Melayu suka pada skim cepat kaya?

Hari ini apa kata kita berbincang pula…

Persoalan kali ini sedikit negatif, tetapi dukacita, dari sejarah sering membuktikan kebenarannya.

“Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”

Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.

Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.

Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…

Siapakah “mastermind” group anda?

Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut!

Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar-pakar industri masing-masing. Kumpulan ini dipanggil “Mastermind group”.

Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda atau “mastermind group” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.

Kemudian, anda bagaikan “berdialog” dengan kumpulan anda. Mungkin anda boleh bertanya!

  • “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
  • “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
  • “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”

Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun  🙂

Dengan mempunyai “mastermind group” kita sendiri, kita akan mendapat idea-idea yang menarik daripada sesi “mindstorming” kita sendiri. Bunyi macam kerja gila bercakap seorang diri? Jangan terkejut, ini adalah idea daripada buku kekayaan terlaris di dunia- “Think & Grow Rich” oleh Napolean Hill. 

ps: Sedikit rahsia… ketika saya menemuramah Dato Dr Fadzilah Kamsah, beliau juga menggunakan sebahagian daripada konsep ini, bahawa beliau sering “berdialog” dengan buku-buku bacaannya! Jeng jeng jeng! 🙂

Air Asia vs MAS

Sebelum ini, Air Asia terkenal dengan harga penerbangan rendah. Kini, MAS pula memperkenalkan harga penerbangan murah dibawah FireFlyz…  Apa yang terjadi kini adalah, persaingan harga. Sudah pasti MAS lambat laun akan menggunakan strategi Air Asia juga!

Kini, apabila Air Asia vs MAS, siapa yang untung?

Pada pendapat saya, yang untung adalah Singapore Airlines kerana memberi fokus kepada penerbangan eksklusif dan layanan istemewa 😉 Singapore Airlines adalah antara jenama hebat penerbangan dunia.

Oh ya, pelanggan juga untung kerana dapat penerbangan pada harga rendah- serta pilihan antara Air Asia & MAS lagi tu! Yipee!

Tip Satu Minit: Jauhkan daripada terlibat dalam perang harga. Ia hanya merugikan anda. Ciptakan keunikan sendiri dan kelainan sendiri- anda dapat membentuk “harga” anda sendiri.

Walaupun ianya tidak salah menggunakan strategi “harga rendah” dalam perniagaan anda, ketahui bahawa strategi harga rendah mempunyai pelbagai kelemahan seperti:

  • Pesaing juga akan merendahkan harga
  • Mengurangkan untung untuk mempromosikan perniagaan semula
  • Menjadikan jenama anda lemah

Menjadikan jenama lemah? Yes! Kalau kita sebut barangan “berjenama” atau barangan “branded” tidakkah ianya merujuk kepada barangan mahal?

Jadi, sekiranya anda ingin mewujudkan jenama hebat, jauhkan dari menurunkan harga 😉

ps: Tip ini bukan sekadar untuk anda yang berminat untuk buka syarikat penerbangan sendiri- Perniagaan kecil-kecilan juga boleh guna tau! 😉

Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani “Wanita & Wang”. Jadi, ini tip saya dari segmen saya pagi tadi… bukan untuk Wanita sahaja… Lelaki pun! 😉

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah: Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang berulang…

Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu. Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti dari jualan album ke seluruh dunia!

Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok JTL tau lah!) :), kita boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga saya mendapat pendapatan setiap bulan…

Tapi IK, saya tak pandai menulis… camne?

Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah. Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!

IK, hartanah ni kita perlu modal besar… saya takde modal camne?

Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.

Pernah anda lihat “battery indicator” pada battery Duracell? pernah anda menggunakan “Post-it”? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini semua antara idea yang telah menjadi “patent”. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru…

Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi “residual income”. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, MIBO. Antara product MIBO adalah TM Smart Call. Sekali anda mendapat pelanggan Smart Call (boleh mengurangkan bil telefon pelanggan), selagi pelanggan tersebut menggunakan telefon, anda akan mendapat residual income. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila!

IK… kalau saya tak pandai berniaga?

