Category Archives: Tip Perniagaan

Program affiliate “Mentor Jutawan” hampir sedia

Melihat dari posting hari Jumaat, ramai juga yang berminat! Mana taknya… peluang buat duit, ye tak? 🙂 Kami pun tak sabar nak lancarkan ni… cuma beberapa update terkini:

  1. Produk “Mentor Jutawan” sudah 100% siap!
  2. Program affiliate juga sudah 100% installed… kami menggunakan Post Affiliate Pro untuk memastikan semua affiliate akan menerima komisyen sepenuhnya.
  3. Laman web je belum siap lagi 🙂

Insyaallah tak lama lagi… mungkin posting saya lepas ini, semua dah ready!

Ada beberapa tip yang saya nak kongsikan hari ini:

money.jpg1: Program affiliate “Mentor Jutawan” ini adalah “program affiliate 2-tier”. 2-tier maksudnya, katalah anda, signup sebagai affiliate secara percuma. Anda akan mendapat link. Contoh: www.irfankhairi.com/ID12345

Apabila anda letakkan link tersebut di laman web anda, atau dalam email kepada kenalan anda, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan anda membeli produk “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen. Ini dipanggil 1st-tier.

Sebagai tambahan, sekiranya pelawat/kenalan anda itu pula menyertai program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, mereka juga akan mendapat link. Contoh www.irfankhairi.com/ID67890.

Apabila mereka letakkan link tersebut di laman web mereka, atau dalam email kepada kenalan mereka, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan mereka pula membeli produk “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat dapat komisyen sebagai 1st-tier. Tetapi, yang bestnya… anda juga akan mendapat komisyen sebagai 2nd-tier!

Ini baru goyang kaki dapat duit!

2: Oleh sebab konsep 2-tier ini, sebab itulah siapa yang menyertai awal dan mendapat ramai rakan mereka juga signup sebagai affiliate “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat untung extra. So, take note… dan bersiap sedia untuk daftar as soon as kami lancarkan ok? 🙂

3: Daripada pengalaman saya, untuk maksimakan pendapatan melalui affiliate, strategi yang paling berkesan sekali adalah dengan memberi review/recommendation ikhlas mengenai sesuatu produk. Meletakkan banner sahaja di laman anda, tidak berkesan.

Sebaiknya, anda dapatkan sesuatu produk itu, dan beri pandangan dan review. Review/recommendation yang positif dan ikhlas dari anda akan menarik sesiapa sahaja membaca review anda untuk turut membeli produk tersebut.

Dan anda akan mendapat komisyen daripada memberi pandangan yang ikhlas. Bukan sahaja dapat duit, dapat pahala lagi kerana membantu orang 😉

So, in other words, sebaiknya, kena beli lah Mentor Jutawan 🙂

Berapa harganya?

Oleh kerana saya fikir ingin memudahkan lagi ramai pembaca Tip Satu Minit menjalankan perniagaan secara affiliate, boleh dikatakan “Mentor Jutawan” diletakkan pada harga yang agak rendah, berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.

Ini akan memudahkan anda mempromosi “Mentor Jutawan” untuk mendapatkan pulangan/komisyen. Tapi, content dia… memang umph. Mana taknya… ramai ikon jutawan terlibat! Oleh kerana itu juga, “Mentor Jutawan” mempunyai tarikannya tersendiri untuk memudahkan anda mendapat komisyen!

Pertama kalinya ikon-ikon jutawan Malaysia digabungkan dalam satu produk…

Ok… cukup lah teaser untuk hari ini. Mudahan, next posting saya adalah pelancaran “Mentor Jutawan”!

=============== Pengumuman ===============

Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

Selasa 15hb July 2008
Cititel, Midvalley, Bangsar
8.00malam-10.30malam

Yang join berpeluang makan malam dengan saya & Azman Ching minggu depan :).

“Mentor Jutawan” akan datang…

Minggu depan agak exciting sikit kerana kami akan lancarkan sesuatu yang dinamakan “Mentor Jutawan”

Apa yang bestnya, bukan sekadar product sahaja, tetapi juga sebuah program affiliate yang memberi komisyen 20% kepada anda 🙂

So tunggu!

