Ahad lepas saya mengadakan sesi talk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah” di JB tajaan StormReaders2U.
Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam di Crystal Crown JB…
Ramai hadirin memeriahkan majlis
En Syah selaku Pengurus besar Stormreaders memberi taklimat ringkas
Beruntung di JB kerana Abang Abu turut memberi sesi percuma- gawat dewan dibuatnya.
Sesi “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah”
Ramai yang telah ketahui kaedah menjalankan perniagaan dari rumah secara automatik sempena “mini tour” saya di KL dan minggu lepas di JB.
Ada bad news sikit ๐ Unfortunately, mini tour ke KB, kelantan terpaksa di tangguhkan. Sepatutnya akan diadakan pada Jumaat ini (esok), tetapi, akibat “Jom heboh” TV3 yang dijalankan di kawasan dewan yang kami booking, jalan didepannya di tutup dan menyukarkan hadirin. So, lepas perbincangan dengan pengurusan dewan, mereka cadangkan untuk tangguh dulu. Harap maaf ya bagi mereka dipantai Timur…
Good news pula bagi mereka yang di Lembah Klang, kami akan mengadakan satu lagi sesi “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah” pada hari Ahad 4hb April. Ianya akan diadakan di PJ kali ini di Hotel Singgahsana, PJ. Pada jam 2.30 petang-5.30 petang. Dengar-dengar cerita Abang Abu juga akan turut serta memberi sesi percuma juga. Ditaja oleh StormReaders2U.
Bagi kawasan-kawasan lain, insyaallah April ini kami akan ke Ipoh, Kedah dan KB… (maaf sekali lagi kepada warga KB kerana terpaksa di tunda)
Hari ini di Berita Harian ruangan Varsiti terdapat artikel mengenai saya ketika zaman universiti. Kisahnya saya dulu-dulu pernah bekerja sebagai tukang cuci selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku2 dan juga hadiri seminar perniagaan. Sekiranya anda tak berkesempatan membeli Berita Harian, boleh baca versi scan artikel tersebut dengan klik di sini!
Di bawah gambar yang clear sikit ketika saya di hadapan pasaraya “Kwik Save” tempat saya bekerja.
Ketika di UK, adalah kebiasaan student sana yang kesempitan wang bekerja untuk mendapat wang extra. Kalau kita berkesempitan wang di Malaysia, sanggup tak kita bekerja sebagai cleaner? Ataupun kita akan rasa malu “nanti apa pula orang kata”?
Siang tadi di Bernama Radio24, segmen Irfan on Air, topik yang dibincangkan adalah gagal dalam perniagaan. Di mana saya membuat phone interview dengan Mentor Jutawan, Billi Lim kita… it was a fun interview!
Satu soalan yang diajukan kepada saya tadi berbunyi…
IK pernah gagal ke?
Sebab terima soalan cepu emas tu on air, saya pun sebutkan on air, 3 kegagalan saya sebelum ini. Habis semua orang tau… ๐
Baru-baru ni adik-adik kita ambil keputusan SPM kan? Teringat saya tentang kegagalan saya dalam mata pelajaran Prinsip Akaun ketika SPM- saya mendapat F9! Yup… saya kantoi accounts ๐ That was a major downer sebab masa cuti tunggu result SPM saya dah berangan nak jadi jutawan dah… bila tengok result accounts… aduh- F9!
Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam (PPP) mengambil jurusan perniagaan. Majoring in Economics. Biasalah… nak jadi ahli perniagaan, kena la handal Econs. Final A-Level exam… dapat result, saya FAIL my Economics. Sampai terpaksa re-sit exam 2 bulan kemudian. Strike 2! Alhamdulillah, ketika re-sit, keputusan saya cukup-cukup makan (pass… kurang 1 point untuk kantoi balik) untuk fly ke UK.
Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGAL mendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)… strike 3!
Bila ingat kembali, it was a great journey. Semua kegagalan itu mengajar cara kejayaan. Syukur Alhamdulillah, dari dulu lagi saya bukan seorang yang cepat putus asa, dan harapan kita semua tak akan putus asa.
