Category Archives: Tip Perniagaan

Majalah IK – Inspirasi Kejayaan isu #02 kini di pasaran!

Suka saya umumkan, bahawa Majalah IK kini telah masuk isu yang #02 dan boleh didapati di PASARAN serata Malaysia!

Oleh kerana Majalah IK masih lagi baru, ada yang dapati sukar untuk menjumpainya di kedai-kedai. Sememangnya ini adalah biasa untuk majalah baru sebelum diterima di kedai-kedai besar seperti MPH, Borders, 7-11 dan sebagainya. Oleh itu, cuba cari Majalah IK di kedai-kedai majalah kecil seperti kedai-kedai mamak yang berhampiran! 😉

Isu #01 telah mendapat sambutan yang amat hebat diserata Malaysia sehingga beberapa lokasi telah SOLD OUT! Sekiranya anda belum mendapatkan isu#01, apakata anda melanggan terus dari pejabat saya. Setiap isu akan dihantar terus ke rumah anda.

Untuk melanggan Majalah IK, lawati http://www.ik.com.my hari ini. Penghantaran boleh dilakukan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Klik di sini untuk melanggan terus daripada kami!

Masuk isu #02, terdapat beberapa perubahan, dan antara yang menarik adalah kolum baru “IKONISLAM” yang memaparkan ikon usahawan Islam sejak zaman Rasulullah saw lagi yang memuatkan teknik dan strategi perniagaan Islam. Pastikan anda tidak melepaskan setiap isu kerana pastinya ia dapat membantu perniagaan, kewangan dan motivasi anda! Isu #02 ini memaparkan Saidatina Khadijah- Usahawan wanita Islam terulung! Jangan lupa langgan terus dari kami!

Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sentiasa menyokong Majalah IK! Mudahan, lebih banyak lagi informasi hebat akan dikongsikan kepada anda! 😉

*********
Tak lupa juga, kami kini membuka ruang iklan untuk isu seterusnya kepada ANDA yang menjalankan perniagaan. Oleh kerana Majalah IK mendapat sambutan hebat, pengiklanan yang dijalankan akan mendapat liputan yang amat luas! Sekiranya berminat untuk meletakkan iklan anda, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Mindset Kerja Dari Rumah

Memulakan perniagaan dan kerja dari rumah bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yang dijalankan.

kerja-dari-rumah

[PENGUMUMAN: Ingin kerja dari rumah? Mulakan perniagaan Internet anda sendiri bersama kami di OpenEdu.com.my. Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi]

Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita  untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

  1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk mendapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.
  2. Kerja dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik!Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! 😉
  3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.

Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak kerja di rumah bersama keluarga tercinta!

 

Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi

Hadis menyebut…

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

pagi.jpg

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.

Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Majalah IK- Inspirasi Kejayaan diterbitkan mulai Mac 2012

ikcovermag.jpg

Alhamdulillah terbitnya Majalah IK- Inspirasi Kejayaan, sebuah majalah bulanan mulai Mac 2012 ini 😉 Saya amat teruja oleh kerana sudah lama saya ingin menerbitkan Majalah keluaran saya sendiri (sejak bertahun lalu), dan hanya berkesempatan mereliasasikan idea tersebut pada tahun ini!

Jangan lupa apa sahaja impian kita, pastinya sekiranya ada rezeki, ia akan tercapai juga!

Sejak beberapa bulan lalu, dalam senyap-senyap team Majalah IK bertungkus lumus untuk menghasilkan konsep majalah pertama majalah IK – Inspirasi Kejayaan. Nama majalah “IK” dipilih kali ini bukan untuk Irfan Khairi (syok sendiri!) tetapi membawa maksud INSPIRASI KEJAYAAN.

Majalah konsep perniagaan, kewangan dan motivasi ini memuatkan tip, teknik dan strategi terbaik yang dikumpulkan untuk membantu pembaca mencapai kejayaan perniagaan, kewangan dan juga kerjaya.

ikkrew.jpg
Saya & IKSB crew ketika pra-pelancaran majalah IK! 😉

Pada hari Ahad lepas, diadakan pra-pelancaran Majalah IK di Technopreneur & Innovations Fair 2012 di MidValley Convention Center. Kali pertamanya majalah IK berada di pasaran. Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakam di Facebook saya!

