Bagaiamana nak tahu passion?

Selalu saya sebut berulang kali, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti 🙂

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion!

  • Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
  • Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
  • Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
  • Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
  • Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
  • Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
  • Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?

Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!

=========

Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita. Dan ini, saya selalu tekankan dalam all my talks.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai workshop perniagaan Internet yang saya jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet mengikut passion dan minat anda 🙂

Kurangkan janji, lebihkan keputusan

Sebenarnya nak translate “Under promise, over deliver”… jadi lah Kurangkan janji, lebihkan keputusan. Lebih kuranglah, maklumlah, kantoi BM.

Bila kita under promise dan over deliver dalam perniagaan kita, kita akan mencipta satu keadaan yang digelarkan “magic moment” oleh pakar marketing Jay Abraham. Magic Moment bermaksud apabila pelanggan tak expect mendapat sesuatu yang hebat, tetapi, menerima pulangan/keputusan yang hebat!

Apabila sesuatu perniagaan under promise dan over deliver, ia akan mengakibatkan pelanggan berpuas hati dan menyebarkan berita baik itu kepada kenalan mereka. Maka, tercipta pula “word of mouth” advertising atau promosi dari mulut ke mulut.

Disneyland adalah antara contoh yang sering menggunakan under promise & over deliver. Ketika saya bercuti ke Disneyland bersama isteri & anak-anak, sebelum menaiki rides seperti roller coaster/water rides dan sebagainya, ketika beratur, akan ada tanda menunjukkan anggaran masa perlu tunggu. Selalunya tertulis perlu tunggu 45 minit sebelum naik rides… tetapi, bila beratur, dan dah sampai giliran kita naik rides tersebut, bila tengok jam tangan… baru 30 minit menunggu! 15 minit lagi cepat dari apa yang diharapkan 🙂


Ni contoh waiting times di Disney… kalau dia tulis 5 minit tu, maknanya tak perlu tunggu lah tu. Terus masuk je!

Disney buat kami gembira menunggu giliran selama 30 minit! (pada hal lama tu… tapi masih gembira kerana kami expect 45 minit!)

Itulah kekuatan under promise & over deliver dalam sesuatu perniagaan… pelanggan pasti akan menyukai perniagaan anda 🙂

================
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah (juga boleh aplikasikan Under promise & over deliver ni), sertai workshop perniagaan Internet saya. klik di sini untuk maklumat lanjut.

Cara memilih warna perniagaan terbaik

crayon.jpg

Pernah saya tulis sebelum ni mengenai kepentingan warna perniagaan. Hari ni, nak kongsi pula beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis

  • Putih = Kesucian
  • Hitam = Kemewahan
  • Kuning = Amaran
  • Biru = Kepimpinan
  • Purple = Royalty
  • Hijau = Alam semulajadi
  • Merah = Menarik perhatian

Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna perniagaan yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.  Di atas kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.

So, sekarang anda tahu mengapa laman web saya RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com menggunakan warna merah & hitam!

Fikirkan logo-logo dan warna koprat jenama-jenama yang terkenal disekeliling anda. Kini anda tahu rahsia di sebalik warna perniagaan 🙂

Selamat Hari Raya Aidiladha

Di kesempatan pagi mulia ini, saya ingin mengucapkan…

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua pembaca blog www.irfankhairi.com ini

Di hari bahagia ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita semua rakyat Islam terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Jangan lupa juga panjatkan doa kepada mereka yang berada di Tanah Suci mengerjakan rukun Islam yang ke-5.

Salam hormat,

IK

Pantau pesaing perniagaan anda

Dalam perniagaan, ianya amat penting untuk ketahui perihal pesaing anda. Ada kalanya, pesaing anda adalah kenalan anda juga sekiranya dalam industri yang sama.

boxing.jpgPelajari strategi-strategi yang dijalankan oleh pesaing anda dan ciptakan strategi yang lebih baik untuk mendapat pasaran yang lebih besar. Ianya satu kesilapan yang besar oleh sesuatu perniagaan sekiranya mengabaikan pesaing- walaupun pada mulanya anda menganggap pesaing tersebut kecil.

