Beberapa minggu lepas kes penggunaan PHD palsu oleh beberapa motivator didedahkan di dada akhbar oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Pakar penganalisa jenayah Kamal Affendi mendedahkan di Kosmo
Dukacita, ada pula suara-suara yang mengatakan saya adalah antaranya yang membeli/menggunakan PHD palsu. Ada juga isu ini pernah dibangkitkan satu masa dulu, tetapi, saya sering mengambil pendekatan bersabar dan biarlah sesiapa sahaja membuat apa sahaja spekulasi mengenai saya.
Ingin saya tekankan bahawa, saya tidak pernah pun membeli sebarang gelaran atau menghadiri “pendidikan express/shortcut” untuk mendapatkan sebarang gelaran. Membeli sebarang gelaran, tak kira Dr, Dato ke, atau apa sahaja adalah tindakan yang TIDAK BERETIKA.
Saya dianugerahkan Honorary Certificate of Doctorate in Business Adminstration dari badan yang mendapat sokongan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Saya juga sejak tahun lepas sering mengatakan saya lebih selesa dipanggil “Irfan Khairi” daripada “Doctor” atau (Dr) Irfan Khairi, kerana ia lebih mendekatkan saya dengan orang ramai.
Syukur alhamdulillah, situasi saya mendapat perhatian termasuk Kamal Affendi, selaku penganalisa jenayah yang mendedahkan kes ini (seperti tertera di gambar akhbar di atas).
Irfan jujur. Dia telah berjumpa saya untuk mendapatkan kepastian.Dia memaklumkan perkara yang benar. Dia diminta hadir ke majlis tersebut untuk menerima sijil berkenaan dan tidak membayar satu sen pun. Dia jujur dalam jawapannya.
-Kamal Affendi
Pakar Penganalisa Jenayah
Berikut pula mesej dari Dr Tengku Asmadi, selaku presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)- Pertubuhan yang secara langsung terlibat dalam pendedahan tersebut.
Assalamualaikum Bro. Irfan,
Alhamdulillah, saya syukur anda mengambil langkah memberikan penjelasan panjang lebar di blog anda bagi membetulkan apa yang salah dan menegakkan apa yang benar.
Tindakan anda adalah satu tindakan yang terpuji.
Untuk makluman semua, saya selaku Presiden TAMRIN ingin tegaskan bahawa Saudara Irfan Khairi bukanlah antara mereka yang telah didedahkan sebagai mereka yang menggunakan Ph.D palsu ini.
Saya bersetuju dengan pandangan sesetengah pengunjung bahawa gelaran “˜Doktor”™ bukanlah tiket untuk masyarakat menghargai dan menerima kita. Saya sendiri kagum dengan Saudara Irfan sebelum isu ini timbul lagi.
Saya juga pasti, mereka yang menuduh Irfan bukan berniat untuk menjatuhkan tetapi saya kategorikan kepada beberapa kumpulan:
1. Masyarakat yang tidak mahu berguru dengan mereka yang tidak jujur lalu mencari kebenaran.
2. Mereka yang ada Ph.D yang betul dan bertungkus lumus mendapatkannya hingga mengambil masa bertahun-tahun tidak akan puas hati apabila ada segelintir yang dengan begitu mudah membeli gelaran. Saya bersetuju dengan mereka ini sebab Ph.D dan DBA mesti berkredibiliti.
3. Mereka yang tidak tahu apa punca dan sebab tetapi sama-sama terjun memberikan pandangan. Mereka ini ikut-ikutan.
Sekian dari saya.
-Dr Tengku Asmadi
Presiden TAMRIN
Syukur alhamdulilah, selepas 2 tahun saya bersabar atas tuduhan segelintir pihak yang tidak memahami situasi saya, kini, saya mendapat sokongan daripada Kamal Affendi sendiri dan Dr Tengku Asmadi, presiden TAMRIN.
Mereka yang menuduh saya pula berani lakukan di blog-blog atau forum online sahaja. Tak pernah seorang pun datang dan minta penjelasan secara ikhlas. Hanya percaya pada khabar angin dan menyebarkannya.
Harapan saya selepas ini, isu penggunaan PHD palsu tidak lagi terjadi kepada saya. Bagi anda yang membaca ini, harapnya tidak akan percaya dengan khabar-khabar angin mengenai saya.
Bagi saya, mereka yang cuba menjatuhkan saya (secara sedar atau tidak), adalah segelintir sahaja. Bilangan yang terlalu kecil. Oleh kerana setiap hari saya lihat di Tip Satu Minit ini, terlalu ramai yang memberi sokongan ikhlas kepada saya, sehingga mereka yang nak jatuhkan saya di tempat lain, langsung saya tak fikirkan dan tak nampak.
Terima kasih kepada anda kerana tak putus2 memberi sokongan & semangat kepada saya, dan memberi kepercayaan kepada saya 😉
ps: Terima kasih tak terhingga kepada Bro Kamal Affendi & Dr Tengku Asmadi kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya. Insyaallah dengan suntikan semangat tersebut saya akan lakukan bahagian saya dalam menaikkan lagi nama motivator Malaysia bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar Malaysia!