Seringkali dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. kata mat salleh, “To Do List!”. Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan pangkahkannya dari senarai kita.
Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam adalah lawan kepada “To Do List!”. Pernah kah anda mencuba “Stop Doing List!”?
Stop Doing List adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit (harapnya tidak!), atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu “Stop Doing List!”
Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.
Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad! 🙂

Sering kali saya menerima inspirasi dari orang-orang yang hebat yang saya temui. Malam tadi, saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan our very own Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri…
Kurangkan animasi di laman web anda. Lebih kurang 10 tahun lalu, ketika saya menuntut di university di UK, saya telah menghantar kerja laman web yang disiapkan. Lecturer saya Mr Collin, memberi komen kepada satu kelas bahawa konsep laman web yang saya lakukan adalah salah. Walaupun nampak cantik, tetapi ianya salah.
Bengang juga dengan lecturer sebab bagi saya, memang cantik laman yang saya buat tu. Jadi, saya pun persoalkan lecturer saya tu “But, it looks great!” memuji kerja sendiri kat lecturer. Darah muda lah katakan… nakkan conflict saja :).