Sedangkan syarikat gergasi Coca Cola pun sering memantau pesaing-pesaing yang lebih kecil seperti RC Cola (siapa pernah dengar RC Cola?!). Apatah lagi untuk kita pantau pesaing-pesaing yang bersaing dengan kita. Melihat strategi MAS dengan Fireflyz respond kepada pesaing (Air Asia) pula , adalah kerana hasil pantauan pesaing. Begitu juga offer yang dijalankan oleh syarikat telco seperti Maxis, Digi, Celcom & U Mobile, kesemuanya respond kepada startegi perniagaan satu sama lain.

Apa yang anda perlu buat: Senaraikan 5-10 pesaing (terdekat) anda, dan lakukan pantauan- apakah strategi perniagaan mereka? di manakah pasaran mereka? bagaimanakah mereka promosi? apakah harga mereka? siapakah target market mereka? apakah lingkungan pendapatan pelanggan mereka? dan sebagainya…

Dengan menyenaraikan hasil pantauan anda, anda akan dapat mencipta strategi anda sendiri yang lebih baik dari pesaing anda 🙂

Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 2: The Creators

Kalau anda terlepas “Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 1: The Band”, klik di sini…

Kini, tiba bahagian 2 pula… 🙂

Siapakah “tulang belakang” Razzi.Muz.ik? Without these people dalam industri hiburan, takdelah Razzi.muz.ik. Sedikit latar belakang…

Sebelum ni, Razzi.muz.ik hanyalah small band main-main for hobby je. Nama pula “Blood Brothers”. Main pula saja-saja je, especially ketika formal majlis seperti saya sebagai duta MIBO dan juga duta program keusahawanan Impian. Lebih kurang 2 bulan lepas, ketika majlis pelancaran Impian, Blood Brothers pun buat satu persembahan lagu “Gemuruh” oleh Faizal Tahir. Ketika itu, nak dijadikan cerita, disaksikan oleh 2 komposer terkenal, Zul Mahat & Johan Nawawi!

Ketika itu la Zul Mahat timbulkan idea “Kenapa korang main lagu orang lain? main lagu sendiri la…” With that, bermulalah langkah pertama Razzi.muz.ik…

zulnasir.jpg
Razzi.muz.ik bersama M Nasir & Zul Mahat. Zul Mahat = orang kuat M Nasir 🙂

Zul Mahat. This is our taiko brother… komposer yang selalunya di balik tabir telah menulis macam-macam lagu hits. Kini sibuk dengan lagu Dato Siti Nurhaliza “Senyum Manis Minang” untuk album terbaru Siti. Dalam sibuk-sibuk juga, sempat menjadi komposer & juga produser album single kami ni. Zul Mahat juga adalah pencipta lagu “Reaching Higher”– our first English song! Tanpa Zul Mahat, tak berjalan lah Razzi.muz.ik as Zul also penggubah muzik untuk kedua lagu… so, kudos to our producer, Zul Mahat!

We are so thankful bro kita ni banyak membantu dalam pembikinan our first single! saya memang berpuas hati lah, cuma Razzi je kut tak berpuas hati sebab asyik kena marah dengan Zul je di studio recording! 🙂 Anyway, Zul & Razzi goes a long way back sebab Zul Mahat banyak membuat lagu Razzi Rahman 10 tahun lepas. Sebelum ni pun Razzi also penyanyi didikan Zul, kalau Razzi hebat, maknanya Zul hebat la!

johannora.jpgJohan Nawawi. Award winning composer menghasilkan lagu-lagu seperti Samudera (Nora), Sinaran & Gemilang (Sheila Majid),  dan banyak lagi… daripada AIM memenangi song of the year, hingga ke Anugerah Juara Lagu pun semua pernah menang. Johan Nawawi & Kak Nora (facebook) very nice people. Dulu-dulu masa saya student selalu dengar lagu-lagu Nora, kini, berpeluang bekerjasama dengan Johan & Nora. Very exciting…

