All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion

Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di malasyia rugi hampir RM20billion (on paper) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas.

Nama-nama termasuk Robert Kuok, Lim Goh Tong Family, Tan Sri Mokhtar Bukhari dan lain-lain…

Bayangkan, 10 orang terkaya Malaysia kerugian RM20billion… BILLION. Bukan million tu!

So, siapa kata kalau ada duit banyak, tiada masalah? πŸ™‚
Jadi, bagi kita yang dalam krisis kewangan, beringat-ingat selalu dan bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermaksud takde wang masalah… ada wang pun, masalah lain pun datang juga. Tapi, ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana reaksi kita kepada sesuatu masalah.

Tahukah anda Donald Trump pernah rugi & hutang berbillion, kemudian dengan usaha dan bijak melihat peluang, beliau dapat kembali and made billions more?Β 

Bagi 10 orang terkaya di Malaysia, saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi. Kita bagaimana?

Perniagaan bila nak jadi besar

Terlalu banyak perniagaan saya lihat “membesar” dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah… kalau tak rebah pun, “surviving”.

Take note, saya guankan perkataan “membesar” bukan maksudnya “mengembang”. Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar… ofis mahal. Belum jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja… untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi πŸ™‚

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai… bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita :)). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran “surviving”. Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost… nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, takkan bayar guna bulu kening kut? πŸ˜‰

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

IK sedang menulis!

Masa kecik-kecik dulu, saya dah mula menulis. Nak kata hebat menulis tu, tak lah… tapi, kalau SRP atau SPM, bila diberi pilihan karangan BM nak buat karangan berbentuk surat rasmi atau karangan bercerita, sememangnya saya akan pilih yang bentuk “cerita” πŸ™‚ Dapat juga A2 in BM ketika SPM. Kira ok lah tu πŸ˜‰

Juga kalau di sekolah menengah (Bukit Bintang Boys School, PJ) kalau ada pertandingan menulis, selalunya untuk yearbook, saya mesti masuk. Menang nombor #1, memang tak pernah langsung. Tapi, setakat dapat tempat #3 dan sagu hati tu boleh la juga.

Bagi saya, menulis buku / ebook adalah cara yang baik untuk make good part time income. Menulis buku yang diterbitkan oleh penerbit dan dijual di kedai-kedai, anda akan menerima royalti. Selalunya dalam lingkungan 8%-15% (bergantung kepada kehebatan penulis).

Sekarang ni, 3 aktiviti menulis saya adalah:

  • Saya sedang menulis ebook terbaru “Hebat Affiliate”. Iaitu ebook menunjukkan bagaimana hendak memaksimakan pendapatan melalui program affiliate (menjual produk orang lain). Sekarang ni sudah makin banyak program affiliate, tetapi, RAMAI yang menyertai program affiliate tidak tahu kaedah sebenar mempromosi program affiliate. Sebabkan ini, langsung tidak menerima komisyen. Kalau ada pun sedikit sahaja. Sekiranya anda pernah menyertai program affiliate, berkemungkinan besar anda juga begini.
    Insyaallah akan berada di pasaran bulan hadapan!
  • Beberapa hari lepas, saya dapat panggilan dari penerbit saya Telaga Biru Sdn Bhd dan mengatakan buku terbaru saya dalam siri Nota Jutawan akan berada di pasaran bulan hadapan. Yea!Buku terbaru ini bertajuk “Nota Jutawan; Nota Perniagaan” susulan kepada buku bestseller “Nota Jutawan; Nota Motivasi”. So, bagi mereka yang dapat manfaat dari buku Nota Motivasi, pastinya akan dapat manfaat juga di Nota Perniagaan. Isi kandungan juga bergambar penuh dan berilustrasi cantik πŸ˜‰
  • Setelah sekian lama senyap dengan buku berbentuk Internet secara printed, tak lama lagi juga TrueWealth Sdn bhd (syarikat Azizi Ali yang merupakan penerbit buku2 berbentuk Internet saya) akan mengeluarkan buku terbaru. Buku terbaru ini bertajuk “Soal Jawab Lazim Perniagaan Internet” yang memuatkan FAQ mengenai perniagaan Internet yang saya terima dari Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 lagi.

So, itu antara projek menulis saya.