Buat pembaca-pembaca blog ini yang sentiasa setia membaca dan memberi sokongan, jangan lepaskan Isu #1 Majalah IK yang kini berada di pasaran 😉

Peluang perniagaan di mana mana

Ramai yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan, peluang mendapat pendapatan tambahan serta peluang perniagaan secara sambilan.

Dalam mencari peluang-peluang sedemikian, sememangnya terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran. Tidak kira di kaca tv, corong radio, ikan akhbar dan majalah, serta poster2 di bilboard jalan raya.

bizop.jpg

Dalam pada itu juga, terdapat peluang perniagaan yang hanya menipu semata-mata seperti SCAM dan juga Skim cepat kaya. Ada juga peluang perniagaan yang tidak mengikut landas Islam dan syariah. Seperti baru-baru ini, peluang perniagaan pertukaran asing FOREX juga diumumkan oleh majlis fatwa sebagai haram. Pastinya ramai yang menyertai juga terkejut oleh kerana saya yakin ramai yang menyertai pun tidak tahu sebelum ini.

Apa yang perlu di ingat adalah, ketika kita mencari peluang perniagaan, sering kali kita terkabur dan terkeliru dengan peluang-peluang yang selalu menarik emosi kita sebagai manusia. Pastinya, siapa tidak mahu kaya? Tetapi soal inginkan kaya, dan inginkan harta, keluar dari masalah kewangan, menambahkan gaya hidup diri dan keluarga selalu akan mengkabur minda kita membuat fikiran yang rasional.

Tidak kira apa pun peluang perniagaan yang ditawarkan, pastikan kita melakukan berbagai-bagai research / penyelidikan terlebih dahulu atas peluang tersebut. Fikir secara rasional dan bukan emosi.

Strategi pemasaran perniagaan menggunakan kod QR

Mungkin anda pernia terlihat strategi pemasaran perniagaan menggunakan QR code atau kod QR yang merupakan kod empat segi berpetak2 seperti di bawah 😉

ikqr.jpg
Dapakan QR reader di smartphone anda dan imbas kod QR di atas 😉

Kod QR (Quick Response) wujud pada asalnya dalam industri automotif untuk menyampaikan maklumat/data dengan pantas. Bayangkan seperti barcode di produk pasar raya, kod QR adalah adik beradiknya. Cuma, melalui kod QR, lebih banyak data boleh di simpan (bukan sekadar nombor sahaja seperti barcode barangan di pasaraya)

Kod QR kini digunakan secara meluas oleh kerana boleh diimbas menggunakan handphone/smartphone. Anda hanya perlu muatturun APPS QR kod percuma seperti QR Droid (dan banyak lagi).

Hari ini QR kod digunakan juga untuk pemasaran perniagaan. Sekiranya anda memiliki perniagaan, tidak sukar untuk anda hasilkan kod QR pemasaran anda sendiri- seperti di atas.

Untuk menghasilkan QR kod anda sendiri, anda boleh menggunakan http://www.qrstuff.com/ dan menghasilkan kod QR untuk tujuan strategi pemasaran perniagaan anda.

Mudah bukan? Kongsikan artikel ini bersama kenalan anda!

Duta produk untuk melonjakkan jenama perniagaan dengan cepat

Salah satu cara membina keyakinan dan kepercayaan kepada sesebuah perniagaan adalah dengan mendapatkan seorang duta/jurucakap yang dikenali ramai mewakili sesuatu perniagaan itu.

Duta perniagaan juga befungsi sebagai “muka” kepada perniagaan atau produk tersebut dan memberi personaliti untuk mencipta hubungan antara perniagaan (sesuatu yang tidak hidup) dan juga pelanggan.

Selain daripada tarikan peminat atau followers, duta/jurucakap perniagaan boleh berfungsi dalam membina keyakinanan untuk sesebuah jenama apabila kaitan antara perniagaan dan duta produk tersebut adalah tepat- dan ini akan berjaya menarik sasaran pasaran dengan lebih sempurna dan amat cepat.

skhan.jpg
Shahrukh Khan, Duta Colgate dan banyak lagi!

Sebagai contoh, Shahrukh Khan merupakan duta kepada Colgate- pastinya membina lagi jenama Colgate di pasaran. Sasaran pasaran juga adalah amat tepat mungkin di kalangan peminat-peminat filem hindi yang merupakan golongan ibu-ibu yang mementingkan penjagaan gigi anak 😉

becks.jpg
David Beckham, Duta Gilette dan banyak lagi!