Of course untuk single Melayu pertama kami, we want the best composer, and the best composer for this song is Johan Nawawi! Seronok saya dapat tengok Johan main keyboard masa ciptakan lagu “Selamanya” untuk kami. Laju habis jari-jarinya… macam himslef & muzic betul2 bersatu. That’s what we get from very passionate people! My respect to bro Johan Nawawi!

So sekiranya anda memerlukan gubahan lagu untuk tujuan apa sahaja, komersil, koprat, universiti… sekolah, apa saja… these two composers- Johan Nawawi (facebook) & Zul Mahat (facebook) are the best!

Greg Henderson. Jangan main-main, album kita ni mengandungi sentuhan “international”! Greg adalah music engineer untuk kedua buah lagu Razzi.muz.ik… kalau nak tau, kerjanya adalah “mixing” dan dalam sesuatu album, “mixing” dikatakan antara kerja yang paling penting kerana nak kasi bunyi muzik yang dihasilkan adalah yang terbaik!

Greg juga an award winning engineer untuk AIM (tak silap saya dah 3 kali). So, bunyi muzik should be at the best! Greg always mixes lagu-lagu artist popular tanah air termasuk M Nasir & Siti Nurhaliza… kini, giliran Razzi.muz.ik pula!

mamakrazzi.jpgRecording lagu “Reaching Higher” dan “Selamanya” dilakukan di studio sifu M Nasir, Luncai Emas… ni gambar kenangan saya bersama M Nasir and the gang sambil minum2 (Yazer AF pun join sama)… orang selalu panggil saya “sifu”, ha ni… kira SIFU bertemu SIFU la ni… tapi, sifu IK gerun dengan sifu M Nasir… (tah tah M Nasir pun gerun dengan IK kut?! ha ha… perasan)

So, itulah dianya the people “behind the scene” of Razzi.muz.ik. Tanpa mereka, there will not be Razzi.muz.ik. So, our appreciation and greatfulness to the 4 bros, our producer Zul Mahat, Johan Nawawi, Greg Henderson & M Nasir for the support!

Dua lagu Razzi.muz.ik yang akan release pada tahun baru 1:1:2009 adalah “Reaching for the Stars” oleh Zul Mahat dan juga “Selamanya” oleh Johan Nawawi. So, pembaca blog ni, perlu beri sokongan tau 🙂

Gandakan pelawat – dapatkan recommendation dari pelawat anda

Berikut keratan dari research online yang dilakukan oleh eMarketer.com

More than half (53%) of Internet users had visited websites referred by friends or family members in the previous 30 days.

Lebih dari 53% pengguna Internet telah melawat laman web yang telah disyorkan oleh kenalan/keluarga dalam masa 30 hari yang lepas.

Apakah maksudnya? Maksudnya, promosi mulut-ke-mulut, atau word of mouth atau buzz marketing adalah amat penting! Lebih daripada separuh pengguna Internet tu 🙂

Jadi, ianya amat-amat penting untuk mendapat pengesyoran dari berbagai pihak. Untuk jadikan laman web anda “recommended” oleh seseorang, berikut beberapa tips:

  • Pastikan isi kandungan laman anda berkualiti dan mempunyai informasi yang menarik dan selalu updated
  • Laman web anda juga perlu unik dan sukar untuk dapat di laman web lain!
  • Pesan kepada pelawat laman web anda untuk syorkan laman web anda! Bila anda tinggalkan pesanan, baru pelawat akan terfikir untuk recommend kepada kenalan lain 🙂

Dah baca tip hari ini, jangan lupa recommend blog saya ni kepada kenalan atau keluarga anda :p

Kisah RAZZI.MUZ.IK Part1: The Band

Ramai dah mula bertanya-tanya mengenai Razzi.muz.ik sejak minggu lepas. Apa taknya, dah keluar Harian metro… dan juga disebut kat TV beberapa kali. Ada gak yang tanya… aik, IK menyanyi ke???

