Cara menjadi kreatif dan menjana idea

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.

Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…
  • Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
  • Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak :)). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
  • Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.

So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif 🙂 Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

Selamat berpuasa!

Assalamualaikum wbt, 

Kepada teman-teman setia Tip Satu Minit yang beragama Islam, saya mengucapkan…

Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia & Selamat Bepuasa!

Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi nikmat kepada kita semua 😉

-IK

ps: Bulan puasa saya rehat dari melakukan sebarang talk… jadi most of the time, di rumah! Yahoo… cuti 😉 Ni pun baru balik dari Workshop Jutawan Internet Singapura. TQ to semua peserta!

Perbelanjaan membesarkan anak

Hari ini di WW “Wanita & Wang” Astro Awani saya menjemput Abang Abu (ikon Mentor Jutawan) untuk membincangkan mengenai “kos/perbelanjaan membesarkan anak” bersama pengacara, Dangsuria, Linawati & Zul (baru!)- kini WW sudah berformat baru, bukan lagi one-on-one interview, tetapi perbincangan 360 darjah- which is great!. Episod kali ini, keseluruhannya membincangkan topik berkenaan.

 

all.jpg
Set baru & konsep baru WW, “Wanita & Wang”, Astro Awani

 

Quite an interesting topik, dan saya nak bawa perbincangan ke sini kerana saya rasa amat bermanfaat topik ini diperbincangkan- especially untuk yang sudah mempunyai cahaya mata, terutamanya dalam keadaan harga-harga yang naik.

  • Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah antaranya perbelanjaannya?
  • Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam “pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?
  • Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?

 

ik.jpg
IK suka dengan konsep baru!

 

aa.jpg
Abang Abu, ikon Mentor Jutawan

Saya & Abang Abu memberi pendapat yang sama iaitu untuk menanam sikap mendidik anak-anak mengenai wang pada usia muda. Kerana pada usia muda, anak-anak lagi mudah tangkap isu mengenai wang kalau ianya diperbincangkan. Cuma, masalahnya, ibubapa kurang bincangkan wang dengan anak-anak mereka… so, daripada persoalan di atas, macam mana nak menangani ini juga?

Mari bincang!… oh ya, tip-tip dan pendapat dari abang2 & kakak2 yang dah senior (anak2 dah besar) pun highly appreciated! 🙂

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf

Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

unta.jpgPada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

IK bawak kereta apa?

Hari ni, reality, kita santai-santai saja lah ya…

Entah kenapa, antara soalan yang saya selalu terima (yang bukan Perniagaan, Motivasi atau Internet related) adalah…

“Irfan bawak kereta apa?”

Saya pun tak tau kenapa soalan camtu di tanya? Jawapan saya selalunya adalah…

“Saya bawa kereta kecik je…”

Maybe yang bertanya expect saya bawak Merc ke, Beemer ke, Ferrari ke… ish. Tak lah…
So, untuk menjawab soalan ni, once and for all… IK bawa kereta…

newbeetle.jpg

New Beetle! Atau orang panggil The Bug. Atau orang kita panggil kereta kura-kura (macam mana la dari insect boleh jadi kura2 ? ) And yes, beetle saya warna merah! Warna kegemaran saya 😉
Mengapa saya tak bawa kereta mewah seperti kebanyakan orang berada?

  1. Saya tak berapa minat kereta mewah. Nothing wrong with with the cars atau pemiliknya. Bagi saya kereta mewah memang power! Cuma, pilihan saya sendiri yang tak minat kereta mewah 🙂
  2. Bagi yang kenali saya, dan tahu personaliti saya (ramai peserta Workshop pasti tau), pasti nampak bahawa saya ni bukan jenis yang suka mewah dan saya jenis “down to earth” and “fun”. Sebab tu nama Ir”fun”. So, New Beetle menarik minat saya sebab it’s a FUN car. Macam kereta mainan je… 🙂
  3. Mungkin sifat diri saya sendiri yang suka lain daripada yang lain (USP). Dari zaman dulu sampai zaman sekarang, kereta Beetle adalah antara kereta yang kelihatan pelik di jalan raya kerana bentuk dia berlainan dengan kereta-kereta lain. So, saya bawa kereta yang ada USP 😉

Accessory dalam kereta saya:

  • GPS system “Germin”. Sebab saya selalu buat talk di tempat-tempat berlainan, bila ada GPS system, senang saya cari tempat- tak lah sesat!
  • Ipod connection cable. Yang ni accessory tambahan saya tambahkan sebab dalam kereta mestilah dengar lagu rock 🙂 Takde ipod touch saya, tak sah!
  • Buku-buku. Sebab bila perlu tunggu dalam kereta, saya mesti baca buku- so, tak membuang masa.

So itulah dianya kereta IK… kalau nampak saya kat jalan raya, boleh bunyikan horn 😉 

ps: Ni saya nak tanya anda ni… full tank kereta saya RM130 boleh sampai 350km-400km (kegunaan biasa dalam KL). Kereta anda berapa? (saja survey ke-economy-an kereta ni).