Haa… di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah:

“Orang lain buat duit, kita buat alasan!”

Banyak cara untuk menjana pendapatan… banyak cara untuk menjana pendapatan secara residual. Tetapi, kalu banyak alasan, jangankan residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun, kita takkan dapat 😉 Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam Al-Quran: banyak-banyak membaca… cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak boleh, kita bolehkan juga 😉

ps: Bagi yang menghadiri sesi taklimat MIBO semalam, harap maaf kerana Dato Dr Azman Chin last minute tak dapat menghadiri sesi. Bagi yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai MIBO, boleh baca ringkasan di sini.

10 perkara anda tak tahu mengenai IK

10 perkara yang “mungkin” anda tidak tahu mengenai saya…

1. Dalam kereta IK selalu buat apa?

Saya pasang lagu rock. Lagu rock, walaupun bagi sesetengah pihak membingitkan telinga, tetapi, bagi saya, saya grow up dalam zaman rock. Bila pasang lagu rock, ia memberi motivasi untuk melakukan kerja dengan lebih cepat. Lagu favourite kini, “Gemuruh” Faizal Tahir (ada elemen motivasi dalam lagu tu… cuba dengar, saya tuju pada anda) dan juga Linkin Park & All American Rejects.

2. IK suka baca akhbar apa?

Honestly, saya jarang-jarang-jarang beli newspaper. Saya jarang baca newspaper sebab bagi saya terlalu banyak berita-berita negatif dalam akhbar. Dalam akhbar, lagi banyak berita negatif berbanding positif. Dan sekiranya saya baca, saya akan rasa “down” apabila membaca kisah2 negatif. Untuk keep me positif, saya ambil keputusan untuk tidak baca newspaper.

Beli newspaper pun, bila diri sendiri keluar dalam paper 🙂

3. IK minat bersukan? Sukan apa?

Sukan yang selalu saya main adalah “Snooker”! Ok, saya tahu, anda akan kata… “Snooker??? bukan ke itu sukan mat-mat rempit??”

Sebenarnya saya aktif main Snooker ketika di UK. Snooker adalah sukan ke-dua paling popular di UK (pertama football). Dan di UK, sukan Snooker memang class… bukan seperti yang sering di lihat di Malaysia yang sering dikaitkan dengan budak2 nakal. Sukan snooker di UK adalah sukan yang bersih & sihat. Siapa yang tak kenal Jimmy White, Steve Davis, Ronnie O sullivan antara top players Snooker di UK.

Bila di Malaysia, agak kurang sikit kerana Snooker sering di kaitkan dengan aktiviti kurang sihat. Kadang-kadang je main 😉

4. IK selalu shopping di mana?

Haa.. yang ni jangan terkejut. Saya jarang beli baju mahal-mahal… jadi, tempat pilihan saya beli baju adalah di Reject Shop atau Factory Outlet Store. Sebab utamanya adalah, sejak saya masuk media, saya selalu perlu beli baju2 baru. Takkan masuk TV pakai baju sama je (maklumlah, takde sponsor!). Kalau setiap minggu masuk TV habis RM100-RM200, pikir 2-3 kali juga masuk TV 🙂

Lagipun, kalau saya pakai baju “tak branded” pun, orang still akan ingatkan baju saya jenis2 branded ha ha. Kira macam Michael Jackson kalau pakai baju pagoda putih pun, orang ingatkan harga ribu-ribu 😉 Kalau saya pakai Roleh ciplak pun orang ingat saya pakai Rolex ori, betul tak?

Saya percaya kita pakai atau beli apa sahaja mengikut keselesaan kita. Kalau kita selesa pakai baju sederhana, apa salahnya. Kalau kita selesa pakai baju branded pun, takde salahnya. Duit usaha kita sendiri ye tak? 🙂

5. Apa gadget2 atau barang elektronik yang IK selalu bawa ke sana sini?

Seperti orang lain, tentu handphone. Sebagai tambahan saya ada ipod touch (untuk pasang lagu-lagu rock!) dan juga kalau travel jauh saya bawa PSP so boleh main game time-time travelling 😉 Bagi yang minat game, sekarang saya main Final Fantasy Crisis Core.