First and formost, saya tak nyanyi… kalau saya nyanyi, berpanjangan lah musim hujan sekarang ni sampai ke tahun depan. So, baik saya tak nyanyi 🙂

So, baik saya mengambil kesempatan kat blog ni untuk menceritakan serba sedikit mengenai Razzi.muz.ik sebelum u all ingatkan saya dah jadi rockers!

logo-gold-small.jpg

Begini kisahnya…

Razzi.muz.ik is a band yang dianggotai oleh 3 ahli: Razzi Rahman, Muzam & IK. Bila digabungkan, menjadilah Razzi.Muz.ik. Kalau di baca, bunyinya adalah “Razzi Muzik”. Di mana Razzi Rahman selaku vokalis, dan saya & Muzam selaku pemain guitar electric. And yes, kami main lagu genre rock… bukan rock kangkang or rock jiwang or rock leleh… tapi rock yang bermesej la…

Rock yang bermesej??? Maksudnya, lagu-lagu yang kami mainkan, semuanya mempunyai mesej positif. So, awal-awal lagi, anda boleh expect takde lagu putus cinta… punah harapan… gelap gelita… etc. Walaupun, takde salahnya lagu-lagu begitu, cuma, pendekatan kami, niatnya untuk menyampaikan mesej-mesej positif…

So, bagi mereka yang sentiasa menyokong saya sejak 4 tahun lepas, jangan risau, imej kami semua teramat-amat lah bersih. Walaupun rock, tapi rock bersih 🙂

Sedikit about the group…

Razzi Rahman @ Brother Love as many of us tau (kecuali muda mudi zaman ni), era 90-an dulu, merupakan penyanyi yang aktif. Memang glamour… sehingga masuk juara lagu dengan lagu “Syakila”. So, bab nyanyian, memang our band serahkan kat Razzi la. Kalau saya nyanyi, jangankan muzik-muzik… muzak-muzak pun tak tentu boleh masuk.

Muzam pula is my friend/neighbour masa saya tinggal di Seremban. As many of u know, sekarang saya dah pindah KL. masa dok Seremban, very fortunate of me to have a neighbour yang kaki muzik and also siap ada bilik jamming kat rumah! So, petang-petang, time boring saya layan lah jamming… actually Muzam tought me how to play the drums- memang main drum boleh hilangkan stress sebab u release any stress kepada drum! Anyway… Muzam memang minat muzik and good at playing guitars & drums… tapi jangan terkejut. Thus guy is a PILOT! Yup… bawak kapal terbang is his full time job. So, jangan main-main… band kami rock high flying punya!

Then, there’s me, IK… bagi yang follow my blog, surely tau yang saya ni minat muzik & rock. A few times saya sebut tentang muzik/rock di blog ni. And many probably tau saya pun main guitar… bila ada launching saya sebagai duta produk, mesti saya main satu lagu, with Razzi to sing and Muzam to play!

Dalam band ni juga, saya selaku penulis lirik 2 lagu yang telah disiapkan. Sebab tu juga saya agree to this project sebab matlamat saya dari dulu sampai kini tetap sama, iaitu untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, beri semangat, persahabatan, kekeluargaan dan segala-galanya yang positif.

2 lagu yang kami akan sampaikan, satu lagu English bertajuk “Reaching for the Stars’ dan satu lagu BM bertajuk “Selamanya”. Sedikit daripada liriknya…

Reaching Higher adalah lagu berkonsepkan motivasi. Mengenai semangat yang perlu ada untuk seseorang. Saya rasa lagu ni dan liriknya boleh relate kepada ramai antara kita yang telah melalui macam-macam ragam di dunia dalam mencapai kejayaan… So, here’s the lyrics:

Looking back
To the times I had
I never knew I”â„¢d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me!

