All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Imbasan 2009… hello 2010!

Macam2 yang dilalui 2009 and looking forward kepada 2010! So many goals 2009 telah dicapai harapnya anda pun sama, segala azam tahun 2009 tercapai dengan cemerlangnya. Kali ini saya ingin kongsi semula beberapa highlight untuk saya sepanjang 2009…

Januari 2009

Bulan pertama 2009 dibuka tirai dengan pelancaran album single Razzi.muz.ik iaitu Reaching Higher Selamanya. Bagi yang masih tak tahu, saya sebenarnya minat music dan bermain guitar electric. Tahun 2008 tertubuhnya kumpulan “suka-suka” Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh my buddies Razzi Rahman (vocal), Muzamil (guitarist… but sadly later Muzam terpaksa menarik diri dari kumpulan) dan juga saya sendiri (guitarist)

Seringkali saya ingatkan pembaca dan juga dalam talk saya, untuk melakukan perkara yang kita suka… kalau business & kerja 24 jam pun tak bagus juga… perlu cari masa merehatkan minda dengan melakukan apa yang kita suka. Bagi saya- MUZIK!

Nak dengar lagu dari single pertama kami? Klik di sini untuk Reaching Higher (lagu motivasi) & Selamanya (lagu persahabatan)

March 2009

Bulan ini saya memulakan program radio saya di BFM 89.9fm – Toolkit Internet Marketing. Terima kasih kepada BFM kerana memberi saya kepercayaan mengendalikan program tersebut. Seronok juga mengendalikan rancangan berbahasa Inggeris mengenai perniagaan Internet. Untuk mendengar beberapa podcast saya di BFM Internet Marketing Toolkit, klik di sini.

Mulai March, saya mengendalikan 2 rancangan radio, iaitu di BFM 89.9fm dan Radio24 93.9fm (Irfan on Air).

March juga saya diberi kepercayaan oleh Telaga Biru Sdn Bhd sebagai penulis majalah SOLUSI bersama nama-nama tak asing lagi seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Prof Izzy, Uzar dan ramai lagi.

Kini saya menulis untuk 2 buah majalah iaitu SOLUSI dan MASKULIN (Motivasi, Perniagaan & Kewangan).

April 2009

OK… back to fun! Bulan ini saya bersama Razzi Rahman sibuk di studio mencipta lagu dan melakukan rakaman lagu untuk album penuh pula. Album penuh bertajuk “Suara” yang memuatkan lebih kurang 12 buah lagu. Tunggu 2010 untuk pelancarannya πŸ˜‰

Antara lagu yang dimuatkan juga adalah lagu ciptaan saya sendiri (first time cipta lagu), iaitu Voices of Gaza. Sebuah lagu dedikasi pada kekejaman yang berlaku di Gaza. Great response daripada mereka yang telah mendengar lagu tersebut dan beberapa ribu juga hits di YouTube. Kalau anda belum dengar lagi… klik di sini dan layan lagu ciptaan IK πŸ˜‰

May 2009

Dah enjoy, jangan lupa kerja balik πŸ˜‰ May 2009 adalah bulan pelancaran buku “RahsiaInternet.com: Soal Jawab Perniagaan Internet”. Ini merupakan buku tulisan saya yang ke 5! Buku-buku saya di pasaran (dan masih hangat di pasaran) termasuk (ikut turutan):

June 2009

Bulan ini saya memperkenalkan seminar sehari saya yang terbaru, iaitu IK2 (IK Kuasa Dua). IK Kuasa Dua adalah seminar satu hari berkenaan dnegan strategi membina jenama perniagaan kita. Apa yang bestnya mengenai seminar ini, adalah topik pembinaan jenama adalah topik “favourite” saya dalam perniagaan! Jadi, memang seronok mengendalikan seminar ini.

Cuma… seminar IK Kuasa Dua adalah seminar tertutup untuk peserta-peserta Peoplepreneur Business School sahaja- iaitu komuniti keusahawanan yang saya juga terlibat.

