Sejak ebook Mentor Jutawan dibuka untuk lesen Hak Jualan Semula (Resell Rights), beberapa email saya terima bertanyakan apa bezanya antara:
- Resell Rights (RR)
- Master Resell Rights (MRR)
- Private Label Rights (PLR)
Sebenarnya, Resell rights mula popular dengan penerbitan ebook, di mana usahawan Internet membolehkan pembeli ebook mereka menjual semula ebook, dan mereka mengambil 100% keuntungan.
- Resell Rights (RR)
Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu ebook itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%. Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. Bererti, dia hanya boleh jual ebook sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.
- Master Resell Rights (MRR)
Yang ni, sama seperti di atas, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko. Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu ebook itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”. Bererti pembeli ebook dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR)
- Private Label Rights (PLR)
Yang ni pula bererti, sesiapa yang memilikanya bukan sahaja boleh menjual ebook itu, tetapi boleh alter dan mengubah isi kandungan ebook tersebut. Siap boleh repackage, print menjadi buku dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi!Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada ebook yang dibelinya. Seumpama ebook itu adalah miliknya sendiri.

Jadi, Mentor Jutawan yang diumumkan beberapa hari lepas adalah “Resell Rights” (RR) dan bukan Master Resell Rights (MRR) atau Private Label RIghts (PRR)
Mendapatkan Resell Rights atau Hak Jualan semula adalah satu pilihan untuk memulakan perniagaan Internet sekiranya tidak mempunyai produk sendiri.
Ini kerana, penulis asal ebook (seperti saya ;)) telah bertungkus lumus menyiapkan ebook dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sesuatu ebook. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan resell rights dengan bayaran “lesen” yang dikenakan.
Saya mengambil keputusan membuka peluang Mentor Jutawan Resell Rights/Hak Jualan Semula kerana ramai yang masih tidak tahu hendak menjual apa di Internet. Dan daripada senarai produk dan perkhidmatan RahsiaInternet.com, ebook Mentor Jutawan adalah yang paling laris di pasaran (Ya, lagi tinggi dari jualan buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar!)

Juga, dengan nama-nama ikon yang sedia ada dalam Mentor Jutawan, ia memudahkan sesiapa sahaja membuat jualan. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Hak Jualan Semula ebook Mentor Jutawan yang semamangnya laris di pasaran, klik di sini untuk maklumat lanjut.