I will fight
Everytime I fall
And one night
You”â„¢ll see me standing tall!

I”â„¢m reaching for the sky
I”â„¢ll raise the stakes, I”â„¢ll make mistakes,
But I do it my own way!

I”â„¢m reaching for the stars
I”â„¢m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me!.

Lagu kedua pula lagu Selamanya. Mengenai erti persahabatan dan how important a friendship is. Not just friend-friend, tapi juga untuk our partner or spouse, suami-isteri. Tanpa sokongan orang yang tersayang, nak capai apa sahaja kejayaan memang payah. So, lagu ni pula adalah lagu persahabatan 🙂

Syukur ku
Kepada Tuhan
Kau di sini

Dari dulu kita bersama
Teman sejati

Ku damba kamu teman
Waktu jatuh bangun
Tak kira hujan terang
Pelengkap ku…

Akan kita
Tempuh bersama
Menuju
Bersama selamanya

Akan kita
Hingga akhirnya
Gemilang
Bersama selamanya

So, there you go! Tu lah dianya lagu untuk single pertama kami. Kisah Razzi.muz.ik Part 1 ni untuk kongsikan anda mengenai the band dan juga mengapa saya lakukan ini. Sebab taknak pulak orang kata IK dah jadi rockers! ha ha… Esok lusa saya kongsikan cerita lain pula. Especially mengenai pencipta lagu-lagu diatas! Orang-orangnya hebat! 🙂

Seperti saya kata, my message is still the same- hendak menyampaikan mesej-mesej motivasi. Dan seperti posting saya sebelum ni, dengan harapan, melalui lagu, dapat lah sampaikan mesej-mesej saya kepada lebih ramai muda-mudi! 🙂

Tip hari ini:

Ok, masih nak juga beri tip satu minit. Iaitu untuk kita mewujudkan “kelainan”. Dalam perniagaan dan juga hidupan harian: Be different!

Jarang sekali motivator buat album rock… tapi saya lakukan because it’s different.

Bila kita berbeza, orang ramai akan mudah mengenali kita. Kerana kita unik. Dalam seminar perniagaan saya, saya selalu sebut mengenai USP (Unique Selling Proposition) yang maksudnya adalah, untuk kita membezakan diri kita dengan pesaing.

Sememangnya “being different” mempunyai risikonya tersendiri… mungkin orang akan terima, mungkin orang takkan terima. Tapi, itulahnya the “excitement” menjadi usahawan. Berani menghadapi risiko 🙂

Bila kita membezakan diri kita atau perniagaan kita, kita dapat mencipta jenama yang dikenali. Dan semuanya tahu bahawa jenama yang dikenali adalah jenama yang sering mendapat perhatian dalam perniagaan. Kuncinya- be different!

Mendapatkan sponsor atau penaja dalam perniagaan

Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya di FACEBOOK, pasti tau, projek terbaru saya adalah saya kini terlibat dalam band muzik bernama Razzi.muz.ik…kalau nak tahu lebih lanjut mengenai ini, nanti sehari dua lagi saya ceritakan!
Baru-baru ini, kami aktif mencari penaja untuk Razzi.muz.ik… so, tip saya kali ini adalah mengenai mendapatkan penaja 🙂

Dalam perniagaan, ianya adalah strategi yang baik untuk mendapatkan penaja. Tak kira sama ada perniagaan anda masih baru, atau pun sudah besar, mendapat penaja adalah satu “bonus” untuk perniagaan anda. Bagi mereka yang fikirkan penajaan hanya untuk mereka yang tak berduit sahaja, sedangkan Ferarri F1 pun bermacam-macam penaja, apatah kita perniagaan kecil pun boleh juga dapatkan penaja:)

Sejak 2-3 minggu lepas kami banyak mencari penaja dan alhamdulillah, daripada syarikat kecil (boutique)… hingga syarikat besar seperti hotel 5 bintang sudi menaja kami.

