IK zaman dolu-dolu…

Bagi yang ikuti blog ni, pasti tahu saya dalam proses pindah rumah. Sebab tu juga, jarang-jarang dapat update blog. Insyaallah minggu depan postings akan jadi seperti biasa ok… so, supaya takdelah anda masuk blog ni, dan tak update beberapa hari… sedikit “hiburan” untuk anda πŸ˜‰

Tengah-tengah mengemas barang-barang lama untuk pindah rumah, saya pun terjumpa gambar-gambar lama saya masa muda-mudi dulu. So, ni nak kongsikan satu (satu je) gambar saya masa di university 10 tahun lalu.. tahun 1999! Tahun saya mulakan perniagaan Internet…

ik_uk_99.jpg

Rambut panjang baru rock, jangan marah! (Jangan jeles Razzi Rahman)
Gambar di ambil di depan rumah sewa saya di Staffordshire ketika saya menuntut di Staffordshire University. Grad tahun 2000.

Sedikit latar belakang, saya sekolah rendah di SRK Raja Perempuan Mazwin (Kuala Kangsar) kemudian ke SRK Subang Jaya sampai darjah 6… Sekolah menengah di SMK Lelaki Bukit Bintang di PJ. lepas tu ke PPP ITM di Shah Alam mengikuti A Level (batch 13). Lepas tu ke British Consortium Higher Education (BCHEM) Cheras untuk melanjutkan first year degree. Lepas tu ke Staffordshire University, United Kingdom (gambar). Sekian terima kasih πŸ˜‰

Post kali ini hiburan semata-mata, so takde pun tip satu minit hari ini… πŸ˜‰

Temubual IK bersama Personal Money Magazine

Baru-baru ini saya ditemubual oleh majalah Personal Money. Insyaallah akan keluar bulan depan sebagai cover story.

pmmag.gif

Berikut salah satu soalan (dan jawapan) yang diberikan ketika temubual πŸ˜‰

Personal Money: In your opinion, what distinguishes you from other non-millionaires youth? How do you do things differently?

IK: I think its “a good start”. I wouldn”β„’t say I work harder than others, or work longer hours than others! but a good start of having a goal at the age of 18, and reaching it at the age of 25.

It”β„’s like a rocket where you need full power & intense power to lift of from the earth. Once the rocket is out at the atmosphere, gravity will do the rest.

I too listen to music, go to the movies, watch DVD’s and go out. No different from other youths, but starting early, realizing how important it is to have a goal, and working towards the goal gives me an upper hand.

Starting early and giving all you got at the beginning really helps. I would say “a good start” is how I do it differently.


Kesimpulannya:
Mula awal… kalau belum mula lagi, mula sekarang, Tiada masa untuk berlengah-lengah lagi sekiranya ingin mencapai kejayaan. So, do it now πŸ˜‰

So, jangan lepaskan majalah Personal Money daripada Edge bulan hadapan… bukan saya sorang je di cover, tetapi ada bersama 5 jutawan lain dari latar belakang yang berlainan. C u there!

IK pindah rumah… SOHO baru, yea!

Lama juga saya tak update ruangan Reality. So, hari ini saya ingin updatekan what I’ve been up to. Sekiranya anda follow saya di Twitter, saya ada menyebut tentang saya dalam proses pindah rumah πŸ˜‰

Yup… bagi anda yang berpengalaman pindah rumah, pastinya tahu sangat memenatkan- but exciting at the same time.

11102009003.jpgInsyallah dalam bulan ini, memang sibuk dengan proses memindah rumah. kini saya tinggal di kawasan Damansara (Selangor)… rumah baru di kawasan Damansara (KL) pula ;))

11102009001.jpgSeperti biasa, since saya menjalankan perniagaan Internet dari rumah, so, saya pun mempunyai ruang studio SOHO saya sendiri. SOHO saya ni di tingkat teratas rumah 3 tingkat. Memang kosong lagi, belum pasang grill dan masukkan furniture pun… cuma baru cat. (Maaf gambar tak berapa clear sebab ambik guna handphone je- klik untuk besarkan)

Kali ni Soho saya saya pilih warna merah (warna favorite) dan warna cream… nanti insyaallah saya update proses melengkapkan SOHO saya di sini untuk anda ikuti πŸ™‚

11102009004.jpgSelain daripada warna favorite saya, research ada mengatakan bahawa warna merah adalah warna yang baik untuk Soho kerana bekerja dari rumah memerlukan transition/pertukaran yang drastik… dari bilik tidur ke pejabat, berapa tapak je πŸ˜‰ Warna merah boleh memberi efek pertukaran environment (bekerja) tersebut.

Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan Internet dari rumah, sememangnya terbaik mempunyai ruang khas untuk menjalankannya. Tetapi sekiranya anda mempunyai ruang yang terhad di rumah anda untuk menjadikan satu bilik sebagai bilik Khas Soho, anda boleh chop/booking/sediakan satu bucu di rumah anda khas untuk perniagaan Internet anda. Ruang ini akan memberi kesan transition daripada rumah sebagai tempat rehat & rumah sebagai tempat bekerja.

Insyaallah beberapa hari lagi saya akan tambah gambar proses menyiapkan Soho saya ni…. c ya!

ps: Sekiranya anda ingin pelajari bagaimana saya menjalankan perniagaan Internet, sertai Workshop Jutawan Internet.Β Klik di sini. Masuk tahun ni, sudah lebih 10 tahun saya menjalankan perniagaan Internet dari Soho. 10 tahun lepas pun, saya bermula dengan Soho di satu bucu flat saya. Syukur Alhamdulillah.

Simpan Challenge di Awani Pagi, Astro Awani

Rabu lepas, saya & Abang Abu di Astro Awani pula kongsikan mengenai Simpan Challenge di Astro Awani di Awani Pagi.

Simpan Challenge adalah program untuk menggalakkan masyarakat menyimpan. Sering saya katakan bahawa, kekayaan bukanlah berapa banyak pendapatan kita, tetapi, sebenarnya berapa banyak kita dapat simpan. Insyaallah Simpan Challenge yang akan dijalankan dari 1hb November – 30hb November dapat memberikan tip & strategi menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari tak kira di mana tahap kewangan anda πŸ˜‰

Berikut adalah rakaman Awani Pagi, Astro Awani sekiranya anda terlepas…

Bahagian 1: Simpan Challenge, Awani Pagi

Bahagian 2: Simpan Challenge, Awani Pagi

Pakar-pakar dalam membuat keputusan

Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewaangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…

Sering kali ini terjadi kepada saya πŸ™‚

Terdapat satu teknik membuat keputusan yang ditunjukkan di dalam buku classic “Think & Grow Rich” tulisan Napolean Hill. Ramai orang yang berjaya termasuk Henry Ford, J Paul Getty dan Abraham Lincoln (semua orang lama-lama sebab buku classic) menggunakan cara ini. Saya sendiri juga menggunakan cara ini.

Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar- pakar industri masing-masing.

Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.

Mungkin anda boleh bertanya…

  • “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
  • “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
  • “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”

Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun πŸ™‚

Yang bestnya, cara ini amat efektif! Ia membantu kita membuat keputusan dengan lebih tepat.

Bila pergi holiday, bawa balik idea perniagaan

Tahu kah anda bahawa 95% produk yang di pasarkan di sesuatu negara, tidak dipasarkan keluar negara tersebut.

Contoh, 95% produk yang di Malaysia tidak ke luar negara pun. 95% produk dari Thailand, tidak keluar pun ke negara lain. 95% produk dari Jepun, tidak akan di eksport keluar Jepun pun! Dan seterusnya untuk negara-negara yang lain.

Maklumat ini adalah amat berguna untuk anda yang sering holiday (atau kerja) ke luar negara. Buka mata dan minda usahawan anda untuk membawa produk dari luar negara masuk ke Malaysia (atau ke negara lain). Di sini adalah peluang untuk anda mencari idea memulakan perniagaan dengan hanya memahami statistik 95% produk dari sesebuah negara tidak ke luar negara tersebut pun πŸ˜‰

Here’s a hot tip bagi anda yang berminat untuk mendapatkan prduk dari luar negara, tetapi tak berpeluang untuk keluar negara…

Gunakan perkhidmatan AliBaba.com untuk mencari pemborong/pengeluar dari luar negara πŸ˜‰

Simpan Challenge di MHI, TV3

Pagi tadi, saya & Abang Abu berada di MHI, TV3 menceritakan tentang Simpan Challenge! bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan ketahui apa ke bendanya Simpan Challenge ni πŸ˜‰

BERITA TERKINI!