Bulan ini, saya menghiasi cover majalah perniagaan “Jutawan”. So, dapatkannya ok…
Cuma, tajuk “Jutawan Tersohor” tu rasanya jolokan tu kureng sesuai untuk saya ๐ Terima kasih kepada majalah Jutawan kerana menjemput saya.
OK, dah dapat majalah Jutawan, suka saya nak umumkan beberapa talk percuma yang bakal diadakan pada bulan ini…
Rabu 17hb Mac – Biz Talk bersama Billi Lim
Tajuk: “Dare to Sell” Lokasi: Boulevard, Midvalley, KL
Waktu: 8.00 malam
Masuk: PERCUMA (ditaja oleh PBS)
Sesi bersama Billi Lim julung kali diadakan! Oleh itu, dijemput datang beramai-ramai melihat speaker yang penuh karisma (dan lawak) ini! ๐ Daftar dengan meberikan , NAMA, EMAIL & NO. HP , ke 017-3935364 dengan segera kerana tempat adalah terhad! Insyaallah saya juga akan turut serta nanti memberi sedikit tip mengenai “kegagalan”
Ahad 21hb Mac – Bersama Irfan Khairi
Tajuk: “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah”ย Lokasi: Crystal Crown, Johor Bahru
Waktu: 3.00 petang
Masuk: PERCUMA (ditaja oleh StormReaders2U)
Sesi yang mendapat sambutan hebat di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas akan di bawa ke JB! Klik di sini untuk membaca mengenai sesi yang telah di adakan di KL. Sekiranya anda berada di JB, dan ingin merebut peluang ini (jarang2 saya turun ke JB untuk free talk ๐ ), sila lakukan booking sekarang ok. Bagi warga JB, untuk menempah tempat, sila email kepada sales@rahsiainternet.com dengan TAJUK EMAIL: “STORMREADERS2U JB 21/3”. Serta kan NAMA, HP, EMAIL & JUMLAH PESERTA dalam isi kandungan email.
Jumaat 26hb Mac – Bersama Irfan Khairi
Tajuk: “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah”ย Lokasi: Hotel Raudah, Kota Bharu
Waktu: 3.00 petang
Masuk: PERCUMA (ditaja oleh StormReaders2U)
Sesi yang mendapat sambutan hebat di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas akan di bawa ke JB! Klik di sini untuk membaca mengenai sesi yang telah di adakan di KL. Sekiranya anda berada di KB, dan ingin merebut peluang ini (jarang2 saya turun ke KB untuk free talk ๐ ), sila lakukan booking sekarang ok. Bagi warga KB, untuk menempah tempat, sila email kepada sales@rahsiainternet.com dengan TAJUK EMAIL: “STORMREADERS2U KB 26/3”. Serta kan NAMA, HP, EMAIL & JUMLAH PESERTA dalam isi kandungan email.
Ya, bulan ini kami akan ke Pantai Timur dan Selatan ok… bahagian Utara tunggu dulu no…
Bagi yang berminat untuk menyertai, minta anda booking tempat awal-awal ok… takut tak cukup tempat disediakan nanti ๐ Jumpa anda di sana!
Dalam perniagaan, sememangnya perlu menjual produk atau perkhidmatan yang berkualiti.
Sering kali juga, produk atau perkhidmatan kita dah cukup berkualiti sebaik-baiknya. Pada harga yang amat berpatutan. TETAPI, jualan tetap tidak memberangsangkan! Mengapa ini terjadi?
Jawapannya kembali kepada STRATEGI & PROMOSI
Sebenarnya, sesuatu produk perniagaan walaupun berkualiti sederhana, tetap boleh kalahkan produk yang lebih bagus daripadanya dengan mempunyai STRATEGI & PROMOSI yang lebih berkesan.
YA, bottom line is, produk berkualiti hebat, masih boleh gagal.
Zaman ini, kualiti produk atau perkhidmatan sahaja tidak akan menjaminkan kejayaan sesuatu perniagaan oleh kerana terlalu banyak persaingan yang melakukan strategi dan promosi yang lebih berkesan. So, WALAUPUN anda mempunyai idea perniagaan yang hebat, produk yang hebat, kualiti yang hebat… pemikiran sebenarnya yang perlu ada…
BUKAN lah…
Perniagaan ini pasti berjaya sebab produknya berkualiti tinggi dari pesaing!
