Semalam berlangsungnya Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2007 di Singapura dianjurkan meja Ekoniaga Berita Harian bersama SSA Consulting Group dan ditaja oleh Maybank. Full house! 700 peserta menyertai dan sidang kali ini menerima penyertaan yang paling ramai berbanding sebelum ini.
Sesi saya mengenai perniagaan Internet went well. Alhamdulillah ramai yang terbuka minda mengenai Perniagaan Internet. Sesi saya adalah sebagai pengenalan kepada perniagaan Internet.
Di booth juga tak putus-putus membeli buku & produk RahsiaInternet.com sampai SOLD OUT!. Amat berbesar hati dapat bertemu dengan semua. Tidak pernah saya menyangka begitu ramai di Singapura juga turut mengenali saya 🙂
Memang seronok saya kendalikan sesi saya. Enjoy habis 🙂 Moga peserta juga turut enjoy!
Tip hari ini, daripada talk saya semalam is, untuk kita sering bayangkan dan visualize keadaan kita kini sudah kaya tidak kira keadaan kewangan kita kini. “Think & Grow Rich” adalah tema sidang kali ini. Daripada itu, saya kongsikan pengalaman saya bagaimana ketika berumur 18 tahun saya sudah bayangkan keadaan saya yang kaya raya- walaupun saya tidak! 🙂
Whatever you dwell upon, will grow
Sebab itu, sekiranya anda sering risau mengenai masalah kewangan, makin banyak masalah kewangan akan datang kepada anda. Sekiranya anda risau anda tidak dapat melaksanakan tugas anda dengan sempurna, biasanya tugas anda akan menjadi tidak sempurna.
Jadi, why not anda fikirkan keadaan anda yang sudah kaya-raya. Anda pasti akan dapat lihat dunia dari sudut yang berbeza dan dapat melihat betapa banyak peluang memperolehi pendapatan yang tinggi di mana-mana sahaja.
Mengapa yang kaya menjadi makin kaya, dan miskin menjadi miskin?
Antara sebabnya adalah yang kaya sering memikirkan kekayaan mereka. Manakala yang miskin sering risaukan kemiskinan mereka. Think Rich, Grow Rich!
Terima kasih kepada pihak penganjur Sidang Perancangan Kewangan BH 2007 di Singapura! Kalau ada rezeki kita jumpa lagi…