Ikon-ikon dari Telaga Biru Sdn Bhd / Storm Readers termasuk Dato”β„’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato”β„’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed juga turut akan memberi tips dan santapan rohani mengenai wang dan perniagaan kepada mereka yang menyertai Simpan Challenge!

Simpan Challenge 2009

Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya πŸ˜‰ Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…

Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.

Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”

simpan-small.jpg

Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?

Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

ketupat.jpg

Sebulan berpuasa, kini tiba masanya menyambut Syawal πŸ™‚

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog IrfanKhairi.com – tip satu minit!

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan anda dan kesudian anda berkunjung ke blog ini (bukan ke rumah… tahun ni takde open house ;)) sejak 3 tahun yang lepas. Blog ni pun dah menyambut 3 kali Raya πŸ˜‰

Maaf Zahir & batin sekiranya ada salah & silap. 0-0

2% sahaja yang Hebat Affiliate

Kebanyakan kita sedia tahu apa itu program affiliate. Sekiranya tak tahu, ringkasannya adalah…

Perniagaan Internet berbentuk affiliate adalah di mana anda mengesyorkan atau “recommend” produk dan perkhidmatan orang lain, dan sekiranya seseorang membeli produk/perkhidmatan tersebut, anda akan menerima komisyen.

Tetapi, tahukah anda, penyelidikan online telah menunjukkan bahawa, hanya 2% sahaja daripada mereka yang menyertai program affiliate benar-benar tahu kaedah sebenar dalam menjana pendapatan melalui program affiliate.

Bilangan besar yang menyertai program affiliate LANGSUNG tidak pernah berjaya membuat jualan, ataupun, sekiranya dapat, jumlahnya adalah terlalu kecil.

Dari pengalaman kami juga mengendalikan program affiliate Mentor Jutawan, keadaan ini terjadi. Ketika ini, ahli affiliate Mentor Jutawan adalah lebih daripada 3,000 ahli. Tetapi, yang sering membuat jualan dan menerima komisyen yang tinngi adalah kurang dari 100 ahli!

Mengapa ini terjadi?

Sebabnya hanya satu – kurangnya ilmu perniagaan affiliate!

Untuk menjadi 2% teratas dalam memperolehi pendapatan melalui program affiliate, anda perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu perniagaan affiliate secukupnya.

Kebanyakan yang menyertai melakukan kaedah ini:

  • Promosi program affiliate secara rambang melalui email
  • Promosi program affiliate di blog menggunakan bahan promosi laman web jualan produk tersebut
  • Promosi produk affiliate TANPA memiliki produk tersebut πŸ˜‰

Pastinya, 3 cara ini (dan banyak lagi!) adalah cara yang salah kerana…

  1. Promosi secara rambang melalui email akan menjadikan promosi anda berbentuk SPAM. Dan apabila spam, pastinya kredibiliti anda sebagai affiliate akan jatuh
  2. Promosi menggunakan bahan yang terkandung dalam web jualan tidak semestinya membantu dalam menambahkan jualan kerana bahan yang sama digunakan oleh beratus atau beribu blog yang lain- tiada kelainan!
  3. Promosi terbaik adalah dengan menjadi umpama “jurucakap” kepada produk affiliate yang disertai seperti memberi testomonial atau review yang ikhlas. Tanpa memiliki produk tersebut, usahawan affiliate pasti tidak dapat memberi testimonial dan review yang lengkap & bernas.

cover-affiliate.jpgSekiranya anda ingin mendalami program affiliate, RahsiaInternet.com telah melancarkan Laporan: X terbaru yang bertajuk…

“Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal dan Produk SendiriΒ  dan 25 Tip Affiliate Hebat”

Laporan ini menjelaskan lebih terperinci mengenai program affiliate serta tip-tip bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan program affiliate yang anda sertai. Bukan itu sahaja, ia juga memuatkan kesilapan-kesilapan yang RAMAI penggusaha affiliate di Malaysia sering lakukan yang mengakibatkan tiada langsung jualan dilakukan dan amat kurang komisyen yang diterima.

Untuk mendapatkan Laporan X: Affiliate Hebat (harga RM20 sahaja), layari…

http://www.irfankhairi.com/laporanX/

Semoga anda juga akan menjadi ahli affiliate hebat!