Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009

Ok, hari ni saya nak jadi penjual majalah sekejap πŸ™‚ not bad apa, since one of my mentor, Dato Husammuddin pengasas Karangkraf jadi jutawan bermula sebagai penjual majalah πŸ™‚ Di ebook Mentor Jutawan, saya ada menemubual Dato Husammudin. Klik di sini.

Bulan ni, 3 majalah membuat coverage mengenai saya, keluarga & kawan-kawan. So, bagi anda yang selalu tanya…

“Bila IK nak tunjuk gambar family?”, here you go πŸ™‚

montage-feb-magazines.jpg
  • Majalah I Februari 2009

Kisah saya & family di ruang “Jendela Keluarga”. Very interesting kali ni sebab first time anak-anak sekali saya masukkan dalam majalah. Sebelum ni tak pernah lagi πŸ™‚ My wife Shaz pernah juga masuk majalah. So, kalau anda nak tahu cerita latar belakang saya, Shaz & kids, boleh dapatkan Majalah I keluaran Februari. Thanks to Azlin & Chip!

Nak tahu bagaimana saya & Shaz berjumpa? Dapatkan majalah ini! πŸ™‚

  • Majalah Dara.com Februari 2009

Coverage majalah Dara.com pula mengenai kejayan saya dan beberapa orang lain di bawah tajuk “Resepi kejayaan”. Kisah kali ini mengenai tips untuk berjaya ketika muda-mudi. Khas untuk pelajar-pelajar IPT, ada beberapa tips sini bagaimana nak jadi kaya raya (bukan hantu raya) πŸ™‚

Special thanks to team Dara.com & Siti Nurazlina

  • Majalah Maskulin Februari 2009

Coverage kali ini mengenai saya & kawan-kawan pula. kebanyakan anda dah tahu me and my boys mempunyai band Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh myself, Razzi Rahman @ Bro Love dan juga Muzamil, so, this is the first time Razzi.muz.ik muncul dalam majalah.

Saya juga merupakan kolumnis majalah Maskulin, dan dalam edisi kali ini saya menulis mengenai Frekuensi Pemikiran Besar!– ada kena mengena dengan tip saya semalam.

Thanks to Izwa & lady boss Wan Mahani for the coverage.

So, bulan ni, ketepikan budget sikit ok… boleh beli majalah-majalah di atas from Karangkraf- ha ha!

Jangan lupa, esok (Khamis), saya akan on air secara live di WW Astro Awani 10.30am dalam segmen “Bersama IK” dan juga di Radio24 93.9fm dalam segmen “Yo!” jam 1.15pm.

Special thanks also to semua media massa, TV, radio yang sering support me all the way!

ps: Bagi yang ingin menghadari Workshop Jutawan Internet dan ketahui bagaimana saya make my million on the Internet, klik di sini untuk maklumat lanjut. C u there!

Menjadi perniagaan pertama atau pioneer tidak menjanjikan kejayaan

Pastinya anda pernah dengar mengenai PERNIAGAAN PERTAMA di pasaran akan mendapat perhatian orang ramai dan mendapat pelanggan yang lebih ramai.

  • Seperti Coca-cola menjadi perhatian kerana merupakan air karbonat pertama
  • Seperti Colgate menjadi pilihan kerana merupakan ubat gigi pertama
  • Seperti IK mendapat perhatian kerana merupakan pakar perniagaan Internet pertama
  • Seperti Dato Dr Fadzilah kamsah menjadi piliham kerana seroang motivator pertama

Tetapi, sejauh manakah ini betul? Betul ke kalau kita merupakan perniagaan pertama sekali, pastinya ramai yang akan memberi perhatian? Sejauh manakah point di atas ni betul? Kerana…

  • Coca-cola bukanlah soft drink pertama!
  • Colgate bukanlah ubat gigi pertama di pasaran!
  • IK semestinya bukan Internet Marketer mula-mula sekali di Malaysia!
  • Sama juga my sifu Dato Dr Fadzilah Kamsah pun bukan motivator yang pertama!