Perniagaan yang meletakkan harga tinggi

Posting saya kali ini, *mungkin* menyebabkan ada yang rasa kurang selesa sedikit sebab saya nak sebut tentang meletakkan harga. Bukan harga biasa je, tetapi harga yang tinggi…

Sebab kita rasa “tak selesa” tu, sebab itulah juga kita patut buang perasaan ini jauh-jauh. Bila sebut tentang harga, rata-rata masyarakat kita mula jadi pemalu macam P.Ramlee nak mengorat dalam film 🙂

Contoh, bila kita tanya: “Berapa harga perkhidmatan u ni?”

Jawapan biasa kita dengar: “Alah… biasa-biasa je… bab letak-letak harga ni i tak pandai. u la bagi tau berapa. I terima je…”

Bila ciptakan produk, tak tau nak letak harga, tanya kawan-kawan… kebanyakan kawan-kawan akan suruh letak harga rendah. Kita pun, letak lah harga rendah sebab “segan” nanti apa pula orang kata letak harga tinggi…

Aik? Kita yang jalankan perniagaan, orang lain yang letakkan harga? Hebat ni 🙂
Sounds familiar?

Pendapat saya, banyak- terlalu banyak produk atau perkhidmatan orang-orang Malaysia diletakkan pada harga rendah. In other words, underpriced! Letak harga rendah kerana kualiti kurang, tak mengapa… tetapi, good quality product/services, diletakkan pada harga rendah is not good.

  • Anda perlu tahu bahawa, harga menentukan profit margin. Keuntungan “satu” jualan sahaja anda perlu tahu bukan dikira untuk keuntungan jangka pendek. Tetapi, keuntungan hari ini adalah untuk kembangkan lagi perniagaan. Kalau harga rendah, profit rendah, bagaimana hendak kembangkan perniagaan esok?
  • Sekiranya produk anda kualiti hebat, tetapi anda letak pada harga rendah. Dan produk pesaing anda kualiti yang kurang hebat sikit (tetapi bagus) meletakkan harga lebih tinggi dari anda. Agak-agaknya perniagaan mana yang akan berkembang lebih maju dan jadi lebih hebat? Pada pendapat saya perniagaan pesaing anda!
  • Ramai juga berfikir, jalan untuk bersaing dengan pesaing adalah dengan merendahkan harga. Compete pada harga. Bagi saya, strategi inilah antara strategi yang tidak berkesan. Ada banyak lagi cara untuk bersaing. Seperti, tambahkan kualiti bagi jauh lagi hebat, dan naikkan harga untuk menampung penambahan kualiti 🙂

Sebab-sebab perniagaan kita “takut” pada letak harga tinggi ini lah  banyak perniagaan kecil-kecilan terutamanya orang Malaysia, tidak ke mana. Hanya di satu tahap sahaja dan tidak berkembang. Sebagai bukti, apa sangat produk atau jenama Malaysia yang keluar ke luar negara? Tidak banyak… yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah yang berharga tinggi oleh kerana mempunyai “kuasa” keuntungan lebih untuk mengembangkan perniagaan.

*Take note. Post saya ini bukan mengatakan untuk anda letakkan harga tinggi melambung pada produk yang berkualiti rendah. Tetapi, letak harga tinggi pada produk yang bernilai tinggi. Jangan “underprice” produk dan perkhidmatan anda. Yakin tentang kualiti produk atau hasil kerja anda, dan letakkan harga sebaiknya.

Dan kalau orang tanya “Apsal mahal sangat produk ni?” anda jawab… IK yang suruh! 😉

Beri kualiti perniagaan yang tinggi pada harga yang tinggi- dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

Perniagaan Internet dan Strategi Laman Mini

Posting saya kali ini panjang sikit kerana terbahagi kepada 3…

  1. Tip hari ini – Laman Mini, kecil-kecil cili api!
  2. Pemberian percuma kepada bekas peserta Workshop Jutawan Internet
  3. Workshop hujung minggu ini

1. Tip hari ini – Laman Mini, kecil-kecil cili api!
Sebenarnya, untuk memulakan perniagaan Internet, anda tidak perlu mempunyai laman web yang besar (banyak maklumat) seperti IrfanKhairi.com (mengandungi beratus-ratus mukasurat) ini atau RahsiaInternet.com (mengandungi berpuluh-puluh mukasurat).

Dalam perniagaan Internet, ada strategi yang di panggil “Mini Site” atau saya olahkan sebagai Laman Mini. Laman Mini merujuk kepada laman web perniagaan Internet antara 1-3 mukasurat sahaja.