6. Mengapa IK tidak memiliki BMW atau Mercedes? Bukan ke semua jutawan miliki kereta camni?

Jawapannya lebih kurang no.4. Kita beli apa yang kita minat dan suka… unfortunately (atau fortunately!), saya kurang minat kereta-kereta mewah. Bagi saya, ia tidak kena dengan jiwa saya dan juga personaliti saya… bagi mereka yang pernah jumpa saya pasti tau saya ni jenis yang amat-amat simple… jadi, sedikit “hipokrit” lah kalau orang macam saya bawak kereta-kereta besar.

Sekali lagi, kita lakukan apa sahaja untuk keselesaan kita. Kalau selesa bawa Mercedes, maka, Mercedes lah pilihan utama… kalau selesa pakai kereta lain, pun tak mengapa. Janji ia menggembirakan kita dan kita tidak lakukan untuk “impress” orang lain.

7. Kalau makan kat gerai IK suka order apa?

Nasi Goreng USA & fresh orange. Sebab? Mudah nak order… ada nasi, telur, daging, buah sekali harung 🙂

8. IK main muzik?

Main guitar sikit-sikit… belajar sejak di ITM. Maklumlah, masa student dulu time-time lepak, main guitar untuk buang masa. Saya ada 2 guitar acustic & 1 guitar electric. Tetapi guitar electric saya telah souveneer kepada jiran saya di Seremban sebelum pindah ke KL! Siap autograph lagi. (Muzamil, kalau terbaca ini, u are one cool dude!)

9. IK ada berapa banyak computer kat rumah?

Ada 6-7 (tak ingat). Satu desktop yang lain notebook. Rumah ada Wi Fi, so, tak kira dari bilik mana, boleh capai computer and buat kerja apa yang patut 😉 Maklumlah, kerja Internet. Kalau tanya anak saya “Besar nak jadi apa?” jawabnya “Nak work Internet” (4 tahun)

10. Masa lapang suka buat apa?

Berjalan dengan isteri & anak-anak. Jarang sekali lepak dengan kawan-kawan… dah takde masa. So, time-time free, lepak dengan isteri & anak-anak bawa berjalan. Kalau anda terjumpa saya mana-mana jangan takut tegur… saya tak makan orang.

Kesimpulan REALITY hari ini: Saya pun orang biasa juga… tiada yang luar biasa 😉 Anda bagaimana?

ps: Jumpa saya & Ikon jutawan Dr Azman Chin di Hilton, KL Sentral malam esok, Khamis 15hb  (8 malam-10 malam). Ada tips-tips jutawan… PERCUMA untuk seisi keluarga. Sempena taklimat MIBO. Boleh anda lihat “kebiasaan” saya & Dr Azman Chin (Azman Chin luar biasa sikit!) 😉

Bagi tahu orang lain

Adakalanya apabila kita umumkan matlamat kita, atau beri tahu pada orang lain, ia akan mendesakkan kita untuk mencapai matlamat tersebut.

Bill Gates sebelum beliau mencipta program (yang menjadi asas Windows) telah memberitahu syarikat yang ingin membeli perisian tersebut bahawa programnya telah siap dan beliau akan hantar dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Pada hakikatnya, ketika itu, Bill Gates tidak mempunyai apa pun!

Dengan memberitahu pihak lain, ia bertindak seperti satu “deadline” serta meletakkan tekanan untuk mencapai matlamatnya.

Pernahkah anda mencuba strategi ini? Beritahu pihak lain mengenai matlamat anda dan deadline (tak kira di kutuk atau diperli), ia akan bertindak sebagai satu booster untuk anda mencapainya.

Kalau tak capai, malu lah… sebab dah bagi tahu orang!