Sebenarnya, perniagaan pertama, atau lebih dikenali sebagai “Pioneer” TIDAK menjanjikan perniagaan kita akan jadi top, dan menjadi pilihan.

Apa yang patut di ambil kira adalah perniagaan yang PERTAMA MENDOMINASI FIKIRAN ORANG RAMAI.

Jadi, tak semestinya sekiranya anda THE FIRST business. Ataupun PIONEER. Ataupun the FIRST COMER. Ia tidak menjanjikan sebarang keuntungan perniagaan.

Strategi yang sebenar adalah untuk menjadi pertama mendominasikan fikiran orang ramai dengan mesej perniagaan anda. Menjadi perniagaan pertama di pasaran akan memberi peluang yang lebih luas untuk melakukan ini. Tetapi, sekiranya tidak dilakukan dengan baik… nanti pesaing kedua… ketiga… keempat… atau kelima pula yang akan dominasikan fikiran pengguna.

Razzi.muz.ik di MHI TV3

Sempena cuti ni, kita pun cuti dari “Tip satu minit” dan berhibur kejap πŸ™‚ Bagi yang termiss MHI Khamis lepas, Razzi.muz.ik menjadi artis undangan MHI. So, ini performance kami untuk lagu “Selamanya”

Hampir sebulan “Selamanya” release, banyak komen2 positif yang kami terima, mengatakan lagu ni mengingatkan kita pada zaman2 dulu… teringat friends and families. Alhamdulillah, matlamat Razzi.muz.ik tercapai untuk menyampaikan mesej menghargai orang tersayang, kenalan dan keluarga kita πŸ™‚

Terima kasih kepada MHI kerana mengundang, Fenda and the producers. Also, friends Abby Fana & Fedtri for the cool interview.

So bagi anda yang tak pernah tengok saya main guitar electric… here it is!

Part 1: Selamanya…

Part 2: Interview I

In life, takleh la kita business 100% sahaja… or work 100% sahaja. At times, perlu juga take a break… buat sesuatu yang kita suka. Muzik (dan DVD) adalah cara saya menghiburkan diri. Some businessman suka main golf, suka memancing, suka travelling… atau apa sahaja. Terpulang kepada minat masing-masing.

Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertiga… gambar glamer pun ada. Ha ha πŸ™‚

Enjoy the holiday!

ps: Happy Chinese New year to Chinese friends!

Sabar + Redha = Hikmah! :)

Bagi yang selalu ikuti ruang blog saya ni, pasti tau yang sejak bulan lepas, macam-macam yang kurang baik terjadi kepada saya… bermula:

IK ambil tindakan undang-undang

dan…

Bila orang mengambil kesempatan atas anda

sampai la…

Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaanΒ 

Berturut-turut perkara negatif terjadi pada saya πŸ™‚

Ingat lagi tak, pesanan saya ketika itu, kalau sesuatu kurang baik terjadi pada kita…

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! πŸ™‚

Walaupun bertalu-talu negative things happened to me, saya masih boleh senyum… happy… dan tak pun effected dengan perkara-perkara negatif tersebut. Bila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara positif kepada kita… ni yang mat salleh sebut “Law of Attraction”.

Tetapi, dalam Al Quran dah lama sebut mengenai ini untuk kita bersabar & redha, pasti akan dapat hikmahnya!

So, Rabu baru ni, saya dapat panggilan yang amat menggemibrakan saya daripada real estate agent saya!

Pertengahan tahun lepas, saya membuka salah satu rumah saya untuk dijual *Rumah untuk dijual*. Bungalow 3 tingkat saya di Seremban2. Kini, syukur Alhamdulillah rumah tersebut telah dijual! πŸ™‚ Yezzaaa!