Contoh Laman Mini: Cayalah (hanya 2 mukasurat- Laman Utama & FAQ) dan Mentor Jutawan (hanya 3 mukasurat- Laman Utama, Testimonial & Bayaran)

mj-mini.gif
Laman Mini Mentor Jutawan hanya 3 mukasurat!

Jadi, untuk memulakan perniagaan Internet, tak perlu laman web besar-besar. Laman Mini pun sudah memadai. Laman Mini = kecil-kecil cili api!

Itulah dianya tip mudah hari ini 🙂

Menaikkan semangat pada bila-bila masa sahaja

Masih lagi saya nak sentuh mengenai Olympic. Actually Olympic dapat mengajar banyak perkara mengenai motivasi. Kalau anda lihat sebelum sesuatu perlumbaan, atau acara, camera akan fokus pada setiap atlit yang hendak bersaing sorang demi sorang. Masing-masing ada gaya tersendiri untuk “pump-up” atau naikkan semangat diri sendiri.

Topik ikan yu semalam 🙂 Michael Phelps juga mempunyai gaya tersendiri sebelum mula renang. Perasan tak beliau mesti dengar ipodnya sebelum renang. Beliau sebenarnya dengar lagu rap, kerana lagu rap membuatnya bersemangat untuk renang laju.

Pernah saya terbaca pesanan Anthony Robbins mengatakan, satu startegi untuk menaikkan semangat kita pada bila-bila masa sahaja, adalah dengan menciptakan satu ritual. Satu keadaan dimana ia akan menjadikan kita bersemangat secara tiba-tiba. Kita sendiri boleh mencipta satu keadaan untuk trigger semangat kita secara tiba-tiba.

Dulu, tak silap masa sukan SEA ada jaguh angkat berat Malaysia (again kalau tak silap), setiap kali sebelum angkat berat, akan jerit sekuat hati: “Ayah!”. Ini sebagai ritual untuk kuatkan semangatnya.

Saya juga mempunyai ritual sendiri iaitu kalau nak memotivasikan diri time tengah “slow” saya pasang ipod saya lagu rock dengan kuat! Lepas dengar dua-tiga lagu… terus bersemangat balik 🙂

Sekiranya anda tidak pernah cuba teknik motivasi ini, why not give it a try. Cari sesuatu yang boleh trigger motivasi anda. Dan jadikannya sebagai satu ritual untuk trigger motivasi anda pada bila-bila masa sahaja. Trigger tersebut tak semestinya dengar lagu rap/rock atau menjerit sekuat hati 🙂 Boleh juga trigger yang bersifat “menenangkan” seperti melihat keindahan alam atau melihat ikan di kolam. Bergantung kepada jiwa masing-masing!

ps: “Ritual” dalam bahasa malaysia apa ya? 😉 saya tak tau…

Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emas

Bagi yang minat olympic, pastinya terpaku didepan TV je sejak beberapa hari lepas. Saya sendiri dulu-dulu ikut juga Olympic, tapi, waktu ni sibuk sikit, so, tak sempat nak ikuti…

phelps.jpgWalaubagaimanapun, kalau tak ikut Olympic, satu nama yang pasti kita dengar Olympic Beijing kali ini adalah Michael Phelps- pemenang emas bagi acara renang dan kini beliau telah memenangi 11 pingat emas secara terkumpul daripada Olympic. Satu record baru yang dahulunya di pegang oleh atlit seperti Carl Lewis dengan 9 pingat emas.

Olympic Beijing ini sahaja Phelps sudah mengumpul 5 pingat emas.

Apakah rahsianya?

“I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head,” -Michael Phelps

  • 100% fokus
  • Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
  • Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan oran lain!

Walaupun kita tak masuk Olympic, tapi, strategi Phelps adalah sesuatu yang kita juga perlu ada!

ps: Mana taknya hebat berenang… saya tengok badannya pun dah macam bentuk ikan yu (shark/jaws)!

Antara minat, passion dan wang

Thank you for all the birthday wish! Cinta Strawberry pun dah balik ke rumah… so, it’s back to work everybody! 🙂

Sebut tentang “kerja”, ada beberapa perkara yang kita selalu dengar:

  1. Buat kerja yang kita suka (passionate), so, ia tidak menjadi satu kerja…
  2. Mulakan perniagaan kerana minat… bukan kerana duit. Duit akan datang kemudian…
  3. Kalau takde / tak tahu minat dalam apa-apa bidang macam mana nak mulakan perniagaan?

How true is it? Betul ke 3 kenyataan di atas?

Mungkin ada yang kata:

  1. Tak semestinya kita lakukan apa yang kita minat… asalkan kita mula sahaja!
  2. Kalau keadaan kewangan sedang tertekan, sudah pasti kita lakukan kerana duit dulu… bukan minat!
  3. Saya tak tau minat apa… atau terlalu banyak minat… macam mana nak mula? Tak boleh mula ke?

Apa pendapat anda pula? Kali ini sesi “bincang-bincang”… perbincangan ilmiah 😉