All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Manual proses perniagaan

Dalam semua perniagaan, tidak kira besar atau kecil, usahawan yang bijak perlu menyediakan manual proses perniagaan.

Kunci sesuatu manual proses perniagaan adalah, ia memberi aliran kerja atau proses menjalankan perniagaan dnegan mudah dan tepat.

Dalam erti kata lain, manual proses perniagaan adalah rekod bertulis langkah-demi langkah mengikut turutan, apa yang perlu di lakukan untuk menjalankan proses-proses perniagaan tersebut.

Penggunaan manual proses perniagaan yang efektif boleh memberi sesiapa sahaja menjalankan perniagaan tersebut oleh kerana prosesnya dapat diduplikasikan dengan mudah.

Katakan, anda bertukar pekerja untuk membantu anda dalam perniagaan. Manual proses tersebut dengan mudahnya akan menunjukkan setiap langkah yang perlu di ambil untuk menjayakan perniagaan tidak kira siapa yang mengendalikan perniagaan anda.

Contoh penggunaan manual proses yang efektif adalah McDonalds! Tidak kira siapa sahaja yang bekerja dengan Mc Donalds, walaupun hanya lepasan SPM, mereka dapat mengendalikan proses-proses menjayakan Mc Donalds.

Adakah anda mempunyai manual proses untuk perniagaan anda?

ps: Terima kasih pada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu lepas-FULL HOUSE! moga bertambah lagi usahawan-usahawan di Malaysia! 🙂  Tempat semakin terhad!

Risau membawa stress

stress.gifPernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita “risau” sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit 🙁

Ada research mengenai “risau” mengatakan:

  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!

Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!

Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita. 

Senyum selalu & selamat bercuti 🙂

Rakan joint venture (JV) yang berbeza

Dalam perniagan, bukan semua skill kita ada dalam diri kita sendiri. Jarang sekali kita dapat melakukan semuanya seorang diri.

Selalunya, memang kita akan rasa puas sekiranya kalau kita lakukan sendiri. Bila kena dengan masa dan keadaan, rakan niaga dapat memajukan sesuatu perniagaan melalui joint venture.

Dalam memilih rakan joint venture, ada banyak kriteria-kriterianya. Ini adalah kerana, silap pilih, perniagaan pun boleh jadi tak tentu arah.

Satu kriteria yang sering dilupakan adalah- pilih rakan niaga yang mempunyai skill yang jauh berbeza dengan diri anda sendiri.

Sering kali, secara tidak sedar dalam sesuatu joint venture, sesuatu perniagaan menghampiri “partner” JV yang mempunyai skill set yang hampir serupa. Keadaan ini walaupun tiada salahnya, tetapi, ia kurang optima oleh kerana dua skill akan overlap.

Sebaiknya, dapatkan rakan JV yang mempunyai skill set yang berbeza.

Terutama di pasaran Malaysia, di mana target market adalah agak kecil berbanding dunia, rakan JV yang berbeza adalah lebih penting.

Menjual pengalaman

Sekiranya kita masuk Starbucks & Coffee Bean, kita akan disajikan dengan “pengalaman” atau lifestyle!

Starbucks, Coffee Bean, Mercedes Benz, GUCCI, LV (belajar LV dari rancangan Gedik Santai!) dan sebagainya menjual pengalaman & lifestyle. Orang ramai sanggup bayar pada harga yang tinggi untuk membeli “pengalaman”.

Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang berharga tinggi, anda perlu menjual “pengalaman”. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi, tidak risaukan wang. Tetapi, mereka ingin membeli pengalaman.

Tip yang amat “berharga”  bagi anda yang ingin menjual barangan berharga tinggi!

Huruf di laman web perniagaan Internet

Sebelum ni, saya ada sebut mengenai penggunaan warna yang pelbagai di dalam laman web akan memberi gambaran kurang profesional di sesebuah laman web.

Begitu juga dengan penggunaan huruf atau font yang pelbagai. Mengguna terlalu banyak font style akan memberi gambaran yang kurang profesional bagi sesuatu laman web.

Contoh, penggunaan font size yang pelbagai– size 3, size 4, size 5, size 6 dalam satu laman web. Juga, penggunaan font yang berbagai seperti Times New Roman, Arial, Helvetica, Script, Futura, dan sebagainya dalam satu laman web.

Sebaiknya, hadkan font style yang anda gunakan bagi size, tidak lebih dari 3 saiz. Bagi font juga, tidak lebih dari 2 jenis font. Ini akan memberi consistency kepada keseluruhan laman anda.