Minggu depan, saya juga akan mengendalikan “bengkel menulis” tapi, lebih kepada menulis “ebook” di Workshop Mini Terhangat di Pasaran.

Melalui hasil penulisan, saya mendapat pendapatan residual 5 angka setiap bulan.Β  Buku atau ebook adalah jenis pendapatan yang, buat kerja sekali, pendapatan akan datang berkali-kali. Tapi, apa yang lagi best, bukan sekadar pendapatan sahaja, tetapi, buku membolehkan seseorang itu berkongsi ilmu dengan lebih ramai lagi. In other words, parting of knowledge dapat dilipat kali gandakan πŸ™‚

Bila kita berkongsi dan menyampaikan ilmu dan pengalaman dengan orang ramai, kita akan dapat kepuasan yang amat tinggi!

Jadi, itulah asal usul saya dalam “menulis” sejak sekolah hingga ke hari ini.

ps: Panel Realiti di sebelah kanan blog ini sekarang memuatkan 3 aktiviti realiti saya terbaru. Jadi, boleh la tengok2 apa sebenarnya saya lakukan setiap hari. Checkout panel “IK’s Reality: LIVE!”

Internet untuk menambahkan prospek perkhidmatan anda

Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen
hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya…), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet.

Maka, apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah “produk” anda.

Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.

Salah satu contoh menjana prospek adalah melalui BLOG seperti blog ini. Blog ini boleh menarik dalam lebih daripada 1,000 pelawat setiap hari. Ini bermaksud, lebih 1,000 prospek setiap hari. Untuk berjumpa lebih 1,000 individu secara peribadi sebagai prospek setiap hari adalah agak mustahil. Tetapi, dengan kebolehan Internet, ia menjadi realiti.

Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalam bidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilangan prospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda. Terutamanya dalam keadaan ekonomi menurun ini, mereka yang menjalankan perkhidmatan perlu mendapatkan alternatif lain untuk menambahkan pelanggan.

ps: Β Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari setiap detail bagaimana menggunakan Internet untuk perluaskan pasaran bidang perkhidmatan, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Waktu terbaik untuk melabur pada hartanah

Inilah waktu terbaik untuk beli rumah / hartanah- bila ekonomi jatuh! πŸ˜‰

Walaupun ramai “jutawan” akan menjadi “bukan jutawan” bila ekonomi jatuh, di waktu yang sama, ramai juga yang “bukan jutawan” akan menjadi “jutawan” oleh kerana bijak mengambil peluang ekonomi jatuh.

The simple formula: Bila ekonomi jatuh, harga rumah akan jatuh. Harga rumah jatuh oleh kerana akan terdapat ramai “distress” seller atau mereka yang memiliki rumah, terpaksa jual rumah mereka pada harga rendah kerana tak mampu membayar balik bank. Sebagai pelabur bijak, kita perlu cari rumah-rumah begini (yang mempunyai lokasi yang baik), dan tawarkan harga terbaik untuk membeli.

Beri masa, dan ekonomi pastinya akan perbetulkan sendiri, rumah yang kita beli pada harga murah, akan menjadi mahal dengan lebih cepat. Bila kita jual balik, keuntungan pun berganda-ganda! πŸ™‚

Ini adalah salah satu cara Azizi Ali menjadi jutawan bertahun-tahun yang lalu. Ketika sekitar 1990-an Malaysia mengalami krisis ekonomi. Beli pada harga “bargain”, dan jual bila ekonomi naik semula.

So, bagi mereka yang mempunyai wang lebih, this is the best time untuk membeli rumah dan melabur pada hartanah! πŸ˜‰

Soalan: Er… camne kalau takde wang? IK & Azizi boleh la sebab ada sen…

Bagi yang takde simpanan, jangan dijadikan alasan untuk tidak buat apa-apa. 10 tahun lalu ketika krisis ekonomi, saya sendiri pun takde wang dan tak boleh beli sebarang rumah. Duduk pun di flat takde bilik! tetapi, waktu itu, saya kata pada diri sendiri, krisis ekonomi seterusnya, I must have money to buy houses!

Jadi, 10 tahun lepas, saya “melepas” daripada mengambil tindakan kerana takde wang. Tidak lagi sekarang oleh kerana saya telah sediakan diri untuk mengambil peluang ini.