Bagi yang tak familiar dengan program affiliate, ia adalah program di mana:

1: Anda daftar secara percuma
2: Anda akan dapat link ke halaman “Mentor Jutawan” ini…
3: Sesiapa yang klik pada link anda dan mendapatkan “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen dalam bentuk RM

Langkah 1-2-3 sahaja… so, ini kiranya heads up untuk anda oleh kerana selalunya, bila program affiliate, yang sertai awal akan mendapat pulangan yang lebih!

Tunggu… Mentor Jutawan!

ps: Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

Selasa 15hb July 2008
Cititel, Midvalley, Bangsar
8.00malam-10.30malam

Yang join berpeluang makan malam denagn saya & Azman Ching minggu depan 😉 Untuk maklumat lanjut apa kemende MIBO ni, klik di sini…

Perniagaan Internet di Malaysia Hari Ini (MHI)

Bagi yang terlepas MHI di TV3 ketika Mazidol Sidek interview saya, berikut adalah interview tersebut sudah diuploadkan di YouTube. Interview kali ini ada tip-tip perniagaan Internet especially bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet.

Selamat menonton!

*Tip YouTube: tekan play, kemudian, tekan pause. Tunggu loading bar habis load (dalam 5 minit), kemudian baru tekan play balik untuk pastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan turun 😉

Bahagian 1: 8 minit

Bahagian 2: 9 minit

Workshop Jutawan Internet akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet, dijemput sertai kami. Klik di sini! Atas permintaan ramai, kami juga akan ke Singapore.

Memulakan perniagaan yang hebat

Soalan: Apakah lawan/opposite kepada perniagaan yang hebat?

Kebanyakan akan menjawab: “Perniagaan yang tidak hebat… atau perniagaan yang lemah… atau perniagaan yang kurang menarik”

Tetapi, disitulah satu kesilapan!

Jawapan: Sebenarnya, lawan kepada perniagaan yang hebat adalah “Perniagaan yang baik!”

Aik? Mengapa begitu?

Ini kerana, perniagaan yang baik, tidak akan mendapat promosi mulut-ke-mulut (word of mouth). Ianya dikatakan 60% pelanggan perniagaan anda datangnya daripada word of mouth. Perniagaan yang baik adalah satu kesederhanaan. Semua pelanggan expect yang terbaik. Tetapi, sekiranya perniagaan anda adalah hebat, maka, di situlah pelanggan akan recommendkan kepada orang ramai!

Zaman ini dalam keadaan persaingan perniagaan yang amat tinggi, “Perniagaan yang baik” tidak mencukupi. Sekiranya anda ingin benar-benar berjaya, pastikan anda menjalankan perniagaan dengan hebat!

Zaman dulu 10…20 tahun dulu, di mana tiada banyak persaingan, “Baik” adalah mencukupi. Tetapi tidak lagi sekarang, ianya memerlukan anda menjadi “HEBAT”. Kalau tak hebat, di situlah perniagaan anda akan menjadi perniagaan yang sederhana.

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan. Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan Internet yang hebat, sertai kami. Klik di sini…

Cara mencapai matlamat yang besar

desert.jpgZaman dulu, di kawasan gurun (bukan Gurun kat utara nun… gurun macam sahara) untuk berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah agak jauh.. sehingga beratus kilometer perlu berjalan. Ianya sesuatu yang amat sukar dan mengurangkan motivasi bagi seseorang… sehingga ada yang tidak berjaya dan give up!

Apa yang dilakukan kemudian adalah setiap 5 kilometer perjalanan di gurun tersebut, orang2 sana meletakkan tong minyak yang besar. Apabila tiba di satu tong minyak, kalau lihat nun jauh di sana, nampak tong yang seterusnya… apabila tiba ke tong minyak yang itu, nun jauh di sana nampak tong minyak yang seterusnya… setiap 5 kilometer.

Apa yang jadi adalah, tong minyak-tong minyak itu memberi motivasi kepada pejalan kaki gurun untuk mencapai matlamat satu demi satu. Apabila satu nampak… boleh nampak yang seterusnya. Bila tiba yang seterusnya, boleh nampak yang depan sanan nun pula.