Kalau kita ingat kembali beberapa tip laman web yang pernah ditulis di sini:

  • Jangan guna terlalu banyak font syle
  • Jangan guna terlalu banyak warna
  • Jangan letak terlalu banyak iklan

ianya adalah asas kepada laman web yang simple. Sepertimana yang sering kita dengar konsep KISS- “Keep It Simple” 🙂

ps: Sertai Worshop Jutawan Internet sekarang! Tempat semakin terhad.

Ada apa pada nama?

Ada banyak! Nama adalah langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat 🙂

Membina jenama adalah antara strategi perniagaan yang penting. Langkah pertama dalam membina jenama adalah memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan sebaiknya mempunyai antara ciri-ciri tersebut dalam membina jenama yang kuat:

  1. Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
  2. Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas &  Burger King
  3. Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
  4. Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota

Sekiranya mengandungi keempat-empat ciri tersebut- lagi baik!

Ianya dikatakan bahawa menggunakan nama sendiri adalah strategi yang baik oleh kerana menepati keempat-empat ciri-ciri diatas, contoh: Dell Computers, Aminah Hassan & Irfan Khairi! 🙂 Namun, perlu juga menggunakan strategi meningkatkan nama jenama untuk memastikan nama jenama kita terus dikenali.

ps: Sertai Worshop Jutawan Internet sekarang! Tempat semakin terhad.

Beri balik – give back!

Salah satu idola perniagaan saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Belum lagi berpeluang berjumpa dengannya… kalau berpeluang, that would be the day! 🙂

Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Yayasan Ilham Budi yang saya sedang usahakan adalah hasil inspirasi daripada langkahnya.

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.

Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke form 5), saya ada menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah menengah. RM10 tu banyak sangat!

Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab penceramah tu kata “guarantee”. Selalu penceramah lain akan kata “Insya-Allah” 🙂

So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu… 🙂

Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!

Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun), so, saya baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik… giving back. Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai… thithing.

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.

Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan 😉

So, why not, sedekahkan RM50… RM100… atau lebih ke mana-mana, dan yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi.

~Pesanan Yayasan Ilham Budi

ps: Memberi balik, bukan sekadar memberi balik wang sahaja, malah, anda juga boleh beri balik dari segi usaha, tenaga dan masa anda 🙂

pps: American Idol pun Give Back juga. Lihat pulangan balik nya 😉

Cita-cita yayasan saya tercapai!

2 tahun lepas, November 2005, Mingguan Malaysia menemuramah saya…

mingguan.jpg

Apa makna wang pada Irfan?

Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih berguna kerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakan amal jariah berterusan kita.

Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri?

Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsep yang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan.

Alhamdulillah, kini saya memiliki sebuah yayasan sendiri! Setelah sekian lama saya merancang, kini terbuka lagi pintu rezeki saya dengan Yayasan Ilham Budi.

yiblogo.jpg

Panjang cerita penubuhan Yayasan Ilham Budi ini. Yayasan ini dilancarkan semula atas usaha pengasas Nizal Mohammad dan saya sebagai pengarah. Insyaallah nanti majls pelancaran semula, boleh cerita sejarah manis yayasan ini 🙂

Penglibatan saya dalam Yayasan ini probably one of the highlights untuk tahun ini. berbagai rancangan saya & Nizal susunkan untuk membantu masyarakat. Saya dan Nizal mempunyai passion yang serupa iaitu melihat belia-belia kita mencapai kecemerlangan diri dalam segala aspek.

Antaranya yang terdekat adalah, majlis “Bicara Ilham” sebagai pembuka aktiviti…

Untuk “Bicara Ilham” kami akan menyediakan platform dimana sesiapa sahaja dapat berkumpul dan network sesama sendiri. Kata mat salleh, Networking High-Tea. Tapi, kita tak buat macam mat salleh… kita buat Malaysian style! 🙂 Bicara Ilham akan di hoskan oleh Nizal dan saya sendiri. Jadi, hadirin semua adalah tetamu jemputan kami!

“Bicara Ilham” dicadangkan akan dijalankan setiap bulan, dan dalam setiap perjumpaan, kita akan menjemput seorang tetamu istemewa untuk memberi talk mengenai kejayaan selama 30 minit.

Sudah pasti, tetamu istemewa adalah ikon-ikon (antaranya jutawan-jutawan) Malaysia yang dibanggakan! Sebenarnya, ramai ikon-ikon Malaysia ingin berkongsi pengalaman dan tip kejayaan kepada orang ramai, tetapi, tiada platform untuk melakukannya.

Exposure nizal & saya telah menemukan kami dengan ramai ikon-ikon yang dengan ikhlasnya ingin berkongsi strategi kejayaan dan pengalaman dengan anda semua. 

