Sejak saya umumkan program online coaching, ramai yang telah sertai dan amat berminat- alhamdulillah! Di samping itu juga, ramai yang bertanya, apa manfaatnya dengan menyertai sesuatu coaching program? Apa yang coach lakukan?
Untuk menjawab soalan ini, saya ingin rujuk posting saya 3 tahun lepas! “Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya!” pada May 2006 lama dah tu… 🙂
Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi?
Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho dan lain-lain.
Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat diperlukan untuk mencapai kejayaan!
Seorang coach akan secara berterusan membantu, menasihat dan memantau seseorang itu hingga tercapainya sesuatu matlamat.
Pernah tak anda mempunyai satu matlamat, tetapi, terasa agak kesunyian kerana tiada sokongan dan bantuan atau tiada kawan untuk bersama mencapai matlamat tersebut?
Itu juga adalah antara fungsi seorang coach- untuk secara berterusan sama-sama membantu memperbaiki diri seseorang itu.

Nama coach-coach saya 10 tahun lalu dalam buku RJJIT! 🙂
Sedikit “Reality”: Beberapa tahun lalu, saya juga telah menyertai satu “coaching program” untuk memperbaiki diri saya sebagai seorang “trainer”. Ia banyak membantu mencapai matlamat saya sebagai seorang motivator yang berjaya sehingga kini. 10 tahun lalu, ketika saya memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, saya juga mempunyai coach. Kalau hendak tahu siapa coach saya, namanya ada tertera di bahagian “Penghargaan” buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Kalau nak tahu, nama-nama mat salleh tu adalah coach saya 🙂
So, sempena tahun 2009 ini, selepas lebih banyak pengalaman dengan perniagaan Internet global dan juga tempatan, saya dan krew RahsiaInternet.com sudah bersedia untuk menjalankan program coaching ini. Dengan pengalaman saya menjana >RM1juta di perniagaan Internet global, serta krew2 RahsiaInternet yang turut membantu menjana >RM1 juta di pasaran Malaysia sahaja, saya amat yakin program coaching ini dapat memberi manfaat kepada anda juga 🙂
Berikut testimonial pertama peserta Apprentice Online Coaching semalam:
Sessi pertama saya coaching bersama IK memang santai. Walaupun IK menjadi coach, disebabkan komunikasi melalui YM, segala coaching program berjalan dengan lancar sekali macam YM dengan kawan-kawan pulak. Yang istimewanya, apa yang saya tanya akan terus dijawab oleh IK dengan cadangan sekali! Memang puas hati dan semangat semakin membara-bara macam IK ada disebelah kita. Cadangan dan idea yang IK berikan lebih fokus pada tajuk yang kita inginkan. Dipenghujung sessi, tugasan akan diberikan bagi mencapai matlamat kita! Satu jam rasa tidak cukup untuk satu sessi. Jika ada IK Apprentice session 2, pasti saya akan sertai! Saya rasa bertuah menjadi antara peserta terawal dapat sertai program ni!
– Noorizam Sabran
Saya bersyukur sangat dapat sertai online coaching bersama IK. Melalui sessi pertama sahaja, banyak soalan dah terjawab. Mungkin sesetengah orang berpendapat mereka tak perlukan coach kerana ilmu perniagaan Internet boleh diperolehi melalui buku ataupun secara percuma di Internet. Betul juga, tapi ilmu tu semua bersifat umum…sedangkan seorang coach boleh menjawab secara spesifik kepada keperluan perniagaan Internet kita. Malah lebih dari itu, IK membuat penilaian spesifik kepada salah sebuah laman web saya. Di akhir sessi, IK berikan tiga tugasan hasil dari perbincangan bersama.
Memang benarlah kadangkala kita perlukan daya tolak dari seorang coach untuk bertindak lebih agresif. Alhamdulillah, hari ini saya dah pun selesaikan satu tugasan yang dah lama saya nak buat tapi asyik tertangguh kerana kurang pasti. Petang tadi saya email kepada IK & Krew, malam ni dah terima komen dan cadangan. Hebat kan! Esok saya boleh teruskan dengan tugasan seterusnya. Kalau macam ni, insya Allah saya akan dapat menyelesaikan banyak perkara dalam tempoh tiga bulan. Kalau ini yang akan saya capai, RM50 sejam tu memang amat berbaloi…ditambah lagi dengan soal-jawab melalui email.
Terima kasih IK & Krew. 🙂
– Sofia Mohamad (www.BajuRenang.com)
Harapan saya program coaching ini akan menjadi the best online coaching program di Malaysia sepertimana Workshop Jutawan Internet menjadi the best seminar perniagaan Internet 🙂