Sehingga kini, saya mengendalikan beberapa seminar termasuk:

  • Workshop Jutawan Internet (bestseller sejak 2005 dan pernah dikendalikan di KL, JB, Kelantan, Singapore & Brunei!)
  • Internet Millionaires Workshop (versi English)
  • Workshop Terhangat di Pasaran (Workshop separuh hari mengenai menciptakan ebook yang hangat di pasaran)
  • Workshop Pelanggan Tanpa Had (Workshop separuh hari untuk industri perkhidmatan mendapatkan pelanggan tanpa had)
  • IK Kuasa 2 (Seminar satu hari mengenai membina jenama perniagaan)

July 2009

Bulan July saya telah memulakan satu siri penulisan saya berbentuk ebook yang diberi nama LAPORAN X. Laporan X merupakan ebook pendek (nama pun laporan) yang memuatkan strategi khas dan spesifik berkenaan dengan tajuk yang diberikan.

Laporan X pertama bertajuk “Cara Memusnahkan Pesaing Anda”. Tajuk memang agak “brutal” πŸ˜‰ bunyinya, tetapi, sambutannya adalah amat hebat!

Laporan X ini bukan memuatkan cara2 anda boleh “menjatuhkan” pesaing anda. Tetapi bagaimana anda boleh membina jenama perniagaan anda sehingga pelanggan akan ingat perniagaan anda… dan bukan perniagaan pesaing. Lebih kurang “memusnahkan” nama pesaing di minda pelanggan anda. So.. jangan salah anggap πŸ˜‰ Tak baik…

Ogos 2009

Oleh kerana Laporan X mendapat sambutan yang amat hebat, saya menulis satu lagi laporan X, iaitu “Affiliate Hebat: Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal”. Alhamdulillah, tak kurang hebat juga sambutannya.

November 2009

November is a busy month, sebab saya berpindah rumah. Schedule saya sememangnnya sibuk, jadi, bulan November kiranya double sibuk dengan proses pindah rumah!

Tapi, tak kira, dalam kesibukan macam mana pun, jangan jadikan “sibuk” sebagai alasan. Semua orang pun sibuk πŸ˜‰

So, bulan ini, sempat saya mengeluarkan Laporan X ke-3, yang bertajuk “Demi Masa”. Memang kena dengan tajuknya kerana “Demi Masa” memberi tip dan strategi bagaimana kita boleh menjimat 80% daripada masa kita. Ini membolehkan lebih banyak kerja dilakukan dalam waktu yang singkat. Teruja saya dapat kongsikan strategi-strategi menguruskan masa ini kerana saya sendiri mengimplementasikannya sepanjang tahun 2009!

Bulan ini juga saya membuka lesen jualan semula untuk ebook Mentor Jutawan. Sejak 2008, ebook Mentor Jutawan adalah ebook yang paling laris di bawah RahsiaInternet.com.

Disember 2009!

Penutup tirai 2009! Lagu “I Love KL” nyanyian Razzi Rahman & saya menulis lirik mendapat tempat di pertandingan Blog4FT dan memenangi hadiah. Kira saya buka 2009 dengan muzik… penutup juga dengan muzik! Nak dengar lagu I Love KL? Klik di sini…

Wow, such a fullfilling year! Sebab terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti, terasa 2009 sekejap je…

Tapi, apa yang paling penting adalah 2009 dah lepas… it’s gone for good πŸ˜‰ Tak kira apa pencapaian atau kegagalan kita tak bermakna pun kerana kita perlu set new goals, matlamat baru dan berusaha sekeras-kerasnya untuk mencapainya. And for sure…Β  saya sendiri mempunyai berbagai-bagai rancangan untuk 2010… tunggu!