“Bicara Ilham” bertujuan untuk menjadi platform bagi mereka menyampaikan mesej kejayaan mereka dengan tujuan memberi inspirasi dan motivasi di samping berkenal dan bertukar fikiran di sesi networking.

“Bicara Ilham” pertama adalah soft-launch untuk Yayasan Ilham Budi. Bagi mereka yang berminat- saya harap ramai berminat, nanti datang beramai-ramai ok?

Harapan saya, untuk fasa awal Yayasan Ilham Budi adalah mengumpul lebih ramai belia-belia kita yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Moga platform networking ini dapat digunakan oleh orang ramai 🙂

Tarikh & tempat (Area KL)  untuk “Bicara Ilham” pertama akan diumumkan tak lama lagi! Ini kira teaser untuk anda 😉

Special thanks to my brother, Nizal Mohammad for making my dream a reality 🙂

Masalah harga rendah

Mungkin anda pernah dengar pesanan ini, sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, ia akan memusnahkan pasaran harga sesuatu industri akibat perang harga.

Contoh, sekiranya peniaga nasi ayam di sesuatu kawasan itu menurunkan harga Nasi ayamnya dari Rm2.50 kepada RM2.00, ini akan menyebabkan usahawan nasi ayam yang lain di kawasan itu juga turut mengurangkan harga ke RM2.00. Lama ke lamaan, harga akan semakin kurang akibat perang harga, dan keuntungan juga kurang. Bila untung kurang, perniagaan pun gulung tikar. 🙁

Sebab itu perang harga bukan suatu pilihan yang baik.

Sebagai usahawan yang bijak, kita perlu lari daripada perang harga. Biar peniaga-peniaga lain berperang harga tanpa effect perniagaan kita. Bagaimana untuk melakukan?

Lihat bagaimana Chicken Rice Shop boleh menaikkan harga kategori nasi ayam tanpa menghiraukan gerai-gerai nasi ayam sekiranya gerai nasi ayam turun harga. Lihat bagaimana Telekitchen & Signiture Kitchen yang mengenakan harga 2-3 kali ganda syarikat-syarikat pembinaan rak dapur yang lebih kecil.

Jawapannya adalah, membina jenama perniagaan anda! Jenama akan mengubahkan perniagaan anda supaya pelanggan tidak melihat pada harga, tetapi jenama. Sebab itu juga barangan berjenama di shopping complex yang berharga 5-10 kali ganda produk tidak berjenama masih mendapat pasaran yang besar.

ps: Sertai Workshop Jutawan Internet sekarang!

Irfan Khairi di Astro pula!

Semalam saya dijemput untuk 2 rancangan Astro sekali! Personally, saya amat gembira diberi peluang ini- first time bersama Astro! Recording untuk rancangan pertama adalah “Perspektif Kita” sebuah rancangan berbentuk forum/debat dikendalikan oleh pengacara Suhaimi Sulaiman.

pkita.jpg
Gambar bersama Suhaimi Sulaiman & tetamu “Perspektif kita”

Perbincangan topik adalah, mengapa belia Malaysia kurang menyerlah di arena antarabangsa. Saya selaku salah seorang panelist.

Rancangan kedua pula adalah “Temubual”, sebuah talk-show yang dikendalikan oleh newscater tidak asing lagi Amir Mahmood Razak. Very interesting oleh kerana konsepnya adalah 90% soalan datang dari audience!

tbual.jpg
Bersama Amir Mahmood Razak dalam “Temu bual”

Rancangan ini pula memaparkan kisah kejayaan & peribadi saya sebagai personaliti. Probably one of the best interviews I had sebab rancangan selama 1 jam! 

Thanks to Astro oleh kerana beri peluang & kepercayaan kepada saya untuk rakaman kedua program baru ini. Special thanks to Bro Suhaimi, Bro Amir & Kak Rozina Aziz (orang kuat astro) will be in touch! Seronok dapat kenal dengan semuanya 🙂

Tip hari ini…

Ketika forum “Perspektif kita”, salah satu isu yang timbul adalah, peluang sering tidak diberikan kepada anak-anak muda/belia kita untuk menunjukkan kecemerlangan mereka.

Jawapan saya kepada isu itu adalah, jangan menunggu peluang datang kepada anda atau jangan mengharapkan peluang. Anda sebagai empunya badan perlu mencari dan mengejar segala peluang yang ada.

Be a go getter! Sistem education kita kebanyakan mengamalkan keadaan di mana pelajar di spoon fed everything. Sedikit sebanyak, selepas pengajian, amalan ini yang di tunggu-tunggu (peluang datang kepada mereka).

Sekiranya anda menunggu peluang, ia tidak akan tiba. Ciptakan peluang sendiri dan ia akan menjadi lebih mudah untuk anda menunjukkan kecemerlangan anda 🙂