapat menjadi pengedar barangan halal kepada setiap rumah orang Islam mahupun bukan Islam, di seluruh dunia, InsyaAllah

**********

Ramai yang telah berjaya dalam perniagaan Internet. Untuk mengikuti kisah-kisah kejayaan usahawan Internet lain di ruang Klik-Klik perniagaan Internet, klik di sini! dan pelajari tips dan petua yang dikongsikan.

Bulan depan, saya juga akan turut mengendalikan beberapa seminar perniagaan Internet, dan sekiranya anda berminat mengikutinya dan pelajari kaedah-kaedah memulakan perniagaan Internet dan mencapai pelanggan seluruh dunia walaupun hanya dari rumah, klik di sini.

Cara-cara menjimat duit

ikonair.gifSemalam saya mengendalikan program radio mingguan saya di Radio24 “Irfan on Air” dan berkongsi dengan pendengar dan pemanggil cara-cara menjimat duit. Berikut adalah senarai daripada apa yang di kongsikan…

  • Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah!
  • Bawa bekal dari rumah ke pejabat
  • Baca akhbar melalui Internet dan tidak lagi membeli
  • Daripada keluar menonton wayang, tonton di rumah melalui dvd
  • Bayar bil secara online- tidak perlu keluar rumah
  • Car pool- bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol
  • Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online
  • Kurangkan ke complex membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman
  • Beli kereta terpakai yang masih baik
  • Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)

Anda perlu membina senarai bagaimana ANDA boleh menjimatkan wang setiap hari. Penjimatan RM5 sini, RM10 sana lama kelamaan akan menjimatkan anda beribu RM juga seriap tahun!

Apa kata anda kongsikan juga beberapa cara yang boleh anda fikirkan atau yang anda amalkan untuk manfaat bersama! Tinggalkan tips2 anda pula di sini…