Semalam berlangsungnya majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta MIBO! Tentu anda tertanya-tanya… apa tu MIBO? MIBO maksudnya “Malaysian Independent Business Ownership”. Sebuah produk/perkhidmatan syarikat J & C Pacific!
Rakaman daripada berita Bernama di Astro Ria semalam boleh didapati di http://www.youtube.com/irfanTV
Pendek kata, MIBO adalah peluang keusahawan sederhana besar. Saya kategorikan MIBO ini sebagai peluang perniagaan sederhana besar di mana untuk usahawan yang benar-benar serious dalam perniagaan ICT secara offline- mungkin juga bagi mereka yang sudah sedia mempunyai pengalaman membuka kedai offline.
Saya diberitahu, kini sudah ada 150 usahawan MIBO!
Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, lawati keratan akhbar mengenai MIBO sebelum ini di…
Ini beberapa gambar daripada majlis tersebut…

Saya bersama COO J & C Pacific, Mr Allen menandatangani poster!

Sidang media menjawab soalan wartawan… terima kasih kepada wartawan yang snetiasa memberi sokongan!

Terima kasih Nizal Mohammad kerana menjadi emcee majlis! I owe you millions!

Persembahan Razzi Rahman “Rembulan kesiangan” bersama IK… nantikan album kami
Satu kejutan surprise semalam, rugi sapa yang tak tengok! Saya mengundang Razzi Rahman untuk mendendangkan lagu favourite saya suatu masa dulu, “Rembulan Kesiangan”!
Dan yang lagi mengejutkan, saya mengiringinya dengan bermain guitar! haaa… jangan terkejut. Saya boleh bermain guitar sebenarnya. Usahawan-usahawan juga… tapi rock 90-an memang saya layan 😉
Actually, saya request special performance dari Razzi Rahman untuk nyanyikan lagu “Rembulan Kesiangan” sebab antara liriknya yang dari dulu hingga kini yang saya sering ingat-ingatkan diri saya (dan kini ingin sampaikan kepada anda…)
Apakah lumrah manusia,
Bila terang, ramailah yang datang,
Dan bila, gelap gelita,
Hilang kasih hilanglah saudara…
Namun musim bertukar ganti,
Turun hujan, kemarau pun pergi,
Yang layu kan tumbuh kembali,
Bulan terang datang memuji…
Terima kasih banyak-banyak kepada kenalan wartawan yang hadir serta tetamu-tetamu. Walaupun tak sempat beramah mesra dengan tetamu- harap maaf… saya terpaksa rush ke Melaka oleh kerana ada majlis pada pukul 2pm!
Seronok dapat main guitar & Razzi Rahman menyanyi sebab masa form 4 form 5 dulu saya minat lagu Rembulan kesiangan! Memang dulu tak pernah termimpi saya akan mengiringi Razzi dalam persembahan!
Tetapi, mimpi/impian saya untuk menjadi duta produk/perkhidmatan telah dimakbulkan dengan menjadi duta MIBO.
Malam tadi, di berita Astro Ria, disiarkan coverage majlis tersebut 😉 Nak tengok? Lawati YouTube saya di http://www.youtube.com/irfanTV
See you there!