Ouch… IK kena X Ray!

Reality hari ini saya nak kongsikan kisah malang saya terjadi 2-3 hari lepas…

Sejak 2-3 hari lepas, saya terasa agak sengal-sengal di belakang. Mula-mulanya ingatkan biasa sahaja. Tetapi, yang peliknya, makin lama, makin sakit. makin lama makin sakit, sehingga satu point sakit dibelakang saya tak boleh tahan!

Saya ni jenis kalau sakit macam mana pun, boleh control lagi (kuat semangat!), tetapi, semalam sampai ke tahap sakit belakang sehingga tak dapat tahan. Sejak 2 hari lepas, sembahyang pun sembahyang duduk…

backpain.gifDisebabkan risau sakit berlarutan, semalam saya pun dibawa ke hospital dalam keadaan yang amat sakit. Berjumpa doktor pakar Orthopaedic Trauma & Spinal Surgery…

Atas ujian doctor, maka saya dibawa ke bilik X Ray untuk check tulang belakang. Tu yang tajuk kali ini “IK kena X Ray!”

Punca kesakitan belakang saya tu tidak diketahui secara khusus, tetapi, antara penyebabnya mungkin:

  • Selalu duduk berdepan PC dari dulu hingga kini- mungkin posture badan tak betul mengakibatkan kesakitan tersebut datang kini
  • Sejak 2 bulan lalu, proses pindah rumah saya masih belum siap, mungkin kepenatan mengangkat barang2 di rumah?
  • Banyak masa saya memberi ceramah saya berdiri sepanjang sesi, maybe it’s taking the toll!
  • … kut saya ni dah memang tua. Tu yang sakit belakang 🙂

Dalam keadaan yang tak dapat melakukan kerja, banyak temujanji terpaksa dibatalkan. Maaf kepada production krew saya kerana terpaksa menangguhkan segala tugas (kini sedang memulakan projek pengambaran dokumentari hasil kerjasama dengan KRU Music Group). Juga malam tadi terpaksa batalkan satu jemputan ceramah.

Kadangkala ada juga saya dalam keadaan tidak sihat demam/sakit tekak/ selsema tetap juga melakukan ceramah- boleh control lagi dan boleh sorokkan rasa tak sihat, walaupun tangan terketar-ketar… as a profesional speaker, itu yang kita perlu lakukan. tetapi, kali ini, hendak berdiri pun tak lepas, macam mana nak penuhi jemputan 🙁

Atas nasihat doctor pakar, saya tidak boleh melakukan apa kerja selama satu minggu supaya sakit tersebut tidak melarat menjadi semakin serius.

Mula lah saya mengeluh dengan aktiviti-aktiviti harian saya yang telah disusun sejak bulan lepas!

Ucapan maaf kepada beberapa badan yang saya terpaksa batalkan jemputan di waktu terakhir. Termasuk juga Kementerian Belia dan Sukan yang menjemput saya hujung minggu ini. Juga, sesi beramah mesra di Pesta Buku PWTC masih saya tidak tahu keadaan saya nanti. Sekiranya dah sihat, boleh pergi sekejap… tapi doctor dah beri surat untuk tidak lakukan apa-apa sehingga Isnin depan 😉

So, buat minggu ini, aktiviti saya terpaksa diminimakan. Perlu rehat di rumah…

Itulah REALITY! saya kali ini.

Jutawan SoHo

Secara jujurnya, untuk menjadi “Jutawan” soho ni, bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang… orang lain ada la kata senang jadi jutawan- tapi bukan saya 😉

Untuk jadi jutawan…

  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….
  • Atau apa sahaja in between!

Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 – 100,000 pelanggan.

So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?

Tetapi here’s the good news!

Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual seusatu yang memberi keuntungan RM1,000.

Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small… start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Rujuk berita saya di Kosmo “RM1 juta tiga tahun”.  Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah 🙂

============= Aktiviti =============

Aktiviti berkaitan dengan SoHo dari IKSB:

  1. Workshop Jutawan Internet masih lagi dibuka… Klik sini sekiranya berminat menceburkan diri dalam Soho perniagaan Internet.

SoHo: Rahsia Fokus – efficiency curve

Di WW minggu lepas, saya memberi beberapa tip SoHo. Antaranya adalah- “Efficiency Curve”

Apa yang saya maksudkan dengan efficiency curve?

efcu.gif

Efficiency curve berlaku apabila, sebagai SoHo, kita hanya fokus pada satu jenis perniagaan sahaja. Jangan di kembangkan kepada banyak perniagaan- berlainan dengan perniagaan besar yang sering “diversify”, perniagaan SoHo, kita perlu remain small.

Apabila kecil, disitu terjadinya efficience curve. Dalam efficiency curve, ia mengatakan:

Lebih banyak masa anda luangkan dalam sesuatu perkara, lebih banyak skill anda akan kumpul dalam satu perkara tersebut. Apabila ini terjadi, apabila diberi masa, lebih cepat anda dapat siapkan perkara itu.

Contoh:

Sekiranya SoHo anda adalah membuat tempahan jahit cushion/bantal lah, katakan. Anda hanya fokus pada cushion sahaja. Jahitan baju kurung ke, langsir ke, anda tak buat. Makin lama, anda akan makin handal membuat jahitan cushion. Pada mulanya, mungkin anda boleh siapkan 2 cushion sehari. Tetapi, menurut efficiency Curve, mungkin selepas beberapa bulan, anda menjadi semakin efficient (cekap) dan boleh menyiapkan sehingga 6 cushion sehari.