TETAPI…
Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?
Tengok tajuk di atas, pasti ramai ingatkan saya nak ceritakan tentang Search Engine Ranking! Salah sama sekali kerana kali ni saya nak kongsi-kongsi santai takde kena mengena dengan perniagaan Internet ๐
So, hari ni kita santai-santai sikit ok…
Mereka yang mengikuti perkembangan saya melalui blog ini pasti tau yang saya juga minat dengan muzik/bermain muzik bukan? Dan tahun lepas, saya ada ceritakan mengenai band ‘indie’ kami, Razzi.muz.ik. Kalau nak baca posting tahun lepas, boleh klik di sini…
Anyway, tahun lepas kami main lagu saja suka-suka dan memberi lagu kita for free secara online. Antara lagunya adalah Selamanya, ciptaan komposer Johan Nawawi dan juga Reaching Higher ciptaan Zul Mahat.
Tahun lepas juga, saya mencuba buat kali pertamanya mencipta lagu sendiri- dari muzik, sampailah ke lirik lagu dan dinyanyikan oleh Bro Love, Razzi Rahman. Lagu tersebut diletakkan di YouTube, FB dan sebagainya dan mendapat sambutan yang amat hebat!
Kalau anda ingat, its’ a song about peperangan di Gaza, dan tajuknya, “Voices”. Bagi anda yang tak pernah dengar, di jemput klik pada video di bawah untuk dengar first time ever, lagu ciptaan saya “Voices”
Ok, itulah percubaan saya yang pertama mencipta lagu bermesejkan kemanusiaan untuk kita mengingati mereka di Gaza. Not bad kan? Selepas lagu “Voices” diedarkan di Internet, berbagai-bagai positif review diberikan. Dan ramai juga beri cadangan untuk kami buat lagu untuk mainstream- keluar cd… radio…tv dan sebagainya.
So, tahun ni, Saya & Bro Love, Razzi Rahman, menyahut cabaran tersebut, dan hasilkan beberapa buah lagu lagi. Atas nasihat Razzi, dia inginkan saya ciptakan satu lagi lagu…sebab Razzi kata lagu “Voices” saya best! Saya boleh cipta lagu best…
First of all, saya tak mahu cipta lagu… sebab saya bukannya pencipta lagu ๐ย Tapi lepas dipujuk… dan diberi dorongan, last last saya pun setuju untuk ciptakan satu lagi lagu… manalah saya ada masa nak cipta lagu sangat…
Lagu ke-dua, saya berikan tajuk “Kerana” dan kini mula dimainkan di stesen radio! Dan paling yang tak disangkakan, lagu “Kerana” kini telah masuk carta THR Gegar dan menduduki tempat ke #3 daripada 100 lagu popular!
Wah… memang tak sangka. Terkejut & seronok at the same time sebab saya buat pun hanya suka-suka sahaja sambil release stress kerja ๐
So, bagi anda yang nak dengar lagu “Kerana”, boleh mainkan klip YouTube di bawah… no #3 tu di carta… jangan main-main ;))
So amacam? Bila lagi boleh tengok saya main muzik! ๐
So, tip atau lesson yang boleh diambil hari ini ada 3:
Adakalanya kita perlukan sesuatu hobi atau sesuatu perkara untuk kita lakukan supaya take a break daripada kerja seharian. Kerja all the time pun tak boleh juga. Perlu ada masa nak release tension kan? Dan selepas melakuka nperkara tersebut, kita akan dapat kembali kepada kerja dengan minda dan tenaga yang makin fresh dan produktif. Bagi saya, perkara tersebut adalah muzik!