Anda juga perlu melakukan yang sama. Anda perlu meletakkan “tong minyak” anda sendiri. Iaitu, milestone yang boleh anda lihat dalam mencapai matlamat besar anda 🙂

Untuk mencapai matlamat besar, seperti berjalan kaki beratus-ratus kilometer di gurun adalah amat sukar. Tetapi, dengan meletakkan pengukur atau milestone yang lebih kecil dan boleh dilihat dan “appreciate”, ia memudahkan kita untuk mencapai matlamat.

================== Pengumuman ==================

Saya akan berada di PWTC sempena Pesta Membaca 2008, hari Jumaat 4hb Julai. Saya akan berada di sana dalam lingkungan pukul 3.00 petang untuk memberi sokongan 🙂

Kekayaan menurut Islam

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama”™-ulama”™ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah “˜umattan wasata”™  ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti “ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama”™-ulama”™dan ulama”™ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu “˜balance”™. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi “˜jumud”™ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, “Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata “buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi 🙂

Buat duit menggunakan blog Bahasa Malaysia

Dengan menggunakan blog sahaja, anda juga boleh menjalankan perniagaan Internet. Ramai kenalan saya yang makes a good living daripada blogging. Pendapatan beribu hingga berpuluh ribu pun ada.

Kalau blog berbahasa Inggeris, agak besar peluang untuk menjana pendapatan oleh kerana terdapat banyak program affiliate dan program pengiklanan yang boleh disertai. Tetapi, bahasa Melayu bagaimana?

3 cara menjana pendapatan melalui blog:

  • Jual produk atau perkhidmatan sendiri
  • Sertai program affiliate (agak limited pilihan untuk blog melayu di kalangan how to make money products)
  • Letakkan iklan di laman web (contoh: iklan di sebelah kanan browser anda ini —->)

Anda boleh mulakan perniagaan Internet terus daripada blog dengan menjual produk & perkhidmatan anda sendiri. Contoh: Klik di sini untuk mukasurat jualan buku Nota Jutawan:Nota Motivasi dalam blog ini. Tak perlu ada laman web yang khas untuk menjual. Terus dari blog pun boleh 🙂

Juga, sebagai peringatan, sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri (seperti buku), tak salah untuk anda beli dari pemborong atau penerbit apa sahaja yang anda ingin jual, dan jualkan semula di blog. Contoh, beli buku Nota Jutawan dari penerbit telaga biru, mungkin dapat 40% diskaun, kemudian jual semula di blog anda. Atau, beli ukiran Al-Quran dari pasar borong Nilai, kemudian jual semula di blog anda.

Pendapat saya, untuk maksimakan pendapatan melalui blog berbahasa Melayu, dapatkan produk atau perkhidmatan untuk anda jual terus melalui blog. Saya juga kenal blogger yang menjual barangan 2nd hand dari rumahnya (atau yang dijumpa di tempat2 bargain) terus melalui blognya!

Untuk menambahkan pendapatan melalui blog Melayu anda, sertai juga program affiliate dan letakkan iklan!

Bagi anda yang mempunyai blog berbahasa Melayu, apa kata kongsikan cara anda menjana pendapatan? Kalau boleh, sebutkan lebih kurang berapa pendapatan pun ok gak supaya mereka yang baru dalam dunia blogging dapat inspirasi & motivasi untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan.

ps: Workshop Jutawan Internet. Pelajari Cara Memulakan perniagaan Inetrnet yang Menguntungkan dari Rumah dalam masa 7 Hari. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Buku idea perniagaan saya

Masa saya muda-muda dulu, saya selalu dapat idea-idea perniagaan. Dan terlalu banyak rasanya perniagaan yang saya nak lakukan serentak, sampai naik pening kepala nak buat yang mana.

Pening kepala, ok lagi… tapi yang tak ok nya, ketika itu, bila macam-macam idea, satu pun tak jalan! Semua nak buat… satu pun tak jalan 🙂

Sampai saya jumpa satu teknik ni. iaitu menyimpan buku idea. Berikut contoh buku idea saya…

bizplan

Setiap kali dapat idea perniagaan, saya akan tulis dalam buku idea. tak kira, idea yang baik, atau idea yang kurang baik, semua saya tulis.