Cerita saya pula:

Tahun 2004, di seminar Azizi Ali, saya sebagai peserta bukan penceramah! Belum menulis buku RJJIT pun lagi, adalah orang pertama yang menyahut cabaran Azizi Ali untuk ke depan dewan di hadapan lebih kurang 80 peserta dan umumkan matlamat saya. Sehingga kini saya masih ingat matlamat yang saya umumkan ketika itu:

“Dalam masa 2 tahun, saya akan menjadi pakar perniagaan Internet yang dikenali Malaysia sepertimana Azizi Ali menjadi pakar kewangan Malaysia! Saya juga akan menjalankan seminar perniagaan Internet* seperti mana Azizi Ali menjalankan seminar kewangannya” (kalau tak percaya boleh tanya Azizi Ali sendiri!)

ps: Umum online tak kira ok! sebab orang tak kenal anda dan tak dapat lihat muka anda… kiranya anda masih boleh “sembunyi” lagi 🙂

*Workshop Jutawan Internet… Klik di sini

Bagaimana hendak menjadi popular?

Dalam perniagaan, menjadi popular adalah satu keuntungan. Perniagaan seperti Bodyshop, Microsoft & McDonalds semuanya mendapat keuntungan daripada populariti pengasasnya- Anita Roddick, Gates & Ray Crock.

Tip kali ini khas untuk mereka yang ingin menjadi “popular” dalam perniagaan masing-masing. Mungkin terbaik untuk motivator, trainer, penulis buku, IM, dan perniagaan apa sahaja yang mengetengahkan diri sendiri pemilik perniagaan.

Soalan ini adalah untuk menjawab soalan rakan penulis saya, beliau bertanya: Saya dah tulis 8 buah buku… mengapa saya tak sepopular Irfan yang baru menulis 2 buah buku?

Anda hendak tahu?

1: Keluar dari mainstream
Anita Roddick keluar dari mainstream ketika memulakan perniagaan di mana bahan-bahan kecantikan sering kali berkaitan dengan barangan ujian saintifik dan menggunakan perubatan modern, Anita Roddick memulakan perniagaan kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

2: Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan
Bill Gates & Microsoft tidak lari dari kontroversi ketika permulaan Microsoft. Siapa tidak ingat perang Microsoft & Netscape? Sesuatu yang mengejutkan akan membuka mata orang ramai. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila perancangan Microsoft adalah untuk monopoly OS sedunia.

3: Sampaikan mesej yang sama
Apakah mesej anda? Terlalu banyak mesej berlainan akan mengelirukan orang ramai dan orang sukar mengingati anda. Ray Crock menciptakan mesej “kegembiraan” (good time, good place) berpuluh tahun dulu dan mesej tersebut digunakan sehingga hari ini di McDonalds tanpa ditukar! Sampaikan mesej yang sama berulang-ulang kali!

Sekiranya anda ingin jadi popular, pastikan anda (1) keluar dari mainstream, (2) ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan (3)sampaikan mesej yang sama berulang kali.

Sebenarnya hendak menjadi popular dalam perniagaan, tidak jauh bezanya menjadi popular sebagai seorang selebriti/artis. Suka saya memberi contoh antara penyanyi favourite saya kini, Faizal Tahir:

  • Keluar dari mainstream: Apabila ROCK Malaysia (dan juga Indonesia) sering dikaitkan dengan band/berkumpulan, Faizal Tahir muncul dnegan ROCK SOLO (sesuatu yang tidak baru di US!)
  • Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan: Siapa yang ikuti industri hiburan, pasti ingat stunt “Superman” Faizal Tahir 🙂
  • Sampaikan mesej yang sama: ROCK-ROCK-ROCK-SUPERMAN-SUPERMAN-SUPERMAN

Saya dah agak Faizal Tahir menang besar AIM dan Planet Muzik baru-baru ini.

Dengan 3 maklumat & contoh di atas, bagaimana saya, IK boleh dikenali sejak 3 tahun lalu? Kiranya cuba anda jadikan saya sebagai kes study…

ps: IK pun rock juga! 😉

IK @ “Keluarga di 9”, TV9

Hari ini, apa kata kita menonton TV sama2…

Minggu lalu saya dijemput sebagai tetamu program talk show “Keluarga di 9”, TV9 yang diacarakan oleh the talented Benjy. Hari ni, tip-tip diletakkan di dalam klip-klip video di bawah 😉

Kiranya inilah first time saya letakkan keseluruhan rancangan dalam YouTube. Setiap klip dalam lingkungan 10 minit. Jadi, bila free, dijemput menonton “Keluarga di 9” secara online…

Interview kali ini agak berlainan oleh kerana Benjy tidak menekan mengenai perniagaan Internet, tetapi lebih kepada lifestyle saya dan juga mindset untuk berjaya.

*Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekan PAUSE. Tunggu sehingga loading bar separuh jalan, kemudian, baru tekan PLAY semula untuk memastikan video berjalan dengan lancar (lebih kurang 5 minit). Tonton satu-satu… jangan tekan play ketiga-tiga pula! 😉

Selamat menonton!

Bahagian pertama…

Bahagian kedua…

Bahagian ketiga…

Terima kasih kepada TV9 dan juga Benjy for conducting a great interview. Santai and fast paced!

Video di atas membincangkan “mindset” untuk berjaya, tiada berkenaan dengan Perniagaan Internet. Untuk perniagaan Internet, sertai Workshop Jutawan Internet. Jumpa di sana!

Permudahkan… simplify!

Untuk memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, anda TIDAK memerlukan beribu-ribu ringgit atau berpuluh ribu ringgit.

Start small. Keep it simple.

Ketika saya di UK 10 tahun lalu, saya antara konsultan yang mencipta “Grid For Learning”. Sebuah jaringan pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah di Britain. Project tersebut amat complex dan melibatkan berjuta pounds (duit syarikat). Tetapi, tidak juga saya jadi jutawan.

Apabila saya berhenti sebagai consultant dan menjalankan perniagaan Internet yang kecil dan simple, di situ I made my first million.

Tip hari ini adalah, dalam perniagaan Internet, simplifykan segalanya. Anda tidak perlu tahu “latest technology” sekiranya anda tidak faham oleh kerana kebanyakan orang juga tidak faham dengan “latest technology”. Permudahkan pengalaman pelawat laman web anda. Permudahkan bahasa yang digunakan di laman web. Permudahkan cara bayaran pelanggan anda. Permudahkan cara pelanggan menghubungi anda. Ingin grafik canggih-canggih dan animasi teks terbang sana sini di laman web anda? Lupakan sahaja kerana ianya merumitkan pelawat. Permudahkan… permudahkan… permudahkan!

At the end of the day, keep it simple! (but professional)

Untung perniagaan tidak berganjak

Kadang kala dalam perniagaan, kita akan tiba satu point di mana, keuntungan perniagaan kita sama sahaja. Contoh, keuntungan setiap bulan adalah dalam lingkungan RM20,000 sahaja… nak sampai RM30,000, tak dapat! Usaha kuat macam mana pun, keuntungan di sekitar RM20,000… kemudian RM23,000… kemudian turun semula RM21,000… dan seterusnya!

Pernahkah ianya terjadi pada anda? Sudah pastinya ia pernah terjadi pada saya…

Jawapan untuk menangani keadaan ini adalah, bayangkan satu piramid/segi tiga. Anda telah mencapai bahagian tertinggi piramid tersebut. Untuk naik lagi tinggi, sudah tak boleh. Jadi, apa perlu buat?

Jawapannya adalah mudah- besarkan tapak piramid tersebut! Apabila anda besarkan tapak piramid tersebut, sudah tentu, piramid boleh naik lebih tinggi.

Dalam perniagaan pula, maksudnya adalah, anda perlu menambah bilangan “tangan” dalam perniagaan anda. Anda telah sampai ke limit keuntungan anda dan sukar naik lebih tinggi. Oleh itu, anda perlu bantuan orang lain untuk membesarkan perniagaan anda. Bila menambah pekerja, atau partner / rakan niaga, ia seperti membesarkan lagi tapak perniagaan anda.

Keuntungan anda akan melepasi limit anda dan kini, mengikut contoh di atas, sekiranya tambahkan bilangan pekerja untuk diagihkan kerja atau tambahkan rakan niaga, keuntungan tidak lagi mustahil meningkat sehingga RM30,000… Rm40,000 dan seterusnya!