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 2009 dan saya harap dapat diteruskan sepanjang 2010! πŸ™‚

Jutawan-jutawan The Millionaire Mind

mm.jpgDr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Survey yang saya ingin kongsikan ini pasti menarik minat anda. Surveynya adalah…

Apakah faktor-faktor kejayaan seorang jutawan? Berikut adalah jawapan mengikut turutan top 10…

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)Β (penting ni! no.4 πŸ™‚ )
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products

Dari pengalaman saya sendiri, memang tepat faktor-faktor yang disebutkan di atas.

Adakah anda memiliki faktor-faktor ini? Yang mana antara faktor ini yang anda kekurangan? (bagi yang belum berumah tangga, no.4 tak kira… mungkin perlu keluarga yang supportive!)

IK & Razzi wins!

Malam tadi berlangsungnya majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan Blog4FT, satu pertandingan blogging yang dijalankan untuk promosi Kuala Lumpur (atau Wilayah Persekutuan). Saya & Razzi menyertai Blog4FT untuk menyokong usaha tersebut dan saja suka-suka also…

blogftwinner.jpg

Sedar tak sedar, kami dipilih sebagai salah satu pemenang untuk bulan November- Yea! :). Apa yang kami menang?

  • Ticket Air Asia
  • Blackberry
  • Celcom 3G
  • Voucher Kedai buku Borders

Tetapi, mungkin yang anda tertanya-tanya, kami buat apa sampai boleh menang kan?

Jawapannya… kami buat lagu untuk KL πŸ˜‰ Tajuknya: I Love You KL

“I Love You K.L”

Nyanyian: Razzi Rahman
Lirik : IK
Lagu : KYO

Been around the world
Travel all the seas
There”β„’s only one place i”β„’d be
Somewhere thats close to me

A place with a thousand smiles
And you wont disagree
Oh it”β„’ll steal your heart
Will ya come here with me

Chorus:

I Love You K.L
Still remember
it ain”β„’t that long ago
When the sun set in
The lights shines up
It takes your breath away
Yeah, it takes your!.breath away

Oh Come here!with me
To the place I grew up
The place i want to grow old
We can dance under the stars

The stars of Kuala Lumpur
Just you and I dancing along
This is the place for us to be!
Kuala Lumpur

Sempena cuti ni… enjoy the song! Dan berikan pendapat anda di sini…Β πŸ˜‰

Kalau nak tahu tentang antara hobby saya iaitu bermain muzik, bersama Razzi, klik di sini untuk sedikit latar belakang πŸ˜‰

Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan

Malam ini akan diadakan preview percuma Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan.

Pertama kalinya dijalankan, Konvensyen satu hari; Dari Kosong Sampai Jutawan akan memuatkan tips dan strategi terkini dari bebrapa Mentor Jutawan Malaysia termasuk saya sendiri, Azman Ching, Chef Li (Jutawan Senyap), Billi Lim dan juga Abang Abu secara langsung di atas pentas. Pertama kalinya beberapa Mentor Jutawan bergambung di bawah satu bumbung untuk menunjukkan pada anda bagaimana ANDA boleh mencapai dari KOSONG menjadi JUTAWAN dengan teknik dan strategi terbukti TERKINI yang mereka sendiri gunakan

Hadirkan diri pada sesi PREVIEW “DARI KOSONG SAMPAIΒ  JUTAWAN”

Tarikh: 16 Disember 2009 (RABU)
Masa: 8.00 mlm – 11.00 mlm
Tempat: Cititiel Hotel Tingkat 5
Masuk: PERCUMA

Untuk pendaftaran malam ini, sila berikan sms , dan ke 017-6536529 atau telefon di 03-22871829 (pej).

Saya juga akan turut hadir malam ini untuk memberi beberapa strategi terbaru mengenai membina jenama perniagaan anda πŸ˜‰

Perakaunan dalam perniagaan

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah.

Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

Aliran tunai adalah nadi dalam sesuatu perniagaan!

ps: Saya SPM dapat F9 dalam prinsip akaun. Macam mana tu? πŸ™‚

Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?