Kadangkala, kita tidak tahu kebolehan kita atau bakat terpendam kita. Dan sering kali, orang lain yang boleh nampak bakat apa yang kita ada. Menulis/mencipta lagu tak pernah pun jadi dalam matlamat saya, tapi sedar-sedar, atas desakan orang lain, my bro Razzi Rahman, saya lakukan juga. Dan, what a surprise, mendapat sambutan ramai ke dua-dua lagu saya iaitu “Voices” tahun lepas, dan kini “Kerana” pula masuk carta #3 THR Gegar!
Cannot help it, saya nak bagi juga tip perniagaan Internet! Seperti tip saya minggu lepas- gunakan YouTube untuk memberi pengalaman kepada pelawat laman web kita. Zaman ini, pelawat inginkan sesuatu yang interaktif dengan menggunakan bunyi dan juga visual. Dengan mempunyai elemen bunyi dan visual, terutamanya clip di YouTube, pelawat laman web mendapat pengalaman tambahan bukan sekadar teks sahaja.
So, itulah dianya… hari Isnin ni, kita berhibur la sikit ya, so takde lah “Monday Blues”. Sambil-sambil menjalankan perniagaan, sambil-sambil kita santai juga ๐
Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.
Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:
Anda harusย BERTERIMA KASIHย kerana…
Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar!ย ๐
Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orangย akan dapat lihat sendiri).
Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.
Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.
Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.
Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya.ย Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaanย ๐
Wah… semalam talk saya di Vistana Hotel, KL fullhouse! Talk bertajuk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” mendapat sambutan diluar jangkaan! Pada mulanya budget untuk 200 peserta sahaja… tetapi atas permintaan tinggi, jumlah ditambah kepada 300… pada hari tersebut, bila lihat ramai yang datang, sempat tambah seat kepada 400. Last-last yang datang 500+ peserta… sampai ada yang terpaksa berdiri lagi!
Peserta sedang daftar nak masuk dewan…
Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan. Alhamdulillah, ramai yang bagi tau saya sesi talk saya tu cukup bermanfaat dan boleh diaplikasikan kepada perniagaan masing-masing.
Fullhouse dengan lebih 500+ peserta yang hadir…
Walaupun talk saya ditaja oleh StormReaders2U, perniagaan MLM 100% patuhi syariah, saya pastikan isi kandungan talk saya boleh diaplikasikan kepada apa jua jenis perniagaan kerana mengetahui mereka yang sering memberi sokongan kepada saya adalah dalam pelbagai bidang perniagaan ๐
Saya & En.Helmi… orang kuat saya di Stormreaders ๐
Semalam juga berlangsungnya pelancara SDA (Sistem Duplikasi Automatik), satu sistem yang dicipta khas untuk mereka yang menyertai StormReaders dan dapat menjalankan perniagaan StormReaders secara automatik, tanpa jumpa orang seperti perniagaan MLM konvensional. Buat masa ini, hanya peserta semalam sahaja yang mengetahui mengenainya… belum tiba masanya lagi untuk diumumkan di blog. So, harap bersabar ok ๐ SDA adalah satu sistem yang saya ciptakan yang bakal menggegarkan StormReaders ๐
Saya & En.Syah, pengurus besar Stormreaders Network
Bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai StormReaders, boleh klik di sini untuk keterangan lanjut. Tetapi suka saya umumkan di sini, daripada 500+ peserta yang hadir semalam, lebih dari 100 telah daftar sebagai ahli StormReaders2U selepas mengetahui tentang Sistem SDA! dan ramai lagi akan mendaftar dalam minggu ini. Menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap StormReaders, alhamdulillah & tahniah kepada Telaga Biru Sdn Bhd.
IK in action memberi talk menjalankan perniagaan secara automatik!
Atas sokongan anda juga, suka saya umumkan, bagi mereka yang ingin mendengar talk saya yang seterusnya, saya akan mengadakan satu sesi talk di Cititel Kuala Lumpur pada hari Rabu, 3hb March ini, jam 8.00 malam. Kali ini, bukan ditaja oleh StormReaders, tetapi oleh Peoplepreneur Business School.