David Beckham pula merupakan duta kepada syarikat Gilette. Di mana pasaran peminat bola sepak majoriti besarnya adalah lelaki, maka, ikon bola sepak terkenal David Beckham digunakan untuk memasarkan pisau cukur jenama Gilette.

Di Malaysia juga kita boleh melihat artist dan ikon tempatan sebagai duta perniagaan, seperti Dato Lee Chong Wei (Duta Anti Virus Kepersky), Dr Fazley (Duta kamus elektronik Besta), Fahrin Ahmad (Duta jenama pakaian UNIQLO), Lisa Surihani (Duta Garnier), dan ramai lagi ikon dan personaliti tempatan menjdi duta produk-produk kesihatan.

profilepicture.jpg

Saya juga telah menjadi duta kepada beberapa perniagaan sejak 2008 termasuk uMobile Impiana, MIBO, dan terkini Litness (Minuman Sarang Burung) dan juga program Executive Diploma in Internet and Social Media, Asia eUniversity.

Sekiranya anda memiliki perniagaan dan ingin melonjakkan jenama perniagaan anda dengan lebih cepat, mungkin caranya adalah untuk anda mendapatkan duta/jurucakap yang paling sesuai dengan perniagaan anda!

ps: Ada yang tanya, bagaimana hendak mendapatkan IK sebagai duta produk- Bagi perniagaan yang ingin mendapatkan saya sebagai Duta atau Jurucakap perniagaan mereka untuk menaikkan jenama perniagaan, boleh hubungi 03-77292277 untuk berbincang.

Tahun baru, azam baru – Open University Malaysia – IPD

Selamat tahun baru 2012. Tahun baru azam baru. masuk tahun ni dah genap enam tahun saya menulis blog ini. Berterima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong saya selama ini dan tak putus-putus melayari blog ini dan juga facebook saya.
Tahun 2012 ini bermacam-macam lagi aktiviti saya akan jalan kan dan insyaallah lebih hebat lagi dari tahun lepas.

Bak kata, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Sering kali kita ingin kan kejayaan tetapi ianya tak bermakna sekiranya Kita enggan berusaha. Kita enggan meletakkan matlamat. dan kita enggan keluar dari keadaan zon selesa kita.

Setiap tahun saya akan membuat azam baru dan matlamat tahunan baru, sesuatu yang lebih hebat dari azam dan matlamat tahun lepas.

Bila adanya matlamat, di situ lah kita akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri Kita sendiri.

Sejak tahun 2006 saya menulis blog ini dan menjalankan pelbagai seminar dan workshop perniagaan Internet.
Tahun 2012 kini dilihat modul perniagaan Internet saya di terima oleh universiti antarabangsa, Open University Malaysia – IPD melalui program Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Matlamat saya tahun ini adalah untuk membawa diploma profesional ini di Open University Malaysia IPD!

Sekiranya anda ingin menyambung belajar sambil bekerja atau menjalankan perniagaan, saya amat mengalu-alukan anda untuk mengetahui lebih lanjut program profesional diploma ini melalui laman web rasmi http://www.openuni.com.my
atau anda juga boleh buat temu janji di pejabat saya di mutiara damansara dengan menghubungi talian 03 77292277

Langkah seterusnya, apakah pula matlamat anda?

Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing, Asia eUniversity

Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya melalui Facebook, tentu tahu bahwa pada tahun ini saya telah menghasilkan modul keusahawanan Internet dan media sosial untuk sebuah universiti tempatan- Asia eUniversity. Asia eUniversity adalah universiti tempatan bertaraf global dengan mempunyai pusat di lebih 30 negara-negara Asia.

Saya amat teruja atas tawaran Asia eUniversity kepada saya untuk menghasilkan modul keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa!

aeuposter.jpg

Saya mula mendapat pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA. Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.

Bekerja sebagai konsultan kepada senuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.

Namun, nak dijadikan cerita, walaupun sebagai seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di University, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya gagal.

Sepanjang setahun, saya berusaha, tetapi, mengalami kegagalan!

Ketika itu baru saya perasan bahawa apa yang saya belajar di University adalah “˜teori”™ dan bukannya “˜praktikal”™ yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya belajar dan ketahui di Universiti adalah berbeza dengan apa yang di alami di dunia perniagaan.