Perniagaan apa?

Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?

Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…

  • Perniagaan hartanah
  • Perniagaan construction
  • Perniagaan telekomunikasi
  • Perniagaan restoran…
  • …dan sebagainya!

Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….

Semua perniagaan boleh jadi jutawan!

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?

  • Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  • Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  • Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from! πŸ™‚

Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!

Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan – ANDA – sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.

Okie dokie? πŸ˜‰
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan diadakan. Masih ada beberapa kekosongan sahaja lagi.Β Sekiranya berminat untuk mulakan perniagaan Internet (tak kira industri apa), klik di sini.

Irfan on Air di Radio24, Setiap Selasa 1.30pm

Beberapa berita yang ingin saya kongsikan…

1. Kini, program radio saya “Irfan on Air” mendapat slot baru, iaitu Setiap hari Selasa jam 1.30pm (Sebelum ni hari Khamis 2.15pm).

irfan-on-air-logo.gif

Kali ini, Irfan on Air saya ingin membuat sedikit kelainan di mana setiap episod, akan membincangkan satu strategi perniagaan, di samping saya memberi tip perniagaan berdasarkan topik yang dipilih dan membuat temubual on air bersama pakar-pakar industri (seperti kenalan mentor-mentor Jutawan yang pernah saya temubual dalam program “Bersama IK” tahun lepas)

Bagaimana anda boleh membantu?
Apa kata anda cadangkan topik untuk diperbincangkan! πŸ˜‰

Sebagai contoh, minggu lepas saya memilih topik “Komunikasi dalam perniagaan”. Minggu ini pula “Persaingan dalam perniagaan” dan sebagainya… bukan sekadar itu sahaja, inysaallah bila tiba masanya, saya akan buka posting di blog ini untuk anda bertanyakan apa sahaja soalan berdasarkan topik yang dibincangkan. Boleh kan? Dengan cara ini, program ini menjadi lebih interaktif… bukan sekadar di radio sahaja, tetapi juga secara online bersama penyokong Tip Satu Minit πŸ˜‰

Irfan on Air akan ke udara pada hari Selasa jam 1.30pm di Radio24 93.9fm (Lembah Kelang). Sekiranya anda di luar Lembah Kelang, masih lagi boleh ikuti secara live streaming di http://www.radio24.com.my

2. Sebut tentangΒ  Mentor Jutawan, pada hari Ahad lepas, saya berada di Jom Heboh bukit Jalil sempena promosi Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan di mana, saya adalah antara speaker yang akan mengendalikan Konvensyen yang diadakan buat julung kali ini.

Berikut antara gambar yang sempat di rakam guna handphone saya bersama Abang Abu- juga antara speaker Konvensyen jutawan ini di promosi Jom Heboh ini (Jom jom jom jom… jom heboh heboh – buat macam lagu kat TV3).

jomheboh21.jpg
Saya bersama Abang abu, my friend & mentor
jomheboh1.jpg
Sesi autograf dan bergambar macam artist Jom heboh
jomheboh3.jpg
Sampai adik ni pun pening garu kepala… siapa la dia ni?
Tak dapat autograf Faizal Tahir, dapat autograf IK pun jadi laaa…

Jom Heboh was great. Ramai juga yang datang ke booth. Great job to graduan PBS (Peoplepreneur Business School) yang mengendalikannya dengan jayanya! Everyone had fun!

Sekiranya anda berminat untuk menyertai, pendaftaran telah dibuka. Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan akan diadakan pada 17hb Januari 2010 dan dikendalikan oleh Peoplepreneur Business Community.

So, jangan lepas kan 2 perkara ini: Irfan On Airdi Radio24 dan juga Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan sebagai pembuka 2010 anda! πŸ˜‰

Strategi perniagaan dalam The Art of War

Tulisan classic “The Art of War” sering digunakan dalam pelbagai bidang, dari politik, hingga ke perniagaan. Salah satu strategy The Art of War adalah “Make a Noise in the East While Attacking the West”

Strategy perang ini mengatakan bahawa untuk membuat kecoh di kawasan lain, tetapi, sebenarnya menyerang di kawasan lain.