  1. Bila menulis semua idea apabila idea datang, sehingga hari ini saya dapat merujuk idea-idea lepas. Jadi, saya tak lupa idea-idea saya!
  2. Bila menulis idea, dalam kepala ia jadi tak serabut oleh kerana semuanya dah on paper. Satu idea, ditulis pada satu muka surat. Kemudian, saya boleh meletak prioriti, nak lakukan idea perniagaan yang mana dulu. Tanpa buku idea, ia akan jadi serabut dan semuanya saya nak lakukan serentak
  3. Bila menulis dalam buku idea, idea yang biasa akan menjadi luar biasa kerana dari masa ke semasa saya dapat “update” idea-idea tersebut untuk jadikannya lebih baik!

Kalau anda jenis macam saya, ada banyak idea perniagaan tapi satu pun tak jalan, mungkin anda juga perlu sebuah buku idea 😉

IK & isteri dalam majalah

ikshaz.jpgSelalunya saya je yang masuk majalah. Tetapi, keluaran Feminin & Famili bulan ini, isteri saya, Shazrina juga turut keluar sama. Bagi yang pernah ke Workshop Jutawan Internet, mungkin pernah terjumpa.

Bagi anda yang belum pernah jumpa isteri saya, inilah orangnya, my other half! 🙂 Ramai kata kami nampak serupa… kalau saya pakai tudung, serupa lah kut 🙂

Tip hari ini, daripada Dr Thomas Stanley penulis buku The Millionaire’s Mind, yang menyenaraikan bahawa, antara top 5 ciri-ciri seorang jutawan adalah mempunyai pasangan yang memahami & sering memberi sokongan.

Saya amat setuju! Tanpa isteri saya Shazrina, tiadalah saya mencapai kejayaan tahap ini 🙂

So, bagi anda yang sudah berumah tangga membaca ini, beri 100% unconditional sokongan kepada pasangan anda sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan atau berusaha untuk mencapai apa sahaja kejayaan. Tanpa sokongan pasangan hidup, memang amat payah untuk mencapai kejayaan.

ogymag.jpgBagi anda yang ingin tahu cerita lebih lanjut mengenai saya & isteri, boleh dapatkan majalah Feminin & Famili bulan ini dari kedai mamak (iklan!). Gambar depan Kak Ogy Ahmad Daud & anaknya.

Talking about Kak Ogy, tak lama lagi saya akan umumkan satu project terbaru kak Ogy yang juga melibatkan saya. Apa dia? Biarlah rahsia…. sedikit clue: Satu lagi langkah saya dalam arena motivasi! Tungguuu… very interesting!

Bagi bapa2 yang membaca, Happy *belated* Father’s Day! 🙂

Senyum untuk semua

Setiap pagi, bila hantar anak2 ke tadika bersama isteri, sambil memandu, mesti saya lalu satu “gerai” kecil seorang india yang jual suratkhabar di tepi jalan. Sesiapa  yang nak beli newspaper, just berhenti kan kereta di tepi bahu jalan, dan penjual akhbar ni akan memberi newspaper tersebut melalui tingkap.

Anda pernah nampak kan penjual newspaper sebegini?

Apa yang menarik bagi saya adalah, setiap kereta yang lalu ditepi “gerai”nya akan disambut oleh senyumannya. Tak kira, beli atau tidak surat khabar, usahawan India ni akan melambaikan tangan dan senyum untuk semua kereta yang lalu.

Bagi anda yang tahu, saya memang tak beli suratkhabar pagi-pagi, tetapi, setiap kali saya lalu gerainya, usahawan ini akan semyum dan lambai! Sehingga, ada masa, sekiranya saya sendiri apabila “perlu” membeli surat khabar, saya pasti akan berhenti di gerainya!

Satu pengajaran boleh diambil di sini…

Dalam perniagaan, layani semua bakal pelanggan dengan sama. Tak kira, mereka prospect, ataupun tidak, beri layanan yang sama.

Seperti usahawan India ini, dirinya senyum dan lambai pada semua orang. Anda pun perlu lakukan begitu.

Senyum pada semua orang, tak kira prospect atau pun tidak kerana, adakah anda 100% pasti mereka bukan prospect anda? Be friendly. Be nice. Kerana, dalam perniagaan, anda perlu menjual DIRI ANDA terlebih dahulu kemudian, baru jual produk/perkhidmatan anda.