Ini bermakna, pendapatan anda juga bertambah 3 kali ganda.

When you focus, the efficiency curve kicks ini. Makin efficient anda, makin tinggi pendapatan anda 😉

ps: Nanti saya uploadkan tip ini di YouTube!

SoHo: Besar tidak semestinya bagus!

Ramai yang sering tergamam dengan nama-nama syarikat besar. Jenama besar. Banggunan berjuta harganya. Pekerja yang begitu ramai… dan segalanya yang besar-besar.

What if saya beritahu anda, ada antara syarikat-syarikat besar (dan kadangkala ternama) umpama indah khabar dari rupa.

Tahukah anda…?

  • Syarikat gergasi FUJITSU sejak 10 tahun lalu sehingga kini tidak memperolehi apapun keuntungan. Malah, rugi lebih daripada US1billion.
  • Syarikat gergasi SONY: siapa tak kenal SONY kan, mencatat keuntungan… tetapi, hanya 1% sahaja daripada seluruh jualan sejak 10 tahun lepas. CEO nya dipecat…
  • Ianya mengambil masa 8 tahun untuk syarikat Internet gergasi Amazon.com mendapat sebarang keuntungan.

Jangan terkejut… itulah hakikatnya sesetengah syarikat-syarikat besar. Perniagaan tempatan yang terkenal juga ada yang mengalami kesukaran sebegini… tapi tak sedaplah saya nak sebut 🙂

So, sekiranya anda faham betapa “pening”nya mengendalikan syarikat besar sebegini… then, SoHo is the answer.

Besar tidak semestinya bagus. Kadangkala, perniagaan kecil-kecil itulah yang menjadi “cili api”. Kos kecil. Pening kecil. Tetapi, sekiranya kena dengan keadaan, UNTUNG besar 😉

Inginkan SoHo perniagaan Internet? Sertai Workshop Jutawan Internet.

SoHo: Small office / Home office

soho.jpgSoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. MIBO juga adalah SoHo.

Saya telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 1999 lagi dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. (*gambar sebelah bukan SoHo saya… SoHo saya lagi semak! 🙂 )

Dato Dr Azman Chin pernah beritahu saya tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:

Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.

atau…

Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.

Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan.

So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!

ps: Sekiranya anda ingin memulakan SoHo perniagaan Internet, Sertainya sekarang! Tajuk: “Cara Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam masa 7 Hari!” Klik sini untuk keterangan lanjut.

pps: Minggu ini saya ingin mulakan minggu SoHo… so, tip2 minggu ini berkaitan dengan SoHo!

IK dulu dan kini di TV

Saja-saja untuk tatapan anda…

Pertama kali keluar di TV, tahun 2005 di Selamat pagi Malaysia ketika buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” baru di lancarkan…

Lihat betapa gementarnya saya! 🙂

Baru-baru ini keluar di “TemuJanji” Astro Awani bersama Amir Mahmood Razak.

Nampak perbezaan tak? bagi saya, banyak perbezaan. Jauh lebih yakin!

Tip hari ini, there’s always a first time dalam apa sahaja! First time tu lah yang akan membawa kita lebih jauh. Kalau takde first time, takde lah apa pun pencapaian.

Itulah pertama kali saya keluar TV di Selamat Pagi Malaysia 3 tahun lalu bersama Syed Munawar…

Baru-baru ini, saya merupakan “judge” dalam Nescafe Kick-start di siarkan di TV3 setiap hari Ahad jam 11.30pagi. Ini adalah musim kedua saya sebagai judge. Sudah 2 episod berlalu- saya sendiri tidak berkesempatan melihat. Ada orang kata, saya agak tegas di Kick-start! Ye ke? 🙂

Sepantas kilat!

rich.jpgSekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

ps: “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di radio24 hari ini saya ceritakan tentang perniagaan Internet. Tiada ikon jemputan kali ini sperti minggu lepas… sambungan edisi “Jutawan Internet bhg II”. Beberapa tip perniagaan yang belum pernah saya dedahkan, ada saya kongsikan 😉 Sekiranya anda ingin mengikuti, anda boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my (ulangan jam 12tgh mlm nanti)

pps: Workshop Jutawan Internet terdekat masih lagi dibuka. Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan Internet, anda juga perlu mengambil langkah sepantas kilat!

Anda sebagai CEO syarikat anda

Mulai hari ini, anggap diri anda sendiri memiliki syarikat dan anda sebagai CEO syarikat anda. Syarikat anda bernama: SAYA Sdn Bhd

SAYA Sdn Bhd mengeluarkan produk: Diri anda sendiri.

Dengan memikirkan anda sebgai sebuah syarikat, anda bertanggungjawab kepada diri anda sendiri untuk perbaiki:

  • Production
  • Kualiti produk anda
  • Latihan
  • Development
  • Komunikasi
  • Strategi
  • Produktiviti
  • Perkembangan
  • Kewangan

Satu strategi dalam buku-buku motivasi dan kewangan adalah untuk fikirkan diri anda sebagai “Self Employed”. Fikirkan anda adalah syarikat SAYA Sdn Bhd dan bertanggungjawab atas produk anda sendiri: DIRI ANDA!

Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anda adalah CEO syarikat anda sendiri!

Buang masa sahaja membaca buku

Susulan dari post saya semalam… tip hari ini: 

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM 😉

Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!