Siapa tak kenal Michael Jackson? Well… my kids tak kenal 🙂 terasa tua lak…
Malam tadi berlangsungnya upacara memorial MJ. Seperti some of us, saya pun turut tengok. Posting saya bukan untuk mengisahkan kejayaan Michael Jackson. Sememangnya semua orang tahu tentang kejayaannya sebagai Raja Pop dunia. Tetapi posting saya adalah mengenai waktu-waktu menyedihkan yang berlaku pada Michael…
Apa yang menyebabkan kejatuhan Michael Jackson sekitar tahun 90-an?
Seperti orang-orang berjaya yang lain, apabila sampai ke satu tahap kejayaan yang membanggakan, pastinya ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan. Begitu juga terjadi kepada Michael Jackson.
Boleh dikatakan, saya salah seorang fan Michael Jackson. Infact, MJ adalah antara idola saya masa muda-muda dulu untuk mencapai kejayaan. Daripada pengamatan saya, MJ adalah seorang yang merendah diri, lemah lembut dan baik hati. tahukah anda MJ adalah pemegang Guiness Book of Records sebagai selebriti yang PALING BANYAK menyokong badan-badan kebajikan?
Dalam pada itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan atas keperibadian MJ.
Tahun 1993, MJ dituduh melakukan kesalahan berkelakuan sumbang dengan seorang kanak-kanak dibawah umur. Tuduhan tersebut dilakukan oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut. Segala penyiasatan dan bukti menunjukkan ia hanyalah fitnah sahaja. MJ telah diugut dan difitnah oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan wang… akhirnya, budak tersebut mengaku dia menipu di mahkamah.
But it was too late then… kedudukannya sebagai penghibur telah dicemari. Sejak itu bermula kejatuhan MJ.
Later on in his life, MJ menerima lagi tuduhan dan ugutan yang sama dengan kanak-kanak lain pula. Keputusannya, beliau tetap didapati tidak bersalah.
Tetapi,keputusannya juga adalah, tekanan yang diperolehi dari proses yang memakan masa bertahun-tahun bagaikan menyerap nyawanya sendiri, keluarga dan juga sumber kewangannya sehingga hampir muflis.
Ianya dilaporkan ubat-ubat yang diambilnya untuk mengurangkan tekanan mengakibatkan pemergiannya minggu lepas.
Lagi besar kejayaan seseorang itu, lagi besar cabaran yang perlu dihadapi. Bagi MJ, semuanya bermula dengan hanya satu tuduhan yang telah dibuktikan palsu semata-mata.
MJ will always be my idol.