Sejak itu, saya mula menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan jga belajar dari mereka yang bepengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok belok, dan “˜rahsia”™ berjaya dalam perniagaan.

He (Irfan Khairi) is an accomplished business man at a very young age. People like him should be adjunct professors in Universities to teach others how to do business and not those people who come from PHDs from universities yang mengajar business daripada text book. Because text book knowledge and real street knowledge to be successful is two different things.

-Prof. Dato Dr. Ansary, Director of Asia eUniversity

Pertengahan tahun ini (2011), saya mendapat tawaran dari Asia eUniversty dan Prof Dato Dr Ansary selaku pengarah Asia eUniversity untuk menghasilkan sebuah modul khas untuk masyarakat Malaysia dan pelajar antarabangsa tentang perniagaan Internet.
Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul Eksekutif Diploma in Internet & Social Media Marketing.

Apa yang paling menarik sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan Asia eUniversity adalah, ianya “˜business based learning”™, bererti, pelajar pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan sendiri sepanjang modul 9 bulan yang disediakan. Perniagaan yang boleh menjana keuntungan!

Pendekatan universiti ini juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini. Oleh itu, untuk intake pertama 2012, saya akan menjadi pesyarah untuk modul keusahawanan Internet ini

Memang banyak yang ingin saya sampaikan mengenai program keusahwanan Internet ini, tetapi mungkin saya akan kongsikan lagi dari masa ke semasa.

Suka saya ambil peluang ini untuk menjemput anda- pembaca blog / facebook saya untuk hadiri majlis “˜open night” Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing yang akan berlangsung pada hari KHAMIS 22hb ini jam 8.00 malam, di kampus Asia eUniversity. Sesi bersama saya ini, adalah percuma dan akan dikongsikan maklumat2 menarik mengenai perniagaan Internet seperti di bawah!.

Saya amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk memeriahkan majlis serta bersuai kenal pada hari Khamis ini.

Malam Internet & Media Sosial kali ini adalah kali terakhir untuk 2011, dan kami amat mengalukan kehadiran anda untuk menyerikan majlis. Maklumat lanjut di bawah:

“Malam Internet & Media Sosial” bersama Irfan Khairi
Khamis, 22hb Disember 2011
Lokasi: Asia eUniversity
Dataran Kewangan Darul Takaful,
No 4, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
(Berhampiran Kg Attap)
Masuk: Percuma

Untuk menghadiri, sila lakukan tempahan tempat dengan menghantar email  ke sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email “Malam AeU 22/12″³ dan sertakan maklumat berikut:

  • Nama
  • Jumah peserta
  • No. handphone

Jumpa anda di sana dengan topik-topik baru yang penuh dengan informasi bermanfaat untuk kejayaan kerjaya dan perniagaan anda!

ps: Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut program ini atau tidak dapat hadir pada hari Khamis ini, sila hubungi talian 03-77292277

Penggunaan gambar/imej dan video di Internet

Mat Salleh selalu sebut, A picture worth a thousand words. Oleh itu, gunakan gambar/imej dan juga video untuk laman web/blog ataupun facebook kita.

Dulu-dulu lebih kurang 14…15 tahun dulu ketika saya belajar membina laman web, zaman tu, Internet hanyalah text sahaja. Bila boleh masukkan imej pula, hanya sekadar imej yang punyai 216 warna.

Zaman ini, terlalu banyak perubahan. Imej/gambar pun dah tiada masalah untuk gunakan yang hi resolution. Begitu juga video yang high definition! 😉

Dalam perniagaan Internet, gunakan sepenuhnya kebolehan gambar dan juga video dalam menjelaskan lagi produk dan perkhidmatan kita. Manusia suka melihat gambar-gambar kerana a picture paints a thousand words. Jangan lupa juga menggunakan video seperti Youtube. Kalau a picture paints a thousand words, apatah lagi video yang turut sama boleh menunjukkan pergerakkan, ekspresi muka, dan juga bunyi dan suara.

Sememangnya penggunaan gambar dan video yang efektif memerlukan kita korban kan sedikit masa. Dan adakalanya wang. Tetapi, bila ‘leceh’ sebegini la, pesaing kita pun akan rasa ‘leceh’ dan mereka pun tak lakukan. Oleh itu, baik kita lakukan dulu sebelum pesaing lakukan! Betul?

PS: Checkout YouTube channel dan subscribe di http://www.Youtube.com/irfanTV