Jadi nasihat saya, bagi anda yang tidak berpeluang membeli rumah kali ini, anggap ini sebagai satu “panggilan” untuk tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika krisis ekonomi yang akan datang. Mana tahu, 10 tahun… 15 tahun akan datang. So, mulakan perniagaan (perniagaan Internet menjual informasi is a good one!), mulakan simpanan… perlu prepare for that seperti mana saya prepare myself sejak 10 years ago πŸ˜‰

ps: Baru semalam saya beli satu lagi rumah di KL. Yea… πŸ˜‰

Aktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & Workshop

Suka saya umumkan 3 aktiviti IKSB bulan ini, dan juga ingin mengambil peluang menjemput teman-teman pembaca Tip Satu Minit. Bukan jemput ke “open house” tapi, lebih kurang la, sebab saya snediri tak buat open house πŸ™‚

  • Aktiviti 1: Jemputan ke majlis pelancaran “Impian” U-Mobile.

impiansmall.jpgSabtu 25hb, jam 3.00 petang akan berlangsung pelancaran program perniagaan U-Mobile, “Impian” dan juga majlis sidang media saya sebagai duta Impian. Jadi, di sini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan rakan-rakan Tip Satu Minit untuk turut serta hadir πŸ™‚ Sudah tentunya percuma, tetapi, perlu reserve kan tempat ok, oleh kerana terbuka kepada 50 yang booking terawal sahaja.

Terdapat sedikit free door gift, makan-makan, dan juga persembahan khas oleh band kami “Blood Brothers”! (jangan lepaskan ni- baru rock!). Blood Brothers= Razzi Rahman (vocal), Muzamil (lead guitar) & IK (rythm). Bila lagi nak tengok Razzi Rahman penyanyi yang popular satu ketika dulu beraksi secara live! πŸ˜‰

Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Waktu: 3.00pm-5.30pm
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Aturcara majlis…

3.00pm – Ketibaan tetamu & rakan media
3.15pm – Majlis MOU dan pelancaran bermula
3.40pm – Persembahan “live” Blood Brothers!
3.50pm – Jemputan menjamu makanan petang
4.00pm – Majlis pelancaran tamat
4.15pm – Preview pertama perniagaan “Impian” U-Mobile
5.30pm – Tamat preview

Sebab saya takde open house, ini kira open house saya lah ok? πŸ™‚ Sejurus selepas sidang media & majlis pelancaran, Impian akan mengadakan taklimat- jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui sama ada Impian boleh menjadi perniagaan ‘impian’ anda, jangan lepaskan taklimat ini. Alang-alang dah ada di situ, why not ketahui lebih lanjut right? Sekurang-kurangnya dapat ilmu perniagaan yang menarik!

*** TERBARU: JEMPUTAN TELAH DITUTUP! HARAP MAAF… DAH FULLY BOOKED. BAGI YANG TELAH MENGHANTAR RSVP, SILA TUNGGU EMAIL CONFIRMATION. TQ!***
  • Aktiviti 2: Workshop Mini terhangat di Pasaran

Pada hari yang sama, sebenarnya, sebelum pelancaran Impian (25hb, pukul 9.00 pagi), saya menjalankan workshop mini *terbaru* saya iaitu “Terhangat di Pasaran”. Memang hangat pun, kerana kini tinggal 5 sahaja tempat kosong!

Di Workshop Mini Terhangat di Pasaran, saya akan kongsikan cara dan strategi bagaimana anda boleh menghasilkan produk informasi (ebook) yang terhangat di pasaran untuk meraih pendapatan perniagaan melalui Internet. Jangan lepaskan peluang ini kerana workshop mini seterusnya belum lagi tahu akan dijalankan bila.

  • Aktiviti 3: Workshop Jutawan Internet

Workshop perniagaan Internet 1# terlaris akan dijalankan pada keesokan harinya pula pada Ahad 26hb. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, join us di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

So, itulah dianya 3 aktiviti IKSB 2 minggu akan datang πŸ™‚

Jadi, check kalender anda, kalau free, apa kata sertai mana-mana aktiviti IKSB di atas! Oh ya, jangan lupa… majlis pelancaran Impian U-Mobile, akan terdapat persembahan live daripada band kami: “Blood Brothers”. Kalau siapa sebelum ni terlepas kami di pelancaran MIBO, haaa… inilah masanya πŸ™‚ Jumpa di sana!