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

So, walaupun bertalu-talu perkara negatif terjadi pada saya sejak bulan lepas, saya sentiasa sabar, redha dan yakin bahawa pulangannya pasti datang πŸ™‚ Kali ini, pulangannya datang dalam bentuk RMXXX,XXX keuntungan!

Jujurnya, saya tak sangka rumah saya ni boleh terjual dalam keadaan ekonomi sedang mengalami kesusahan. Saya sangka, mungkin tahun depan atau 2011 baru boleh terjual. Tuhan lebih berkuasa memberi rezeki kepada umatnya dalam sekelip mata sahaja.

So, pesanan terakhir saya, tak kira apa sahaja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati (bukan berlakon sabar & berlakon redha)… you must really feel it in your heart! Pastinya pulangan yang lebih lumayan akan diberikan-Nya!

Now that’s the real meaning of “Law of Attraction”. Eat your heart out “The Secret”! πŸ™‚

housesold.jpg
Rumah telah dijual! Untung RMXXX,XXX ketika ekonomi down!

Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaan

Dalam mencari pekerja untuk perniagaan anda, anda tak tahu apa yang anda akan dapat. Bak kata Forrest Gump: “Life is like a box of chocolate. You’ll never know what you’re gonna get”. Samalah dengan mencari pekerja mengendalikan perniagan anda.

Bila menemubual, ada yang datang berpakaian smart habis, segak, berkeyakinan bila bercakap, tetapi, bila sudah menjadi pekerja later on kita find out dia tidak boleh diharap. Ada juga yang datang untuk temubual, datang selekeh, tak pandai bercakap, gaya tidak berkeyakinan… tetapi, later on kita dapati dia seorang yang pintar untuk perniagaan!

Just think about it. Dalam temubual, pastinya semua orang sudah bersedia untuk memberi tanggapan pertama yang menarik dan terbaik. Sama ada dia seorang yang jujur, atau pun tidak. Pastinya ia tidak dapat dilihat ketika temubual. Mempunyai pekerja boleh menjadi satu risiko untuk sesuatu perniagaan.

Jadi perlu buat apa?

Nasihat terbaik saya dapati dari Donald Trump. Katanya:

Hire the best people, and don’t trust them! (Buku Think Big, ms 154)

Donald Trump menceritakan pengalaman dirinya dan juga kenalan ahli perniagaannya yang melakukan kesilapan mendapatkan peguam terbaik, accountant terbaik, pekerja terbaik dan mempercayai mereka. Apa yang terjadi adalah, mereka menikam dari belakang.

So, next time anda mencari pekerja… ataupun dengan pekerja anda yang sedia ada, pastikan anda tahu segala-galanya yang dilakukan terutamanya yang melibatkan wang. Kerana “You’ll never know what you’re gonna get”! πŸ™‚

ps: Siapa ada pengalaman (sendiri/keluarga/kenalan) mengenai pekerja yang tak jujur, apa kata kongsikan pengalaman tersebut di sini. Supaya kita semua sedia maklum perkara-perkara sebegini boleh terjadi.

Pengumuman

pengumuman.gif

Mulai Isnin 12/1/2009, staff Irfan Khairi Sdn Bhd, Mohd Shafizal b Mit (atau lebih dikenali sebagai Shah di kalangan pelanggan IKSB/RahsiaInternet.com) sudah diberhentikan daripada syarikat.

Mohd Shafizal b Mit (Shah) sudah tidak lagi mewakili Irfan Khairi Sdn Bhd dan RahsiaInternet.com dalam apa jua urusan.

Semua urusan syarikat kini boleh hubungi, 03 77292277

emails.gif

Segala urusan melalui email hanya melalui email menggunakan domain rahsiainternet.com (dan bukan personal email seperti yahoo, gmail, hotmail).

Harap maklum

pengumuman.gif

Bersama Irfan Khairi siri 01 @ WW Astro Awani

Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!