Sesi saya kali ini, juga mengenai perniagaan Internet bertajuk:
“Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri”
Tarikh: Rabu 3hb March 2010
Masa: 8.00 malam (sila datang awal 7.45 supaya tempat cukup)
Tempat: Cititel Hotel, Kuala Lumpur
Masuk: PERCUMAditaja oleh Peoplepreneur Business School
Sekiranya anda telah hadir pada sesi semalam, dan mendapat manfaat daripadanya, pastinya sesi Rabu ini juga anda akan dapat banyak idea-idea yang bernas dalam menjana pendapatan tambahan!
.
Sekiraya anda ingin menyertai,ย sms [nama], [alamat email], [contact number] kepadaย 017-3935364 untuk menempah tempat. Tempat terhad kepada 70 penyertaan percuma sahaja.
.
Dan sebagai bonus tambahan, saya akan beri percuma e-report saya bertajuk “Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri” yang berharga RM20 secara PERCUMA kepada SEMUA peserta untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang saya bakal sampaikan pada hari Rabu nanti ๐ Dah la dapat ilmu free melalui talk saya… dapat ebook free lagi tu ๐
.
Kalau tak dapat hadir dan nak dapatkan laporan X saya ni, boleh ke halaman Laporan X di sini dan mendapatkannya (tak la percuma… kena beli la kalau tak dapat datang) ;).
Berubah dalam perniagaan ada baiknya, ada buruknya…
Baiknya…
Kita lihat perniagaan-perniagaan besar seperti Malboro, Duracel, Colgate, Energizer, Coca-Cola… dan lain lain. Daripada lebih 50 tahun dulu, perniagaan-perniagaan ini x ubah pun dari konsep asal. Maka, jenama mereka sehingga kini menjadi jenama paling utama di dunia…
Buruknya…
Sesetengah produk, perlu diubah mengikut permintaan pasaran dan juga trend.
Kalau dilihat dibarat sebelum ini ada kedai video “Blockbuster” (Menyewa VHS di kedai), tetapi, atas permintaan sudah berkurangan & perniagaan Internet meningkat, maka “Netflix” (Menyewa DVD online) telah berjaya mengambil alih jenama tersebut.
Cuba juga kaji berapa kali “Pepsi” mengubah jenama dan logo mereka… tetapi, masih tidak dapat mengatasi Coca-Cola.
Bagaimana pula konsep realiti TV popular Malaysia, AF… dari 5-6 tahun dulu sehingga kini banyak perubahan telah berlaku, tetapi, permintaan semakin menurun.
Dalam perniagaan, perubahan adalah sesuatu yang MESTI dilakukan hanya sekiranya PERLU. If it works, don’t change it.
Ada juga usahawan yang tersilap strategi/teknik dalam perniagaan kerana hanya melakukan perubahan perniagaan dengan alasan “to keep it fresh” atau “nanti pelanggan bosan”. Sekiranya ini alasannya, maka, perubahan tidak PERLU.
Ini kerana, dalam membina jenama dan pengikut, sesuatu jenama itu perlu setia pada diri sendiri. Tidak perlu berubah. Seperti jenama-jenama besar di dunia, kita lihat berpuluh-puluh tahun tidak melakukan perubahan.
So, fikir berkali-kali sekiranya anda ingin mengubahkan sesuatu dalam perniagaan anda. Adakah ianya sesuatu yang MESTI?
Saya pasti anda pernah menggunakan YouTube. Sebabnya, YouTube adalah antara laman web yang paling ramai pengunjung setiap hari. Infact, laporan mengatakan video-video di YouTube di tonton lebih 1 billion kali sehari. 1 billion tu… bukan 1 million!
Tip kali ini pula adalah untuk anda menggunakan YouTube sebagai kaedah promosi perniagaan anda. Zaman sekarang, bukan lagi seperti zaman dulu, di mana laman web adalah statik sahaja. Zaman ini, zaman di gelar web 2.0 adalah zaman web yang lebih interaktif. Pengguna Internet inginkan sesuatu yang interaktif dan bukan statik.
Jadi, di sinilah kita harus menggunakan peluang-peluang yang ada di Internet seperti YouTube untuk menjadikan kewujudan online kita lebih interaktif.
Berikut adalah contoh klip YouTube saya buat untuk promosikan talk saya pada 27hb Februari depan…