Sememangnya sekiranya anda sudah mempunyai nama, ianya lebih mudah mendapatkan penaja, tetapi berikut adalah beberapa tip bagi mereka yang belum punyai nama hendak mendapatkan penaja:

  1. Dapatkan penaja yang sama “standard” atau lebih sikit dengan anda. kalau belum mempunyai nama yang besar, masakan, kita approach perniagaan-perniagaan yang besar seperti Nike atau Chilli’s untuk sponsor kita. Cuba dulu perniagaan-perniagaan kecil seperti butik kecil atau restoran kecil…
  2. Dalam penajaan, yang menaja mementingkan “Apa yang mereka akan dapat dari tajaan ini?”. Sering kali, apa yang diberikan adalah pengiklanan. Pastikan nilai iklan yang anda berikan adalah berlipat kali ganda nilai pemberian sponsor tersebut. Dalam keadaan ini, anda perlu beri lebih nilai!
  3. Approach secara professional dan friendly. Untuk mendapatkan sponsor, anda perlu hebat dalam komunikasi. tak boleh malu-malu kucing… kena malu malu rimau 🙂 Keputusan sponsor biasanya dilakukan oleh satu pihak (orang). Kalau pihak tersebut sukakan anda, maka, lebih mudah mendapat sponsorship! So, jangan kekwat… jangan sombong… BE NICE secara ikhlas!

Berikut adalah ketika Razzi.Muz.ik membuat photoshooty semalam di studio Wow Photo. Dalam kes ini, Wow Photo sponsor untuk gambar2 album dan promo materials kami! In return, setiap kali kami gunakan gambar Wow Photo, kami akan kredit kepada mereka… nilainya? terlalu tinggi! Free promo besar-besaran… 🙂 Itulah kekuatan sponsorship… baik untuk kita yang mendapat sponsor, juga baik untuk mereka yang memberi sponsor…


Razzi Rahman, Muzam & IK… trio Razzi.muz.ik (ni bukan cover album tau!) Ni gambar candid 🙂

Sedang posing untuk cover album with jurugambar, Hafiz Wow Photo

Checking out pictures yang Hafiz ambil… memang class! Kalau anda memerlukan photographer professional yang memang high class- untuk family potrait, wedding, graduation, party dan sebagainya, I recommend Wow Photo! Not just sebab mereka sponsor kami, tapi mereka benar2 professional dan hasilnya memang cun 🙂 Hafiz memang a passionate photographer!

Sebagai bonus, ni salah satu gambar yang di ambil… ada gaya rockers tak? Rockers tak serius! 🙂 Gambar2 di atas di ambil oleh Amin (Senior Photgrapher Wow Photos) sebagai “Behind the Scenes”. Gambar2 yang betul… kena tunggu!
So, jadikanlah sponsorship sebagai strategi perniagaan yang bijak!
Thanks to Wow Photo for sponsoring us dan juga Saiful Nang for hooking us up dengan Wow.
  1. Insyaallah sehari dua lagi saya ceritakan perjalanan Razzi.muz.ik dalam menjadi artis rakaman sekadar berkongsi pengalaman dan cerita REALITY 🙂
  2. Dan yang paling penting sekali…
Jangan fikir saya tukar jadi rockers pulak! ha ha… saya masih menyampaikan mesej yang sama selama ini kerana lagu2 yang saya tulis (penulis lirik!) berkonsepkan kejayaan & persahabatan… about being who you are, tak kira apa orang kata… dan mencapai kejayaan your own way 😉
Dengan harapan, pendekatan menyampaikan mesej kejayaan/inspirasi melalui muzik boleh mencapai lebih ramai muda-mudi yang tak minat sangat membaca buku motivasi & kejayaan saya 🙂

ps: Sesiapa yang nak sponsor kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Any company nak sponsor videoclip music kami? 🙂