Di mana tahap kewangan anda

Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan “Yo!” kepada “Irfan on Air”. Irfan on Air berkonsep seperti blog anda baca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi cara santai dan insyaallah happening! Saya juga membuka talian telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip atau pun soalan bersama saya 🙂
Semalam di Radio24, program “Irfan on Air” (Setiap hari Khamis 2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.

Berikut adalah 4 tahap tersebut…

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan 😉

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :)) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra Rich

Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ;)) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di “Irfan on Air”. Sekiranya anda ikuti semalam, saya juga kongsikan teknik dan strategi bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4. Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita faham dulu kedudukan kewangan kita…

Soalan cepu gangsa untuk hari Jumaat ini…

Anda berada dalam kedudukan yang mana? 😉

*Tak perlu jawap di sini pun takpe. Just jawap dalam hati… yang penting kita sedar kedudukan kewangan kita dan berusaha untuk tingkatkan ke tahap yang seterusnya 🙂

Selamat bercuti!

Elevator pitch… adakah anda memilikinya?

Dalam pemasaran era baru, terdapat teknik menjual yang dikenali sebagai elevator pitch. Elevator = lif.. pitch = kata-kata menjual.

lift.jpg

Maksud elevator pitch, bukannya anda menjual dan lakukan promosi ketika di dalam lif 🙂

Tetapi, maksudnya adalah untuk anda ciptakan satu “selling pitch” atau “kata-kata jualan” yang khas yang panjangnya dalam lingkungan 15-20 saat. Elevator pitch adalah terbaik oleh kerana ia akan membezakan anda dnegan pesaing-pesaing anda. Namanya dikenali sebagai “elevator pitch” kerana kononnya seumpama anda perlu promosi dalam jangka masa pendedk seperti di dalam lif.

Contoh:

Sekiranya anda seorang penasihat kewangan, apabila di tanya “apa anda buat?”, sering kali jawapannya adalah “Penasihat Kewangan”

Tetapi, sekiranya anda mempunyai elevator pitch, jawapan anda adalah:

“Saya membantu mereka yang dalam kesusahan kewangan untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih sempurna dan menambahkan lagi pendapatan tanpa usaha dengan cara melaburkan simpanan yang sedia ada”

Sekiranya anda seorang konsultan Internet:

“Saya membantu perniagaan menambahkan keuntungan perniagaan mereka sebanyak 200% dengan memperkenalkan kaedah dan strategi perniagaan Internet yang mudah dan murah”

Elevator pitch adalah apabila anda menjelaskan apa yang anda lakukan (perniagaan anda) dengan lebih sempurna dan lengkap. Tidak lagi menjawab pertanyaan orang dengan “saya seorang arkitek” atau “saya seorang ejen hartanah” atau “saya seorang akauntan”.

Elevator pitch pastinya membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain 🙂

Jadi, kongsikan elevator pitch anda di sini… siapa berani? (cabaran ni… siapa nak sahut?)

Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda… (bhg 2)

Sekiranya ianya terjadi kepada anda, jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali. Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.

Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.

Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana tiada siapa yang akan menang.

Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda sendiri.

Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds, adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas balik dan memburukkan gerai burger tersebut?

Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!

Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…

Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.

Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?

Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.

Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali. 

Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?

Mengapa perlu fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.

Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

magnify.jpg

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?

Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.

Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus 😉

Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!

Mana lagi penting- Blog atau Laman web

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh…

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

Happy blogging!

Teman hidup yang memahami

The Millionaire Mind adalah buku tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dilakukannya keatas beratus-ratus jutawan. Menurut surveynya didapati “Having a supportive spouse” adalah dikalangan top 5 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan!

Pepatah mat salleh mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman.

Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.

Pesanan saya…

  • Bagi anda yang merupakan isteri kepada suami yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan!
  • Bagi anda yang merupakan suami kepada isteri yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan! (Walaupun keadaan ini agak sukar bagi sesetengah kaum lelaki)
  • Bagi anda yang masih bujang trang-tang-tang… cari pasangan yang benar-benar memahami matlamat anda yang besar itu. Sekiranya sebelum kahwin x faham… maka, dah kawin nanti pun tetap tak faham-faham 😉

Antara pembaca blog ini mungkin pernah berjumpa dengan isteri saya, Shaz ketika Workshop Jutawan Internet. No doubt Shaz berikan 110% sokongan untuk mencapai kejayaan… walaupun ketika kami duduk flat kecil tiada bilik 8 tahun dulu!