Soalan kali ini merangkumi:

  • Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
  • Menjadikan taska sebagai perniagaan
  • Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
  • Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan

Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan πŸ™‚

Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) – juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah πŸ™‚

Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)

Bila orang mengambil kesempatan atas anda

Sekiranya anda seorang yang baik hati, dan lemah lembut, dan suka kesian kan orang… sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab akan take advantage of you. That’s a fact.

Donald Trump pernah menulis

In business, don’t trust anyone! -Donald J Trump

Walaupun saya jarang menulis perkara negatif di Blog, sebab I’m a positive person, tetapi, kali ini tergerak juga saya nak beri pesanan mengenai perkara ini.

Why? Sebab baru-baru ini ianya terjadi kepada saya juga.

If you are nice, *some* people will take advantage of you

Tak semua akan take advantage, tetapi, beberapa orang akan. Bagi saya juga, ianya bukan kali pertama. Beberapa kali juga orang mengambil kesempatan keatas diri saya. Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita menganggap “kawan”. Dan setiap kali kita akan rasa down, frustrated, marah pun ada.

So, apakah penyelesaiannya? Adakah kita berhenti jadi baik, dan terus jadi seorang yang kasar, berfikir negatif, dan sombong? Just be a “not so nice” person?

TIDAK!

Itu bukan jawapan dan penyelesaiannya.

Jawapannya adalah bersabar dan redha atas apa yang terjadi. Saya yakin Allah SWT sayang sangat-sangat-sangat-sangat pada hambanya yang bersabar dan redha.

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! πŸ™‚

Tetapi, sekiranya anda tak bersabar… tak redha… menjadi marah… dan sebagainya dan nafsu syaitan mula memenuhi diri, di situlah akan terjadi keadaan dimana lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.

So, my advise for today- always-always-always be nice, tak kira segelintir yang take advantage of you. Pulangan yang lebih lumayan pasti akan diberi oleh Allah! πŸ˜‰

Peace! :>

ps: Atas kesabaran dan keredhaan perkara2 begini terjadi pada saya hari ni Allah swt membuka pintu rezeki saya dengan memberi peluang saya dengan segmen baru “Bersama irfan Khairi” setiap minggu di WW, Astro Awani pagi ini dan juga slot mingguan baru saya di “Yo!” di Radio24 tengah hari nanti πŸ™‚ So ingat ya! Banyak2 bersabar dan redha… pastinya pulangan akan diberikan kepada anda berlipat-lipat kali ganda! πŸ™‚

Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

Bermula 2009, slot saya di Astro Awani dinamakan “Bersama Irfan Khairi” (sebelum ni namanya Wanita & Wang) pada setiap hari Khamis jam 10.30pagi. Dalam slot ini, anda!. YES, ANDA! boleh bertanyakan apa sahaja soalan kepada saya mengenai perniagaan, perniagaan Internet, kewangan, kekayaan atau motivasi. Open table :)Sekiranya anda mempunyai soalan, tinggalkan soalan anda di sini!

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan?

Sebaiknya, jelaskan soalan anda dengan terperinci supaya ianya dipilih untuk dipaparkan di WW Astro Awani, “Bersama Irfan Khairi”.

Stay tune to Astro Awani channel 501 untuk jawapan. Ataupun dapatkan jawapannya apabila saya uploadkannya di You Tube irfanTV!

Anda boleh tinggalkan soalan anda di ruang comment sini atau email info@rahsiainternet.com… πŸ™‚

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni…

Here’s 5 tips from me:

  • Target “baby boomers” mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+
  • Target produk “affordable” dan bukan “luxury”. Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.
  • Mulakan perniagaan yang berkos rendah – kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.
  • Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik
  • Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom πŸ™‚

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.

All the best dalam perniagaan 2009!

ps: Seminar perniagaan Workshop Jutawan Internet.Β Klik di sini sekiranya berminat.