Pendapat anda mengenai speaker

Hari ini saya nak minta pendapat anda & berbincang sedikit…

As many of you know, saya seorang speaker (bukan “speaker” macam kotak pembesar suara tu! :)). Dan saya sering mengendalikan talks seluruh malaysia dan ada kalanya luar Malaysia.

Nak katakan saya ni “pakar motivasi”, atau “trainer”, atau “motivator”, atau “pensyarah”, atau “penceramah” saya rasa bukan. Sebab most of the time, saya kongsikan pengalaman saya sahaja. So, saya tak tahu lah saya di kategori yang mana.

Anyway, soalan saya adalah tak kira apa yang anda panggil, dalam seorang “speaker”, apakah ciri-ciri yang membuat anda suka melihat/mendengar/tertarik/tak boring/tumpukan sepenuh tumpuan dan sebagainya? Jadi…

What makes a good keynote speaker?

Pendapat anda amat dihargai supaya boleh saya implementasikannya! tak lupa juga, bagi mereka yang berminat untuk menjadi speaker, boleh mempelajari melalui perbincangan ini apa yang diperlukan untuk menjadi seorang speaker yang hebat πŸ˜‰

ps: bagi anda yang pernah melihat saya buat talk, pasti dah tau gaya & cara saya.

pps: sekiranya anda inginkan saya untuk buat talk untuk majlis anda (kecuali majlis perkahwinan), boleh hubungi krew saya di sini.Β 

Beri pelanggan pinjam produk perniagaan kita

blackberry.jpgBy now ramai tahu apa tu “Blackberry” kan? Satu strategy syarikat yang mengeluarkan Blackberry sehingga kini, menjadikan Blackberry sangat2 popular di kalangan professionals, adalah…

Ketika conference2 besar di jalankan, cara promosi Blackberry adalah dengan memberi semua peserta sebuah “Blackberry” untuk digunakan sehingga tamat conference. Kiranya, pinjam la.

Apa yang terjadi adalah, peserta2 conference, yang sedianya tergolong daripada golongan professional (mostly berpendapatan sederhana dan tinggi), mula belek2 blackberry dan cuba check email in-box sementara dapat cuba Blackberry.

Ramai peserta dikalangan profesional yang jatuh cinta dengan Blackberry, dan terus membelinya selepas sesuatu conference!

Ada satu lagi kisah seorang salesman kereta mewah/sport ketika ekonomi merundum, menjalankan strategi yang sama. Memberi percuma kereta tersebut untuk digunakan (pinjam), oleh pelawat kelab-kelab golf (semestinya berpendapatan tinggi). Apabila mereka diberi pinjam kereta tersebut selama seminggu, kebanyakan ahli2 kelab golf tersebut dah jatuh cinta dengan kereta tersebut, dan sayang untuk tidak membeli!

Walaupun ekonomi merundum, salesman ni berjaya memperolehi sales yang paling tinggi.

Tip hari ini adalah, untuk kita fikirkan produk atau perkhidmatan kita boleh tak diberi 100% free untuk sementara (bukan preview, tetapi 100% free). Atau dipinjam untuk seketika kepada bakal pembeli.

Cuba ciptakan keadaan “sayang kalau tak beli!” kepada bakal pembeli, supaya mereka terus membeli selepas tamat tempoh “pinjam”!

Bakat semulajadi mungkin tak menjadi

Seminggu juga Tip Satu minit cuti. Raya sakan πŸ™‚ So, apa kata kita sambung kembali Tip Satu Minit.

Hari ni saya nak sebut tentang “Bakat Semulajadi”.

  • Bila kita tengok Tiger Woods, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam bermain golf.
  • Bila kita tengok Siti Nurhaliza, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam nyanyian.
  • Bila tengok IK, ada yang kata saya mempunyai bakat semulajadi dalam perniagaan.

Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.

  • Tiger Woods mengambil masa berjam-jam setiap hari berlatih bermain golf, walaupun sedia mempunyai bakat
  • Dato Siti Nurhaliza juga berlatih dan mempelajari teknik-teknik nyanyian untuk jadi lebih hebat
  • Saya juga mengambil masa berjam-jam membaca dan melakukan research dalam bidang perniagaan

Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat… atau bakat semulajadi. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.

