Pastinya anda pernah dengar mengenai PERNIAGAAN PERTAMA di pasaran akan mendapat perhatian orang ramai dan mendapat pelanggan yang lebih ramai.
- Seperti Coca-cola menjadi perhatian kerana merupakan air karbonat pertama
- Seperti Colgate menjadi pilihan kerana merupakan ubat gigi pertama
- Seperti IK mendapat perhatian kerana merupakan pakar perniagaan Internet pertama
- Seperti Dato Dr Fadzilah kamsah menjadi piliham kerana seroang motivator pertama
Tetapi, sejauh manakah ini betul? Betul ke kalau kita merupakan perniagaan pertama sekali, pastinya ramai yang akan memberi perhatian? Sejauh manakah point di atas ni betul? Kerana…
- Coca-cola bukanlah soft drink pertama!
- Colgate bukanlah ubat gigi pertama di pasaran!
- IK semestinya bukan Internet Marketer mula-mula sekali di Malaysia!
- Sama juga my sifu Dato Dr Fadzilah Kamsah pun bukan motivator yang pertama!
Sebenarnya, perniagaan pertama, atau lebih dikenali sebagai “Pioneer” TIDAK menjanjikan perniagaan kita akan jadi top, dan menjadi pilihan.
Apa yang patut di ambil kira adalah perniagaan yang PERTAMA MENDOMINASI FIKIRAN ORANG RAMAI.
Jadi, tak semestinya sekiranya anda THE FIRST business. Ataupun PIONEER. Ataupun the FIRST COMER. Ia tidak menjanjikan sebarang keuntungan perniagaan.
Strategi yang sebenar adalah untuk menjadi pertama mendominasikan fikiran orang ramai dengan mesej perniagaan anda. Menjadi perniagaan pertama di pasaran akan memberi peluang yang lebih luas untuk melakukan ini. Tetapi, sekiranya tidak dilakukan dengan baik… nanti pesaing kedua… ketiga… keempat… atau kelima pula yang akan dominasikan fikiran pengguna.