Dalam perniagaan yang penuh dengan persaingan pula, menggunakan strategi ini adalah untuk memberi pesaing anda tidak menyangka langkah anda seterusnya.

Sebagai contoh, yang sering berlaku adalah menjual sesuatu keluaran pada harga yang rendah untuk melariskan jualan. Pesaing juga turut menurunkan harga produk mereka untuk bersaing. Tetapi, dalam waktu yang sama perniagaan pertama tadi sedang menunggu waktu yang sesuai untuk mengeluarkan produk baru untuk bersaing dengan produk pesaing yang telah turun harga!

Ya, strategi perniagaan adalah umpama sedang berperang πŸ™‚ Cuma, jangan perang betul2 sudah lah… perang secara sihat (bersaing secara sihat) πŸ™‚

Berapa kerap kita perlu menulis di blog

Pagi tadi saya menjalankan recording untuk BFM 89.9fm program “Up The Ante” di mana saya menasihatkan tetamu jemputan mengenai perniagaan Internet mereka.

Salah satu soalan yang saya nak kongsikan di sini adalah:

“How often is the best practice to blog for a business?”

So, berapa kerap kita patut menulis blog untuk perniagaan Internet kita? Ramai yang menulis seminggu satu posting… ada juga sebulan dua kali… sebulan sekali pun ada! πŸ˜‰

Ada juga blog perniagaan yang dah bersawang dan tak update-update pun… biasa lah… kalau hilang momentum, hilanglah semangat untuk menulis di blog.

Jadi apakah kekerapan terbaik untuk menulis blog?

Jawapannya adalah, yang terbaik, semestinya SEKALI SEHARI! Ya… itu yang terbaik… tetapi ramai yang tak mampu menulis sekali sehari.

Namun, saya sendiri juga pada awal penglibatan di blog, memang menulis SEKALI SEHARI… anda boleh rujuk archive di sebelah kanan sidebar ni.. dan lihat tahun 2006, hampir sehari sekali saya buat posting untuk menarik ramai pelawat dan membina peminat. Maklumlah, masa tu belum orang kenal…

Anyway, memandangkan SEKALI SEHARI memang diluar kemampuan kebanyakan kita… jadi, sebenarnya angka terbaik untuk menulis blog adalah 3 kali seminggu.

Jadi, untuk menjalankan blog yang berjaya, pastikan anda sering update blog anda dan nombor yang baik adalah 3 POSTING SEMINGGU πŸ˜‰

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini sejak tahun 2006 lagi. Tak lama lagi dah nak masuk 2010, 4 tahun saya berblogging πŸ˜‰

Perniagaan produk baru di pasaran

Hari ni saya nak beri banyak statistik…

  • 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
  • 12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
  • 22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian…

Jadi, adakah ianya idea yang baik untuk mulakan perniagaan menjual sesuatu yang 100% baru dan berinovasi?

Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang baru di pasaran dan belum pernah dilakukan sebelum ini, fikirkan statistik di atas. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk bertahan setahun dua kemudian.

Itupun jangan lupa… lebih 60% lagi masih hanya tunggu dan lihat! πŸ˜‰
Hendak memulakan sesuatu yang 100% dan belum lagi ada orang buat di pasaran, sememangnya boleh… tetapi, perlu banyak bersabar untuk mendapat penerimaan orang ramai. bersabar dari segi wang tak masuk juga…

Sebolehnya, jangan mulakan sesuatu yang 100% baru sekiranya modal anda adalah terhad.

Inovasi dalam perniagaan bukan bererti perlu 100% berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran… beza 10% pun dah mencukupi.

Kan dah kata… hari ni saya bagi banyak statistik πŸ˜‰