Ketahui bahawa kita sendiri mencipta bakat dalam diri dengan banyak-banyak berlatih dan mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang tersebut. Mula asah bakat anda sekarang! πŸ™‚

ps: IK juga berbakat makan lemang, rendang & London Almond! πŸ™‚

Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd

Sedikit kisah mengenai Irfan Khairi Sdn Bhd…

Tahukah anda Irfan Khairi Sdn Bhd bermula tanpa menggunakan wang saya sendiri?

Mungkin anda pernah dengar istilah ni “nak buat duit, kena ada duit”

Sebenarnya, ada caranya untuk buat duit- tanpa duit.

Tahun 2005, ketika saya pulang ke Malaysia (dari UK), saya menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Tidak menggunakan modal sendiri, saya mendapatkan TrueWealth Publishing untuk menerbitkan buku tersebut. Saya masih lagi ingat, cek royalti pertama saya terima berjumlah RM36,000 (selepas 6 bulan).

Walaupun, saya sendiri sudah mempunyai wang, tetapi, saya sering berpegang kepada konsep “bootstrap” yang bermaksud, mulakan perniagaan dengan modal sendiri yang kecil, dan kembangkan perniagaan dengan keuntungan perniagaan.

Ketika itu juga, saya mula dijemput sebagai guest speaker. tahun 2005, jemputan saya, mana ada sampai 1 jam… 2 jam bercakap. Sekadar cakap 20 minit-30 minit sahaja untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman pertama adalah di seminar Azizi Ali (berkongsi pengalaman selama 20 minit)- for free lagi tu, sebab orang tidak mengenali saya!

Dari situ, saya mula mendapat perhatian berbagai pihak. Daripada berucap selama 20 minit, sesi seminar Azizi yang datang, saya dijemput untuk mengendalikan satu segmen selama 2 jam! (mula dibayar)

Di situlah mula saya bina keyakinan untuk memulakan seminar saya sendiri yang sehingga kini dikenali sebagai “Workshop Jutawan Internet”. Sekali lagi, tidak menggunakan sebarang modal pada ketika itu, membuka tempahan kepada orang ramai, dan menggunakan wang tempahan untuk booking hotel. Peralatan seperti microphone, projector dan sebagainya juga sewa hotel sahaja… tak beli pun masa tu.

Keuntungan daripada mengendalikan seminar, dan juga royalti buku, barulah saya mewujudkan Irfan Khairi Sdn Bhd pada tahun 2006- mempunyai pejabat, peralatan semniar sendiriΒ dan juga beberapa pekerja. Pada awal penglibatan saya pada tahun 2005, saya hanya menggunakan syarikat perseorangan, ketika itu dikenali sebagai “Abadi Consulting” sempena nama anak! πŸ™‚ dan dikendalikan 100% oleh saya dan isteri sahaja.

So, Irfan Khairi Sdn Bhd yang anda lihat berkembang hari ini sehingga melakukan produksi adalah hasil daripada idea dan ilmu sahaja. Idea & ilmu saya menulis buku pertama 3 tahun lepas.

Walaupun saya mempunyai wang untuk menubuhkan syarikat pada tahun 2005- terus menyewa pejabat dan terus mendapatkan pekerja, tetapi, itu bukan jalan yang saya pilih. Saya memilih memulakan perniagaan dengan tidak melaburkan sebarang wang sendiri dan bootstrap.

Tip hari ini…

Sedikit sebanyak, daripada perkongsian ini, saya harap anda dapat fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Buang jauh-jauh istilah yang anda pernah dengar “Untuk buat duit, kena ada duit!”… atau “Untuk mulakan perniagaan, kena ada modal!”. Dengan kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, anda boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.

Setelah 3 tahun, Irfan Khairi Sdn Bhd telah mengeluarkan berbagai produk di RahsiaInternet.com, masih mengendalikan Workshop Jutawan Internet yang laris sehingga ke Singapura dan Brunei.

Terima kasih atas sokongan anda!

ps: agak-agaknya mengapa saya ambil pilihan tidak menggunakan duit sendiri untuk memulakan Irfan Khairi Sdn Bhd?