Dan hari ini, genap 8 tahun wedding anniversary kami, dan dikurniakan 4 cahaya mata 😉

wedding.jpg
Gambar kahwin 8 tahun dulu…. 🙂

Beri sokongan kepada pasangan hidup anda. Bukan sokongan ala kadar sahaja, tetapi 110% sokongan dengan penuh keghairahan (passion) 😉 Baru la pasangan hidup kita takkan gagal…

Integration Marketing – Mengambil peluang trafik yang sedia ada

Beberapa minggu lepas, saya ada menyebut tentang “Integration Marketing” dengan menunjukkan contoh bumbung Hard Rock Cafe yang dicat dengan logo Hard Rock supaya boleh pengunjung melihat daripada Menara Kuala Lumpur…

Konsep Integration Marketing yang digunakan dalam contoh ini adalah…

Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL.

Integration marketing adalah konsep yang amat mudah, tetapi amat efektif dan sering kali ramai mengabaikannya. Ia boleh dilakukan untuk perniagaan tak kira saiz, besar ataupun kecil-kecilan.
Apa maksud Intergration Marketing?

Mengambil peluang traffic/flow yang sedia ada untuk memasarkan produk dan perkhidmatan

Contoh lagi:

  • Bagaimana Pizza Hut (atau KFC) akan membuka cawangan apabila McDonalds membuka cawangan di sesuatu lokasi. Pizza Hut/KFC mengambil kesempatan traffic yang dihasilkan oleh McDonalds.
  • Bagaimana Air Asia membuka booth/pejabat dan juga meletakkan poster sebesar-besarnya di KLIA menulis “Now Everybody Can Fly!”. Air Asia mengambil kesempatan traffic di KLIA untuk promosikan penerbangan kos rendah mereka.
  • Bagaimana dalam perniagaan Internet, kita menggunakan “Thank You” email apabila pelanggan membeli sesuatu produk, dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita yang lain. Ini mengambil kesempatan trafik pembeli yang sedia ada mempunyai kepercayaan membeli daripada kita, untuk beli lagi.

Cuba lihat disekeliling anda dan anda akan dapat nampak kaedah “Integration Marketing” ini digunakan.

Fikirkan bagaimana anda juga boleh aplikasikannya dalam perniagaan anda- mengambil kesempatan trafik sedia ada, untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda 😉

Selamat menyambut bulan Ramadhan 2009

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna kepada semua rakan2 yang sering melawat blog ini 🙂

Semoga bulan mulia ini dikurniakan kita semua dengan pelbagai rezeki. Jangan lupa berzakat oleh kerana janji kepada kita bahawa “Harta tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah”

Salam Ramadhan Al Mubarak! 🙂

-IK

Perlu ke ‘cable’?

Perlu ke cable? Saya setakat speaker cable, network cable, guitar electric punya cable ada la… 🙂

Maksud saya kali ini perlu kah kita mempunyai orang dalam, terutamanya geng2 politik untuk memajukan perniagaan kita? Sering kita dengar orang-orang kita selalu luahkan kalau takde ‘cable’, memang susah untuk perniagaan berjaya. Sejauh manakah ini benar?

Secara peribadi, saya sendiri dalam perniagaan tidak pernah mempunyai cable atau menggunakan cable untuk mencapai kejayaan. Ramai juga usahawan-usahawan yang saya kenal bermula daripada kosong, tanpa cable, dengan hanya matlamat dan hasrat yang amat tinggi, boleh mencapai kejayaan berjuta.

Sekiranya kita terlalu mengharapkan ‘cable’ dalam menentukan kejayaan perniagaan kita, maka perniagan kita umpama bukan dalam kawalan kita. Mengharapkan cable atau orang dalam, baru boleh berjaya… not my type of business.

Saya juga sering melihat keadaan di mana perniagaan yang terlalu mengharapkan cable ni… terus gagal apabila cable tersebut tidak lagi dapat membantu perniagaan. Ini hanya menunjukkan kurang cekapnya usahawan apabila terlalu bergantung pada cable.

Ketahui bahawa, dalam perniagaan, tak semestinya kita mempunyai kabel/org dalam untuk berjaya… dengan idea, matlamat & usaha, tak kira apa sahaja perniagaan boleh berjaya 😉